Showing posts with label as I see it. Show all posts
Showing posts with label as I see it. Show all posts

Wednesday, June 10, 2020

Ragam PKP2....semoga melekat di ingatan


Serius, tak pernah terjangkau oleh fikiran
Yang kita rakyat dunia kena melalui satu pengalaman
Tak kira negara maju, sedang menuju kemajuan atau yang masih dok dalam hutan
Akibat satu virus, punyalah kuat dia punya pukulan
Tersungkur negara kalau acah acah buat endah tak endah  saja dan persetankan segala larangan.
Tu...macam beraku sekarang kat Benua uncle Sam.
Tunggang langgang jadinya bila ingat dia saja yang terpandai dalam segala hal ehwal kehidupan.

Dah dekat 2 juta dijangkiti
Berapa puloh ribu yang mati
Tapi mereka macam tak peduli
Atas jalan mereka beribu2 ke sana ke sini
Berdemonstrasi.

Anyway,tak maulah sentuh kes ini secara mendalam,kerana bersangkut paut dengan hak asasi, diskriminasi dan polisi pak polis mereka sendiri.

Back to our home ground. Malaysia lah apa lagi!

Macam2 PKP kita lalui. Ingat ke lagi?
Kita ada PKP, PKPb... eh eh dah lupa pula yang lain.
And latest is PKPP.

Masa PKP di perkenalkan, rasa risau tak terjangkakan
Habislah kebebasan
Terkurunglah kita seharian
Tengok dindinglah kita kawan kawan
Terputus segala hubungan
Anak isteri, ayah ibu juga kawan taulan
Ngerikan?

Hampir 3 bulan kita terputus hubungan dengan ahli keluarga. Raya Puasa pun tak ada maana. Bila tak boleh kemana mana. sesuka hati semua. Ada larangan,ada sekatannya.
Rindu? Allahu tak terlahir dengan kata kata.

Mulai hari ini ,10 Jun 2020 kita berPKPP.
Dah boleh rentas negeri
Dah boleh ke sana ke sini
Tapi masih tak boleh berkenduri

Semalam anak ada memberitahu. Walau boleh rentas negeri, hajat hati kena hold on dahulu kerana masih bertugas. Cuti Raya Haji baru boleh balik kampung.....
Maka dengan tenang, kita pun akan menunggu tarikh itu..
Semoga hingga tarikh keramat itu dan seterusnya...Malaysia selamat sejahtera.
Semoga anak anak boleh balik beraya!

Kenangan awal awal dulu....

penangan pertama...cari masks





Thursday, June 4, 2020

Breaking News ... a land in turmoil


Buka tv ,ada cerita ini
Pagi petang siang malam tak jumpa lagi kesudahan

Breaking News!
Hari hari breaking news
Tentang pergolakan di sana
Tenggelam habis segala yang lain tentang berita dunia.

Kenapa ini berlaku? Tanya kita terpinga pinga
Google tentu jumpa jawapannya.
Tapi yang paling serius tentulah gelagat pemimpin nombor satu mereka

Lama dulu satu siaran tv menarik perhatian ramai
You are fired...jadi captionnya.
Ehh ..lupa pula nama rancangan...
Sekarang dia jadi penghuni White House
Punya lah power yang dia ingat mengalahkan superman.

Masa kes covid menggila di sana
Aksi dia lagilah gila
Setipa hari dia buat news conference. Tapi yang keluar kenyataan dia sangatlah menggelikan, merimaskanan dan mengharubirukan.
Adakah dia boleh syorkan inject pencuci utk kalahkan virus dalam badan
Juga telan ubat anti malaria walau dinasihat jangan dilakukan.
Ketegaq bukan mainan... semua tatacara yang dianjurkan dia bakulsampahkan
Sampai rakyat dia pun naik bosan .
Last2 dia merajuk,tak mau lagi buat press conference...

Apa yang berlaku di sana, di sini boleh kita ambil pengajaran
Janganlah pilih pemimpin yang hanya pandai berkata2 tapi semua nya auta.
Juga yang keluar kenyataan tanpa berfikir risiko segala.

Thats all folks my rambling for today
May we be in safe hands always
Amiiin.
Add caption

Add caption

Add caption
Antara jutaan image tentang demontrasi di USA kini.
Kenapa SOP covid 19 tidak diikuti
Gerun dok fikir apa akan jadi
14 hari dari tarikh ini....Ngeri.

Thats all folks. Keep safe.

Wednesday, June 3, 2020

Sebaik2 ibu si Tanggang ,sejahat jahat Nyonya Mansur.....


Dua personna diatas berstatus ibu.
Satu katanya hidup di zaman dewa dewa,dan yang lagi satu hidup di dunia sekarang walau dekad berbeza.
Dan cerita kedua mereka sangat diketahui oleh rakyat Msia. Jadi folks lore. Jadi legend.

Ibu si Tanggang sangat baik. Sangat menyayangi anaknya. Sanggup melakukan apa saja buat anak jantan seorang. Biar maruah dipijak pijak bila dia membuka mulut meminang anak orang kaya yang dicintai si Tanggang. Dia sanggup. Dia rela.
Namun bila hatinya dirobek oleh sianak yang sangat dirinduinya,dia sanggup memohon supaya anaknya ditimpa musibah. Sanggup menyumpah menjadi batu.Itu dia.Sanggup dia.Tegarnya dia.

