Showing posts with label weddings. Show all posts
Showing posts with label weddings. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

Olin's wedding in pictures...finale 2


A few weeks ago , olin sent me a few pictures of the wedding last year. This time its from the lens of the professional photographer hired .
So that I could go back to the day I organised the wedding and made it happen with God's grace, I write this post.


my family... full  . Semua ada . Walau baru terbang balik dari India.

Cikli's family. Ramai yg tak cukup ni.

Cousins olin

Mak mak orang semuanya kecuali satu...

eeeh waaah...apa yg dibisik tu

olin's cousins and sister

my bro..and family

Adik2 cikson

My sister n hubby

Cikson's clan...

Ni tauke ayam panggang. Syeedaap masakannya. Ina's bff

Bersama tok n arwah wan

Cikli's clan. 


Semoga menjadi kenangan manis sentiasa.

*Hari tu angin kuat sangat. Tibar layar yang dipasang meliuk lentuk dibadai angin ...eh boleh ku kategorikan sebagai ribut.
Literally or not.
But we sailed through.
Bila pelamin dibuat di perkarangan rumah, itulah habuannya.
Next time around.... dewan please!

Will treasure the memories for years to come. The END.

Sunday, November 3, 2019

Bertandang ke Pahang...satu perjalanan


Syukur Alhamdulillah. Majlis bertandang anakanda cikson selamat diadakan pada 26.10.2019. Lebih se bulan selepas majlis nikah di Perlis. Bertempat di tengah Bandar Kuantan. Sepelaung saja dari hotel Zenith dan ECM. Di sebuah taman perumahan yg bernama Datok.apa kebende ntah. Hehe.

A day before ,cicklicikson was ferried across the LPT in a x70. Together with the kids and their aunty,the journey was smooth as silk. Becok mulut si Pohim bercerita,menerangkan ttg keretanya. That kid.

We  put at a taman somewhere in Bukit Rangin. It being olin's new abode. So the end to that apartment in Matrik Pahang. No more climbing up a flight of stairs. No more of that green and grey skyline. So too to the sound of Humphrey chatting with the birds who came to visit. Quite a miss ,that is.

Saturday came and we the bride's entourage consisting of my beloved family members of around 30 strong reached the kenduri kesyukuran venue by 1 pm. The food spread were as delicious as ever. In Pahang, makanan dia sedap selalunya. Rendang kobu as the name implied is uncommon in the north. Or never seen. So too is that dessert ...puding raja.

Actually I was a little worried about cikli's state of health as he had already complained of being unstable . We didnt stay long as most of the entourage need to check in their hotels in Trengganu and Cherating. Most came from KL a 3 hour journey.
We bade goodbye to the newly weds and my new bisan and children. Then someone came with an idea of going to Kemaman.For sata and keropok lekor. So onward bound we went.

pantai di Pahang....

Masuk keluar lebuhraya, through meandering roads and passing that giant of the projek china dgn jambatan peliknya,we finally came to pantai Mak senik....errr betul tah namanya. The sata,keropok lekor, sotong celuk and other delicacies sedapnyaaa.

We came back full.

The next day, the bride and groom took us to Pantai Sepat for a quick getaway at the beach much to the delight of pohim and bro. Seronok depa main pasir dan ayaq laut.

lontong,,sandwich bekalan kami. Buat sendiri lagiii...


We eventually left for KL on the next day amidst heavy thunderstorm and traffic. But a detour at Temerloh brought us to Go Bang Maju. The best patin tempoyak I had ever tasted there. Thank you Faten and hubby for bringing us there.
by sungai Pahang



It was quite late when we reached Zeta Homes. Tired but a happy soul.
The antidote to my depressed mind came in the form of my little angelic boys...my cucus. Ada ada saja keletah mereka especially the elder. Perjalanan yg payah terasa senang dengan cerita cerita nya.
Macam2lah pohim ni.

