Sunday, July 30, 2017
The One minute Mother...ibu seminit
Post semalam cikson upkan tentang buku yang cikson beli di Sentral KL. Sekerat baca dalam tren yang diselang seli dengan kriuk kriak bunyi bunyi tren sendiri. Gelak ketawa,sembang rambang penumpang diseat hadapan membantutkan pemahaman. Buku ditutup dan mata beralih melayan pemandangan. Mujur kali ni dapat window seat. Selalu juga dapat seat yang tanpa tingkap...
One Minute Mothet? Apa dia?
Bayangkan ini..
Anak buat salah. Tak kiralah salah apa.Tapi selalunya berkelahi,tak buat homework, kotorkan rumah .Semua tu biasa. Yang luar biasa adalah bagaimana ibu2 membetulkan kesalahan mereka.
Biasa tengok ibu yang terjerit jerit maki hamun anak anak . Habis semua dicarut. Didoakan yg tak baik baik.Keluar habis segala keturunan tok nenek. Suara mengalahkan petir dan bebelan berlangsung secara langsung 25 jam...
Biasa tengok juga ibu yang buat tak nampak salah anak. Kenapa? Sebabnya takut anak anak tak sayang. Anak2 kecik hati. Anak2 tak mau jadi BFF...Jadi salah anak ditolak bawah karpet yg dibeli dari Karpet Prima...haha.
Dan dari buku the One minute Mother,dapat ilmu marah atau reprimand anak anak begini..Cubalah
Contoh 1.
Anak anak bergaduh.
Bawa anak ke satu sudut rumah yang tiada siapa2. Hanya kita saja. Berdua.
Boleh sebut begini.
Adik bergaduh dengan abang tadi. Itu salah. Sangat salah ( nyatakan salahnya)
Mama marah ni. Sangat sangat marah ( nyatakan perasaan kita)
Undur selangkah kebelakang. Diam sesaat. Biar dia serap apa yang kita kata.
Letak tangan dibahu dia. Rangkul dia
Mama tahu adik baik. Adik boleh jadi baik dengan tak gaduh dengan abang. Promise.
Mama sayang adik. Abang pun sayang adik .
Thats all. FINISHED. No bebel bebel.
Bila bercakap tengok dia on eye level. ..
Contoh 2
Anak bawa balik repot kad ada 2A,3B ,1 D
Di satu sudut.
Mata eye level.
Adik dapat 2A,3B. Syabas. ( Nyatakan kelebihan dia)
Mama sunggoh seronok adik dapat result ni. Seronok sangat .( nyatakan perasaan kita)
Pause 1 saat.
Letak tangan dibahu dia. Or Pegang tangan dia.
Mama tahu adik berusaha utk dapat keputusan yang baik. Tapi mama tahu adik boleh buat lebih baik lagi.
See... masa ni highlight kejayaan dia. Boleh bandingkan keputusan dia dengan keputusan dia yg lalu. Kalau ada improvement sikit pun nyatakan. Bangga dengan improvement dia.
Thats all. FINISHED. No bebel bebel ya.
Bab dia dapat D... cuba cari sebab dan apa yang boleh dilakukan utk dia lebih berjaya. Bincang masa lain.
Semua ni ambil masa 1 MINIT. Jangan lebih lebih.
Thats all folks perkongsian ilmu hari ni...Semoga bermanafaat pada kita.Walau ilmu datang dari mana .
Have a happy weekend folks. Love dari utara.
Saturday, July 29, 2017
The books...The one minute mother.
Begitu juga bila paling akhir aku disana. Menanti diruang menunggu,mencari makan pagi telah puas dan jemu,situ aku masuki.
Antara ruang dan rak rak jualan,aku menuju bahagiab buku buku. Kali ini aku cari buku2 yang boleh memberi ilham dan motivasi. Mungkin bukan utkku kerana aku telah melepasi zaman itu. Tetapi mungkin boleh berguna utk aku coretkan dalam blog aku nanti.