Rasanya Nyonya Mansur tak seperti ibunya Tanggang. Walau hatinya marah, sakit, dia tidak menyumpah anaknya.Dia hanya halau anak menantunya dari rumah dan beri mereka wang secukupnya utk mereka memulakan hidup baru. Dia mencabar mereka berdua berdikari. Apa yang terjadi pada mereka berdua bukan salah Nyonya Mansur. Kassim Selamat Yang bodoh.
Bila ada duit dia berjoli sakan. Bila isteri dia hilang, dia menangis sampai buta. Bila dah disembuhkan dia sendiri jolok mata dgn garpu sampai buta kembali.
Ya... aku baru terbaca ttg persepsi ini dalam posting seseorang. Betul juga kan...
Kalaulah Kassim Selamat pandai guna duit dari pemberian Nyonya Mansur tentu dia selamat. Tentu dia dengan Sabariah sabar menjalani hidup mereka.

Dan dunia sekarang pun ada lagi ibu seperti ibu si Tanggang. Marah anak terus tak mengaku anak. Marah menantu langsung diberi gelaran bukan bukan yang melekat dalam ingatan.
Harapnya aku bukan begitu. Walau  dicuit perasaan ,memohon yang bukan bukan ,bukan aku.Jauhkan dari ku perasaan begitu.Perbuatan begitu.
Semasa menghadiri satu jamuan, dalam soksek kaum wanita, aku terdengar keluhan si ibu.
Dia dah empat tahun tak dengar berita tentang anak lelakinya. Entah apa jadi. Rindunya tak terperi.

Kak doa saja yang terbaik buat dia. Setiap kali sembahyang itulah yang didakan. Semoga dia sihat, terpelihara dari pancaroba. Bahagia dia dimana mana. Kalau ada rezeki,satu hari dia kembali.
Kata si ibu sambil menyeka air mata. Ingin aku bertanya lanjut ,namun aku masih baru di sini. Namun cerita dia amat dekat di hati ini.

Pagi semasa subuh,doa ku panjatkan pada Ilahi semoga mereka yang dekat dihati ku dirahmati, dilindungi . Dijauhi dari pancaroba dunia. Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.
Semoga anak anak ku bukan si Tanggang atau si Kassim Selamat.

Bye. Thats all folks. Have a good day.
Doakan selalu yang baik baik buat anak anak ya.

Di sini aku perturunkan link utk bacaan para ibu. Semoga bermanafaat.
Doa ibu

Monday, June 1, 2020

Dah setengah tahun..

1st of June is here.
dah setengah tahun kita berada ditahun 2020.
Macam macam cerita,macam macam rasa
Kita lalui pancaroba.

Apa ya yang berlaku?
Banyaknya... ada covid, ada pertukaran pemerintahan ada haru biru
Bukan saja di sini. Namun disana ...CCP dan Amerika yang rasa mereka gagah selalu.

Sdeang enak enak kita menjalani kehidupan buat rakyat marhaen dijalanan...man on the street kata bahasa England
Kerajaan bertukar tangan
Akibat Langkah Sheraton.

Maka kita pun terkedu.
Negara sudah tidak berPH tetapi PN.
Sekali fikir, ni haruu
Tapi itulah rakyat Msia, terima seadanya dalam krisis covid sedang menggila.

Then,
Kita berPKP,PKPd dan PKPB.
Kita lalui dengan tenang, tiada yang membantah
Kerana kita akur pada yang memerintah

Syukur Alhamdulillah
Kita berjaya hadapi dengan tabah
Susuk tubuh 3 tokoh yang selalu kita lihat wajah
Buat rakyat Msia tidak gelabah.

Cuba bayangkan kalau yang meneraju negara kita masa sensasi ini macam Trump
Mau cempera semua kita tak ketahuan
Kerana kita selalu mengikut ketua punya tauladan.

Mengikuti siaran CNN,BBC,Aljazeera aku selalu nak tergelak tgk gelagat Presiden negara no 1 dunia kononnya.Macam paklawak pun ada. Ada2 saja kerenahnya. Janganlah ada watak macam itu kat Msia. Parok kita.

1st June is here.
May the rest of the year be full of beauty.



Saturday, May 16, 2020

RIUH....


Belum terbit fajar,tapi sudah riuh.
Riuh suara burung berkicau. Bermacam bunyi mereka menyanyi.
Riuh suara ayam jantan berkokok. Kok kok ooook. Garuk saja suara nya

Tapi suara semalam yang ku dengar jam 2 pagi lagi riuh.
Tersentap aku dari tidur yang lena
Jam ku belek... ingat dah subuh ke apa. Cuma baru jam dua.

Ketawa mengekek
Butir2 bicara jelas ditelinga....adoi maak macam mana nak lena.
Hingga ke sahur masih terdengar suara mereka.

Ada bola ke?
Atau sedang layan games di media
Jangan2 dok pekena benda!

Semoga besok malam perkara begini tak berlaku lagi. Kalau tidak mau aku join sekaki!

Ntahlah...aku memang tidak gemar benda yang riuh riuh. Suka aman damai. Buat apa pun tak perlu riuh. Dan kalau kena riuh, aku cuba sabar. Dan cara aku menghindarinya adalah dengan tidak dekati punca keriuhan itu...

Thats all folks.
Ehhh ..lupa pula. Hari ni HARI GURU kan. Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru. Samada sedang berkhidmat atau sudah berpencen.
Kepada guru guru SK Seri Indera, SM Derma,Seri Puteri,tadika2 ,universiti 2,kolej2 yang ada anak saya menuntut ilmu,terimakasih banyak banyak. Jasamu dikenang.
Juga buat guru2 disekolah yang cikson pernah berkhidmat, terimakasih banyak2 atas kerjasama semua.Tak terbalas budi pada mereka yang sama2 menaikkan prestasi sekolah dan bekerjasama dengan cikson semasa cikson berkhidmat.

Perjalanan mengajar cikson penuh liku2. Sentiasa mencabar...Namun sangat bersyukur kerana menamatkannya dengan penuh bermakna.


Friday, May 15, 2020

This and that...sat lagu ni ,sat lagu tu..