The next day is hibernation day. Too tired to venture out. And on Wednesday we took the ets home at 6 and reached Perlis at 12. Bye Pahang. Bye Batu Caves and Batu Muda. Bye children.

Lest I forget... deeply feel grateful fot the full entourage to Pahang.
My brothers in law. Hj Salleh and Prof. Hamzah and their children .
My sister in law Datin Rosmiyah,hubby Dato Shamsuri and children,menantus and cucu.
My bisan in Kuala Lumpur and children.
Prof Hamzah's sister and brother.
My menantu Safuan. My children aten and Ina.
and to Nadya,special thanks for making up the bride....foc pulak tu.

And last but not least to my new bisan ...Cik Na and children. Thanks to the hospitality. Thanks for welcoming my girl into your family.
And to my new menantu... syukur semuanya sudah disempurnakan. Cantik majlis kedua2 belah pihak.

To the newly wed.... jaga ikatan perkahwinan ni elok2 . Saling sempurna dan menyempurnakan. Semoga berkekalan dan bahagia hingga jannah.


Thats all folks. Bye.


Wednesday, September 11, 2019

Alahai... corat coret olin's wedding

A lot of things happened,before ,during and after the big day.

Here are some of the accounts...

1. Merisik
   The event went well without a flaw.  It was my intent that the event be just for me and hubby. But we have to inform our elders ,then in turn inform others. It was just for the parents of the bride at first....then things turned to be quite a gathering.
   Matters were discussed amicably. From the date of akad to the wedding.
 At last , 31 st August was chosen for the akad and 1 Sept for the wedding. Just a matter of 2 months for the preparation.
  Kesian juga pihak lelaki nak berulang alik utk tunang, akad n kenduri.
  Buat sekali harung sudahlah...I had this always in mind. Permudahkan urusan orang ,Insha Allah ,Allah permudahkan urusan kita.

2. The preparation
  Simple and easy . Mula nak buat kat masjid and dewan. Tak pening kepala. Tapi ntah macamana semua kat rumah.
 Haha... bila kat rumah, rumah kena prepare 100 persen. Maka tungging terbalik lah cikson anak beranak ,juga hired helpers betulkan itu ini. Tukar curtain dsbnya.Cuci sawang dan debu.

Ni gambaran kegigihan cikli walau upayanya dan tenaganya kurang


mengecat pagar batu

mengangkut batu2

supaya halaman tak lecak 
Nak tahu...bukan saja hiasan jadi tumpuan.Keselamatan dan keselesaan juga diambil tindakan
Sebuah back hoe pengorek parit didepan rumah buat hal. Berhari2 tersadai dan meneggelamkan tanah ditepi jalan. Bila lori hantar peralatan khemah datang, tenggelam tayarnya dalam lumpur itu. Sebelum tu sebuah van pos laju. Ramai2 mereka terpaksa menolak lori itu naik kejalan. Besoknya sonny bonny sakit badan .Kesian
Begitu juga air hujan yg turun dan longkang yg ternganga. Berhempas pulas pula cari jalan supaya tidak mendatangkan bahaya...Last2 rentas lebih 100 ringgit buat canvas penahan hujan dan sekeping meja buffet buat penutup longkang..
3 orang ahli rela cikson sediakan utk jaga jalan...See to what extent cikson take to make the event a success. Untuk hal hal begini duit tak kira punya.Duit boleh cari, tapi kalau tetamu patah gigi,terperosok kaki dalam longkang dsbnya...mau kelam kabut dibuatnya.

3. The solemnisation
 Hari sebenar berjalan lancar. Apa terjadi sebelumnya biarlah jadi kenangan dan pengajaran....Haha mcm ada superpower lah kami dua2 orang menguruskan hal ini. Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang2 yg sangat perihatin dan menenangkan.

