Showing posts with label mumbling. Show all posts
Showing posts with label mumbling. Show all posts

Monday, June 15, 2020

Kita Jaga Kita....


Malam semalam punya kisah....
Terkejut dari tidur,jam ku tengok.
Dah hampir 12.00 tgh malam. Its nearly midnight.
Suara suara yang rancak bergelak ketawa dan bergurau senda meriah terdengar dengan jelas.
Sama macam suara suara yang ku dengar masa bulan puasa tempoh hari.
Namun, suara suara itu lebih ramai,lebih galak.

Daun tingkap ku buka.
Jelas ,suara suara itu datang dari sana
Sebelah rumah kampung sebelah.
Ada yang menyanyi ,ada yang menjerit ,ada yang bersembang. Macam pasar borong.

Oiiii....mau aku menjerit sama. Tengah malam sudahhh!
Namun aku sabarkan diri . Ehhh... jangan cari pasal . Kita tak tahu mereka. Akal memberitahu.
Semenjak tuan punya rumah meninggal suami isteri,aku tidak tahu siapa penghuni.

Anak2 rumah sebelah, kita baru saja harungi fasa yang susah. Berkurung kita berhari2. Angkara covid19 yang ngeri. Tak kan semua dah dilupai?
Bimbang aku, dalam seronok berkumpul ramai ramai, ada yang bergejala....Naya!

Galak juga melintasi fb, ramai yang beryong sana yong sini.
Berkonvoi, berreunion,berjalan2 macam apa lagi.
Macam kita sudah lepas dari ancaman covid ini.

Dalam pengumuman semalam, menteri keselamatan kata tiada lagi sidang akhbar hari hari
Begitu juga DG KKM yang kita sayangi
Dua dua akan mengurangkan sidang media sendiri.
Nak tahu apa2 ikutilah mereka punya fb...

Suasana politik negara pun macam main yoyo berputar
Hari ni baik,esok macam2 berita beria benar keluar
Macam2 angka keluar...112,108 , masuk 2 keluar 3. Ada kala buat kita ternganga.
Eh hampa2 semua tak dak kerjakah@ makan gaji buta kah? Lompat sini lompat sana?

Kesian... rakyat Msia
Tapi lebih letih jadi rakyat dibenua yang gah seantero dunia... tiap hari huru hara.
Tiap pagi bila buka channel berita dunia...itulah yang kita jumpa
BLM,antifa, dan berbagai akronim yang ada
Tapi yang jarang kelihatan, Mr P yang banyak auta.... mana pi dia ya?

Ehh..jangan BusyBody ..Kita jaga kita!

Nah lagu Kita Jaga kita....



Monday, October 7, 2019

Dont worry be happy.

happy_face
Add caption



Read an article on Dont Worry Be Happy –Sunday Times.
Self empowerment guru Bridget Menezes offer invaluable tips to remain uplifted in these trying times.

  • - we cant get it good all the time’. its earth cycle.make adjustment
  • - count your blessings. make a list.positive thoughts stimulates good feel hormones which in turn produce good immune  functions.
  • -  dont panic. ..> negative ill effects
  • - health is wealth.,Keep calm.cheer up & be creative  ………….

think before you speak
watch your thoughts
they become your words
watch your words
they become your actions
watch your actions
they become your habits.
watch your habits
they become your character
and watch your character
it  become your  destiny
Everything starts with a thought!

To sum up:
thoughts >> words>>actions>>habits>>character >> destiny

Wednesday, April 17, 2019

Ada masa nak sakit kepala?

from fb.
Sekarang ni era chedet la sekali lagi, pakcik .

Era yang mencabar minda, ringgit dan rasa.
Era yang kita dalam persimpangan nak tujua ke mana
Berundur bererti kita kembali ke zaman di mana wang ,wang wang punya kuasa.
Ada wang lagi banyak wang kita .
Tambah2 ada kuasa.

Era ni kita gali apa salah  ,apa salah depa era sebelum yg mereka berkuasa.
Nah... ambik...beratus court case dok tunggu depa
Esok lusa entah next era belum tentu dapat dirungkai segala.

Era ini, kita hadap segala cukai baru yang tak pernah kita dengar sebelumnya.
Cukai pelespasan, cukai minuman bergula, cukai netflix, cukai spotift  dan entah apa2 lagi cukai yg nak kena.
Era ini kita lihat, jatuh merudum kuala lumpur stok market sehari dua.
Ribu2 menganggur tanam sayur.

ON THE HOME FRONT..... terlebih aktiviti dari tenaga.
Semua duduk atas bahu dan atas kepala
Hingga tidak ada masa utk sakit kepala...

Jadi ERRA juga yg tenang nampaknya.
Walau seribu dugaan dia hadapi, manis saja wajahnya.....

Thats all folks....Bye.

Sunday, April 7, 2019

Itik nila,ayam piru....


Itik nila, ayam piru
Tetiba rasa rindu.

Well, its been two weeks since the two boyz came a visiting.
And now, only pictures and videos of them , tok have to contend with.
Mommy ten has been sending a constant supply of them for tok and wan .
Terubat rindu...

The other day, I went to our old abode at no. 7.The mission to find an old file of mine. Where all my sijils and letters were.
It must been months since I entered the threshold.
Came back empty handed as I couldnt find the said file.
But to see the condition of the house made me crestfallen.
Aduhaiiii....
Cikli's harta benda lay all over the floor once again.
Entah dari mana dia angkut bawa balik.

And there were signs of rats!