Masih terngiang kata kata ... aku tak bacalah. Sebab dia tulis bukan dalam bahasa kita. Tak mau fikir fikir dan nak faham apa yg aku baca.
Datangnya dari orang yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi juga...
Issshhh ..rugilah ilmu yang ada. Kalau boleh share apa salahnya..
Jadi aku berfikir sebagai seorang guru... . Why not aku translate apa yang aku fikir berfaedah. Dan aku ada juga buat sikit sikit yang sudah sudah.Cuma terberhenti bila mood dan ilham tak dapat ku cari.
Mungkin apa yang aku perkatakan dan ungkap tak ada maknanya buat anda.. haha.
Antara buku2 yang aku beli...satu darinya aku baca page to page.. and I found it to be quite interesting. Rasanya boleh apply dalam parenting dan juga dalam bilik darjah kalau tak bersalah..even to our hubbies if you may.
Hmmm... mana bukunya..
Taraaaa.... ini dia. Buku ini yg aku maksudkan.
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Semoga adegan mak mak bapa bapa bertempik hingga dengar satu taman perumahan dapat dihindarkan. Tak salahkan kita cari dan gali ilmu utk tujuan kebaikan bersama.
Nanti nanti aku alihbahasakan...
Monday, February 27, 2017
Biar sampai Beijing
Dalam ratusan buku didalam longgokan,aku mencapai 2 antaranya.
Masukkan dalam troli hanya dengan membelek tajuk saja.
Dan semua buku2 itu adalah dalam bahasa Inggeris. Tiada BM atau arabic.
Dengan RM 10.00 aku dapat dua buah buku yang kalau dibeli dikedai Konokuya atau Popular mau berganda ganda harganya.
Buku2 itu aku letakkan dipenjuru rumah tanpa dapat membacanya kerana sibuk dengan urusan harian. Urusan siibu yang mahu menjamu anaknya bila mereka kembali ke rumah buat seketika. Jadi dapurlah tempat berperap.
Hari Sabtu anak balik ke tempat kerja dan siibu punya masa utk membelek buka yang dibeli.
Antara topik topik dalam salah sebuah buku itu adalah tip tip utk pengurusan perkahwinan. Perlukah lagi buku2 begitu buat orang tua macam aku yang dah hampir 4 dekad berumah tangga. Tentu pandai segala selok beloknya. Mai saja apa masaalahnya tentu aku dapat menepisnya....
Bukan aku. Selagi berdaya,membaca adalah kegemaran utama. Terutama buku buku motivasi diri dan juga panduan utk berkongsi. Tak perlu mendabik dada kita dah tahu semuanya..Macam murai yang pandai berkata kata.
antara buku yang dibeli...tapi yang ini pilihan anak dearie.. Adalah tu projek yg diingini. |
Kenapa aku jarang memuat dan membincang hal hal politik dan agama..Aku juga suka mengikuti ruang ruang ,blog blog dan forum yang membincangkan berkenaan topik topik ini. Tapi untuk menghurai dan menulisnya biarlah pada mereka yang lebih arif tentangnya.
Masih ku ingat semasa mengajar dulu,aku suka mengajak anak anak murid membaca akhbar. Zaman dulu mana ada segala gadget moden ini. Aku membeli surat khabar utk rujukan mereka . Dan pernah suruh semua murid membeli satu naskah akbar yang sama dan pada hari yang sama. Puas aku ajar mereka guna pendekatan .. Newspaper in Education. Setiap gambar, advertisemnet, berita dimanafaatkan. Comprehension, games,gambar dapat aku ajar guna paper itu .Dan akhirnya aku amat gembira dapat feedback dari seorang ibu muridku.
Anak saya tak pernah sentuh paper. Tapi semenjak cikgu ajar dia, jenuh berebut paper dengan bapanya.
Dalam menuntut ilmu... biar sampai Beijing. Tak rugi I tell u. Bye.
