Showing posts with label 30/11..the do.. Show all posts
Showing posts with label 30/11..the do.. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

the do....dewan sekolah aje pun...

Dewan sekolah aje...itu jawabku bila mereka bertanya.Kenapa tak buat dekat Mess Polis.Dewan Warisan....air con ,selesa tau...sampuk seorang.
Hmm dewan sekolah pun bkn percuma.Air con tak ada,kipas ada...angin pun ada.Cikson melawak.

Maka berlangsunglah majlis itu di sebuah dewan.Malam tu kami sangat penat dek kerana majlis akad nikah sebelah petangnya berlangsung agak lewat...hai la tok kadi awat buat lorat..Jadi tidaklah kami ke dewan melihat apa yg dah disiapkan.Kami in term of cikson and cikli.

pelamin nikah ..lupa dari mana...
So pagi pagi safie kami bertolak ke sana yg jauhnya hampir 3 kilometres dari RBL tapi hanya sepelaung dari no.7.
Ayooo...hanya pelamin dan walkway serta meja pengantin makan saja yg ada.Meja meja makan lain belum siap rupanya.Kecemas juga.

Hmm..sat lagi depa mailah.Depa taulah kerja depa..Bisik hati.Benar sekali catering cekap mengatur susun dewan.Tak lama siap kerja mereka.
Yang terkial kial adalah makcikson dan anaknya ciklin.Meja candy buffet tak siap,Meja utk buku visitor pun kemana.Susup sasap dua beranak cuba menyiapkan.Mujur ada sepupu ciklin dan ayahnya datang menolong.Cikli pula gigih menaikkan banner di pintu masuk.

pelamin dari Haasz

meja makan pengantin

dewan sekolah Kolej Vokasional Kangar

pintu gerbang

makanan dari Kinah


Hampir jam 11 baru kami balik ke RBL utk bersiap.Sambut tetamu.
haha...dapat gambar dari photographer dah masuk bln ketiga majlis diadakan.Biar lambat asal ada..

Next.... tetamu yg sudi.

DIY...andai ku lalu jln itu lagi

Tahun lepas ,semasa majlis walimatulurus anak ,cikson tak langsung mengambil gambar seperti biasa.Selalunya apa2 majlis,cikson tak lekang dari Nikon coolpix nya.Sampai cucu menakan pun dok tanya..tok ngah tu buat apa ya tangkap gambar selalu?
Tapi kali ini dalam majlis yg dibuat dirumah sendiri ,nikon tak nampak rupa.Gambar tak diambil langsung.Mungkin terlalu sibuk atau overly worried.So banyak perkara yg cikson buat tak didokumentasikan....
Jadi bila cikten dpt photo dari photographer ,baru cikson dapat lihat kembali DIY yg dilakukan.
Bukan apa,nanti kalau nak buat balik ada lah panduannya.Adalah pegangannya.

1. Catatan panduan...
Buku ni cikson buat utk mencatatkan butiran aliran kerja dari kewangan,list nama tetamu,vendor dsbnya.Taklah detail tapi adalah sikit sikit supaya nanti2 tak payah lagi mencari.Mencari vendor pun bukan kerja enteng tau.,,silap vendor letih.
Mencatat ke mana duit pergi pun ada kebaikkannya.Taklah tertanya tanya.Duit aku pi mana?

disini catatan yg tak seperti

buat panduan diri


senang nak cari nanti

selepas guna tampal kat sini ya

senangkan bila semua ada..