Few months before that,I have engaged a cleaning service to clean his mess.
Three lorry loads of trash were carted away
A few reno was done to the house
Then... cikli taken ill and have to go for an operation.
Thats when the renovation practice came to a nil. A stop.
Busy with attending to his needs, I called the work a stop. Intending to continue with painting the walls.
But then, all these didnt materialise.
And when I came back ,I was taken back. Cikli brought back many things from his now closed shops.
And no 7 turned into a store once again.
Sakit mata, sakit hati dan sakit poket. Hampir2 sepuloh ribu juga duit yang mengalir untuk reno fasa pertama. Now... I have to cekau entah berapa ribu lagi untuk pembersihan dan reno fasa kedua.

Huhu...menangis tak berlagu bila lihat number 7 jadi lagu tu.

Sometimes, I envy ladies who dont have to pikul loads on their shoulders. Tak perlu fikir apa apa. Enjoy sini sana. Sekejap Paris,sekejap Amerika..eh eh macam dengki pula. Tak la..

Sometimes I wish I could disappear. To nowhere. Haha.

Itik nila,ayam piru...hai apalah cikson dok merapu.
Hal ehwal negara pun dok celaru. Sat sign statut rome, sat tak mau sign. Sat nak rectify ICERD, sat dak. Macam2 .

Thats all folks. Jangan jadi itik nila dan ayam piru...haru!


Monday, December 17, 2018

when the sky is gloomy...


The weather these days up north is unpredictable.
Woke up to a gloomy sky.
Funny seems why there's no crowing of the chickens this morning as usual.
Everything seems so quiet.
The wind sometimes blows strongly, shaking the leaves of the barren guava tree.

Last night before retiring for the night, I came across discussion on the safety of internet banking. The bank in question seems to be under attack from hackers and customers money is compromised. Hope everything is rectified and the poor man's money in it is safe.
Semuanya nampak goyah sekarang... aduhai.Facebook pun berdepan dengan kemungkinan denda berbillion tau kerana data dan gambar2 yg di cerobohi.

The exodus of frogs jumping to cross the road ...as some like to put it that way seems the order of the day. Politically correct but morally in correct says some. This amounts to cheating the people who vote for the mps. Ya laaa... susah 2 kau keluar mengundi, hoo hoo hoo haaa,tiba2 wakil kau paling tadah. Its an interesting scenario to watch these days. Anyway, whatever is happening right now wont change the expectation of the populace at large...Kami mahu pemimpin yang bersih rasuah, kleptokrasi ,racist dan segala macam kontradiksi. Kami mahu yang berhemah, bijak, ada prinsip.

Rusuhan di Peranchis juga jadi breaking news masa ni. Cukai yang tinggi, unemployment, pembahagian harta yg sangat2 tak seimbang antara penyebabnya. Maka banyak harta benda jadi sasaran kemarahan. Hilang seri Arc de Triumph .

Sonny bonny khabarnya akan ke India se tahun. Tiga minggu pun dah ibu berdebar hati.Masa dia disana tempoh hari, typhoon Gaja ke namanya membadai Bangalore. Risau kita. Semoga pemergian dia kali ini dirahmati,dilindungi Allah swt.

Sejuk sunggoh pagi ni.
Minta2 tu keluarlah sang mentari menyinar hari. Kain dijemuran susah nak kering kalau lagu ni. Jangan2 ada yang tak mandi sehari..




Thursday, July 26, 2018

DIY...Bukan tai* hidung masin ....


Tergelak anak anak bila cikson hantar gambar kerusi malas yg dah di betulkan.
Baik ,baik mama. Mau tergolek jatuh bawah.
Beli lain lah. Nanti gaji saya hantaq duit utk beli baru.
And a few other exchanges between mum and her concerned daughters.

Haha... semua tu cikson jawab.
Eh kukuh la. Tak jatuh kot.
Tak usahlah.
Bila dah betul betul tak boleh dibaiki lagi baru mama beli baru.

Ni ha... kerusi malas yg cikson guna bila meneman cikli dihospital. Mula2 sakit juga badan sebelum biasa tidor atasnya. Tapi sekarang jadi kegemaran masa melepaskan lelah setelah penat bekerja. One thing,I dont like to lie down on the bed during the day. Sayang comot habis deko.hihi.
Lying on the sofa a tad uncomfortable too as they absorbed heat.

Lepas bertungkus lumus sampai lenguh pinggang,maka terhasillah hasil yg boleh menampung pung****.
Hope it lasts for a few more months.

masih diguna buat melepas lelah
kalau lain orang dah dihumban ke tanah,hah hah.
haha... jadilah 


Kain penutup table top kitchen secononet RBL pun merimaskan. First time letak,dia kukuh. Then sebelum raya cikson tarik keluar utk basuh konon. Tape silikon dah beli utk dipasang balik. Tapi sampai hari ni hilang dalam penyimpanan. Macam2 gam lain cikson cuba. Semua x berjaya. Itulah sebabnya masa hari raya,segala khazanah periuk belanga terdedah buat mata . Tak senonoh sunggohsungohnya.

Petang kelmarin,tape bergelung hitam cikson jumpa. Why not give a try.
So tape itu cikson tarik dan lekat keliling jubin table top. Selepas beberapa jam,tape putih cikson tarik buang dan lekatkan kain penutup.
Well then,an idea struck me.
Kenapa tape ini pun tak dapat bertahan selalunya. Why not I IRON it?
malu pula nak upkan gambar dapurku yg belum ku cuci..
Seterika cikson panaskan dan iron lipatan yang melekat gam. Tengok kuat ke tak. Lekat ke tak.
Well... its 24 hours since I did the experiment.
UREKA! Berjaya beb. Kain tu masih tergantung kejap dari se malam.