Dalam samar2 pagi sekumpulan ayam ayam peninggalan arwah bapa mertua dapat dilihat berkumpul disudut halaman. Dekat pagar tepi jalan.
Oooi cikyam semua,nak pi mana?
Macam mau saja aku bertanya. Tak taukah sekarang ni musim covid. Masih berPKPb seluruh negara. Jang. an suka suka kesini ke sana....haha..

PKPB itulah yang sedang dialami semua kita. Tak kira bangsa,agama,status kerakyatan,samada pendatang atau warganegara. Banyak undeng undeng. Bak kata P.Ramlee..

Tapi ada yang buat aku ghoplah.Risau.
Dalam sehari ,kita rakyat marhaen disogok bermacam2 versi sesuatu perkara. Contoh ,bab sembahyang dimasjid. Setiap negeri ada SOP tersendiri. MKN pula ada statistik lain.
Berapa sebenarnya yang dibenarkan bersembahyang Jumaat, Terawih,Aidil Fitri...
Nombor yang berbeza2 buat ramai yang jadi serba salah.
Hari ini dengarnya wilayah Persekutuan dah benarkan 30 orang utk sembahyang Jumaat. Perlis rasanya masih 12.
Semoga tiada kejadian yang tak diingini berlaku. Dan mereka yang berjemaah hari ini dilindungi dari apa2 kemungkinan. Seram juga memikirkan takut kluster tabligh Sri Petaling berulang.

Hari raya tak berapa hari lagi. Dah kedengaran bunyi meriam dan mercun kat sini. Tapi tak meriahlah macam dulu2.

Sedih bila membaca berita tentang dia. Si ayah muda yang tekad berjalan kaki dari Johor ke Trengganu. Untuk kembali kepada keluarga.Matinya dia ditengah perjalanan sebab covid 19 amat terkesan.

Macam2 kita dapat baca dan lihat dikaca tv. Tentang daifnya kehidupan mereka yang hidup terbiar. Yang punya rumah yang tak seperti rumah.Yang terputus bekalan makanan. Dan ada yang sampai merebus batu supaya anak tidak merengek kerana kelaparan.Allahu. Besar dugaan mereka.

Ha... dalam kita semua risau tentang bahaya covid, timbul lagi perkara yang bikin hati gusar.
Kesetabilan negara. Ada2 saja. Kedah,negeri asal saya pun tak kurang bergundah gulana. Berebut kuasa antara mereka.

Rasanya...sampai bila ya nak macam ni. Sat lagu tu,sat lagu ni?
Hanya Allah yang mengetahui.

Bye... nak kena halau puak ayam2 tu . Dah berkampung di porch kereta pula. Macam orangRohingya. Bebasnya mereka dok teroka kawasan kita. Shoooooh,shooooh.

shooooooh

Friday, January 3, 2020

Hari ketiga 2020...banyaknya cerita duka semalamnya.


Its 8.30 now.
A beautiful morning. The sun is showing her face ,smiling gently down on earth. In a few hours,come noon,it will be raging hot. Very hot . Its been dry for over a month in this region without rain.
Last night,I watched ABC...or is it some other channel.
The main news is about the bush fire still raging in Australia.
Allahu...ngerinya. Unimaginable. Local tv channels dont show much of this tragedy enfolding there this very moment.
Langit Kuning Jingga.
Api marak menyala hingga  tinggi pokok.Membakar dengan rakusnya.
Burning tinder flying around.
Hundreds of people trapped. No where to go.
Jam 9 pagi hari masih kelam.
Berpuluh orang maut setakat ini.
Kapal Navy digunakan utk membawa mangsa2 ke tempat selamat
Di Mallacoota ... mereka dinasihatkan terjun ke dalam laut jika api marak hingga ke pantai.

Scenery hanya tergambar dalam filem selalunya. Namun semua diatas bukan khayalan tetapi kenyataan.
Dan khabarnya...Hari Jumaat dan Sabtu mereka akan berdepan dengan situasi lebih haru biru.!

Ya Allah..selamatkan mereka walau mereka berlaianan bangsa dan agama dari ku.

Semalam juga aku terima banyak berita...tidak berapa gembira.

Tentang perletakan jawatan MM...Dr. Mazlee Malik. Sedih mengenangkan seorang menteri yang berbuat seupaya dia utk pendidikan negara terpaksa mengaku kalah. Letak jawatan.
Kancah politik bila memasuki skop pendidikan memang tak terjangkakan..

Disatu sudut pula,berita anak2 pun aku terkesan sama.
Masing masing dengan tekanan kerja dan hidup .
Apa boleh ku buat selain meminjam telinga utk mendengar. Sesekali memberi pandangan. Semoga mereka dapat bertahan menghadapi kesukaran.
Doa ku agar mereka selamat . Mereka tenang utk menghadapi tekanan2 kehidupan yang beragam.

We are strong ladies and gentleman...Your tt is strong, your mom too. So are you..

Its 26C now up north.
Calm and quiet.
Safe for the chirping of the birds,the crowing of the chickens.

Semoga hari ni berita lebih baik aku terima...
Ya Hanana Ya hanana... the music on tv.

Here 's some thing about the place called Mallacoota,NSW,Australia,googled.



Before,it is a renown tourist area,now resembles a war zone.


LOL...tertype 2019 pd tajuk pulak.

Thursday, October 10, 2019

journey into the past

I dont know why this post is in draft form..... There's nothing absurd about it for me to keep it as a secret. So today, I publish it once again. Btw,this post was first published on 8/7/2009.
vintage tv
tv was a luxury back in the 60's.
Somewhat similar tok ton’s tv set

I had tuned in into Radio gegar on astro.From pantai timur THR  Gegar could be heard even in the north. Switching to Astro 863,I enjoyed the songs and the simple yet  joyful note of the Djs.

