Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, June 2, 2020

DIY...menukar paip sinki tak perlu panggil plumber, buat je sendiri. 2

Hujan pagi pagi ni.
Terasa sejuk gedi
Ayam,kucing entah mana menghilang ,sunyi sepi.
Tiada kokok menghiasi hari
Hanya ciapan burung2 yang berbunyi....pelik pula tu bunyi macam orang menggigil demam yang tinggi.

Oh ya... terlintas ke page Blogger Thru Ups N Downs.
Terkesima sekejap ada post kita yang mendaftarkan 14k clicks.
Rupanya post DIY ..menukar paip sinki tak perlu panggil plumber tu jadi nombor one . Dan keduanya cara jahit tudung kerusi...hihi.
Haa...ni dia sebagai bukti



buktinya....

Tapi kan, satu hari cikson terbaca ttg gadget yang boleh menjadikan kerja memasang dan menanggal nut atau bolt bawah sinki yang sempit jadi senang.
Namanya.... sinki installer.
Rupanya macam ni....






That is it folks. Sinki installer namanya. Boleh dibeli di hardware atau on line kat shoppee.

Guys, do you feel like I feel. Blogger baru ni peninglah sikit nak guna. Tak boleh sesuka hati nak resize gambar tak. Or is it because I have yet to learn more.

Thats all folks. Got to go. Bye.

Monday, May 18, 2020

Plumber helppp...


The washing machine is on.
The wash is on.
Then....ploooop the faucet came looose.
Tried to put the pipe back.
Nooo..it couldnt be done. It couldnt fit the tap.
Matilah mak baju tak boleh basuh. Air tak boleh masuk wm.

Tried and tried again. My back aches and my fingers and palm were reddened.

Oh lala... call the plumber?
Wait seminit.
I call my best friend first. Who is that bloke?
Mr GOOGLE lah siapa lagi.

So to my trusted laptop I went.
Search...how to fix the water faucet to the washing machine.
One you tube attracted my attention.



The thing is called adapter. I need one urgently. Have to go to the hardware or DIY..
Bila ya...
Nampak mr plumber lah juga nak kena panggil.

PLumber helpppp!

Thursday, September 26, 2019

DIY...ikan rebus cara Thai


Dapat resepi ini dari fb
Jadi,satu hari terbuatlah ikan rebus cara ini.

Ini cara caranya :

Ingredients

2 kilo ikan...temenung/selar/ sardin
Siang ,asam garamkan dan toskan.
3 camca besar garam kasar
2 helai daun pandan...simpulkan
2 keping gula melaka/thai
6 keping asam keping
10 biji cili padi...dipotong
*Air asam jawa secukupnya...

Cara caranya:
Susun ikan kedalam periuk.
Tambah air sehingga hapus ikan
Masukkan semua bahan kecuali yg bertanda* ie asam jawa
Setelah mendidih baru letak asam jawa. SIAP.

Boleh dimakan begitu saja dgn sambal belacan
Atau boleh goreng esoknya.

Cikson simpan ikan2 ini bersama kuahnya. Bila nak goreng baru keluarkan dan toskan.
Boleh juga semasa menggoreng,diletak hirisan cili merah dan bawang.
Berkali kali buat begini hingga habis...sedaaaap.
Add caption

Wednesday, September 11, 2019

The wedding of olin suhaida 4...the hantaran DIY

Hujan mencurah curah di luar. Semoga jerebu yg melanda terhapus hendaknya. Namun jerebu dihati,nak pulih tak tau berapa lama lagi. You think you did was right..eh?

Sekarang kan musim orang bungkus bungkus saja barang hantaran. Tapi tuan empunya diri kata tak mau atas sebab2 tertentu...
Oh ya macam2 syarat diletak pada ku yg nak membantu. Tak mau ini,tak mau itu. Nak lagu ni tak mau lagu tu.
Dah rasa nak tarik diri tapi mengenangkan anak sendiri....tabahkanlah hati.
Kalau customerlah ....aku ckap saja suruhlah mak kamu buat sendiri!