Ya anak anak yg dikasihi,
Berjimatlah. Bukan taik hidung masin tapi berhemah dalam perbelanjaan kita will take you a long way.
Still remembered those days bringing up the 4 siblings. Jimat cermat ,pekin sana sini lah yg saw us coming out of our ruts those days. Tak meminta minta dan berhutang keliling pinggan untuk menyekolahkan semua . I never ask from anybody for financial assistance. Selain koperasi ..hihi.
4 children from primary to University. I did it the taik hidung masin way...oh yeay!

Thats all folks..Bye.


Saturday, June 2, 2018

Hullo..

Its been a while since I last penned my rambling thoughts in this blogspot of mine..Thinkeringthink.
There's lots to tell but something made me cow out halfway.

Today 2nd of June...we have come halfway 2018.

How's life getting on dearies.
Same old same old some might say.
The sun still rises in the east and the cocks crows endlessly at the break of dawn. Rain comes down and doesnt go up.You have to open your mouth to swallow your food... we can go on and on.

PRU 14 came and went.
PH won and there's  joice and merriment,anticipation,anxiety . Malaysians have voiced out. Hopefully we have entrusted out beautiful homeland in the hands of capable,honest people.And those who have dragged her to her dismal state of affair be brought to justice.
Tahniah and takziah to whom it may concern.

On the homefront... nothing much .
Hospital visits still dominate our life. Cikli with his daily klinik 1 M... ooops no more 1M kan for his treatments. MIL underwent operation to install pacemaker at HSB. At the start of puasa, the girls came home for a visit.

Thats all for the time being. Until then ,selamat berpuasa. Love from utara.Bye.


Tuesday, May 1, 2018

Legaaa.


Hari masih kelam di luar jendela. Tidak banyak kereta seperti sediakala.
Ohhh... lupa . Harini kan cuti semua.
1 May...Hari Buruh dulunya..tetapi sekarang Hari Pekerja.

While missing from blogsopt for a few days,I received a few surprises and well wishes from friends ,relatives and family. It was my bornday last Friday. Happy Bday to meeeee.

seronok dapat surrrrrprise
Kek dan bunga tanda ingatan dari anakanda


Legaaa rasanya bila sakit mata dah diubati.
Rumput yang panjang telah dimeseni
Kipas yang mengerikan telah diganti.
Lebih lebih lagi rasa lega bila dapat bermesra dengan dua cucu yang disayangi.

Pohim dan Fateh pulang sebentar ke rumah atok . Hari ini mereka dah kembali ke KL. Dan selama 4h3m itu terhibur cikson dengan gelagat mereka.
Sikecil Fateh dah pandai senyum bila diagah. Sudah mengeluarkan bunyi bunyi baby talknya.
Si abam Fahim pula menghiburkan kami dengan keletahnya. Panjat memanjat dan berlari persis iron man buat rumah riuh seketika. Dah hafal alphabet serta bunyi fonetiknya. Teringat cikson masa mengajar tahun satu MBMMBI dulu.
Oh ya lagu kegemaran masa kini adalah Katakan..nyanyian Alif Sattar kalau tak silap.


sedang menghiburkan penumpang2 kereta
Habis dihafal phonetic abc

Lagi satu yang melegakan... kipas yg asyik luruh bilahnya dah diganti. Kali ini 2 buah dulu. Jenama Panasonic 4 bilah steel berharga 290 sebuah jadi pilihan. Nak tau,bilah ketiga yg luruh itu menghempap bumi hanya seminit selepas cikson melalui bawahnya.Kalau tidak mau deremen kepala ( deremen... loghat Kedah utk luka ). Upah memasang hanya ucapan terimakasih yg tak  terhingga kerana menantu cikson yg tolong turun dan pasangkan.Ikut kedai utk upah sebiji 50 ringgit lebih. Sep money

menyembah bumi lagi


rongak 


mujur ada superman ayah fahim ironman 


Tapi ada satu hal lagi... sejak dua menjak ni rancak betul kaki kaki kecil berlari atas siling. Jenuh pula kami memukul besi grill tingkap utk menakutkan mereka supaya turun. Jiran2 kampung mesti terkejut dengar bunyi bising dari rumah. Gaduh ka depa.

Kena cari jalan macam mana nak halang mereka dari naik ke bumbung. Satu kerja lagi..

Selamat Bercuti semua... semoga dapat berehat dari rutin kerja yg memenatkan.
Selamat Bercuti sambil berkonferens buat adik dan ipar..Prof Hamzah dan Prof Madya Habibah di Amsterdam.Kalau abah masih ada he must be proud of you..Me too. Teringat gelagat dia masa kecil kecil dulu. Rajin belajar sambil tunggu kereta sorong ayah dan menyanyikan lagu Aman Bahagia sambil halau ayam.

wajah 2 kesayangan


Legaaa tengok adik beradik berjaya dalam kehidupan mereka. Semoga mereka menjadi inspirasi anak2 buah mereka.

Thats all folks my story mory.Stay happy wahtever may.

Thursday, April 26, 2018

DIY... kalau kudrat kuat


Hujan pagi ini.
Matahari belum lagi menampakkan diri
Eloklah gitu... kalau tidak panas berdehang seluruh anak negeri
Rumah dah macam oven utk bakar roti..