How far we have progressed in terms of telecommunication.My earliest remembrance of the audio is the immediate neighbour’s radio.

Back in the 60’s where poverty is the order of the day,having a radio is  a luxury. So growing up we did not have a radio of our own.

At 4 or so in the afternoon,I would take a position on the stairs,craning my ears to the neighbour’s house.  Its bangsawan or sandiwara time on air! Its a regimented schedule. If the neighbour is in not in a joyful mood , the volume of the radio would be turned down , thus depriving us of the free airwave.How depressing!

Tvs made their first appearance in the 60’s in black and white.All the village children and the older folks would clamber on the varandah of the first owner of the tv set. Sometimes the owner was in a foul mood and would close the door .So no free tv folks.

A recollection of the programme: High Chapparel and a music programme featuring Azean Irdawaty in her youth.

The family soon had our own tv when sister and I started working when we pooled our money to buy a  BnW  tv for them. Sometimes in the 70’s.

I later learn to enjoy music when I bought my first record player. J Mizan , Ahmad Jais, Sharifah Aini, the Carpenters were among the artists that provide entertainment in time of loneliness – I was holed up in the outback of Selangor for my posting.
my first record player
Add caption
 
Record players were history when cassette players made their debut.I lost hold of the modern marvel of today. Ipod,Mp3 bluetooth,blackberry. Hey I cant seem to catch up.

By the way, somebody please enlighten me. Why Mp3 not 1 or 2?

Wednesday, October 9, 2019

Enlighten me 1

CA8R93DWCAC0953PCA5Z9HUCCARUM5RJCA6ASEO2CANB7LQ2CAYDC3FHCA6GE4RECAP0CA42CA8C8CQ7CAP08R9XCAIUVHJOCAQCN3M1CA7T6IIKCAOH6MK1CAM9V5XICA4DZIAOCAVLTAYPCACQSCYOCAB1OHMY
Add caption
 this is Sarah Palin when she is not in her element.
All through the years that pass by,I learn to hold back my actions.I sieve through the issues and delayed the actions that used to fly off the handle in an instance. Previously.That is.


After reading motivational books I tried to uphold the principles that I come across. Some succes .If I may say.

The latest being one  by Dale Carnegie –‘ How to  win friends and influence people’ The weather beaten book was bought for a meager sum of RM 5 from the second hand book store at Chowrasta Market.
The brownish pocket book , partly damaged by bookworms(?) was a treasure despite its humble origin and worn out look.

CAZEH04HCAT91XCPCAXDZBBVCA3D96CICASE7Y1LCA6IY0YQCAOPDFBQCAFWPRRPCAJ358INCAIP4Z3TCAXYJCYSCAS65551CAQ2L73KCAFZNPS9CAASWFC4CAINP3NUCA1JH0A3CAEJX0OMCA9SR2SJCA0HV59I
Add caption
  • President Lincoln was one unhappy man in matrimony. I didnt know that !  Interesting . Would like to read more @ them
  • Al Capone the noted criminal, regarded himself as a public benefactor despite his notoriety.So was Dutch Schultz. I didnt know that!

But those were not the points to consider
These were:
  • The only way to get the best of an argument is to avoid it.
  • Show respect for other man’s opinion.Dont rebuke.
  • Admit it ,if you are wrong.Quickly & emphatically.
  • Begin in a friendly way.
  • Patience  patience and more patience.

Well, there are numerous rules stated but they can wait.Till later.Bye.

This post was written on 2/7/2009.
10 years back. I had in draft form until now. Today I click the publish button.

Tuesday, July 16, 2019

Ibu pun berjenis jenis ibunya....


Menangis panjang si anak kecil itu mencari ibunya.
Sayu suaranya.
Walau dia bukan makhluk manusia,aku faham apa maunya.
Tangisnya mau dia disusui.
Lapar dan dahaga tentunya dia
Tapi ibunya buat tidak peduli.

BU!
Anak lapar tu.Aku berseru melihat dia bertelegu di tangga pintu.
Baby nak susu tu.
Tapi Bu pandang aku dengan pandangan lesu.

Wait! Could the mother be not herself. She's sick. I notice she too wasnt eating food given to her lately. Cikli went to the vet and bought some medicine. For the mum and eyedrops for the babies.

Soon, Bu regained her appetite but nursing her babies is not her number one priority. Terpaksa pula beli susu anak kucing utk anak anaknya.
Alahai Bu. Jauh beza kau dengan ibunya Ninasandaq. Terlalu jauh.

Ninasandaq amat menitik beratkan anak anak dia. Senstiasa bersama mereka dan sehingga besar masih intim dengan mereka. Sehingga ada yg besar panjang pun masih menyusu.

Begitu juga manusia.....
Ada ibu yang setiap masa , setiap situasi ada bersama anak anaknya. Biar tidak berapa disayangi, tetapi dialah yang berhempas pulas utk mereka. Mau yang terbaik utk anak anaknya. Walau hidup tidaklah gembira mana, namun demi anak2 sanggup meredahnya agar anak2 tak cempera. Marahnya, cengenya, strictnya tidak disukai anak2 tapi kalau dihitung jasanya....itulah .

Ada ibu yang sangat sangat penyayang. Takut memarahi anak anak,takut menegur anak ,takut menyuruh anak. Ikut saja apa rentak sianak. Akhirnya, anak2 apa jadi.Sianak tidak berdikari, tidak tahu itu ini, Siapa rugi?

Membaca diruang media, macam macam kita jumpa.
Semalam tertonton drama, watak si emak yang aku fikir dah lupus dari zaman ini. Memanjang cengenya. Mulut macam naga. Takut saya...

Well,thats all folks..

Thursday, July 11, 2019

Hujan pagi pagi


Cuaca kurang elok pagi ni. Mendung dan hujan sekejap sekejap. Semalam petang,ribut dan angin kuat melanda. Berdentum guruh dilangit membelah kesunyian malam.
Hope this pitiful weather wither away soon.
Happy sun comes shining gently upon us.