4.The kenduri
 Meriah. Kawan olin datang dari jauh dan dekat. Dari Labuan pun dua tiga orang, Pahang ,Kedah dan Selangor pun ramai.Seronok jumpa dgn anak2 yg mula2 jadi pioneer KMPh
Cuaca pun menyebelahi kami tanpa hujan yg lebat menggila sebelumnya.Ribut sehari dua sebelum kenduri buat hati gusar. Tapi itulah kuasa Allah.Hari itu cuaca canti sekali.
Perasaan cuak lantaran ancaman keselamatan  mmg ada. Tak sedetik perasaan takut tidak.menyelubungi diri.  Takut diapa apakan majlis yg akan berlangsung.

5. Selepas kenduri
Semua balik lepas sehari kenduri. Nak kata apa kan. Tugas menanti masing masing.
Maka cikson kenalah selesaikan segala periuk belanga...haha.Mau ambil berhari juga membereskannya

6. Tangki terjun tiruk
Mujur lepas kenduri. Tangki air segedabak tu jatuh dari langit. Mujur tiada siapa dibawahnya. Balik dari hantar anak2 di ets, terkejut kami lihat tangki bersantai dilantai...aduhai.

7.
Ingat habislah dugaan. Rupanya ada lagi. Biarlah . Tak perlu hurai.

8.  Kejadian didobi
 Nyaris jadi isu. Nak melawak tentukan audiencenya. Mujur cikli cepat berdamai..hihi.
Tapi satu perkara buat aku pening kepala. Misteri tentang mix up set cadar pengantin.
Minta2 tu diselesaikan dgn baik...

Adoiiii....sakit kepala!

9... dah sibuk settle itu ini, maintenance kereta yg perlu dibuat tertunda. Alih2 pergi workshop , dikhabarkan kereta dah melepasi guarantee....kena tambah lagi utk betulkan sensor irizku..

10. Harap nombor 9 cukuplah.. Tiada lagi isu yg besar besar yg datang.But over lunch, I was told a news that I couldnt help pondering. Kdg2 kita tak boleh estimate kebebalan orang..biarkan labu terjun dgn labu labunya. Serik dah nak ambik tahu.

Thats all folks..Hope for the best.


 

The wedding of olin suhaida 4...the hantaran DIY

Hujan mencurah curah di luar. Semoga jerebu yg melanda terhapus hendaknya. Namun jerebu dihati,nak pulih tak tau berapa lama lagi. You think you did was right..eh?

Sekarang kan musim orang bungkus bungkus saja barang hantaran. Tapi tuan empunya diri kata tak mau atas sebab2 tertentu...
Oh ya macam2 syarat diletak pada ku yg nak membantu. Tak mau ini,tak mau itu. Nak lagu ni tak mau lagu tu.
Dah rasa nak tarik diri tapi mengenangkan anak sendiri....tabahkanlah hati.
Kalau customerlah ....aku ckap saja suruhlah mak kamu buat sendiri!

So dibawah kekakangan dan arahan diberi aku cuba 200 persen buat sepuas hati.
Kalau aku professional, pejam mata saja aku bereskan.
Ni kita bertahun tak berkarya,alatan2,barang2 entah dok mana
Mau tak pening kepala....haha..sikit saja peningnya sbb saya suka buat benda2 begini .

Ok lets start...how I DIY them...the hantaran

1. Selongkar,keluarkan,cuci segala bahan yg nak guna.
 a. kotak kayu putih sedia ada
 b. tray
 c. lapik dua lapisan
 d. bahan2 yg boleh kitar semula . Riben,rama2 dll.


Lapik ni beli kat Pdg Besar dah lama. Kalau nak sewa 5 ringgit satu.

Di lapik kain satin ini. Guna celotape 

Kotak kayu ni beli kat Jln TAR 5 tahun dulu. 


2. Beli
a. Bunga...choice pengantin tapi ongkosnya saya..Saya nak sponsor gubahan buat dia.
c. Getah /cucuk bunga...ni lain ya dari cucuk bunga hidup
d. Bahan 2 seperti styrofoam, dawai bunga,kertas pembalut.

bunga bunga dari GM Klang

Tema kaler...lavender  purple. Sebahagian nya.





