Showing posts with label my hobby. Show all posts
Showing posts with label my hobby. Show all posts

Friday, November 17, 2017

Nasi ayam kakchon nama diberi,sekali makan nak lagi...hihi


Amboi angkat bakul nampak.
Yes,beres masak nasi ayam buat kali pertamanya. To tell the truth,this is the truth. So I was quite bewildered on the how to. So google I did. To afew blogs and webs  I went and picked up a few tips.But I didnt follow to the zee as some ingredients are not available. And I was too lazy to go to the shop. In the end,I decided to do it my way.

Before I forget,a note has to be jotted.

Nasi ayam chiauw with chon...

A-  1 labu bawang putih ) grind bersama. Banyak gunanya.
     2 inci halia) 

B-Stok ayam.
    6 ketul ayam rebus dengan satu camca bahan grind A. Letak garam dan lada sulah.
     Lembut angkat ayam dan sejat.Ketepikan.
     Guna stok ayam ini utk masak nasi dan buat sup ayam.

C - Ayam grill
     Perap ayam tadi dengan bahan bahan ini
     Bahan grind A , kicap ABC, gula, sedikit garam, sos tiram,sos lada hitam,cili flakes. Juga bawang       besar setengah labu yg dikisar halus.
     Bakar dalam pemanggang ajaib yang telah diletak sedikit minyak sehingga bahan2 sedikit garing.

D. Sup Ayam
     Tumis bahan grind A dan sedikit bawang besar. Masukkan stok ayam tadi. Season dengan kiub            ayam setengah kiub dan garam secukup rasa.
      Tabur dengan daun sup dan daun bawang masa hidang.

E.. Nasi
    Basuh dan toskan 3 pot beras.
    Dalam rice cooker, tumis bahan grind A dan daun pandan hingga wangi. Masukkan beras dan              kacau sebati.
    Letak air sebanyak beras, dua camca besar margarine,garam dan gula. Sedikit kunyit sebagai              pewarna. Masak seperti biasa.

F- minyak bawang putih

G. cili padi potong serta kicap ABC

H...sos cili bawang putih ABC. Percik sedikit air limau.

I ... sayuran
     Kobis hiris nipis nipis
      Tomato,potong bulat
      Carrot.. potong panjang... julienne.

Cara menghidang...hanya gambar jadi panduan.

Selamat mencuba... kalau sedap habaq kat saya. Tak sedaaap ... saya tak tau le..hehe.
set nasi ayam cikson... abaikan pinggan yg cacamerba ya..


nasi ayamnya


sup ayamnya... haha ni ada cerita
Sebab kepala penuh dgn assignment, sebekas stok ayam tercurah ke sinki
Awat tak kena masak sup ayam sekali lagi


sayur mayurnya... fresh2 gitu




sos cili ABC, cili flakes,minyak bawang putih lebihan semalam. Yg tak kelihatan cili padi kicap.


hasilnya... jom makan. 
               Thats all folks . Catatan dibuat agar jadi panduan dihari muka sebab saya kaki pelupa.   

Thursday, August 10, 2017

DIY...Bertemu yang dirindu...suka hatiku. Resepi serunding ayam yg ku cari2.

Suka hati tidak terperi. Bertemu yang ku cari cari. Bertahun lamanya aku tidak menemui dia yang sangat ku sayangi.
buku yang ku cari cari...


Ya...buku diari hitam lagi lusuh tertulis Talasco Insurance...namun dia tidak kena mengena.
Diari pemberian cikli ku jadikan buku utk ku tampalkan resepi resepi yang ku ingin simpan.
Ada dari kertana akhbar dan juga majallah.
Begitulah zaman aku... kita tiada kemudahan dihujung jari. Jadi sebagai pengganti,gunting dan gam sedia berbakti.


siap dengan peta dunia lagi...

resepi dari surat khabar
resepi dari majalah


Kenapa ya buku ini yang ku cari cari? Hebat sangatkah dia hingga dirindui begini?
Ada rahsia kah yang tersembunyi?