2. Hantaran
Barang barang hantaran cikten beli ikut kehendak mereka sendiri,sudah tentu.Tapi gubahan ciklin yg
menggayakan dibantu ibu...Bunga hidup dari ibukota jadi penghiasnya.Kotak putih pun dari jalan TAR.Susah tau nak dapat .Alas dulang ciklin jahit sendiri..



hantaran yg simple mimple


3. Hiasan rumah / mkn minum akad nikah.
Pelamin akad ditempah.Simple tapi meriah.Khemah sebuah ditengah laman.Lantern warna warni bergantungan...rasa mcm CNY atau pun dlm kayangan...hehe.
Mee udang,puding,kuih kuih hasiltangan maklang.Tapi ada lagi disponsor dan ditempah.
kerahan tenaga...anak menakan membantu.sayang kamu
4.Candy buffet.
Makciklah beria nak adakan .Pergi romantica AS terbelilah barang barang lebih lebih lagi bila ada harga potongan.Ada frame gambar,ada tempat kek ,ada timba warna warni.Atas meja ,letak manisan ...jadi..
Lihatlah candy buffet hasil kerastangan makcik anak beranak...ciklin semestinya.


its love that made it

jellylo


lidi utk marshmallow...buat sendiri riben2 itu.Cara2nya nati cikson beritau.


candy booth 

5.Meja buku visitor ...
Hias serba sikit kerana tak cukup masa...
buku tetamu
dgn kasih sayang mereka menulis


catatan  manis  kenangan dibuat

Itulah serba sdikit yg cikson DIY bersama keluarga...simple simple saja...

Tuesday, December 30, 2014

30/11...buat kenangan dihari tua 1.


Dah tua pun.
Nak buat kenangan apakebende....Mungkin kata orang. Or seseorang.

Membaca berita TS Jin Shamsudin sedang menghadapi dementia.See I couldnt get the name right.(Jenuh dok fikir) Aku terfikir..Itu nasib dia,kita entah bila dan bagaimana.Cikli pun sekarang bertarung dengan sakit dia yang macam tak semakin kurang.Setiap minggu hospital jadi tempat bertandang.

Dan nak jadi kisah,2 hari .itu tak pula cikson tangkap gambar.So gambar gambar ini adalah dari sumber sumber dlm talian.Minta maaf ya cikson tatapkan gambar gambar ini buat kenangan.


fb photographer

kad undangan...fb aten

bersama keluarga....fb rose.Anak anak cikson cubalah teka...Tu 123 dari kiri ( guna tgn ya)


Pelamin di dewan Kolej Vokasional...fb wedding planner.

Itulah bila debar jadi tuan rumah menguasai diri....kamera sendiri pun tak berfungsi.Kena cilok sana sini.Maaf ya makcikson main curi curi....hehe.

Sunday, December 21, 2014

lagi tak cecah hujung...

Lagi tak cecah hujung,jangan terlalu yakin dengan penamatnya.Yang menang sorak mungkin tengok saja bila orang mengarak piala.Yang jatuh terlentang,mungkin bangun,mengaum.Lawan habis habisan dan menang jadi pertaruhan.

Semalam habis anak tekak dua beranak menyorak kemenganan Malaysia.Mula mula la.Tapi penyudahnya kecewa.

Well...this made me reflect on what transpired during dotter's wedding.Semua siap diatur.Mekap artist dah lama selesai memekapkan pengantin.Susun atur kerusi meja sedap mata memandang.Makanan nampak enak telah dihidang.Dan rombongan pihak lelaki datang pada masa ditetapkan.

Tok kadi kat mana? Kadi kat mana.Semua orang tertanya tanya.
On the way katanya 5 minit berlalu.
10 minit tok kadi belum juga nampak muka.Hilang dimana? Perlis mana ada jam jam segala.Rumah dia pun hanya sedepa dari rumah kita..
Talipon tak diangkat.....kedua pihak resah bagai dikata.
Setengah jam.Sejam berlalu.
Setiap yang ada resah menunggu.Dua dua pihak dan lebih lebih aku.

Ada yang mencari ustaz dekat rumah,dekat masjid.Tapi ustaz tak ada.
Hampir senja baru tok kadi tunjuk muka.
Selamba aja.Tanpa maaf majlis akad nikah diadakan tergesa gesa.Cut short acara .Buat yang mana penting saja.
Saya tersilap sampai Bohor Cicak.
Well tak payah lah nak cekadak.Borang nikah kan bersama tok.Alamat kan ada.Nombor talipon kan ada utk bertanya..