3. Trial and error
Perbincangan antara the girls melalui whatsapp .
Menggayakan bunga kena banyak trial and error walau sudah dimaklumkan apa yg perlu dilakukan. Bunga perlu dibentuk supaya terletak duduknya. Uniform panjang pendeknya.Lebih kurang kdg2 halalkan saja




4. The hantaran
Nak letak barang barang pun kena halusi juga. Bukan just letak. Kena perinci juga saiz,berat,bentukya.

dalam proses...menggayakan.... lihatlah riben2 tu pun tak semegah mana letaknya...

barang2 ni mulanya digayakan begini..

Dan begini.... tapi last last tak jadi sbb plastik pembalut tu pecahlah pula...
5.  The real day...tak ada gambar yang cikson tangkap actually. Sibuk tahap gaban .
     Tapi adalah terselit sikit2 dari hp anak2. Kita tunggu real professional photographer punya pic.
     Mungkin meletop2 gambarnya.
     So sementara waktu inilah saja.


Tuesday, September 10, 2019

The wedding of Olin Suhaida 2


Supaya ingatan tak jadi kusam, catatan ini aku catatkan.
Perjalanan menrealisasikan sebuah majlis kecil atau besar tentu ada liku likunya.
Tentu ada keringat yang tumpah, otak yg ligat mencongak dan doa serta mohon limpahan kurnia dari Allah.
Syukur. Amat2 bersyukur kerana dimasa tangan yang sudah terketar2, otak yang sudah lupa2 dan kaki yang longlai melangkah, aku masih gagah.
Ke hulu ke hilir menyempurnakan, melangsaikan ,menetapkan .
Dari katering, kanopi, hantaran,panggilan....aku uruskan
Nak serah pada anak2 mereka dikejauhan,pada cikli dia juga ada masaalah kesihatan, adik2 mereka sibuk dengan urusan.
Aku pula jenis yang tak akan melolong minta tolong. Phone sana sini minta datang. Kalau ada yg menolong adalah. Kalau tak ada aku cari jalan penyelesaian. Syukur aku jumpa mereka yg boleh selesaikan. Namun upah jadi perantaraan.

Maka apa aku lakukan. Aku rangka, aku catat,aku contact.

Ini buktinya....

Lyn and Majdi wedding notes..
Kat bawah tu, catatan Aten's and Safuan's wedding.

Buku ini jadi buktinya yang seorang perempuan baya,boleh saja menjadikan majlis besar a reality. Bukan fantasy. Tanpa banyak pertolongan. Majlis Olin Suhaida berjalan lancar walau macam2 pahit getir yg aku lalui.
Setelah majlis selesai, aku rasa puas...

Oh ya...pengalaman mengatur majlis semasa aku jadi GB banyak membantu.
Juga semua ini takkan berlaku kalau bukan kurniaan Allah. Kalau DIA mengizinkan, datanglah seribu halangan pun, tak jadi apa2.
Bagi mereka yang menginginkan sebaliknya....ingat Allah sebaik2 planner.

the expenses

the guests

the cards

the vendor

in the process of choosing vendors..


Mungkin orang lain ,lain caranya
Duit melimpah, sponsor pemurah,petik jari semua jadi.
Namun saya bangga dalam tempoh 2 bulan, satu majlis comel hasil kerja dua suami isteri serta anak2 dikasihi dapat dilangsungkan.
Worth mentioning lest I forget...my sister and her hubby from SP as well as my sis from KL.

Thats all folks...Bye.

Friday, September 6, 2019

The wedding of olin suhaida 1.

Entah berapa kali ditulis, dipadam ,




Sukacita dikhabarkan,  anakanda kami Rozlin @ Olin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya....nun jauh dari Pahang.
Syukur Alhamdulillah , segala cabaran dan halangan dapat diatasi dengan sabar dan focus.