Semalam keluar mencari tailor.
Tukang jahit utk kurung cikson dah sedia ada. Berurusan dgnnya sejak bertahun dulu. Kalau masuk kedai dia, sahih keluar dgn tempahan baju dgn dia. Orangnya ramah and sweet. Sedia melayan pelanggan dengan senyuman mesra. Ema, namanya.

Lain pula dgn cikli. Selalu baju dibeli saja. Tapi kali ini kerana nak sedondon, sementelah anak2 sponsor kain,kenalah cari tukang jahit baju Melayu.Pencarian kami membawa kami ke sebuah bengkel jahitan. Harap2 hasil jahitan dia bertepatan dgn kehendak cikli.

Juga dah jumpa kedai alter pakaian. So tak perlu pening nak cari org nak potong jubah yg meleret. Or alter kurung yg gelebeh. Muda2 lagi tuan kedai itu. Ramah sangat.I like.

Hanya satu saja yg jadi pemerhatian cikson. Kenapa susah sangat orang kita nak jaga image kedai. Kata pun kedai, why not tarik pelanggan dengan presentation kedai yg elok,bersih dan meyakinkan. Tak masuk kali kedua cikson kalau kedai makan ada sawang bergantungan. Kipas pun segan nak pusing kerana sarat dgn debu. Taik cicak ,taik burung bertepek2....huhu.

Dan sunggoh tak gemar kalau didalam kedai makan esp,pekerja berseloroh, bertepuk tampar sesama sendiri dgn meriah. Kita nak makan pun terasa tercekik..

By the way.... tukang jahit cikson org sana yg berkahwin org sini.




Saturday, July 6, 2019

Light and easy moments...lovable Jack


Saw on British Got Talent.
This video of a father and son duo rendering their own song.
Fell for it just like Simon.
Not just their lovely melodious rendition but the relationship as well.
Jack the 12 year old son and his 43 year old father were seen so loving of each other.
That relationship....some were not that lucky.

Hope Fohim and Fateh too have this kind of relationship with ayah. I saw that . I feel they are lucky boys .Fahim always wants no one to console him except his ayah .Ayah is his world.
Moga selamanya mereka di asuh, dididik oleh ayah yang penyabar . Di baja kasih sayang antara mereka hingga dewasa.
Seen so much of displaced family when something happened.
Anak jadi pendiam, membisu ,reclusive ,memberontak bila tiang keluarga beralih tempat dan arah.

Bapa Jack,stay at home dad raising his own four children.
And I read somewhere, children raised and taught by their dad are more intelligent.
Yes, my own 4 children have their father to be thankful for.
Masa sekolah rendah dulu , every night, abah mengajar mereka.
Jadi guru tuisyen mereka.
Alhamdulillah.... berjaya mereka. Dapat berdikari mencari rezeki sendiri.

One moment stood out firmly. Cikli tgh sakit. Hari hujan lebat. Anak yg ditunggu tak balik lagi. Seminggu lagi nak UPSR. So ciksoncikli drive ke taman permainan di perumahan seberang jalan.
Haaa...betul bagai jangkaan. Ada pun dia sdg menendang bola. Dalam hujan. Serta merta diajak balik ,disuruh mandi . Mujur tak demam.
Malam tu si anak kena tazkirah panjang....

Well...I have my dad too to be thankful for what I have became. Academically I mean. Boleh jadi orang dan sara my own family.Hihi.

Fathers... be lovable, responsible to your children like Jack's father did.
Jack... I agree you are a lucky boy. Love your dad and cherish him in his old time.

Comel benar Jack ni...

Friday, June 28, 2019

Di lorong sesak itu.....

Setiap kali cikli ada appointment doktor mata di Klinik Pakar Hospital Sultanah Bahiyah,AS di lorong itulah kami menunggu dan tertunggu. Untuk nombor giliran dipaparkan skrin digital dan suara melaungkannya. 2236 bilik 73. 0110 bilik 65....hehe. Macam dah bernyanyi2 dalam ingatan ku. Berirama dan berlagu.

Disini... manusia yg tidak dikenali atau sesekali dikenali menunggu dgn sabar. Namun ada yg tidak. Riuh suara 2 org wanita muda sikit kot dari ku membebel tentang lamanya mereka menunggu.
Eh...awat lambat. Dari pukul 8 sampai la ni tak panggei panggei. Jenuhlah.
Sekali suara garang seorang pesakit memarahi pekerja di situ. Terkejut kami.
Ehhhh...apa kamu buat ha? Dah berjam tau aku tunggu. Awat nombor orang lain naik dulu.
Kesian pula dia bila gilirannya dilangkau berkali2. Mau tidak sakit hati.

Di lorong sesak itu, kerusi terhad. Ada notis kerusi hanya utk pesakit. YG mengiringi boleh tunggu di luar. Atau kalau mampu berdiri,berdirilah. Beri keutamaan utk pesakit. Setelah di titis ubat membesarkan mata, aku lihat banyak yg tidak selesa.
Namun,lumrah manusia...kepentingan diri jadi utama.Maka adakala kerusi jadi rebutan antara yg tak berdaya dengan yg berbadan sasa.

Yang aku perhati, derap langkah doktor dan misi sentiasa berlari. Macam ada yg mengejar mereka. Sebentar kelihatan doktor berlari ke bilik 73. Kemudian ke bilik yg lain pula. Penuh bertenaga. Dari pagi sampai petang hari mereka tidak berjalan lenggang mak limah. Tabik hormat pada staff di bilik2 sini yg penuh dedikasi memberi khidmat.

Cikli bercerita....hal berlaku dlm bilik periksa.
Tengok muka pakcik tak jadi marah ...kata nurse.
Pakcik handsome kot, seloroh cikli..
Cikli mmg ada sense of humour kalau mood baik. Ada saja lawak dia.
Teringat kata2 seorang pesakit yg lain...lawak no suami puan.  haha...lawak.

Lorong sesak di situ banyak memberi aku tauladan. Memapar banyak karektor manusia. Ada yg bersahaja. Diam tanpa bersuara. Ada yg hoha yoya, bergurau senda dengan suara yg kuat macam adegan Maharaja Lawak. Dan ada yang baran, bengis tanpa rasa malu. Bertempik memarahi orang lain....eh dah lama tak bersua dgn watak ini di situ.

Satu hari ...dilorong sesak itu ,aku kutip pengalaman, pengamatan dan pengajaran.

Tentang MATA!
Juga Manusia.


Tuesday, June 25, 2019

Just as it is....


Entah kali ke berapa rasa harga diri kita dimain mainkan.
Malu terasa.
Aku ingat topik ini dah basi.
Rupanya ......terus dimainkan lagi dan lagi
Hingga tenggelam berita, cerita lain yang lebih memerlukan konsentrasi.
Prior 1998, perkataan jijik itu tidak didendangkan akhbar dan peti bodoh bersuara itu.
Ibu2 cepat menjengil mata kalau anak2 menuturkan di depannya. Mungkin juga cilikan mulut yg celupar.

Namun ,zaman berubah.
Semasa mengajar, aku terpaksa berhati2 meminta murid membawa akhbar ke sekolah utk bahan pengajaran dan pembelajaran. Silap2,headline akhbar hari tu terpampang perkataan itu. L****. That 5 letter word.
Aku masih ingat satu akhbar siap menerangkan secara terperinci makna dan caranya...disgusting.

Maka start dari 1998,dunia Melayu dimomokkan dengan cerita ini sambung bersambung,siri bersiri.
Yang aku nampak perjalanan undang2 mejengkilkan,sama macam perkataan itu. Ada sampai tak masuk akal...alahai.
Maka aku lebih membaca akhbar Bahasa Inggeris dari Melayu.

Oh no.... aku ingat zaman itu dah lepas. Rupanya ada lagi. Versi baru pula.
Dan sebagai pendidik ( bekas) aku terfikir.... bagaimana pula impaknya pada minda anak2 muda. Sekarang ni, semua dihujung jari. Senang lenang melayari.

Hari ini ....500 sekolah @ PG diarah direhatkan. Shuttered down. Hingga baju yg dipakai mangsa di minta dilupuskan. What? What am I reading. Hope its just fake news.The severity of the calamity was astounding.

Risau aku .

Macam2 sekarang


Thats all folks. Take care.Bye.

Thursday, June 13, 2019

Koyak


Koyak rasa hati bila tonton telemovie semalam. Batik Zakiah tayangan tv3 lakonan Ahmad Tarmimi Serigar dan beberapa artis yg kurang ku kenali, mencuit hati. Terembes juga air mata.
Bukan mustahil perkara begini terjadi di alam nyata. Seorang ibu yg dipisahkan dari anaknya sendiri merana sepanjang hayatnya sedangkan sisuami dan madunya enak2 membesarkan bayi yg diculik dari buaian.
Itu garapan fantasi pengarang cerita dan pengarahnya. Di alam nyata , kisah begini benar terjadi. Anak sanggup dibawa lari, diletak dalam jagaan mak tiri hanya kerana tidak puas hati. Entah apa yg merasuk fikiran si ayah berbuat begini. Semoga episod sedih ini jagnlah berulang lagi.



Menjadi seorang guru mendekatkan aku dengan anak2 kecil. Persengketaan keluarga antara penyebab kemurungan anak2 sekolah ku. Pernah seorang anak murid meluahkan kekecewaan dia pada ayah yang sanggup meninggalkan mereka utk seorang perempuan lain. Dia yg hanya berumur tujuh tahun sudah arif tentang perceraian.Berkaca mataku bila mendengar ceritanya . Koyak hati kami guru2 berhadapan anak2 yg masih mentah tapi terpaksa mengharungi hidup kucar kacir begini.

Koyak juga hati ku bila kisah yg memalukan kaum dan bangsa jadi perbulan ramai. Buka saja fb, forum,blog adalah kes ini. Dulu era 1998, kita ikuti berita sensai lewat berita dan akhbar yg diselak2. Tapi kini dengan hujung jari, semua terpampang penuh terperinci.
Namun... aku yakinkan diri,semua ni mainan kaum iblis yg menggadai maruah utk kepentingan diri.Mohon sangat2 ini bukan realiti.Tak mau aku percaya bulat2 ttg hal ini.

Koyak hati sang ibu bila anak2 bermasam muka kerana bersengketa. Tidak bertegur sapa dan bermaafan di Hari Raya. Di senja senja usia ,melihat anak2 tidak seia sekata memang lara. Gambar Hari Raya ada kelompongan kerana ketiadaan mereka yg bersengketa.

Ni baru koyak...entah2 kehadapan terus rabak.
Semoga keluargaku terhindar dari semua ini.Dijauhi dari mereka yang hati tidak suci.Anak2 ,cucu2 ,menantu2 sentiasa terpelihara kasih sayang antara mereka. Kalau ada yg tak sependapat, bincang dan muafakat.Hindari dari bertelagah secara maya.Tidak ada faedahnya.Bala lagi ada. 

Thats all folks
Bye.

Points to ponder... bila disuakan dgn sesuatu cerita atau berita, jgn mudah mempercayainya. Googlelah deepfakes, Latex makeup, camera tricks dll yg seangkatan dengannya. Jadilah penerima berita yg berhemah.

Look...ni satu contoh make up . Nampak real kan.