So dibawah kekakangan dan arahan diberi aku cuba 200 persen buat sepuas hati.
Kalau aku professional, pejam mata saja aku bereskan.
Ni kita bertahun tak berkarya,alatan2,barang2 entah dok mana
Mau tak pening kepala....haha..sikit saja peningnya sbb saya suka buat benda2 begini .

Ok lets start...how I DIY them...the hantaran

1. Selongkar,keluarkan,cuci segala bahan yg nak guna.
 a. kotak kayu putih sedia ada
 b. tray
 c. lapik dua lapisan
 d. bahan2 yg boleh kitar semula . Riben,rama2 dll.


Lapik ni beli kat Pdg Besar dah lama. Kalau nak sewa 5 ringgit satu.

Di lapik kain satin ini. Guna celotape 

Kotak kayu ni beli kat Jln TAR 5 tahun dulu. 


2. Beli
a. Bunga...choice pengantin tapi ongkosnya saya..Saya nak sponsor gubahan buat dia.
c. Getah /cucuk bunga...ni lain ya dari cucuk bunga hidup
d. Bahan 2 seperti styrofoam, dawai bunga,kertas pembalut.

bunga bunga dari GM Klang

Tema kaler...lavender  purple. Sebahagian nya.





3. Trial and error
Perbincangan antara the girls melalui whatsapp .
Menggayakan bunga kena banyak trial and error walau sudah dimaklumkan apa yg perlu dilakukan. Bunga perlu dibentuk supaya terletak duduknya. Uniform panjang pendeknya.Lebih kurang kdg2 halalkan saja




4. The hantaran
Nak letak barang barang pun kena halusi juga. Bukan just letak. Kena perinci juga saiz,berat,bentukya.

dalam proses...menggayakan.... lihatlah riben2 tu pun tak semegah mana letaknya...

barang2 ni mulanya digayakan begini..

Dan begini.... tapi last last tak jadi sbb plastik pembalut tu pecahlah pula...
5.  The real day...tak ada gambar yang cikson tangkap actually. Sibuk tahap gaban .
     Tapi adalah terselit sikit2 dari hp anak2. Kita tunggu real professional photographer punya pic.
     Mungkin meletop2 gambarnya.
     So sementara waktu inilah saja.


Wednesday, July 17, 2019

DIY...the old sewing machine cabinet


Hahaha...they have a huge laugh when I dragged my old sewing machine cabinet outside.
Hey! tak pernah orang buat la
Malu la!
Mak hang ni tak betul dah kot!

These were some of the remarks I got when at the last minute of preparation, we were short of table for the dessert.
So into the house I dragged the table back to where it was.
Only one among the many knew the value of the old cabinet and asked if I would want to trade it.
No,No....I have many ideas for the cabinet.

That night, cikli teased me again.
This time I stood my still
Tu la tengok lagi cerita dongeng, cerita perang, drama bodo....mana nak tahu hal lain. I gave back.Angry being made a laughing stock.

The old cabinet is still in the bedroom serving its master as a writing desk.
Soon, I gave the internet a courtsey visit.
These are some of the ideas I got...

Hope my vision materialise in time for the majlis
A turnover makeover for the wedding room....hihi.Berangan tu free kan....

If you have an old sewing cabinet, you could make use of these ideas. Jangan pi humban tempat buang sampah or jual seringgit kat ke***g botoi. Tu baru I pula nak ketawa hahahhaha....

like what i have right now... as it is

renovated

serving table

for the outdoor



sambil bersembang boleh take turn to goyang kaki ...
Thats all folks...
Hope time and energy is with me for this project.
Bye....

Oh ye... macam2 lagi sebenarnya boleh dibuat dgn kaki sewing machine tu. Boleh saja diguna utk dapur, ruang tamu ,malah bilik air pun..