Beribu tkasih diucapkan kpd mereka yg bersusah payah menjayakan majlis kami.Kpd mereka kami terhutang budi.
Kepada anak2 tokton ,kakak mu sangat berterimakasih. Tanpa kamu kakak mungkin meyembah bumi. Itu pasti.
Kepada katerer dan vendor yang menyediakan perkhidmatan ,cikson sangat2 terhutang budi. Kak Ah Katering, Yati n Cikgu Din kanopi, Hatijah katering, DJ Megat, Rela, Nume Cleaners,door gift vendors  dan mereka yg menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung.

Terimakasih juga kpd tetamu yang datang dari jauh yang dekat.Maaf kalau ada terkurang layanan yg dapat
Ada dari Labuan,Sabah, Pahang, Banting, Shah Alam. Terkejut kami tuan/puan sudi datang. Malah dari Manchester pun ada seorang. Teruja melihat perkahwinan .

Juga kpd ipar2 dan biras cikson yang sudi jadi jurucakap masa majlis akad, Yang sakit masih gagah datang menjenguk. Yang bertanya khabar.Yang membantu.
Semua ini akan terpahat dalam ingatan.Akan dikenang sepanjang zaman
Segala yang berlaku, Kehendak yang satu.

Dan kepada Allah swt,kami panjatkan syukur atas rahmatmu.
Akhir kata, maaf beribu2 dipohon andai tersalah silap budi bicara. Kepada sesiapa saja. Sengaja atau tidak sengaja.
Kepada keluarga pengantin lelaki, selamat menjadi ahli baru keluarga kami.


Sunday, July 14, 2019

DIY ...Mencari ilham


Selepas habis berhempas pulas fikir dan bertindak hal hal yang kritikal,skrg masanya mencari ilham.
Dah settle berurusan dengan tailor,caterer,baru fikiran terbuka utk fikir secara mendalam tentang halhal yg kreatif.

Tuan punya diri pilih konsep English Garden warna tema purple.
Mak yang tak berapa nak arif pun terus cari apa tu English Garden Wedding theme, English Garden bedroom dan seangkatan dgnnya.
Puas juga tgk google, pinterest, dsbnya.
Waaaah..cantiknya. Lawanya.
Kalau banyak duit , semua nak buat.
Rumah RBL nak ditukarkan ala ala garden mat saleh.
Teringat Edinburgh. Masa melawat rumah lecturer terpegun tgk tatahias rumah dia. Begitu juga garden kat tempat tinggal.
Ros yg besar, segar bugar menambat hati. Sanggup beli bunga ros kat kedai dan hias bilik dorm.

Ni antara yg cikson jumpa gambarnya.

googled....contoh gubahan bunga 

ni utk org have have....kita berangan dan cari ilham ajalahhhh. Lainlah kalau duit terjun dari langitt


 Semalam the cikson girls spent their time at a pasar borong..GM Klang katanya.
These are some pics shared between us.

dark blue bunga tak tau nama

the catch

purplish hue...


Thats all folks...
 Hope menjadilah jari jari ku melentikkan tangkai tangkai bunga itu.

Bye, enjoy your weekend with your family.

Wednesday, July 10, 2019

Menuju Hari ...3 ( The file n the notes)


Masa cikten kahwin dulu cikson dah mula sistem file box ni. Semua nota, brochure letak dalam tu. Tak lah tercari cari . Satu buku cikson buat utk catat flow dan result. Ingat bila ada majlis sekali lagi, semua info di hujung jari.
Aduh....entah kemana buku nota itu menghilang diri. Jenuh tercari cari dimana dia sembunyi.Regret it so much.
Hmmm...now got to start all over again. Dari cebisan catatan yg dibuat, kumpul balik maklumat2. Update info. Sometimes serving the net doesnt meet our requirement. Kena juga social contacts.
Macam katerer ,dah bertahun tak update fb. Maka kita tak tahu samada dia masih aktif atau tidak. Juga hasil kerja tidak diperagakan. Macam mana nak tahu apa yg dijual atau buat.