Yang ini dibeli ibu... mungkin berguna buat panduan menjaga cucu. |
Ada yang dibeli di KL central hari pi Lexis hari tu
definisi kaya.... gembira dengan apa yang kita ada ,adalah kaya sebenarnya. |
antara buku yang di beli...baca belum lagi Tapi nampak gayanya kaya isi Ingat kahwin bertahun tahun dah pandai ke serba serbi Tambah2lah yang usia perkahwinan baru dua tiga ratus hari. |
Wednesday, December 1, 2010
book review……Foods Harm and Foods Heal
That the book was bought from RD.Pandai scheme dia orang.Betul betullah macam dah nak menang itu ribu ribu ringgit.Siap isi segala tok nenek borang .Mana ada competitor yang bagi kunci kereta untuk meyakinkan kita.Hah what a strategy.
Tapi tak la all gone to waste.Buku buku tu spt harta karun .Banyak yang terkandung dalamnya.
Dan , buku tu kadang kadang makcik selak lah juga helaian helaian dia.Antara isinya adalah:
from apples to zucchini….ada makanan yang melawan cancer,meringankan kesakitan,menajamkan fikiran,,,
tapi juga ada yang membawa bahaya…
Well I’m not verse in medic so what I read are just a drop in the ocean.
So in the chapter on cabbage ,this is what I found:
- Kaya vit C
- Rendah calory,tinggi fiber
- Mungkin dapat mencegah kanser kolon dan bahaya disebabkan estrogen.
*bila terkena cirit birit elakkan makan makanan berasaskan susu.
*pewarna kuning Colorant#5 atau tartrazine boleh jadi bahaya kepada pesakit alah pada aspirin,alergik, atau lelah.Simpton mungkin hidung berair,gatal gatal kulit spt kelopak garam dan lelah.
*pesakit gout elak makan asparagus….tak pernah beli pun.
*chocolate boleh memulakan migrain.
Well,kalau mahu tahu lebih mendalam tentang pemakanan,this book by RD is worth reading.Tak salahkan kalau kita semua peka pada Foods Heal and Foods Harm.Especially ibu ibu.
Saya juga membeli buku tentang allergy kerana kadangkala alah pada makanan tertentu.Tapi ya dimana buku itu.Another book that has disappeared into nowhere was the Petua Dapur.Belum khatam lagi baca buku itu.
Hai cikli bila lagi nak berkunjung kat Chowrasta Second Bookstore ya?
Saturday, October 2, 2010
Book review –Sewing in No Time
Among the many books procured from that sales strategy of Reader Digest was the book with the name ..Sewing In No Time.
The hard cover book offers 50 step by step weekend projects made easy.Projects ranging from simple curtains to recipe book cover ,padded headboard for the bed and picnic blanket for outside spaces.
Besides useful for those with dainty and nimble fingers,I think this book provides endless ideas for teachers to use during art and crafts lessons.
And among the projects,these are a few that caught my eyes.
carpet for the bedroom
clothes peg book cover
garden chair seat cover table runner
So rasa rasalah yang manakah project DIY makcik yang akan menjadi kenyataan.
TUNGGU !
Thursday, August 5, 2010
50 simple ways to make life safer from crime _-book review.
Such a long winded title.But the book warned that every household needs one.
And I would like it written in bahasa for the benefit of all .
Dari salah satu tajuk yang dimuatkan,makcik tertarik kepada tajuk ini:
Keselamatan adalah Kunci.Safety is the Key.
Sekarang sudah 10.00 malam.Adakah anda tahu dimana kunci rumah anda?
Semua orang mesti mempunyai pengalaman ini:
Rantai atau laci yang penuh dengan kunci yang beraneka tapi anda tidak tahu untuk apa? Ia penuh misteri .Dari manakah mereka ,siapakah mereka.
Perkara mudah yang perlu anda lakukan:
- Buat inventori kunci anda.
- Adakah semua mangga ada kuncinya.Lihat sekeliling anda.Tu,tingkap bergril yang bermangga besar.Mana kuncinya ? Jangan ambil mudah.Kerana ia jadi payah masa emergency.Macam mana anda nak lari ,selamatkan diri.Geriji besi tak ada kunci!