Thursday, June 20, 2019

DIY....dari dapuq RBL...sup siam.


Teruja nak makan sup masak sendiri.
Boleh saja pi beli...kat kedai kedai yang berderet dijalan besar dekat rumah kami.
Tapi.... tak mau kali ni. Nak mkn hasil masak dari dapuq RBL juga kali ni.

Resepi dicari
Internet ada. Google sedia memberi bakti.
Ayuh... apa lagi, semua ada dihujung jari.

Maka terhasillah SUP Siam cara cikson yg bolehlah dihirup oleh cikli.Selain dimakan dengan nasi,boleh digu dengan kotiau or bihun .... 

Oh well....malaslah nak perinci resepinya.
Maka gambar2 sajalah yg dapat dinaikkan kali ni...

Hasil dari dapuq RBL

Bahan bahan sup....dimasukkan semasa sup dah boleh diangkat.
Yg lemon tu di perah ambil airnya

Ni bahan tumis nya..
Bawang merah n putih hiris nipis
Serai titik,bunga lawang dan kulit kayu manis,
daun limau

Masuk daging...pemati airnya.
Masukkan air biar daging empuk.
Perah air limau dan masukkan sedikit sos ikan
Rasa masin,manisnya.
SIAP!

bahan tumisnya..

Itulah caranya... simple mimple saja..
Potong,hiris,tumis....

Bye...cubalah . Sedap juga ditekak makcikson. Ada masam,manis dan masin.

Wednesday, March 20, 2019

DIY..kerabu sotong


Semalam , dalam fridge ada se ekor sotong saiz sedang
Kecil tak kecil,besar pun bukan
Jenuh garu kepala apa yg nak dimasakkan.

Ilham datang
Kerabu sotong...why not ?

Inilah cara cikson buat kerabu sotong ala thai...

Bahan2
Sotong se ekor...potong dan kelar
Didih air. Celur sebentar.

Sohun segenggam..celur .

Sayur ... tomato                               
              daun ketumbar
              cili padi
              serai sebatang 2
              bawang besar
              carrot ........................ mayang halus/hiris nipis

Gula ,garam, fish sos, dan jus lemon.

Gaul semua dan sejukkan.
Bolehlahhhhhhhhhhh.........dimakan sendirian.

gambar kerabu sotong cikson tak sempat snap .
Gambar googled.Mohon halal ya tuan gambar.



             

Thursday, February 21, 2019

DIY...Asam pedas lagi...


Tak pernah sedar yg cikli suka asam pedas.
Ingat ka minat dia hanya gulai.
So satu hari cikson pelik tgk dia makan nasi dengan asam pedas bertambah tambah.

Asam pedas ni lari sikit dari asam pedas yg selalu dibuat.
Tak ada daun kesom atau bunga kantan
Bahan pun ikut dan saja kata orang utara.

Supaya tak lupa...
Ha ni caranya.
Ikut makcikson punya cara dan suka
Orang lain tak payah dok komen...
Ehhh ...kami tak masak asam pedas macam tu laaa!

Bahan bahan:

4 ekor ikan kerisi yg tembun ( ikan ketuka pun boleh jaa)

Bahan utk di grind:
10 tangkai cili kering ( gunting, rebus)
1 labu bawang besar ( sederhana besar)
4,5 ulas bawang putih
Se inci halia
Asam jawa tanpa biji...( ukuran sedang sedang. Buang biji dan serabut dia)
Belacan...sikit saja
1 camca sedang Kunyit serbuk
Air..

Tambahan...
Asam keping..2,3 keping ( depends)
Gula,garam,
sedikit perasa ( optional)
timun,tomato,kacang bendi

Caranya
Panas minyak agak agaklah.
Wangikan bahan kisar
Masukkan air ( ikut suka sukatan... nak likat or cair)
Mendidih...masuk ikan.Lepas tu semua bahan lain.
Rasa asam garam dan manisnya.

SIAP!