Maaa..ig kan ada. Ikutlah depa.
Isssh... Adakala aku kurang faham semua social platforms tu. Orang zaman dinasorlah katakan.
Haha...

Ehh...ada cikson tulis ttg buku tu dalam blog ni.
Its here guys.
SINI

Catatan dibuat bukan lah nak tunjuk pandai, nak pamer ,nak riak. Its for my own reference. Boleh saja privatekan tapi I thought if my story could help others why be closed.

On other notes, jgn jemu yg menjenguk blogposts cikson la ni dan masa terdekat. It will be my walkway to the majlis. If you have suggestions ,please do so in my comment box. I appreciate them so much.
Maybe some will say.... hire saja planner bertauliah .Bayar .Goyang kaki semua siap.
Heee heee....mata keatas.
Kalau aku kaya semua aku main arah, tunjuk saja...haha.

Ehh...melalut pula.
Ni lah kotak file makcikson kamu semua. So very oldie.


Kotak file

Isinya..

Monday, July 8, 2019

Menuju Hari...2 ( the plans n the plannings)


Semoga dipermudahkan, jauh dari cabaran dan dugaan.
Bersimpang siur idea dan plan datang dan pergi.
Bersimpul simpul senarai disenaraikan.
Oh well...it reminds of those days when I was the head of schools. Big events coming. Just 2 or 3 months into office I was shocked to receive news that the royalties are coming to my tiny weeny school for a visit. Or being made tuan rumah of events for the state or region.
Gelabah tak boleh cakap.
Mujurlah semua amanah dan tgjawab dapat diselesaikan tanpa rasa sesal...haha.
Maybe due to kerjasama staf, badan2 terlibat and me taking into consideration even the details...

Begitu juga masakini..
Brainstorming, plan, actions all came to full use.

Nak tau dah berkajang kertas cikson guna utk lakar, plan dan catat utk memudahkan semua. Upkan dlm whatsapp keluarga dan berbincang dgn anak2 yg jauh di mata. Ada suggestion/alteration kita bincang sesama kita...

Haa..ni antara lakaran nya.

hahahaha...nak juga walau kena ketawa.

living area...no fancy frills...

Hantaran....hihi.





Yang jadi tagline...  Sweet and Simple.
                                Belanja berhemat
                                Jimat
                             
Dengan masa yang terhad, derap langkah kena pantas. Lebih lebih lagi all able bodied assistances are far away from home. Semoga ciklicikson di permudahkan urusan . Sihat tubuh badan dan akal fikiran.
Terimakasih pada mereka yg awal2 dah beri sokongan dan bantuan.
Thanks aweful lot.


                             

Friday, July 5, 2019

DIY.... menuju hari


Banyak benda sebenarnya bermain sepak bola dalam kepala.
Sejak tarikh ditetapkan,berdesup ligat idea datang.
Ada diterima bila dikemukan,ada yg kena cincang sebelum ayat habis diperkatakan..sampai ada masa aku meradang.
Dengarlah dulu!
Kataku.

Tapi aku pun macam tu juga. Ada masa aku realise I jump too fast to conclusion.So be calm dear head. Nothing will be accomplished if you dont rationalise.

Masa terhad.
Harap apa yg diplan menjadi,dipermudahkan. Ya Allah ,I need your blessings at this testing time.

Anyway,syukur juga pengalaman aku semasa mentadbir sekolah dulu,sedikit sebanyak ada manafaat.
SOP, Plan,Strategi datang kembali . Tapi cikli memerli....banyakla plan you.
If we fail to plan,we plan to fail
Strategi pun kena ada.
Tak boleh lagu ni, kita buat lagu nu...I rationalised

So now , put on my thinking caps, get some plans on paper and keep going.


Those negative vibes aside, I hope I could do my level best to make this coming event a smooth sailing event. Sweet and simple.
Menuju hari debar pun menanti.

Roughly...
* katerer..
*venue...
*homestay..
* attire..
* cleaners
* helpers.
* guests

Eh,apalagi perlu ku fikirkan....




