Tudia aihhhh.
Selama berbulan bulan bertapa,kelmarin hari pertama cikson keluar rumah.
Kalau dihitung betul betul dah berapa puluh hari ya?
Malas benar nak calculate.
Mendengar berita kembalinya ibu saudara kepada biras cikson, jam 10 kami keluar rumah.
Kunci iriz cikson serah dekat cikli.
You drive na...my legs wobbly.
Dan bila cikli start cik iriz bunyi ini yang kedengaran....srehhhhh,krekkkk dengan maran bateri kong menyala.
Dah mati bateri iriz !
So kenalah kami keluar naik xtrail cikli.
Hujan nampaknya akan turun. Memasuki taman yg dituju, kami diberithu jenazah akan terus ke masjid.
Setelah sekian lama menunggu, deretan kereta dan van jenazah memasuki perkarangan masjid.
Cikli bergegas ke sana utk sama2 sembahyang jenazah .
Cikson tak dapat pergi kerana kaki yang kejong dan terpaksa menunggu dalam kereta yg panas.
Aircon kereta buat hal rupanya.
Hujan yang turun pun mencuri masuk kedalam kereta dan menyiram cikson didalamnya.... macam tuan puteri mandi dalam kolam disiram oleh dayang2 persis film dulu2.Hehe.
Niat nak pergi terus ke tanah perkuburan diseberang jalan. Namun hujan yang turun membantut perancangan.
Mana kita ya? Tanya cikli.
Cari makan tgh harilah apa lagi.
Dalam hujan yg turun kami round Behor Pulai dan singgah disebuah warung.
Register dah, sanitise dulu.
Sedap pula keli masak tempoyak disitu
Nak menambah nasi terasa malu. Huhu.
Sepanjang perjalanan pulang rumah, mata terarah kepada pembangunan pekan Kangar. Kalau dulu rangka, sekarang dah siap terbina.
Dulu kosong, sekarang dah beroperasi.
Dan kalau dulu macam Malaysia sekarang terbayang CCP sebuah jalan yang kami lalui.
Dengan rekabentuk tiang2 lampu seperti tanglung dan berwarna merah berani.
Sempena hari pertama,aku lihat dunia, aku abadikan beberapa gambar sebagai kenangan...Gitu lah adanyaaaa.
pemandangan depan rumah
jalan ke rumah.....
bila pula tiang lampu ditukar merah?
dari kereta cikli.... nampak roundabout