Add caption

Thursday, February 14, 2019

DIY...masak lemak cili padi ikan kurau masin dan pisang muda.

Plantain from Kangaq
Kurau ikan masin from Gambang
In a periuk they say,ready get set go.

Cili burung or padi as you might say
Bawang besar , bawang putih and a dice of ginger
To the grinding mill they say hey.

In a periuk everything and all the things you see
I mean the ground ingredients , dearie
Then the plantain or pisang which has been skinned,cut to sizes as well as ikan masin or anchovies if you fancy
Then a box of cool santan to make the dish tasty.
A few pieces of asam gelugur too if sour is what you want it to be.

Be very cautious when you put in your salt. 
The dried ikan kurau and the anchovies are already salty.
Kalau tidak mau masin setengah mati.


Wahawahwah....cikson bergurindam pula.
Selamat mencuba.
Bole la.....kata cikli
Tapi dia tambah nasi berkali kali..

Wednesday, February 13, 2019

DIY... dari dapur kakchon..

Mokjadeandell is called kakchon by the younger siblings.
Still remembered those growing up days. When kakchon was a teenager, the kitchen was her terrain.Come weekends and school holidays, she had to help in the kitchen.No compromise.
And since then,her liking for cooking materialised although sometimes she thought she was made to cook .

My closest memory was making cucuq gandum or some grains. Biscuits and cakes too. Mee or behoon my speciality.

Semua banyak berkubur bila meningkat tugas hakiki.
Lepas pencen dan anak anak pun dah keluar rumah,lagilah angin malas datang mengunjungi.
Tapi bila anak2 berkumpul sekali sekala, angin rajin ke dapur pun menjelma semula.

Antara hidangan dari dapur kakchon....

set ikan siakap. ...steam dan masak tiga rasa


set  masak lemak pisang dgn air asam ketuka.

set nasi lemak ,sotong pedas

setnasi ayam kakchon style


set nasi kukus,masak lemak ikan.
Itu antara yg terdaya cikson@ kakchon@mokjadeandell hasilkan....
Rasanya... nanti nak tanya depa yg pernah makan. Tentu depa kata...
Cikli suka gulai ikan
Cik ina suka asam pedas
Cik lin suka nasi lemak
Abe wen suka ayam masak merah

Makcik pula....sambal belacan. Simple kan.

Thursday, December 27, 2018

DIY...jom masak masak ayam


Sepanjang akhir tahun ni, bersilih ganti mereka pulang menjengok RBL di sini.
Sehingga kini, dari 4 orang ,3 dah menjengok kami
Hanya seorang bulan Januari sbb cuti tidak berbaki.
Meriah rumah jadi.

Well... selagi tenaga masih berbaki
Bila anak anak balik dari rantau luar negeri
Menjamu mereka dengan masakan kegemaran mereka jadi tugas hakiki.
Maka ibu veteran ini pun sibuklah menanya mereka apa yg mereka gemari.

Yang satu nak gulai ikan mama
Yang kedua sambal tumis apa saja
Yang ketiga, nak makan macam zaman dulu dulu, yg ada kentang keliling pinggan
Yang ke empat...dah handal memasak, jadi ibu bolehlah jamu apa saja.

Haha...4 anak empat ragam
Ibu kena hadam... silap masak ,kesian
So awal awal, tetapkan menu ikut kegemaran supaya senang ibu melayan.
Selagi kuat tubuh badan.

Haha... mailah tgk apa yg dimasak dari dapur RBL.Nothing gempak gempak. Nothing . Cuma bolehlah dimakan anak beranak sampai senak.


nasi ayam kakchon



Dishes for nasi ayam cikson...antaranya

sos tomato
grind tomato 2 biji, cili melaka dua tiga biji, gula garam. Masak until a nice consistency.
Ayam masak kicap..
kuah kicap

Satu lagi ialah...


ayam masak rempah...



Dan yg ini kegemaran mereka...

sambal tumis ayam. Disaji dengan nasi lemak kakchon..