- Bila anda masuk rumah baru,kunci pintu belakang,pintu depan harus ditukar.Takutlah kot kot kelawar mai cari makan.
- Sekarang juga,ambil balik segala kunci yang di sembunyi.Bawah kasut,bawah pasu bunga ,bawah batu. Macamlah orang lain tak boleh tahu.
- Penggera pagar dan garaj juga kunci.Jangan ditinggal dalam kereta.Lebih buruk lagi diberi nama,berserta alamat rumah tuan ampunya.
- Jangan letakkan nama anda,dirantai kunci anda.Begitu juga nombor rumah.Masa berkunjung ke bengkel kereta ,usah serahkan semuanya. Mekanik nak buat apa dengan kunci pejabat,kunci peti besi .Yang dia perlu hanya untuk start enjin.Begitu juga untuk valet parking.
- Passwords komputer,electronic security codes,kombinasi peti besi,nombor PIN adalah kunci.Lebih baik anda HAFAL dari ditulis dalam nota.Kerana silap kepercayaan anda juga yang NAYA!
Makcik tidaklah terjemah satu persatu.Diselit juga apa yang makcik tahu.Yang setengahnya makcik merapu.
Merapu? Eh tidak.Kalau tak percaya bila kena baru tahu!
As a matter of fact,I too was a partner in crime.Too lackadaisical in much of the terms.Needs to change! ASAP
Tuesday, July 27, 2010
Book review- Petua Dapur
Buku nipis berharga 6.90 nampak unassuming saja.Tetapi dlmnya terkandung 1001 tip berguna. Bukan dalam bilik lain tetapi kat DAPUR saja.
Tak pula di sebut siapa penulis.Tapi penyelaras sedap namanya :Dania Qaireena. Ada irama.
Apa yang anda nak tahu tentang dapur anda…. tapi jangan tanya hood,countertop,cooker,tak dicerita tentangnya. Ini bukan buku Decoration tapi buku ttg petua.
Petua petua itu antaranya adalah :
- elak busuk kulit udang
- elak gula dihurung semut
- cili jeruk tahan lama
- hilangkan bau dalam ketuhar.
In actuality the content of the book is divided into :
Bahan dan Persediaan
Masakan
Peralatan
Ah kalau nak tau lebih,belilah saja.Tak mahal,harga Latte tu lagi potong kapala! Lagi pun makcik mana dapat royalti.
Thursday, July 22, 2010
book review - What can I say
Pernah tidak,anda rasa macam nak tempeleng muka anda sendiri kerana berkata kata yang tak patut . Lain yang dimaksud lain pula yang ditutur atau yang ditutur lain pula orang faham.
Saya selalu sangat terperangkap dalam situasi ini.Jadi kebetulan,terjumpa buku yang bertajuk begini,makcik tak fikir dua kali,terus beli.
Written by Sheila Dainow ,What Can I Say is about finding the right words in difficult situations.
Kita ingin menolong mereka yang kita sayangi,terutama bila mereka ditimpa musibah.Tetapi,kadangkala kita buntu apa perlu dibantu atau apa yang perlu dikata.Takut pula,silap cakap lagi berat masaalah jadinya.
Apa patut kita cakap pada orang yang kehilangan tersayang atau baru kerja melayang? Apa patut anda buat kalau seorang itu depressed atau terminally ill?
Kalau kita lihat seorang tu di hinggap penyakit,perlukah kita terus tanya depan publik? Ah,lain orang lain persepsinya.Bagi kita,saja nak tanya,tetapi tuan punya diri,mungkin tak suka setengah mati!
Jadi kenalah tahu bila nak sympathy,empathy atau salah gaya boleh jadi apathy.
and one content stood out for me:
I Never Thought it Could be So hard to be a Parent.
Tapi kenapa buku ini penuh dengan cakaran?
Dell did you scratch my book?
No,mamason,It was mamajade who read to find out how I should be bred?