Ustaz ni memang dah sejak azali ,suka buat pengantin yang nak kahwin begini.Cerita seorang kenalan.Dia terkena .Tunggu dari Senja sampai lepas Isya.

Well....ustaz belum kena buatlah selagi suka.Datang majlis tak ikut masa.Katalah satu hari rombongan pengantin merajuk.Cabut lari kerana menunggu mereka tak sanggup.How ?

Kak...berkoyan cik baca doa. Minta Tuhan jauhkan bala...
Itulah...lagi tak cecah hujung..Jawab ku.Dan ingatan 6 tahun lampau datang mengunjung.....

Pada ustaz H aku berseru....lain kali janganlah amalkan sifat begitu..Ustaz bukan rock star.Rasanya rock star pun tahu jaga masa.


Thursday, December 18, 2014

DIY...what we did for 30/11

bunga dari crepe paper...
Dalam debar dok kalut nak banjir sebelum tarikh 30/11,makcik sempat mengDIYkan beberapa benda utk majlis itu.
Majlis kahwin anakanda makcik sedaya upaya DIYkan supaya boleh potong belanja.
Antaranya.....
Sarung kerusi plastik utk akad nikah tak makcik tempah.Google pattern dan akhirnya tersiaplah 8 sahaja buat meja utama.Tapi bila majlis tak pun guna.Sbb at the last moment khemah,meja,kerusi makcik sewa.Tapi tak apa.Masa majlis raya kita boleh guna.



dalam proses mencari ilham....... 

Itulah hasilan semasa sdg berkarya.Jenuh kelim sini sana.Sat lagi tetas sat lagi jahit.Silap silap mata boleh naik ketumbit.


Hantaran......makcik dan anak anak jenuh pikiaq warna,tema apa semua.Last last kakakolin hasilkan hantaran buat adiknya ...sweet and simple saja.
antara bunga yang diguna.Gambar hantaran tak ada dalam camera.


Bilik pengantin......kalau kosong tak nama bilik pengantinlah namanya.So makcik keluarkan kain berela ela dalam simpanan.Hantar tailor bayar 600 jadilah dia.Yang mahal tu kayu nya.Tapikan kalau ada masa dan mesin baik budi bahasa,mau cikson jaga malam buat sendiri saja.

Goodie bags pun sentuhan kreatif anak beranak.Siap gantung coklat .Tapi bahagian ini rasanya boleh di pertingkatkan lagi .


Candy corner .....ini makcik punya rasa.Biar anak anak kecil rasa seronok dapat jajan dan gula gula.Pagi pagi safie cikson dan kakak kedewan setupkan meja.Tergopoh gapahlah kami dalam masa yang terhad.Mujur semua bahan dan cara set up dah difikirkan. Sweet and simple saja.

Aduyai....kata Johan.Cerita saja tanpa gambar.Tentu hambar.
Next time maybe....gambar gambar cikson cari buat penyeri.
Apalah yang cikson fikir.....gambar tidak pula diabadikan utk kenangan sendiri.

Monday, December 15, 2014

Dari hiruk kota ke tingkat 4 desa...panjang cerita.

Heaving the heavy luggage up the stairs was no easy feat.With each step,my heart literally stopped.Mau berhenti denyut nadi kalau aku terpaksa naik lagi...mungkin jerit jantungku.
What a relief when I finally arrived at the place called home to my kaklong....eheh kakolin.Finally I will call this little abode my home for a few days leaving the busy KL metropolitan behind.

Jam lima sebelum subuh tadi ciklicikson naik cikfiesta bersama kakolin dari Kepong.Bade goodbye to the house for last as we would not be visiting it again.Dah tuan penyewa pun tak tinggal lagi disitu.Prima Magna sedap namanya .Lain kali lain masa kita jumpa lagi ya.
Will be missing those helpful guards and the two brothers manning the sundry shop.