Sejak aku mula mengenal cara2 memasak serunding,resepi inilah yang aku guna. Resepi dari margarine planta.

resepi yang ku sayangi
dah bercapuk dan berconteng
Setiap tahun menjadi rutin,ptg raya, anak 2 perempuan mencarik seekor dua daging ayam yang ku rebus . Bersimpuh mereka dengan tertib menceraikan daging dari tulang dan menyiat2 haluskannya. Siap,aku akan memulakan tugas menyerunding. Lama juga masa diambil untuk siap memasaknya. Mau terseliuh urat belikat .
serunding kegemaran kami..

Keenakan serunding ini adalah kerana margarine yg digunakan dan juga biji ketumbar yg menimbulkan satu kelaianan bila dikunyah.

Namun ,bukan akulah kalau aku mengikut resepi2 seratus peratus. Ringan saja tanganku mengolah masin,manisnya ikut selera aku.

Ha...inilah resepinya. Kalau tak percaya serunding ini sedap...apakata anda cuba. Resepi seperti diatas ya..
Terjumpa pula gambar anak anak meracik daging ayam itu..

rajin mereka meracik dan mencarik..

Thats all folks.
Nanti bila betul betul buat,bolehlah dishare processnya pula.
Till then Bye.
Love dari utara.



Saturday, July 29, 2017

The books...The one minute mother.

Setiap kali aku lalu di wilayah itu, aku tidak pernah ketinggalan menjenguk kedai buku itu kalau berkesempatan. Paling paling 25 ringgit dibelanjakan . Bila 3 buku dijual 20 ringgit dan 5 ringgit lagi untuk air minuman dan pill chee kit teck aung... hhhee.
 Begitu juga bila paling akhir aku disana. Menanti diruang menunggu,mencari makan pagi telah puas dan jemu,situ aku masuki.
Antara ruang dan rak rak jualan,aku menuju bahagiab buku buku. Kali ini aku cari buku2 yang boleh memberi ilham dan motivasi. Mungkin bukan utkku kerana aku telah melepasi zaman itu. Tetapi mungkin boleh berguna utk aku coretkan dalam blog aku nanti.

Masih terngiang kata kata ... aku tak bacalah. Sebab dia tulis bukan dalam bahasa kita. Tak mau fikir fikir dan nak faham apa yg aku baca.
Datangnya dari orang yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi juga...
Issshhh  ..rugilah ilmu yang ada. Kalau boleh share apa salahnya..

Jadi aku berfikir sebagai seorang guru... . Why not aku translate apa yang aku fikir berfaedah. Dan aku ada juga buat sikit sikit yang sudah sudah.Cuma terberhenti bila mood dan ilham tak dapat ku cari.

Mungkin apa yang aku perkatakan dan ungkap tak ada maknanya buat anda.. haha.

Antara buku2 yang aku beli...satu darinya aku baca page to page.. and I found it to be quite interesting. Rasanya boleh apply dalam parenting dan juga dalam bilik darjah kalau tak bersalah..even to our hubbies if you may.

Hmmm... mana bukunya..
Taraaaa.... ini dia. Buku ini yg aku maksudkan.

Add caption

Add caption

Add caption
Aku rasa buku ini sangat relevan dengan ibu ibu yang sedang membesarkan anak anak. Tak menang nak bersilat dengan depa. Ada saja kerenahnya.
Semoga adegan mak mak bapa bapa bertempik hingga dengar satu taman perumahan dapat dihindarkan. Tak salahkan kita cari dan gali ilmu utk tujuan kebaikan bersama.

Nanti nanti aku alihbahasakan...

Saturday, July 8, 2017

bila tok terlebih technosavvy..... photocollage


Sabtu sabtu ni lebih baik sajikan light n easy. Jangan memberat pada rasa dan hati...