Friday, July 9, 2010
Book review-Baking
This Encyclopedia of Baking was bought at a sales in Popular bookstore.
Konon konon nak rekindle balik culinary skills yg dah bertapa sekian lama.
tapi apa nak kata.
Tulang kalau keras,payah nak di bentuk takut patah riuk.
Begitu juga skills membuat kek,yg telah terbantut.
Last last buku ni dok bertapa dalam almari ,masih intact lagi.
Raya ni kot,depa balik cari resepi.
Talking about my do in cooking,ada cerita sedih,ada cerita geram,tak tinggal juga cerita seram.
Sedih tentulah masa masak asam pedas,bapa marah,sebab termasam.Pak long jadi marah,asam pedas kena curah.
Cerita geram,sebab kena gelak buat kek jadi tembam.Orang makan hampir patah gigi. Ada yang tertanggal gusi.
Cerita seram? Apa he.Ulat keluar berduyun duyun dari tulang ikan kering yang nak dibuat gulai. langsung gulai sebelanga terus dibuang . Pasai apa masa rendam tak nampak pula.So tolong hati hati bila memasak,jangan nak masak tulang ikan kering,jadi gulai ulat kering.
Tapi tak boleh challenge,lauk kenduri jadi basi,walau masih awal lagi.Tentu tuan rumah,jadi tak keruan bila tetamu,hidu lauk terus pengsan.
eh,mana review tentang buku kalau macik melalut ke situ.
Ek ,review ? Nah tengok sajalah gambar di ambil.
Ala mamason, kalau la dicuba buat sehari satu,tentu dah jadi expert buat kek dan biskut gitu.Ni asyik dok blogging dari tadi sampai sekarang,mana oven tak bersarang!
Tuesday, June 22, 2010
Book review- A Malaysian Journey
By Rehman Rashid.
This is among the books that Olin brought home after completing her degree .
As someone who had passed the years of romantic novels,true stories are more appealing.
A Malaysian Journey depicts the story of a Malaysian child born in the twilight of British Malaya,growing up in an independent Malaysia,Attaining maturity as the nation approaches the turn of the millennium.
And this is the story of Malaysia’s own growth,as seen through his eyes.
My comment: worthwhile reading.Enjoyed it
parts of the books owned by the girls.Rumah makcik boleh jadi kedai buku secondhand macam kat Chowrasta dah.
mari mari tiga sepuloh.
Friday, June 18, 2010
Book review- Jangan Bersedih_
Siri Penyejuk Hati
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan
This book was bought when we were in the midst of the aftermath of that should be forgotten episode.
written by : dr. aidh bin abdullah al qarni.
Elok dibaca oleh sesiapa yang baru putus cinta ke,tunang kena rampas ke or laki kena kebas.
Juga orang yang belum tertunai hajat dan impiannya.
Book review – Fish Omnibus
Work made fun gets Done.
By Stephen C Lundin
A remarkable way to boost morale and improve results.
Suitable for: sapa saja yang nak rasa jadi leader and how to mould your people.
Ketua ketua dan bos bos yang dok ranggi dan sentiasa hidung dok tengok atas tu eloklah baca buku ni.
Thanks God its Friday,is still a way of life for many people.Why not change it to:
OMG .Its Friday.I hate Saturdays and Sundays.
Boleh ke ?
Jangan jadi seorang kawan yang tengok bumbung sekolah pun nak rasa pengsan akibat kerenah seorang ketuat. Yes,ketuat bukan ketua.The GB had menacing personality that you would want to run away from her. Dengar tapak kasut tumit tinggi dia pun dah tahu mood dia macam mana.
Tu belum cukup lagi cara dia tutup pintu pejabat dan sign surat kebenaran.Sign surat kebenaran pun ada syle,I say.
Ho ho what a pengalaman!
Cayalah.
By the way,the book was acquired at the Second Book Store kat Chowrasta.
For anak anak yg terasa macam yo yo nak pegang jawatan lebih tinggi tu,bolehlah pinjam buku ni.
Maybe it could help to cure the dizziness.
Bye.