Semalam tgk tv ..eh lupa pula channelnya..CNN atau BBC..whateverlah
Phew...  merah thermometer menandakan panas berapi.
Delhi..41
Bangkok ..36
KL...31...ni pun dah terasa bahangnya macamna agaknya kat Delhi.

Kipas yang gugur bilahnya masih tersangkut disiling
Mula mula satu bilah jatuh ,lepas tu praaaaap... bilah kedua pula
Nak tukar belum sampai seru lagi
Kalau tukar biar tukar semua kipas kipas tu. Rasa tak selamat pula nak onkan kipas kipas yg lain walau tak nampak apa2 kecacatan.
Haih... kalau lah aku ada kudrat,mau ku panjat tangga dan teliti satu persatu bilah bilah kipas itu. Nak taulah samada yg lain pun ada yg rosak.

Bau hancing kucing memenuhi ruang rumah .
Jenuh mencari tempat yg terkena . Mana tau kot2 ninasandaq dan anak anak buat hal. Tak ada pun.
Ligat aku mencari,menyelidik. Dari tandas ka,dari tirai tirai ka. Namun tiada. Mungkinkah bunyi binatang atas siling tu bunyi kucing. Sehari dua ni terdengar kaki kaki halus. Semalam bau hancing tak terkata.
Kalau aku ada kudrat mau aku panjat siling dan lihat apa yg ada diatas.

lepas satu satu luruhnya.
Rumput dah panjang benar. Semak mata melihat. Tukang potong rumput katanya dah dipanggil. Sehingga hari kelmarin tiada rupanya. Hai.. entahlah. Dulu cikli yg menebas. Sekarang kerja2 berat dia sudah tidak boleh. Aduhai.
Kalau ada kudrat mau aku pikul saja mesin rumput tu ...
Atau beli mesin tolak...

Ehhhh... semua nak buat
Tapi kudrat tak kuat

Maka ku pujuk mata supaya rela lihat rumput tinggi menjela
Ku pujuk hidung supaya rela menghidu hancing yg kadangkala tak tertanggung
Ku pujuk badan menanggung panas walau perit rasa nak harung.

Rasa nak balik duduk rumah sendirilah... kata hati
Rindu pada no.7 pula hari ini..
Entah bila kerja kerja yg terbengkalai disana nak disambung kembali...

Thats all folks... cerita kami
Bye.

Monday, April 23, 2018

Throw back... working day


Whew...how time flies.
Here today ..gone yesterday.

This is Monday. Its a working day in Perlis whereas our neighbour Kedah starts her working day on  a Sunday! How weird when one thinks about it. A small country like us having different sets of holidays and working days.Why dont we all have the same. From Sabah to Perlis ,we have the same working days and weekends.

I started my career in a remote place called Ulu Selangor. Its a Felda settlement in Selangor bordering Perak. And our postcode used to be Tanjong Malim. So there was confusion sometimes wether our school was in Perak or Selangor. And this confusion caused quite a havoc when I came over to Perlis. My file was passed from one state to another. Resulting in a delay in my langkah kecekapan pay rise.

Working days... some were sweet and some sour.
Sweet when everything was all right according to your expectations.
Sour then,when all things to be a dead ends and stumbling blocks in your career.

Working days are sweet when you have nice working environments and nice working colleagues. Otherwise, all hells..
Saw both sides of them.

Working days are nice when your subordinates noticed your ability, contributions and you were awarded accordingly.

All in all... been quite lucky. From a demure,quiet girl when I started working, my ending was quite dramatic. Who on earth could see that . Not my family ,I mean my parents.
Eh..hang dulu senyap tak mau. Macam mana hang handle kerja hang.. One relative of mine noted.
Haha.. tak tau la . Macamana ya.Pakai kabel kot? Kabel? Sedangkan wire pun tak ada. Inikan kabel mable. Jawab ku.



Now,I look up to my children's progress in their career. My hope that they find solace in this tumultuous world of working.Hope they have a will of steel like their parents. We may sink sometimes but we rise up to the occasions.
Like what my late dad did to five of us... he didnt leave us with wealth to inherit but gave us education to find our own wealth.

Thats all folks.
Hey.. what do you think of this..
Sometimes we are happy in our workplace..sometimes we dont

Sunday, April 22, 2018

old age...

Sudah banyak kali aku mengalami keadaan begini.
Senior citizen memang selalu beginikah?
Melihat kami yang tidak secergas mereka... ha peluang pun terbuka.Untuk mengena. Begitu ya?

Jalan kami memang tidak tangkas lagi
Senyum kami pun kurang dua tiga batang gigi
Pendengaran pun sama ....kena ulang dua tiga kali.
Tapi bukan bermakna ,kami senang di tipu,manipulate tanpa malu malu lagi
Mau kami bersilat...haha tau kadar diri.

Masuk hari tu entah berapa kali aku terkena..
Hari tu dengan kedai bunga.
Lepas tu kedai runcit
Kedai makan
Dan yang terakhir klinik pula.

Mereka yang diberi tanggungjawab berhadapan customer semua anak muda.
Juga sebangsa,seagama.
Adakah bila warga emas berurusan dengan mereka boleh mereka alpa. Sebab orang2 tua ni tak tahu apa2. Malas nak bertekak atau mulakan sengketa.

Well.... the other day ,I went to the usual clinic to have my monthly medicine. The clinic was just being opened and there were a few patients ahead of me. After registering at the counter, I was directed to the dispensary. A new face was in charge. Never saw him there before. A young man.
After sometime, my name was called and a package of medicine was handed to me.Paid the purchase and kept the medicine in my handbag and left the premise.