Tuesday, May 14, 2019

Archive of life .... the 13th of May


Yesterday, on my timeline, a number of posts regarding that fateful incident that rocked our nation 50 years ago appeared. 
For the first time since , Malaysians speak freely about their views, experiences. traumas and the lot about this hush hush affair.
I  was a sweet seventeen teenage girl when the incident broke out. Readying for my upcoming SC/MCE exam, I was oblivious to the going ons . Then one day, ashen faced abah came home from town with this news.
Jangan pi mana mana. Dok rumah saja. La ni oghang dok begaduh.
News travelled slow those days. We didnt have any socmed. Nor did we have any radio or tv at home. So words of mouth were our source of information. Only occasionally we bought utusan Melayu the jawi version.
Then came the curfew.
Everything was on lock down. Schools and offices closed. We had to stay at home and wary of strangers.
Luckily nothing untoward happened in our village although our neighbours were predominantly Chinese. 
On the other hands, we received rations from them.Mom got a handful of onions, garlics from them.They had tons of onions since all roads and shops closed.
Incidently, it was rumoured that a few life were lost in the state. 
When, the curfew was over, it was school as usual. In my class where pupils of various ethnics studied together, the beginning was a bit sombre. We avoided discussing the incident. 
But things werent the same in KL.
A  known friend of our family went missing until today. Alfatihah to the poor soul.

Although my hometown was calm and peaceful on that fateful day, we were very careful wherever we went. It was not a nice experience.Fear was in the air. 

There were lessons that could be learnt. Racial tension among the many races that make up the population of our beloved nation should be avoided. So too religions related differences.
Something that we must be aware of... menang jadi arang, kalah jadi abu. 

So friends... abstain yourself from indiscriminately  dishing out opinions in discuss forums pertaining to these delicate matters....race and religion.
Whats happening in Sri Lanka , Myammar  and many more nations across the world could be an eye opener.

Lets live in peace not pieces.
Salam keamanan buat semua.Bye.

Monday, March 18, 2019

The haze,the heat and the cheat


Looks like the haze is here once again.
Breathing doesnt seem easy.
The air is languid with smoke.

Peeping out, oh no someone is burning rubbish in the neighbourhood!
Not realising that the reading according to met is unhealthy.
Seems that a state in the east coast is having her bad day...Pahang has the worst haze reading to speak.
Hope it doesnt warrant me and my love ones a visit to the doctor. Nebulizer and all.

The heat too is unbearable these days.
So going out is on our not to do list.
Except for the trip to the grocers and fish market.

The haze and the heat seem to get into some people,I reckon.
Adakepatut....
Well the story be like....

It was quite late in the evening when we ventured out that day. With the agenda of an early dinner and some grocery shopping. Plus some wet items.
So off we went for dinner at 6 and then to one of the shop that sells fish at the other side of town.

Was I not glad that at that time of the day, there were quite a supply of fish,cuttle fish, prawns on sale.
Wah... tanpa berlengah cikson pun pilihlah ikan2 dan sotong utk ration 3,4 hari.
So 2 ekor ikan kerisi
2 ekor ikan selar
2 ekor ikan gelama
2 ekor sotong sederhana besar
6 ekor ikan temenung...were the items bought plus some veggie.

Dah terbayang2 nak masak asam pedas ikan kerisi,kerabu sotong, masak asam ikan gelama etc etc.

The next morning, cikson started cleaning the fish.
Waaaarghhhh.... what a smell!
The kerisi was rotten to the core.
The temenung yellowed.
The sotong tooooo.

Ehhh..kenapa dah kena sampuk apa niii?
Elok saja ikan yang dipilih semalam. Mata pun ok,isi pun padat. Kenapa bila pagi ni jadi lagu ni?
Tak ada apa yang terlintas selain ikan2 itu dah kena bahan kimia pengawet. The smell of chemical was the tell tale.
I was certain it wasnt my mistake as I put the fish the instant I reached home into the fridge. freezer.

Gerammnnya...
Wahai tuan punya kedai,kalau nak untung pun janganlah memudaratkan orang.
It was cheating ,you know.
Kalau orang jatuh sakit, apa pun tak boleh.
And that would be the last time I will visit the shop.

Really la... I cannot take orang berniaga yang tak ada etika .
Dulu kena dgn kedai bunga yang jual bunga dah guna. Masih ada stapler kat bunga bunga yg dijual.
Dan satay yang re heat semalam punya.
Dan penjual2nya orang kita.

Haaa.. kat padang besar pun hati2 na..Orang kita pun tidak kurangnya penaya pembelinya.

The haze,the heat and the cheat..
Hope they go away

Bye,Thats all folks my rambling for the day.
Stay alert so that your money will not be ripped away.


Saturday, March 16, 2019

Sick and tired....senseless


As of noon, I was aghast when I watched Breaking News on Al Jazeera  yesterday.
My jaws dropped watching as the incident enfolded.
Mass shooting in a mosque.
Its Friday prayers time.
It occurred in the second most peaceful nation in the world.
It was LIFE !

Oh my dear..what insanity.
49 innocent lives lost
And many more injured ,need operations and live saving .
Even children were not spared...

I could go on and on.
Well you all know by now all that transpired.
Today, the senseless brute terrorist was brought to court.
He wears a SMIRK on his face as reported.
Let the event of justice takes its course from now on

An incident which happened decades ago surfaced in my mind.
As a first time traveller I was bewildered .
I had never been on a plane before,even locally.
It took 17 hours including transit to travel the distance that time.
And the plane was BOAC.
So many on board were matsallehs from Aussie as the flight originated from there.
Suddenly there were shouts from the front row.
You P**i, shut your baby mouth up. SHUT UP! Or I throw you out!
An orangputih shouted to the couple who were trying their best to control their baby from crying.