Yesterday was a busy and eventful day.Morning we braved the traffic to join sis han entourage .Masuk keluar masuk keluar jalan seperti tak berpenghujung bila akhirnya kami tiba di sebuah taman perumahan.Lupa pula namaya tapi yang teringat adalah pangsapuri SAGA tak jauh darinya.Majlis pertunangan anak penakan berlangsung santai dan aman.Makan nasi berlaukkan daging salai masak lemak negeri sembilan masih terbayang bayang.Kalau tak malu dah minta tapaukan.Begitulah sedapnya cikson nak kabarkan.
Nizam dan Qla makngah ucapkan selamat bertunang dan seterusnya menaikki takhta rumahtangga.

Malamnya ke majlis perkahwinan anak penakan cikli anak kol.Shamsuri.Di Laman Felda kami berkumpul seawal belum senja.Majlis rancak dan berseri dengan makanan sedap juga.Felda Villa menjadi saksi termetri kasih dua sejoli.
Ainuddin dan Mas maklong ucapkan selamat menjadi raja sehari semoga ikatan perkahwinan kamu berdua diberkati dan dilimpahi rahmat dari Ilahi.

Sehari sebelum tu kami memenuhi undangan majlis sebelah menantu.Di Taman Melati majlis berseri.Terimakasih buat keluarga besan suami isteri .
Anakanda Faten dan Safuan ,mama ,abah ,kakak kakak dan abang selalu mendoakan. Semoga hidup kalian dalam keberkatan.Dilimpahi rahmat,berkekalan jodoh hingga keakhir hayat.Di kurniakan rezeki dan zuriat yang soleh dan solehah ..... the doa is endless.

Dan semua ini buat cikson terkenang sesuatu.Last year as we left a wedding my SIL said....kak we have been attending weddings.Bila pula orang nak mai wedding kita.
Insya Allah.....next year kita dapat menantu..
Alhamduliah..dua dua kami dapat sorang satu menantu for 2014.Semoga 2015 kita dapat sorang tiga.Harap harap gitu ya...haha

Catatan ini tak dapat cikson sertakan dengan gambar....bersiaran dari Gambang ,tenet nye rambang.Kejap ada kejap tidak.
Bye...

Saturday, December 13, 2014

bersiaran ditgh kota

Semalam ciklicikson terbang diawan biru.Naik pesawat warna oren...or is it unggu.Malindo nama diberi.Kegemaran kami suami isteri sbb harga dia murah boleh tahan.

Reaching Subang, puan Safuan aka cikten dah tunggu .Terus ke midvalley kami tuju sbb dia dah book hotel dicititel itu.Maka bersiaranlah makcik dari tingkat 7 .

Berjalan jalan dimidvalley petang semalam,rasa macam melancong ke Taiwan.Mujuq tulisan dia kita boleh faham.Mau dia tulis mcm sana baru ketahuan.

Christmas dua minggu lagi kalau tak salah.Tapi hiasan ,ambience dgn London atau Washington dia tak kalah.Terasa macam dok dalam garden Alice in Wonderland pula.Dgn bunga,cendawan dan lain lain extravaganza.

Hari ni akan ke majlis sambut menantu sebelah sana.Dan lepas itu nak ke BBW pula....
Bye...

Wednesday, December 3, 2014

baju segunung,pinggan sebukit

Its day 4 after the big day.The bride and groom are off to the island of Mahsuri.The brother and sisters are back in their workplace soothing sore muscles and tired limbs.Leaving the two old hands to straighten the house back in order.....huhu.

Everything happened for a reason....abang baru dapat kerja ditempat baru and he has to start work on the 1st of December.The able bodied person in the family travelled back and forth to accompany the sisters .And later to whitewash the mouldy fences around the perimeter of RBL.