Days later, I pondered over the seemingly less number of packs of medicine.
Oh no.. I was shortchanged by a week supply!
Budak ni! Tersilap or purposely?
Menyirap darah nak marah. Ingat senang ke nak perg ke klinik tu dengan parking yg susah . Lagi pun dah 2 minggu baru tersedar. Tak boleh jadi ni...

Hmmm... semalam satu surat aku terima. Isinya pun buat aku terasa. Warga tua memang banyak yg tak boleh . Insuran yg aku langgani sudah tak disambung lagi. Sebabnya... dah terlebih umur.

Seriously...
Lain kali bila berurusan dengan anak anak begini, aku kena lebih berhati hati.
Jangan2 mereka dah sepakat.... orang tua kurang segala deria. Senang nak pekena..

Wahai anak2 muda... ingat ya rezeki tak halal kalau tak ikhlas lebih2 lagi dengan orang tua. Tunggu dan lihat saja..

Hehe... tersenyum aku tgk lenggang lenggok gaya seorang yang sebaya ku memarahi anak muda yang memanggil namanya saja...tanpa gelaran yg sandangnya.

All right... panggil saja aku makcik,tok ,nenek. Jangan panggil nama. But at the clinic or hospital they just call your name,right?

Tak dengar pula Datin seri....dato ...datin...Prof..yb hehe.

eheh..apa makcikson dok melalut daaa.
Thats all folks. Bye.
Have a happy weekend.

belum jumpa lagi sign begini 

Tapi sign begini ada ... namun berapa ramai yg mematuhinya.

Sunday, February 25, 2018

Sunday morning at RBL

Its Sunday folks.
The sun is up and about.
The birds are flying high above
Fewer cars are on the road.

But Nina and her brood are nowhere to be seen or heard.
Mana depa pi ni?
Makan kenduri rumah tokwan ka?
Its Nina's habit to bring her children to tokwan's house sometimes.

Nina!
Cikson hollered.
Oh ,there they are
Under the foliage of the still barren jambu trees ,the trio of mother and daughters were seen sleeping.
But at the slight sound of the glass door being opened,they jumped to their feet . To the house they would march.

Mamason,kami nak masuk ,boleh?
Pagi pagi boleh,satgi cikson sapu sampah kena keluar ya..Its their daily routine. Happy as a lark,they came marching into the house. The bamboo tatami mat under the dining table was their favourite scratching ground.

Afternoon comes and its time to cook the afternoon lunch.
Eh... nak masak apa nya cikli,cikson asked her hubby.
Teringat dia akan daging salai pemberian rakan anakanda dari Pahang sana... so to google she asked.
Resepi utk daging salai.
Masak lemak nogori smbilan pun sodaap.
Maybe she could try that. But where to get all those kunyit leaves.Nanti pi jenguk toksaad's kebun for a leaf or two. Sebelah rumah nampak pokok lenkuas dia gebu gebu saja. Minta sepotong dua,tentu tiada halnya.
But as it is, cikson bunga jenis suka meminta. Kalau tak ada ,tak adalah.

That sound is back.
Tuhua... tuhua...tuhuaaaaaa... suara burung tu datang kembali.

On a sunny Sunday morning, RBL readies for her daily activites..

Thats all folks..
Dont worry over things that you cannot change.
If you dont ask,the answer is always NO.
If you get it, grab it. Hold it, value it.Try it. ... chances seldom walk twice in your direction.
makan2 di kola
tapi hari ni nak makan apa?
Atau tapau sajalah senang crita
Tapi bila hari Ahad,banyak kedai tutup saja...

Sunday, February 18, 2018

As Time Zzzzassssst past by ...err past or passed?


Time flies.
But to me,it seems that time flies on a supersonic speed. Zzzzzzassssssst.Its here and gone.

Semalam aku mendapat undangan ke majlis perkahwinan. Perkara biasalah kan. Tapi aku rasa inilah undangan yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku.
Anak murid yang hampir 40 tahun aku ajar dulu meraikan perkahwinan anaknya. Rosmawati salah seorang classmate Azhar yang mengundang aku ke majlis kenduri kahwin anaknya dulu.

So to Putra Regency we went.
Cikli was sceptical all the way to the venue because he wasnt too sure that I got the right message.
Eh..betul ka apa yang you dengar?
Betul ke kenduri harini dan disini
Sapa nama pengantin?

But up to the 1st floor of the hotel we went.
The flight of stairs reminded me of the times when we frequented the hotel for functions.
Reaching the ballroom, yes, there's a wedding all right.

Salam.Tumpang tanya...I greeted a well dressed gentleman dressed in baju melayu and sampin.
Tuan rumah kenduri,Puan Rosmawati ka?
And I told them who I am... siap tahun ngajar Seri Indera lagi..hehe

Tak ramai yang ku kenal...seorang wanita ku tegur ramah... but it turns out to be the wrong person. Tu la..cikson fares poorly in public relations. Lupa nama ,lupa wajah sentiasa.

When we are leaving, we met the mother of the groom .
Bergetar suara dia memanggil nama ku. Sempat memohon maaf semasa dia menjadi murid . Ya Allah,sebak aku. Rasanya aku yang perlu mohon maaf pada anak anak didikku. Mungkin aku terkasar. Betul..aku mmg seorang yang kasar. Cenge . Garang. Lebih lebih lagi masa aku mula mengajar. Mungkin aku cuai dan curi tulang... tapi aku dulu rajin sangat..Amboi amboi. Angkat diri.