Layanlah skill cikson terkini.
Buat photocollage macam ni

minum pagi ini

bday cikina

terlebih rajin

Fahim sbeleum 1 year old.

Fohim terkini... eh gambaq yang last apa kes ya..

Monday, February 27, 2017

Biar sampai Beijing


Dalam ratusan buku didalam longgokan,aku mencapai 2 antaranya.
Masukkan dalam troli hanya dengan membelek tajuk saja.
Dan semua buku2 itu adalah dalam bahasa Inggeris. Tiada BM atau arabic.
Dengan RM 10.00 aku dapat dua buah buku yang kalau dibeli dikedai Konokuya atau Popular mau berganda ganda harganya.

Buku2 itu aku letakkan dipenjuru rumah tanpa dapat membacanya kerana sibuk dengan urusan harian. Urusan siibu yang mahu menjamu anaknya bila mereka kembali ke rumah buat seketika. Jadi dapurlah tempat berperap.

Hari Sabtu anak balik ke tempat kerja dan siibu punya masa utk membelek buka yang dibeli.
Antara topik topik dalam salah sebuah buku itu adalah tip tip utk pengurusan perkahwinan. Perlukah lagi buku2 begitu buat orang tua macam aku yang dah hampir 4 dekad berumah tangga. Tentu pandai segala selok beloknya. Mai saja apa masaalahnya tentu aku dapat menepisnya....

Bukan aku. Selagi berdaya,membaca adalah kegemaran utama. Terutama buku buku motivasi diri dan juga panduan utk berkongsi. Tak perlu mendabik dada kita dah tahu semuanya..Macam murai yang pandai berkata kata.
antara buku yang dibeli...tapi yang ini pilihan anak dearie..
Adalah tu projek yg diingini.

Kenapa aku jarang memuat dan membincang hal hal politik dan agama..Aku juga suka mengikuti ruang ruang ,blog blog dan forum yang membincangkan berkenaan topik topik ini. Tapi untuk menghurai dan menulisnya biarlah pada mereka yang lebih arif tentangnya.

Masih ku ingat semasa mengajar dulu,aku suka mengajak anak anak murid membaca akhbar. Zaman dulu mana ada segala gadget moden ini. Aku membeli surat khabar utk rujukan mereka . Dan pernah suruh semua murid membeli satu naskah akbar yang sama dan pada hari yang sama. Puas aku ajar mereka guna pendekatan .. Newspaper in Education. Setiap gambar, advertisemnet, berita dimanafaatkan. Comprehension, games,gambar dapat aku ajar guna paper itu .Dan akhirnya aku amat gembira dapat feedback dari seorang ibu muridku.

Anak saya tak pernah sentuh paper. Tapi semenjak cikgu ajar dia, jenuh berebut paper dengan bapanya.


Dalam menuntut ilmu... biar sampai Beijing. Tak rugi I tell u. Bye.

Yang ini dibeli ibu...
mungkin berguna buat panduan menjaga cucu.
By the way...buku2 itu antara yang dibeli bulan ini di Aeon Big.
Ada yang dibeli di KL central hari pi Lexis hari tu

definisi kaya.... gembira dengan apa yang kita ada ,adalah kaya sebenarnya.

antara buku yang di beli...baca belum lagi
Tapi nampak gayanya kaya isi
Ingat kahwin bertahun tahun dah pandai ke serba serbi
Tambah2lah yang usia perkahwinan baru dua tiga ratus hari.


Friday, December 30, 2016

Cinta si bapa ayam...2

Good Friday Morning folks.
Hope that this day would bring calmness,serenity to the tumultous minds befitting the day of the week.

Pagi pagi pintu belakang ku buka
Si Tam dan ibunya menanti untuk sesuap makan diwaktu pagi
Lebihan nasi dan ayam ku saji .
Seronok terpancar diwajah mereka yg ku kasihi.