It was my first encounter with white supremacy.
And the memory stuck in my mind forever.
So too were the conduct of one of the lecturer at Moray House. Racist to the max.

Whatever our creed are, are not human species created to live side by side.
No body should think,act like one deserves all the best of everything the world could offer.
While the rest are nothing, nobody. And their lives could be taken away from them senselessly.

Senseless killing, senseless prejudice...when will they end.
As long as we have senseless people reigning the world , it will never stops.....

Thats all folks...
Take care everybody.
Be sensible in this senseless world at this senseless time.



Monday, March 11, 2019

Korban.

Setelah sekian lama kering kontang dek kemarau yang panjang, semalam hujan pun turun.
Lega.
Berkurang sedikit rasa panas membahang . Kalau tidak waktu ini 8.00 pagi dah terasa.
Pijar panas ditengah hari amat perit  sekali. Mau mereng kalau tak berhati hati.
Jadi utk mengurangkan sedikit rasa hangat dan hangit itu ,cikson ambil beberapa langkah.

Pasang semua kipas siling
Buka tingkap sedikit di dapur dan di depan
Pasang kipas lantai
Tutup curtain yg tebal.

Usaha itu dapatlah mengurangkan sikit rasa membahang tgh hari dan petang. Lebih lebih lagi bila air con dipasang sepanjang hari. Kalau tidak boleh pening rasa nak mati...hihi.Tapi kena korban duit ringgitlah nanti. Cukup bulan,bila datang,mau pitam!

Mungkin juga akibat panas, kesihatan juga mudah terganggu. Letih sangat. Kerja rutin harian pun rasa berat. Maka masak berat2 dan masa didapur perlu dikurangkan. Chaiouw ...siap utk dimakan. Cikli janganlah komen bukan bukan..

Semalam, sekali lagi menonton rancangan Aznil Mikrofon Impian. Kisah sedih jadi taruhan rancangan. Akibat perceraian ibubapa,anak2 jadi korban. Hidup menumpang belas kasihan datuk yang sakit dan uzur . Nenek mencari nafkah dgn kerja distesen minyak. Walau umur baru 19 tahun, anak muda yg mencuba nasib itu amat jelas bertanggungjawab terhadap adik2 dan datuk serta nenek.
Satu yang sukar dijumpai sekarang ini. Selalunya anak2 terbiar ini akan mencari kedamaian dgn cara mereka sendiri. Sarat dengan dadah dan aktiviti yang merugi diri.

Terkesan bila dia menasihati adiknya dengan kata kata..Hidup hanya sekali. Buat yang mampu dgn habis baik sekali.By the way, ibu ayah masih ada. Tapi masing2 bawa haluan akibat perceraian.

Susuk tubuh dan wajah seorang nenek yg bercerita tentang cucunya mengimbau kembali.
Cucu yang masih terlalu muda mencari duit dgn menolong menjaga buaian cucu jiran. Dgn upah itu dia membeli sepeket mee goreng utk dishare bersama adik2nya yang lain. Makan mereka bersama2 . Semoga along sentiasa jadi pelindung adik2.

Dalam kehidupan seharian, banyak pengorbanan terakam.
Ibubapa yang rela anak2 berhijrah jauh utk mencari rezeki adalah satu pengorbanan. Bukan tiada emak bapa yang tidak membenarkan anak2 melangkah jauh dari kampung halaman walau rezeki dan jodoh ada diperantauan. Takut tiada siapa nak membantu mereka katanya. Sakit demam susah .

Thats all folks.
Hidup perlu berkorban. Lebih2 lagi bila ada tanggungan.

Bye.





Sunday, March 10, 2019

Happy International Women's Day yg sedetik terlewat.


Women's Day dah sehari dua berlalu.
Happy belated International Women's Day kawan kawan sejenis.
Haha...kawan kawan sejenis.
Ya lah... makcik pompuan, so makcik tujukan ucapan ini buat semua pompuan asli. Semulajadi .
Jangan tak tau sejak dulu ada yang tidak asli...transgender dan seangkatan dengannya.

Dalam banyak banyak rancangan tv pada hari itu,makcik tertonton interview TPM kita..Dr Wan Azizah. Selain mengikuti butir butir bicara dia ,makcik tertarik dgn pembawaan dia. Air muka dia..expression dia dan lenggok bahasa dia.
Tenang dan menyenangkan.
Wanita enam puluhan ini yang melalui liku liku kehidupan yang mencabar mengagumkan . Nampak manis sekali raut wajah dia. Walau ditempat yang tinggi dia kini, nampak dia tidak membanggakan diri, mendabik dada atau sifat negatif seorang pembesar yg berkuasa.

Terkesan makcik bila ditanya dari mana kekuatan dia masa menghadapi cabaran maha hebat dulu. Jawapannya...sabar dan ingat anak anak2. Sabar kerana anak. Kuat kerana anak.

Dan aku teringat akan ibu ku.
Dia kuat dan sabar kerana anak anak.
Kesusahan yang dia lalui dia telan kerana anak anak.
Andai dia lari, entah apa akan jadi pada kami.
5 orang anak...4 perempuan satu lelaki.
Bersekolahkah kami? Jadi orangkah kami ?
Dan cucu cucu pula terpelihara kah mereka dengan sempurna andai keluarga susah papa kedana?

On this International Women's Day walau telah berlalu, kenanglah seorang perempuan yg telah berjasa dalam hidup mu. Dan jadilah seorang berjasa pada zuriat mu.Dan bila sudah tiada, kenangan anak cucu terhadap kita positif saja...

Dia seorang wanita yang banyak berkorban untuk familinya
Dia kuat, sabar menempuh cabaran yg dihumban kepadanya.
Dan kerana dia ,aku berjaya jadi manusia...

Thats all folks.
May your day be bright but cool .
Stay safe everybody.