Cikgu....a few ladies came up to me.
Cikgu kenal saya tak ?
Tersengih sajalah aku. Kami satu class dengan Ros.

Cikgu saya dah ada cucu.
Cikgu saya empat tahum lagi nak pencen..

Ha...baru tersedar aku . Rupanya aku dah terlalu tua...haha.
Anak murid aku pun dah bercucu.

Oh how time flies..

To all my students ....teacher loves you.

Bye...



Sunday, December 31, 2017

2017...as I see it.


2017... today 31.12.17 is the last day. Tomorrow is 1.1.18 and it is a new year.
Hmmm... let me throwback what was  2017 like...


pemandangan hari hari biasa



Rasanya sama saja macam 2016.
Sakit demam,.hospital sana hospital sini, jadi rutin hidup ciklicikson ni. Rasanya tahun ni lah kami banyak berkurung di RBL saja. Tak ke mana mana. Even to KL or SP. Rindu bagai digamit gamit ingin ke sana. Gambang juga tidak lupa.

Kalau dulu aku rasa tidak konfiden masa mula mula tukar kereta dari manual ke auto,kini level konfiden ku sedikit bertambah. Aku sudah berani keluar mlm ,memandu cikli ke mesyuarat yg dia perlu hadiri dan kemudian menjemput dia balik setelah usai urusan dia.

Haha... aku dah jadi driver sepenuh masa .
Orang mungkin nampak aku macam tai tai saja. Tak ada anak kecil,tak ada cucu cicit dok bergantung tepi kain. Tak ada masaalah..
Biarkanlah..
begini jadinya bila cikli dah tak berupaya..
Senak perut juga bila tgk ini semua..
eh.... kemana kami ya
Ada gambar pula..
ke sini ,mkn mee udang pulau sayak..
antara kenduri yg dihadiri... Sungai Petani
eh.. ye ke tahun ni?


Dulu,aku tidak gemar ke pasar basah,ke pasar tani atau mana2 yg ramai orang. Tapi sekarang aku perlu ke sana kalau hendak barang basah. Dah tidak lagi dapat cikli tolongi.Dulu aku hanya list down apa yang aku hendak,ciklilah yg memberesi belian semua.
Rutin aku memang banyak berubah..
Jam 10 aku kena bersiap menghantar cikli ke klinik setiap hari. Kalau ada yg boleh cikli tumpangi, bolehlah aku keluar sedikit lewat.
Jam 11 lebih, selalunya aku keluar dan kami menuju restauran utk mkn tgh hari.Dan bila petang hari baru aku dapat memasak utk mlmnya..
Rumput dilaman pun cikli sudah tidak dapat menguruskan lagi. Dia mahu juga gagahi. Tapi aku yg tak benarkan.
Biarlah benar benar sembuh dulu,kata ku.
Maka ... berkebunlah aku bila berkesempatan dan bertenaga dan berupaya. Andai aku juga letih, maka panjanglah rumput rampai dilaman. Bertepek tepeklah taik ayam di porch kereta. Berterbanganlah sampah dibelakang rumah..
Kami hanya berdua. Anak cucu pulang hanya sekali sekala.

Anyway... aku bersyukur kerana walau ada masa kepala rasa tingtong,kaki rasa goyang dilantai,aku masih berdaya langsaikan tugasku.
Haha... nak listkan juga what I have been doing..hehe
Driver
Tukang cuci
Tukang kebun
Tukang masak
Cashier n banker
Financial controller....dan juga termasuk dalam list ni...
tukang berleter.... hihi.


kenangan 2017... 2016,2015,2014...tercatat dlm buku buku nota
about belanja... nak tahu ringgit malaysia aku  ke mana


Rasanya 2017 tak separah 2016 bila aku mula mula diterjah situasi begini. Mau jadi nanar kalau sabar tak ada dalam diri masa itu.

As I see it...2017 has been kind to me. Even though banyak kemahuan tidak dipenuhi. Banyak harapan tidak dilayani.
Last but not least... Kenangan bersama si Tam
Sebentar saja dia bersama kami..

Thats all folks... antara kenangan 2017 kami
Semoga 2018 bawa sinar yang lebih baik lagi..

Friday, September 29, 2017

a lesson delivered


I was in the midst of cooking this afternoon when the gas ran dry. Phew..the concoction of dried fish,cili and bananas should make my curry to die for..

Hmmm... tak kan nak berhenti tgh kari ataih dapuq .I said to myself and an idea struck my mind.
Dapuq letrik kan ada.
Since the rice was already cooked while I was prepping the dish, I took out the pot of rice.Transferred the half cooked banana curry into an old rice pot. Alas the pot was not the right size for the electric cooker. Transferred it yet into another pot and this time around it fix although not perfectly.

At last the curry was cooked and I proceeded to fry the already seasoned fish. Nilagilah... with the other rice pot .it seems to take ages for the fish to cook.

Alhamdulilah cikli could have his lunch this afternoon.

Searching for gas delivery in Perlis ,I met with a few numbers to call and whatsapp.
As this was Friday,the numbers I rang went un anaswered.
Luckily I hace towkay Ah Seng to the rescue.
One hour later,uncle was heaving the heavy cylinder across the yard into the house.

Jauh hooo...susah mau datang was his usual comment. I paid him and ask him to keep the change. Sikit pula rasanya. I should gave him more.