Sedang ralit dua beranak menjamah rezeki
Datang sibapa ayam yang selalu ku perhati
Menempel untuk sama sama makan sekali
Si Tam dan Ninasandaq nampak takut dan ingin mengundur diri
Biarkan si hero romeo makan se puas hati.

Well....ni tak boleh jadi
Dah lah datang nak rampas rezeki
Bawa girlfriend baru pula kali ini

Hey...awatlah hang suka tukaq tukaq bini
Kelmarin dulu coklat,semalam hitam
Harini yg merah pula kau dekati

Dalam dunia haiwan,ada ciri ciri manusia aku perhati
Sepasang burung yang sedang mencari makan,ke lihat itulah pasangan tak pernah bertukar ganti
Si bapa ayam walau caring tapi hanya pada calon isteri
Dah dapat dia buat tak peduli
Anak anak dia tak pernah jaga sendiri

Eh....kami pun jaga anak sendirlah,ninasandaq memberi pendapat
Tak berlaki,bersuami pun boleh jaga diri
Women's lib okay kalau masih tak mengetahui

EH berapa banyak bini ....

Mentang mentang handsome,bukan  main bangga diri
Kokok berderai deraiboleh dengar serata negeri

Oh ni arch rival sibapa ganteng
Tapi dalam kebun toksaad dia terkurung

Hey Tam,pi main jauh jauh
Kami dengan kucing tak suka cari gaduh

Hey...mana pula bini bini aku
Kemana depa pi ,boleh bagitau

Tengok tu....ninasandaq nak tidur pun dah terganggu
Balik lah cepat mek tam,bapa ayam dok cari mu.
Haha...itu secebis kisah ku garap dari aksi ayam ayam yg datang melawat ku
Nak harap manusia datang,mereka pun sibuk dengan kerja beribu.


Thursday, December 29, 2016

DIY...nasi lemak fusion


Hamboi...pandai cikson
Nasi lemak fusion ?
Apakebendenya fusion fusion ni
Ikut istilah fusion adalah: gabungan
Gabungan?
Hmm...bila dah cara masak nasi lemak campur nasi minyak bergabung.
Apakata kita namakan dia nasi lenyak...lemak dan minyak haha.

Breakfast ke cik kak?

Haha...ni kalau makan banyak2
Makan pagi terus tidur nyenyak
Ada sambal udang,
telor rebus,
ikan masin dan ikan bilis
Juga kopi o se jaq.

Sambal tumis udang kakchon
kalau tak rasa masam, tak cun
Juga pedas,manis ,masin kena seimbang
Kalau tidak... tak habis nasi di pinggan

Telor rebus ikut disajikan

Bilis dari Pahang
Disangai tanpa minyak sampai krup krap bila di makan

Ni la dia nasi lemak fusion
Kita tumis dulu halia,bawang holland racik halus serta kulit kayu manis
Beras dibasuh,tos dan sejat
 beras digoreng sebentar dlam bahan tumis hingga sebati
Baru masuk santan sekotak dengar air 4 gelas utk nasi 3 setengah gelas beras
Pandai pandailah letak air utk nasi tak mentah
Lepas tu masukkan garam dan sedikit gula serta daun pandan.

Itu saja style cikson masak nasi lemak tapi digabung dengan cara masak nasi minyak
Maka terhasillah nasi LENYAK....haha.


Thursday, September 8, 2016

DIY....Betik sebiji .....macam2 jadi

Mendung lagi
Tanda hujan nak turun lagi dan sudah ada kawasan dilanda banjir malam tadi.
SK Bintong kabarnya dibuka utk petempatan mangsa banjir yang pertama disini.

Semalam..
Hujan hujan juga tapi perut masih perlu diisi.
Buka peti ais, yang ada kepala ikan yang boleh digulaikan.
Tapi nak di gukan dengan apa ya.
Terung tak ada ,bendi tak nampak ....tapi cikson ada idea.
Betik .....ya buah betik boleh jadi penambah rasa gulai ikan.
Maka cikli pun pi cari lah betik sebiji dari pokok toksaad.