The kakaks were the strong women esp.the elder.Chipping in financially and making the hantarans.Yes,we did a number of DIY for this wedding....the goodie bags ,the candy booth,the bilik pengantin had our fingers busy.
Special mention to the toks and mak/pak menakans as well as the guests for the angpows....bolehlah menolong langsai hutang kan..hehe.
Mee udang by the Roses...Roslan and wifey were to die for.Juga tidbits yang mengiringi.
Juga buat yang menyumbang tenaga dan barangan...jasa kalian tak terbalas .
The jemputan yang datang bertandang juga memainkan peranan.Tanpa mereka apalah guna dewan yang indah.Speaking about the dewan ,I love the subtle colour of the dais and the walkway.Everything was in harmony.Banyak tetamu yang memuji .Aalia you make us happy.Haasz has it if you are looking for a reasonable wedding decor.
The food was finger licking good.Puan Kinah was one marvellous caterer which I would be proud to promote.Many happy guests were eager to know you.
 The Djs too is worth a mention.Just got to know them through ROapers.They did a brilliant job.Ever ready to comply with the tuan rumah.DJ Topiq depa suka lagu pak mertua mengasuh cucu...hehe.
We didnt have much  to offer like most people...tak ada extra food except as catered.But our cucur peneram was number one...those who nibble on this dessert gave a thumb up.Secara kebetulan bertemu di Borong Din ,makcik terus berurusan.Pilihan yang tepat.Puan ...lain kali kita berurusan lagi ya.
The muffin makers pun mkcik berpuas hati....senang berurusan dengan beliau.Ramah budi bahasa.

And nad the makeup artist make my girl look stunning.In my eyes la...

 Apa apa pun kalau tak ada pihak pengantin lelaki semua perkara tak jadi. My previous encounter could vouch for this.Tak terucap syukur dan terimakasih cikson buat mereka .Semoga ukhwah yang dibina ini terpelihara.

Oh ya, yang lain lain yang terpeleot tu ...was history.

Glancing through the corner of the house....segunung kain dan baju dok tunggu utk dilipat.Pinggan sebukit dah makcik beres....

.....dari kacamata makcikson..Kalau cikson tak mention tolong maafkan ya.Bye.



Tuesday, December 2, 2014

Syukur yg tak berpenghujung


 It all started with the merisik beginning of the year and two days ago my love Faten was wedded to anakanda Safuan Shafie.No words could describe my feelings.Juga syukurnya seorang mama yang tidak berpenghujung.Alhamdulilah.

 Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada anak dan menantu.Amin.



Syukur kerana cuaca yang baik ditengah gusar banjir melanda
Syukur ditemukan dengan vendor vendor yang baik budi dan bahasa
Syukur pada tetamu yang meluang masa menjenguk majlis yang tak sepertinya.
Sudah tentu pada pihak pengantin lelaki yang sudi menerima anakanda saya seadanya.

Dan paling tinggi Syukur pada Allah yang maha esa atas rahmatnya.
Yang baik itu dariNya dan yang kurang itu dari  kelemahan diri saya sekeluarga.Andai kurang layanan pada tetamu yang tiba,cikson mohon maaf berjuta.

Amin .Ya Rabbil alamin.




















Thursday, August 7, 2014

DIY...jari jari ku kebas semua.

Masih teringat masa dulu dulu.Andai ada majlis di JPL,aku rasa paling seronok kalau boleh menyumbang hasil karya seni ku.Jadi pembantu tolong gunting dan lipat pun dah memadai.
Satu hari kakak tukang buat hantaran minta cikson tolong dia mengubah..Masa tu cikson rasa baru lepas SPM.Di suruhnya cikson gubah hantaran buah buah oren.Buatlah macam mana pun....
So ....cikson bungkus buah buah tu dengan kapas.
Dua biji cengkih cikson buat mata
Lupa pula hidung buat dgn apa.
Siap muka burung dgn paruh sekali...Raga pula di hias racikan kertas seperti sarang.Dan jadilah hasil seni cikson buat julung kalinya.....Sekawan burung dalam sarang....
Sekali tu sehelai kain cikson gubah jadi buku....sayang masa itu gambar tak diambil jadi kenangan.