Monday, July 1, 2019

Bertamu di hujung2 Syawal


Kelmarin 30 hb June ,RBL dikunjungi tamu. Datangnya nun jauh dari sebalik banjaran Titi Wangsa. Jenuh tegha nak sampai. Berbelas jam kalau berkereta dan 2 kali naik kapai terbang kalau fly....Tu pun kena continue di darat sejam baru sampai.

Mendengar kabar ada tetamu akan berkunjung, rasa penat cikson di spital evaporates into thin air. Ligat tangan,kaki dan ninda. Betulkan apa yg patut,cukupkan apa yg kurang dan keluarkan dari simpanan apa yang perlu diguna. Basuh lap semua pinggan mangkuk, rangka apa menu, susun atur perabot diluar dan dalam rumah. Hihi...kuat juga dua orang warga emas melakukan semua itu.
Semangat betul...

Jam 10,tetamu yg ditunggu pun tiba. Selepas berbincang sikit sebanyak,majlis disudahi doa selamat dari warga ultra tua...my fil. yang dikasihi.
Semoga perjalanan kami sekeluarga menuju majlis dipermudahkan Dijauhi dari halangan dan rintangan.
Kepada keluarga dari Kuantan Pahang, ikhwah yang terjalain ini segar merimbun dan berbunga,seterusnya berbuah . Rendang pohonnya memberi naugan hujan dan panas, manis buahnya menyihat badan.

Sekarang derap langkah perlu diperkemas utk langkah seterusnya.

Terimakasih tak terhingga pada tetamu yg sudi berkunjung ,juga adik beradik yg sama2 meraikan.Silap dan salah .harap dimaafi...

Jaga diri anak anak yg dikasihi.
Ujian dan dugaan memang gemar menghampiri di waktu2 begini.
Doa dari ibu ....semoga kekal abadi.


Friday, December 14, 2018

Kenduri kendara anak2 saudara... Feesya and Angah


Pada 1 hb December haritu adalah hari bersejarah dua anak saudara ciklicikson. Satu majlis akad nikah dan kenduri dan satu lagi kenduri menyambut menantu. Kena pula tarikh sama satu hari. Ni kali kedua kenduri bertembung begini. Di SP dan juga disini.
So apa keputusan kami?
Maka berpisah2 lah cikli cikson menuju destinasi sendiri2.
Satu tinggal di Perlis dan satu ke SP
Adilkan begini?

Majlis akad nikah anak saudara cikson diadakan pada hari Khamis.Kendurinya Sabtu. Dengan kesihatan yang tak menentu, cikson ke sana hari Jumaat ditemani ciklin . Dan selepas beramah tamah sebentar disana ,shoot balik ke Perlis utk kenduri Angah anak saudara cikli. Ha... sempat pun hadir didua dua belah pihak.

Kepada dua dua pasang pengantin, makngah/maklong doakan agar perkahwinan kamu,direstui, dirahmati,kekal bahagia hingga jannah.
Marriages are not made in heaven. Its down to earth. Any obstacles, any differences should be met with cool,clear heads.... pesan makngah.

For info, pengantin SP ie my niece sekarang ni sedang berback packing ke Tibet. Perjalanan pengembaraan dia boleh dibaca diblog dia disini.
fb...Kembara Cikgu Feesya

 Seronok baca pengalaman dia. She's the second child of my allahyarhamah eldest sister and Haji Salleh Lazim.

Gambar gambar dari majlis. Cilok sana sini . Jangan marah ya anak anak.

akad nikah Feesya

pengantin SP... cikson ada tapi dibelakang
Mereka yang hadir pada 1hb December di Pengkalan Lebai Man. Gambar2 dari fb. Sorry na pinjam gambaq hampa... haha.

adik bongsu n family with cousins n family





Sementara itu dirumah Pengantin Kangar Perlis...
Pengantin Kangar... merah bergaya warna tema.


Thats all folks... warkah yg terlewat dari sini.