Dengan sebiji betik,kenyang perut kami.
Ada ulam sambal belacan
Ada sayur manis kicap buah betik,daun bayam
Juga seperiuk gulai kepala ikan yang dishare dengan rumah orange .

ulam,sayur dan gulai kepala ikan
ikan kering Pahang n sambal belacan
Makan pula hari dok hujan...padan

Petang cikson menyicah dengan air asam pula....Racik cili merah
Tenyeh dengan belacan ,garam dan gula
Sedikit air,gaul sebati semua. Jangan pula lupa asam jawa ya.
Potong betik nipis nipis ......lepas tu nyum nyum...sedap tak terkira.

Have a nice day everybody. Stay safe.Bye.
End with this question....andai ada sebiji betik, apa yang anda buat ?
Betik tu bukan ranum ya...tapi tua tak tua..muda tak muda  ...haha. Yang sedang sedang saja. Ewah macam lagu dangduit nyanyian siapa entah...
Awat ya mas idayu asyik dok merotan dan bertempik saja?

Thursday, August 25, 2016

DIY...jom menggulai kepala ikan

Biasa tak dengar....ayaq tangan.
Ayaq tangan?
Well....hasil dari ketukangan sendiri la nooo.

So bila makan sesuatu,kita selalu refer masakan seseorang tu sebagai ayaq tangan. Makcik oghang Kedah jadi ayaq tu sebutan betulnya adalah air.

Bagilah rencah yang sama kepada berlainan orang. Tapi bila hasilnya mesti ada perbezaan. Lebih 2 lagi bila menggulai.
Awat rasa gulai you lain dari orang lain ......cikli selalu sebut. Anak2 pun selalu talipon rumah tanya resepi.Tak la nak kata gulai cikson best ke apa... tapi orang kata best la juga....hehe

Panaskan minyak...

tumis bawang merah,bawang putih dan halba campur. Daun kari kalau ada lagi best.

Yang ni ... campuran rempah kari ikan cap O dua bungkus. Bungkus yang kecil tu..
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 5 atau 6 ulas
asam lebih sikit dari 50 sen ,lebih kalau suka gulai rasa masam
santan pekat 3 ,4 sudu.
Air ...1/4 cawan
Gaulkan.

la ni cikson guna santan ni saja.
1/3 buat campur dalam rempah sebelum tumis
2/3 masukkan lepas masuk ikan.
guna kotak utk sukat air utk kuah...2 ke 3 kotak.

Rajin2 kacau rempah ni. Jangan sampai hangit. Masukkan sikit air kalau terlalu kering.
Masak sampai terbit minyak.

Basuh ikan atau kepala ikan bersih bersih. Rendam dgn asam garam kalau takut hanyiak
Ikan ni sebelum dibersihkan secukupnya..

Masukkan kepala ikan tu. Kacau2 bagi remaph salut ikan.

Masukkan santan kelapa.dan juga air 2,3 kotak

Masukkan terung
Didihkan

Bendi dan tomato serta cili hidup hijau./merah dimasukkan kemudian
Masukkan garam.Rasa dulu asam garamnya.
SIAP.

Gulai ikan cara cikson...
So I penned this posting as a guide to my children . Kalau teringin nak rasa masakan gulai macam mak mereka masak.

Cara tokton....
Ikan kalau yang kecil/ senang relai kena masukkan selepas kuah mendidih
Bendi juga kena sesuai masa masuk ...kalau tidak dia tak krup krap lagi.

Actually masak gulai ni kena penuh kesabaran. Kena perfect timing bila nak masuk bahan2.Kena tau bila api kecil dan bila api besar.

Yes, thats what my late mom told me.
Sabaq tu sangat penting.
Kalau dok bebai , apa pun tak jadi....hihi.