Wednesday, June 10, 2020

Ragam PKP2....semoga melekat di ingatan


Serius, tak pernah terjangkau oleh fikiran
Yang kita rakyat dunia kena melalui satu pengalaman
Tak kira negara maju, sedang menuju kemajuan atau yang masih dok dalam hutan
Akibat satu virus, punyalah kuat dia punya pukulan
Tersungkur negara kalau acah acah buat endah tak endah  saja dan persetankan segala larangan.
Tu...macam beraku sekarang kat Benua uncle Sam.
Tunggang langgang jadinya bila ingat dia saja yang terpandai dalam segala hal ehwal kehidupan.

Dah dekat 2 juta dijangkiti
Berapa puloh ribu yang mati
Tapi mereka macam tak peduli
Atas jalan mereka beribu2 ke sana ke sini
Berdemonstrasi.

Anyway,tak maulah sentuh kes ini secara mendalam,kerana bersangkut paut dengan hak asasi, diskriminasi dan polisi pak polis mereka sendiri.

Back to our home ground. Malaysia lah apa lagi!

Macam2 PKP kita lalui. Ingat ke lagi?
Kita ada PKP, PKPb... eh eh dah lupa pula yang lain.
And latest is PKPP.

Masa PKP di perkenalkan, rasa risau tak terjangkakan
Habislah kebebasan
Terkurunglah kita seharian
Tengok dindinglah kita kawan kawan
Terputus segala hubungan
Anak isteri, ayah ibu juga kawan taulan
Ngerikan?

Hampir 3 bulan kita terputus hubungan dengan ahli keluarga. Raya Puasa pun tak ada maana. Bila tak boleh kemana mana. sesuka hati semua. Ada larangan,ada sekatannya.
Rindu? Allahu tak terlahir dengan kata kata.

Mulai hari ini ,10 Jun 2020 kita berPKPP.
Dah boleh rentas negeri
Dah boleh ke sana ke sini
Tapi masih tak boleh berkenduri

Semalam anak ada memberitahu. Walau boleh rentas negeri, hajat hati kena hold on dahulu kerana masih bertugas. Cuti Raya Haji baru boleh balik kampung.....
Maka dengan tenang, kita pun akan menunggu tarikh itu..
Semoga hingga tarikh keramat itu dan seterusnya...Malaysia selamat sejahtera.
Semoga anak anak boleh balik beraya!

Kenangan awal awal dulu....

penangan pertama...cari masks





No comments:

Post a Comment