Monday, March 11, 2019

Korban.

Setelah sekian lama kering kontang dek kemarau yang panjang, semalam hujan pun turun.
Lega.
Berkurang sedikit rasa panas membahang . Kalau tidak waktu ini 8.00 pagi dah terasa.
Pijar panas ditengah hari amat perit  sekali. Mau mereng kalau tak berhati hati.
Jadi utk mengurangkan sedikit rasa hangat dan hangit itu ,cikson ambil beberapa langkah.

Pasang semua kipas siling
Buka tingkap sedikit di dapur dan di depan
Pasang kipas lantai
Tutup curtain yg tebal.

Usaha itu dapatlah mengurangkan sikit rasa membahang tgh hari dan petang. Lebih lebih lagi bila air con dipasang sepanjang hari. Kalau tidak boleh pening rasa nak mati...hihi.Tapi kena korban duit ringgitlah nanti. Cukup bulan,bila datang,mau pitam!

Mungkin juga akibat panas, kesihatan juga mudah terganggu. Letih sangat. Kerja rutin harian pun rasa berat. Maka masak berat2 dan masa didapur perlu dikurangkan. Chaiouw ...siap utk dimakan. Cikli janganlah komen bukan bukan..

Semalam, sekali lagi menonton rancangan Aznil Mikrofon Impian. Kisah sedih jadi taruhan rancangan. Akibat perceraian ibubapa,anak2 jadi korban. Hidup menumpang belas kasihan datuk yang sakit dan uzur . Nenek mencari nafkah dgn kerja distesen minyak. Walau umur baru 19 tahun, anak muda yg mencuba nasib itu amat jelas bertanggungjawab terhadap adik2 dan datuk serta nenek.
Satu yang sukar dijumpai sekarang ini. Selalunya anak2 terbiar ini akan mencari kedamaian dgn cara mereka sendiri. Sarat dengan dadah dan aktiviti yang merugi diri.

Terkesan bila dia menasihati adiknya dengan kata kata..Hidup hanya sekali. Buat yang mampu dgn habis baik sekali.By the way, ibu ayah masih ada. Tapi masing2 bawa haluan akibat perceraian.

Susuk tubuh dan wajah seorang nenek yg bercerita tentang cucunya mengimbau kembali.
Cucu yang masih terlalu muda mencari duit dgn menolong menjaga buaian cucu jiran. Dgn upah itu dia membeli sepeket mee goreng utk dishare bersama adik2nya yang lain. Makan mereka bersama2 . Semoga along sentiasa jadi pelindung adik2.

Dalam kehidupan seharian, banyak pengorbanan terakam.
Ibubapa yang rela anak2 berhijrah jauh utk mencari rezeki adalah satu pengorbanan. Bukan tiada emak bapa yang tidak membenarkan anak2 melangkah jauh dari kampung halaman walau rezeki dan jodoh ada diperantauan. Takut tiada siapa nak membantu mereka katanya. Sakit demam susah .

Thats all folks.
Hidup perlu berkorban. Lebih2 lagi bila ada tanggungan.

Bye.





No comments:

Post a Comment