Masa adik beradik nak kahwin ada juga cikson diberi kepercayaan buat pelamin...
Sekali tu dengan cadar dan karpet, pelamin simple cikson buat.....bersanding pun pengntin tanpa modal yang boleh carik poket...Kalau cari balik gambar pengantin tu ,boleh juga tengok hasil karya kita dulu dulu.

Tapi kan.....macam tidak percaya anak anak bila cikson cerita pada mereka..Yang mak depa pernah jadi tukang siap pelamin...

Tapi dengan peredaran masa ...mana ada orang mau buat DIY...Tak uumph la kalau tak sewa bridal dan cari khidmat wedding planner...kan..

Lagi pun jari jari cikson dah kebas semua....
Namun ....cikson dah berkira kira nak buat bunga ...dari kertas ,nylon ,ribon yang ideanya cikson kumpul.Nampak taklah susah mana.
Di sini cikson jumpa banyak idea idea....Martha Stewart
Antara bunga bunga yang cikson berkenan...

bunga tangan yg tentu tak layu..
Dan dari sini juga tak kurang idea.....tapi susah sikit nak faham bahasa dia yang entah apa apa.But pictures tell a thousand words kan...

Easy Craft Ideas

Antara idea idea disitu
hiasan

rosette

Rasa tak sabar nak pi cari bahan bahan....and start the project ...


Tuesday, August 5, 2014

The date....moga dipermudahkan urusan

Bulan August dah 6 haribulan.Bulan depan Sept.Lepas tu Oktober.
Dan bulan 11 pun tiba.....adoi cepatnya.

Sejak tarikh ditetapkan, sibuk juga kami anak beranak .Mula mula tu semuanya nak dibuat kat rumah.Mungkin melihat kepada keadaan padat dalam rumah semasa open house tempoh hari,tuan empunya diri tukar plan.Bertegas dia nak buat di dewan.As a mother who wishes to fulfill her daughter's wishes,cikson terpaksa pujuk cikli supaya agree.Mujur lagi .
So bekejarlah pula cari dewan.....dan permohonan pun dibuat utk dewan sekolah/kolej berdekatan no.7.Semoga tiadalah lagi ubah ubah venue lepas ni...
Caterer dan makan minum telah ditempah....ramai yang beri review yang baik.Harap harap tu begitulah.Masa berbincang nampak kemesraan tuan punya syarikat berbanding sebuah lagi syarikat yang cikson kunjungi...
Baju hari kenduri bertemakan lilac....pilihan warna nya.Dah dibeli masa di Jakel shah Alam dulu dulu lagi...Tinggal nak tempah saja.eee...seriau berapa la pula charge tailoring ni...

Dalam membuat persediaan .cikson tak berhenti memohon doa agar semua berjalan seperti yang dirancang.Semoga urusan ini dipermudahkan dan selamat dilaksnanakan.

Adakala terimbau kenangan lima enam tahun sudah bila kami berendam air mata bila 28 hari lagi hari majlis badai melanda....its a very difficult situation.Dan hingga kini masih terkesan.

Dan hati ini tersentuh lagi bila kejadian itu berulang pula dalam keluarga saudara terdekat.

Dan bila dihitung dan dikira ongkos yang bakal dibelanjakan.....pening juga kepala yang tak pening...so awal awal lagi dah berpesan pada empunya diri....berhemahlah dalam berbelanja..Biar majlis simpe asal sweet.Tak perlu  berover dalam semua perkara.

3 bulan yang berbaki ni...tentu banyak kerja nak diberesi..
Ya Allah...restui kami dalam urusan ini.Permudahkan kerja kami.Lindungi kami.Amin.

Saturday, June 14, 2014

Save the date

Jun dah pertengahan
July
August
September
October
November

approximately 5 months.....till the big date
29/30 November

Semoga dipermudahkan urusan.
Mana nak mula ya...

Dengan lafaz bismillah....kita menyusun langkah.