Thursday, October 25, 2018

DIY... Jom melemak the easy way.


Bila selalu gulai gulai gulai
Teringin pula nak melemak bagai
Jadi satu hari, cikson puts on her thinking gear
On what to cook for lunch for her and hubby dear.

She found out that she had these with her

3 pieces of ikan talang fresh not salted
Tomatoes,serai,halia, white bawang and red bawang and cili padi
A packet of santan and kunyit.
Cili paste blended cikson style.

Chop up serai,halia, bawangs,cili padi
Pour some oil and fry the chop ingredients with some turmeric and cili paste.
Put in fish.
Pour santan. Throw in some asam keping.
Put in tomatoes when fish is nearly cooked. Do not over boil.
Serve with nasi panas panas.

Senang kan.
Tapi selera orang utara lebih dgn gulai
Masak lemak2 ni hanyalah selingan .
cili padi kicap, goreng buncis ,masak lemak ikan talang,ikan goreng
served with white rice and ubat...

rutin harian cikli
Makan ubat dgn nasi

masak lemak ikan talang dgn terung

buncis goreng... alahai minyaknya terlebih pula


Thats all folks..
Hari ni nak  masak apa ya.
Yg tinggal dalam fridge... ayam seketul, taukua @ tauhu.

Thursday, October 18, 2018

DIY ...jom melempiangggg


Bila selera makan kelaut, maka fikiran jadi serabut.
Nak makan nasi, tak lalu
Nak makan bihun,dah jemu
Lalu,apa mau mu!

Pisang lunyai dikeluarkan. Itu saja yang ada .
Hitam dah kulitnya,namun isinya masih elok... Pisang usah dipetiaiskan kalau tidak mau jadi begini.

Lenyek pisang, tambah tepung,gula garam,telor.
Bancuh elok elok konsistensinya. Tak mau lembik or keras sangat. Just sedang sedang saja.
Kalau ada nyoq kukoq lagi best.

Panas kuali
Lapik daun pisang
Cedokkan ramuan keatas daun pisang.
Masaklah sampai ada nampak garing sedikit..

Ha itulah makan malam kami satu malam bila selera meragam
Cukuplah,asal perut dapat diisikan,
daun pisang dari kebun tokwan
lempeng pisang dari dapoq cikson.
Actually teringin nak makan KFC
Bila tak ada servis delivery kesini, lempeng pun boleh jadiii.
Asal tak kebuluran malam tadi.. hihi.

Thursday, September 6, 2018

DIY... beg kotak hijau saya


Dalam satu posting lama dulu,ada cikson upkan gambar sebuah beg kepunyaan sendiri. Bukan beg Birkin atau Hermes tau... mcm bigmomma punya. Hehe...jauh panggang dari api la .Or jauh mimpi dari realiti nak dapat walau se biji.Inikan pula berlori lori..)

Beg hijau ini cikson beli di PB. Padang Besaqlah mana lagi.
Ha nindia
the said bag...PB banyak dijual.

tadaaaa....isinya

bukan brush make up tapi  alat bertukang
Kenal mana plier,mana spanna
walau karat masih berguna

tape ada berbagai bagai
Tape utk paip bila bocor yg warna merah

ukur mengukur kita guna tape ini

Nak mengetuk,guna hammer
Nak memotong wayar guna yg tengah
Nak buka paip , yg kiri kita guna.

Nak melekat guna stapler yg besaq
 See girls,
Tak rugi tau bila skop pengetahuan kita di luaskan
Biar kemahiran kita merangkumi banyak lapangan
Selain make up,berfesyen, memasak,tukang menukang juga perlu kita pelajari
Supaya bila ada kecemasan kecil kecil ,taklah kita tercari cari

Lepas guna,simpan balik dalam kotak kotak


Actually banyak lagi alat yg dibeli...
Tak rugi bila ke DIY mata asyik tercari cari
Bila kecemasan, tak lah tak tentu hala jadi.