Seeing my husband ,dear uncle sat down on the chair and struck a conversation with cikli about their ailments. Uncle pun sakit mcm cikli juga. Tapi dia in control

Sepuloh biji laicee,ketuk2 bungkus dgn kain dan rebus ambil air ..was his suggestion .Kemudian minum. Cubalah . He suggested.

Mujuk kakak sihat ,he then said to whih cikli replied
Kakak pun sakit juga. HBP...

Macam dia tahu saja. Kakak jangan pikir banyak .Itu yang jadi sakit. Apa jadi sekarang , terima. Sembahyang banyak2. Doa banyak. Pikir banyak2 pun bukan selesai masaalah. In which I replied my worries are plenty. My children included.

Anak dah besar2. Biar depalah...Akak fikir banyak2 buat apa..

This afternoon I was delivered a lesson in life management by my towkay hantar gas which I cant thank enough..

Thanks uncle... a lesson delivered.

Ismail Izzani - Sabar (Official Music Video with Lyric)




came across this soulful song and  love it right away.

Sabar
Sabar
Sabar

To all who are experiencing hardships right now.
Jangan menangis sayangku

Ini hanyalah sementara....

There's a spout of misfortunes met by my loved ones.

Three car accidents in a spate of a month...seems we're accident prone this time around. Mujur hanya melibatkan kenderaan dan sedikit gangguan perasaan dan ekonomi. ( actually am confused with the usage of spout and spate...in spite of that want to use them anyway..haha)

To my niece,my brother and my sister in law,sabar yangs. Semoga diberi Allah kemudahan keluar dari semua masaalah.

Knowing about others misfortunes sometimes made us feel lethargic. Lagi lagi bila nak menolong,kita pun tidak berdaya. In this tough times,staying sober and sabar as well as redha adalah jalan terbaik.

Buat mereka yang rasa down ,rasa disakiti,rasa digunakan dan segala rasa negatif yang lain,sabar banyak banyak.

Pesan tt ...biar orang buat kita,jangan kita buat orang. Karma is like a b*&%th . It will hunt you down. Usah pergunakan orang untuk kemaslihatan kita sendiri. Jaga perasaan orang. Dan perasaan kita akan terjaga .

Menoleh kebelakang...kutip pengajaran. Memandang kedepan, berjaga2 perangkap kehidupan. In whatever u do,weigh the pro and the cons...never be the con.

Thats all folks...bye.

Sunday, July 9, 2017

Sunday lesson... even from the cats ,some lessons learned.


It was a warm sunny Sunday morning today.
The sun shines bright even in the ealy morn.
Cikson who was cleaning the dishes, opened the back door of the tiny quant little house.

In marched ninasandaq and Tam. Followed closely on their heels were two of nina's latest offsprings. Bu and Lang. Tamcik was nowhere to be seen.

Coaxing them out of the house without a bait was a futile move. So cikson took a fish from the fridge and jingled them with it.

All the four leggeds followed cikson's heels. When she deposited the fish on the floor,they scrambled to get their bounty. The little kittens were taken back when Tam shoved them to the wall. She placed her foot on the fish while grumbling. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Hey Tammm...jangan . Share lah dengan adik2.
I shoved Tam and let the little cats have their fish.

Tau apa ninsandaq buat.
Dia buat DONNO!

Mak apa kau Nina !
Boleh biaq yang tua bully yang kecil. I said between my teeth.

Tulah saja cerita Ahad ni.
Ada pengajaran tak dari cerita yg dikongsi ni?
Fikir dan galilah ... mcm kata kak oji.
Cerita ni baru berlaku sat tadi..

Bye... nak masak tgh hari.

Friday, July 7, 2017

Macam macam ada... sedih,suka,geram semuanya . Panjang ceritanya.

Ini cerita semalam. Yakni cerita hari Khamis 7 hb July 2017.Eh... betulke tarikh tu.

Pagi pagi lagi handphone asus pemberian cikten berbunyi. Tanda ada wassap masuk . Antara mamai dan tidak,ku capai kacamata dan baca isinya.
Sedih.
Berita tentang biras anak yang keguguran. Ya Allah... tentu sedih suami isteri muda itu yang mengalami. Apalagi terpaksa mengahadapi jalan yang susah utk hamil anak anak itu. Dia kehilangan twins . Semoga kakngah kuat dan tabah.

Jam 11.00 bertolak ke sekolah yang aku tinggalkan hampir 9 tahun yang sudah. Berbelit tudung yg dibeli anak dekat Jakel berhapiran Chow Kit. Aku yang hanya menyarung tudung ala 2 makcik indon cuba membelit ariani sendiri. Mau berpeluh peluh kerana aku tak selalu memakainya. Baju kurung kelabu aku sarung dan beg jim thompson aku sandang. Nak tau.. baju kurung tu agak besar cikten hadiahkan. So... mesin jahit ku ready berbakti. Baju tu ku kecilkan sendiri. Herot petot ku jahit sbb benangnya tenggelam dalam warna samar kain nya.

Sampai kawasan sekolah dah 9 minit lepas sebelas. GB sekarang menyambut aku diperkarangan. Dan aku dijemput menduduki kerusi bersama2 wanita wanita muda dan bergaya. Ada yang sibuk dgn handphone saja tanpa angkat muka pun kat kita. Ada yang bertanya khabar ttg diriku yang tua dan sakit sakit saja. Hmmm... buat malu saja bila semasa aku memutar hidangan,air digelas mencurah pakaian cantik si adik. So clumsy. Thats me. Aku mohon maaf .

Jam beralih. Aku mohon diri kerana ingatkan cikli. Dia ada temujanji dengan MOPD. Tunggu puya tungga lima jam baru dia sampai rumah. Letih dan longlai . Berkejar ke kedai makan tepi jalan. Tapi perut dah masuk angin,maka nasi dipinggan susah nak dihabiskan.

Kak.kenapa ? Tanya tuan kedai melihat aku .
Bukan tak sedap dik tapi perut ni dah masuk angin. Selalunya jam 12 dah bertengahhari. Ni jam 2 tentu my stomach merajuk la ni...hihi.

Itu antara coretan yg ku lalui khamis semalam.
Tapi cadangan yg ku dengar buat ku terdiam. Kalau aku bersuara,mungkin terjadi perbalahan. Aku pun kadang kadang mau jadi Kim Jong Un,Presiden Korea Utara...yg semua orang tak suka...haha.

cool down mama..

jangan jadi dia
Thats all folks...jgn marah dan jelek ya. Ini style aku punya. Campuq2 bahasa dan gaya.
When u have to be perfect all the time, the fun in writing is out.

Monday, May 8, 2017

Being Heads


Kepala ada bermacam kepala.Ada kepala angin,kepala keretapi,ada kepala pekerja..
Satu hari terdengar cikli tanya pekerja buat reno rumah...Kepala mana?
Ingat dia marah pekerja tu  .Rupanya dia tanya mana ketua....

Kepala atau ketua....adalah satu tangungjawab.
And being heads ,one must be able to show good examples to the underlings.To take responsibilities.

Tentu pelik dan out of the norm kalau kepala jadi ekor dan ekor dok dikepala. Pening pula bila cikson berteka teka. Kenapa kepala letaknya ditempat yang tinggi dan tidak pula dikaki. Tentu ada sebabnya.

Being heads... subject ini cikson tulis dulu dulu kala lagi. Dah hampir bertahun lamanya. Hari ni cikson teringat menyudahnya...haha.

Cuba kita tengok dalam rumahtangga. Siapa yg semestinya jadi kepala. Tentulah ayahnda dan kekanda, tak begitu? Bertuah rumahtangga kalau begitu jadinya. Tapi bila membaca kisah kisah dlm krt banyak yang tersasar darinya.Suami yang tak tau tanggungjawabnya. Yg hanya jadi pengikut saja. Yang tidak menyumbang apa apa . Dan yang membawa beban pada keluarga.
Well ,the list goes on and on....

Di tempat kerja pula bagaimana?
Pernah dengar kisah kisah,yang jadi ketua atau kepala tapi tanggungjawab orang lain yang memikulnya. Yang jadi ketua tapi tujuan hanya nak berkuasa. Nak dapat nama.
Macam macam ada.

Being heads... terima tanggungjawab bersama sedia menjawab bila ada kewajipan untuk menjawab. Jangan tolak pada orang lain. Jangan dijadikan orang lain batu loncatannya.

Menjadi kepala atau ketua... being heads perlu ilmu. Banyaklah membaca dan berguru.


Saturday, May 6, 2017

Makcik blogger punya cerita... ada2 saja.


Seawal pagi pintu gelongsor kaca aku tuju. Ciknina yang menerobos pintu bilik mengikuti ku. Di situ aku terpaku. Nina juga begitu.

sawah padi depan rumah waktu pagi tadi
Entah berapa lama lagi dia begini..
Matahari masih malu malu. Riang ria burung burung berterbangan dan cengkerik, katak bersahut sahutan.

It will be a good sunny day. Said I.

rimbunan pokok pokok laman sebelah
Yg merah2 tu cikli punya al kisah
Yang tin tin tu takut kucing tercucuk pagar yg seakan lembing.
Kain dimesin basuh . Add in some soap and had the machine running...oh well tell you all. The other day,my well dried clothes smelled funneh... somewhat mushy. Baju kering elok diampaian kenapa bau begini terutama telekong yg disarung.

Oh my! Aku terlupa masukkan sabun pencuci! Thats the reason of the murkey smell. Mujur sedikit saja kain baju yang dibasuh hari tu. Hai... sejak dua menjak ni makin menjadi pula pelupanya aku.Hihi.

Haritu cikson menaikkan posting Wedding Fahmi anak menakan di blog and share it on fb. Haaa.. mencanak dia naik carta. Sekarang ni ditangga ke 5 dengan 444 pageviews. Angka 444 memang
kegemaran ahli keluarga adik di SP.

And .. to note most of my DIY received good views from Gooooogle. The most being DIY buat sarung kusyen easy breezy. Dah ribu org tengok kalau ikut stat. Dan yg comel tu ramai juga yg refer to my DIY on perbaiki paip air... wah ada juga manafaat nooo.

Cuaca sekarang macam yo yo. Ada masa hangat tak boleh habaq dah. Lepas tu hujan lebat and angin kuat. Berdentam dentum bakul plastik diluar rumah diterbangkan angin seketika. Riasau pun ada tengok pokok kelapa dilaman jiran menari samba. Sekejap meliuk ke kanan lepas tu dikiri pula.

Tahniah BOCEY... sukalah juga tgk lawak mereka. Ada juga bahan nak ketawa. Semalam depa jadi juara. RM setengah juta wei habuan mereka.
Jom kita buat lawak. Mana tau dapat juara. Setahun boleh dok saja. RM 500,000.00 tuuu.

Thats all folks.Saja saja menulis bukan ada apa apa. Bye.
Rindu pula kat cucu kat KL sana. Kalau ada private jet, petik jari sampai bila bila masa.