Saturday, May 16, 2020
RIUH....
Belum terbit fajar,tapi sudah riuh.
Riuh suara burung berkicau. Bermacam bunyi mereka menyanyi.
Riuh suara ayam jantan berkokok. Kok kok ooook. Garuk saja suara nya
Tapi suara semalam yang ku dengar jam 2 pagi lagi riuh.
Tersentap aku dari tidur yang lena
Jam ku belek... ingat dah subuh ke apa. Cuma baru jam dua.
Ketawa mengekek
Butir2 bicara jelas ditelinga....adoi maak macam mana nak lena.
Hingga ke sahur masih terdengar suara mereka.
Ada bola ke?
Atau sedang layan games di media
Jangan2 dok pekena benda!
Semoga besok malam perkara begini tak berlaku lagi. Kalau tidak mau aku join sekaki!
Ntahlah...aku memang tidak gemar benda yang riuh riuh. Suka aman damai. Buat apa pun tak perlu riuh. Dan kalau kena riuh, aku cuba sabar. Dan cara aku menghindarinya adalah dengan tidak dekati punca keriuhan itu...
Thats all folks.
Ehhh ..lupa pula. Hari ni HARI GURU kan. Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru. Samada sedang berkhidmat atau sudah berpencen.
Kepada guru guru SK Seri Indera, SM Derma,Seri Puteri,tadika2 ,universiti 2,kolej2 yang ada anak saya menuntut ilmu,terimakasih banyak banyak. Jasamu dikenang.
Juga buat guru2 disekolah yang cikson pernah berkhidmat, terimakasih banyak2 atas kerjasama semua.Tak terbalas budi pada mereka yang sama2 menaikkan prestasi sekolah dan bekerjasama dengan cikson semasa cikson berkhidmat.
Perjalanan mengajar cikson penuh liku2. Sentiasa mencabar...Namun sangat bersyukur kerana menamatkannya dengan penuh bermakna.
Labels:
as I see it
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment