Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Sunday, June 7, 2020

Whats for lunch ,dear?

Checking the fridge, I spied upon a burger.
Warmed up the food and had a bite...
The vege was a bit soggy but the patty was ok.
Had a few bite and soon abandoned it for fear of food poisoning.
Eh...mau jadi macam cikli hari tu ,jenuh!

Makanan berdaging jangan ambik mudah
Kalau tidak kita yang payah.
Cherry berry tak sudah.

Whats for lunch? Cikli queried
Hmmm...daging lembu sudah, ayam pun dah, sotong,ikan dan udang dah habih dah...came my reply.
So out to town,cikli got to buy lunch.
Dua orang saja nak makan ,apa2 pun tak jadi soalan.
Asal sedap, boleh dikunyah dengan baik lalu ditelan...

Anyway,like to share my children's cooking.
Seronok tengok ada yang boleh masak jamu keluarga masing masing.
Ni la antara hidangan mereka...
Semalam dia ber gulai tulang...amboi minyak berlinang.
Cikson kalau masak gulai daging,baik ayam atau lembu,selalu tak jadi...karam minyak,kata orang.
Sampai la ni masih tak dapat ilmu, utk jadi gulai daging, cantik begitu...huhu

gulai tulang cikten.

Ni masakan minggu lalu, mee kuah kegemaran aku...

Add caption

Mee kuah aten...

Langsung kepingin makan mee pula tengah hari ni..


Nampak sawah diseberang jalan yang menghijau, teringat pula masakan kak long.
Pulut serimuka pula jadi idaman... haha

first time try katanya...
Maknya lagilah....tak pernah pun cuba...


Sunday, May 31, 2020

Eid of 2020...enak banget dong..


Dijamu makanan bersantan,berminyak setiap sarapan akan buat kita meloya kalau berlebihan.
Lebih2 lagi bagi orang yang bersandarkan kelangsungan hidup dengan ubat ubatan.
Eg... pengidap hipertensi,diabetes yang merimaskan. Orang2 begini kalau terkena covid, terus jalan.
Gerun juga bila dalam taklimat covid semasa perkara begini sering jadi sebutan..
Rupanya .....kami ni makhluk pilihan.. Kesiankan.
Jadi kena berhati hatilah apa yang ditelan.

Malam ni tak mau dah makan daging, kuah bersantan dan rendang. Getus hati.
Maka peti ais aku selongkari.
Haaa...ada pun yang dicari
Ikan gelama masam yang dibeli cikli.

Juga terselit buah limau kecil sedikit
Maka jadilah dia ayaq asam limau picit.

Aduhai... nikmat kurniaan Tuhan
Yang tak dapat didustakan
Dalam sana sini daging lembu dan ayam
Inilah kombinasi lauk yang paling enak ku rasakan
Bertambah pula nasi berpinggan.

Gelama masam yang gebu
Air asam limau picit yang padu
Enak banget,dong!Seruku.

gelama masam gebu beli kat agro

Asam limau picit picit macam orang dulu dulu

Dua kombinasi yang bersatu. Padu!
Teringat keenakan masakan kampung sajian orang Yan masa berkunjung.
Gulai darat jadi ingatan.
Masakan pengasuh anak masa zaman silam.

Thats all folks. Bye.

Saturday, May 30, 2020

Eid of 2020....Makanlah selagi ada


Memang berbeza ya amat raya tahun 2020 .
Persiapan wise....tiada
Kunjung mengunjung pun tiada.
Makan makan lagilah... apa2 saja yang ada.

Di RBL, cikson hanya masak 2 jenis lauk.
Rendang daging dan gulai ayam.
Ketupat order...40 biji.

So makanlah kami berdua suami isteri 40 biji ketupat sampai jemu.
Kerana rumah tiada tetamu
Kecuali seorang dua yang sudi datang walau bimbang. Takut2 juga sbb hari kedua  PKPB ,polis ada mengetuk rumah penduduk di Perlis kalau ada yang berkujung kunjungan. Mau RM 1000 ringgit melayang layang.

Berbeza sangatkan....
Tahun2 lalu, mee berkilogram jadi sajian. Rendang daging, gulai ayam, serunding ayam jadi sajian cicah ketupat..Sanak saudara cikson jamukan. Mee kuah kakchon/makngah /maklong mmg ada saja setiap tahun. Nasi tomato serta lauk pauk pula di cater. Lauk pauk dimasak lagi kalau ada tetamu yang jauh dtg kemari...Yang datang jauh dan dekat mesti ada rezeki.Tak balik perut berbunyi.

Tahun ni sunyi sepi.....

Namun gembira tengok anak2 rajin berjamu. Cikten rajin memasak buat berjamu si kakak. Juga suami dan anak anak.

Lontong resepi kaklong

Mee kuah resepi tokton

Terselit juga kuih keria kegemaran pohim

Thursday, September 26, 2019

DIY...ikan rebus cara Thai


Dapat resepi ini dari fb
Jadi,satu hari terbuatlah ikan rebus cara ini.

Ini cara caranya :

Ingredients

2 kilo ikan...temenung/selar/ sardin
Siang ,asam garamkan dan toskan.
3 camca besar garam kasar
2 helai daun pandan...simpulkan
2 keping gula melaka/thai
6 keping asam keping
10 biji cili padi...dipotong
*Air asam jawa secukupnya...

Cara caranya:
Susun ikan kedalam periuk.
Tambah air sehingga hapus ikan
Masukkan semua bahan kecuali yg bertanda* ie asam jawa
Setelah mendidih baru letak asam jawa. SIAP.

Boleh dimakan begitu saja dgn sambal belacan
Atau boleh goreng esoknya.

Cikson simpan ikan2 ini bersama kuahnya. Bila nak goreng baru keluarkan dan toskan.
Boleh juga semasa menggoreng,diletak hirisan cili merah dan bawang.
Berkali kali buat begini hingga habis...sedaaaap.
Add caption

Thursday, June 20, 2019

DIY....dari dapuq RBL...sup siam.


Teruja nak makan sup masak sendiri.
Boleh saja pi beli...kat kedai kedai yang berderet dijalan besar dekat rumah kami.
Tapi.... tak mau kali ni. Nak mkn hasil masak dari dapuq RBL juga kali ni.

Resepi dicari
Internet ada. Google sedia memberi bakti.
Ayuh... apa lagi, semua ada dihujung jari.

Maka terhasillah SUP Siam cara cikson yg bolehlah dihirup oleh cikli.Selain dimakan dengan nasi,boleh digu dengan kotiau or bihun .... 

Oh well....malaslah nak perinci resepinya.
Maka gambar2 sajalah yg dapat dinaikkan kali ni...

Hasil dari dapuq RBL

Bahan bahan sup....dimasukkan semasa sup dah boleh diangkat.
Yg lemon tu di perah ambil airnya

Ni bahan tumis nya..
Bawang merah n putih hiris nipis
Serai titik,bunga lawang dan kulit kayu manis,
daun limau

Masuk daging...pemati airnya.
Masukkan air biar daging empuk.
Perah air limau dan masukkan sedikit sos ikan
Rasa masin,manisnya.
SIAP!

bahan tumisnya..

Itulah caranya... simple mimple saja..
Potong,hiris,tumis....

Bye...cubalah . Sedap juga ditekak makcikson. Ada masam,manis dan masin.

Wednesday, March 20, 2019

DIY..kerabu sotong


Semalam , dalam fridge ada se ekor sotong saiz sedang
Kecil tak kecil,besar pun bukan
Jenuh garu kepala apa yg nak dimasakkan.

Ilham datang
Kerabu sotong...why not ?

Inilah cara cikson buat kerabu sotong ala thai...

Bahan2
Sotong se ekor...potong dan kelar
Didih air. Celur sebentar.

Sohun segenggam..celur .

Sayur ... tomato                               
              daun ketumbar
              cili padi
              serai sebatang 2
              bawang besar
              carrot ........................ mayang halus/hiris nipis

Gula ,garam, fish sos, dan jus lemon.

Gaul semua dan sejukkan.
Bolehlahhhhhhhhhhh.........dimakan sendirian.

gambar kerabu sotong cikson tak sempat snap .
Gambar googled.Mohon halal ya tuan gambar.



             

Thursday, February 21, 2019

DIY...Asam pedas lagi...


Tak pernah sedar yg cikli suka asam pedas.
Ingat ka minat dia hanya gulai.
So satu hari cikson pelik tgk dia makan nasi dengan asam pedas bertambah tambah.

Asam pedas ni lari sikit dari asam pedas yg selalu dibuat.
Tak ada daun kesom atau bunga kantan
Bahan pun ikut dan saja kata orang utara.

Supaya tak lupa...
Ha ni caranya.
Ikut makcikson punya cara dan suka
Orang lain tak payah dok komen...
Ehhh ...kami tak masak asam pedas macam tu laaa!

Bahan bahan:

4 ekor ikan kerisi yg tembun ( ikan ketuka pun boleh jaa)

Bahan utk di grind:
10 tangkai cili kering ( gunting, rebus)
1 labu bawang besar ( sederhana besar)
4,5 ulas bawang putih
Se inci halia
Asam jawa tanpa biji...( ukuran sedang sedang. Buang biji dan serabut dia)
Belacan...sikit saja
1 camca sedang Kunyit serbuk
Air..

Tambahan...
Asam keping..2,3 keping ( depends)
Gula,garam,
sedikit perasa ( optional)
timun,tomato,kacang bendi

Caranya
Panas minyak agak agaklah.
Wangikan bahan kisar
Masukkan air ( ikut suka sukatan... nak likat or cair)
Mendidih...masuk ikan.Lepas tu semua bahan lain.
Rasa asam garam dan manisnya.

SIAP!

Add caption

Thursday, February 14, 2019

DIY...masak lemak cili padi ikan kurau masin dan pisang muda.

Plantain from Kangaq
Kurau ikan masin from Gambang
In a periuk they say,ready get set go.

Cili burung or padi as you might say
Bawang besar , bawang putih and a dice of ginger
To the grinding mill they say hey.

In a periuk everything and all the things you see
I mean the ground ingredients , dearie
Then the plantain or pisang which has been skinned,cut to sizes as well as ikan masin or anchovies if you fancy
Then a box of cool santan to make the dish tasty.
A few pieces of asam gelugur too if sour is what you want it to be.

Be very cautious when you put in your salt. 
The dried ikan kurau and the anchovies are already salty.
Kalau tidak mau masin setengah mati.


Wahawahwah....cikson bergurindam pula.
Selamat mencuba.
Bole la.....kata cikli
Tapi dia tambah nasi berkali kali..

Thursday, December 27, 2018

DIY...jom masak masak ayam


Sepanjang akhir tahun ni, bersilih ganti mereka pulang menjengok RBL di sini.
Sehingga kini, dari 4 orang ,3 dah menjengok kami
Hanya seorang bulan Januari sbb cuti tidak berbaki.
Meriah rumah jadi.

Well... selagi tenaga masih berbaki
Bila anak anak balik dari rantau luar negeri
Menjamu mereka dengan masakan kegemaran mereka jadi tugas hakiki.
Maka ibu veteran ini pun sibuklah menanya mereka apa yg mereka gemari.

Yang satu nak gulai ikan mama
Yang kedua sambal tumis apa saja
Yang ketiga, nak makan macam zaman dulu dulu, yg ada kentang keliling pinggan
Yang ke empat...dah handal memasak, jadi ibu bolehlah jamu apa saja.

Haha...4 anak empat ragam
Ibu kena hadam... silap masak ,kesian
So awal awal, tetapkan menu ikut kegemaran supaya senang ibu melayan.
Selagi kuat tubuh badan.

Haha... mailah tgk apa yg dimasak dari dapur RBL.Nothing gempak gempak. Nothing . Cuma bolehlah dimakan anak beranak sampai senak.


nasi ayam kakchon



Dishes for nasi ayam cikson...antaranya

sos tomato
grind tomato 2 biji, cili melaka dua tiga biji, gula garam. Masak until a nice consistency.
Ayam masak kicap..
kuah kicap

Satu lagi ialah...


ayam masak rempah...



Dan yg ini kegemaran mereka...

sambal tumis ayam. Disaji dengan nasi lemak kakchon..

Thursday, October 25, 2018

DIY... Jom melemak the easy way.


Bila selalu gulai gulai gulai
Teringin pula nak melemak bagai
Jadi satu hari, cikson puts on her thinking gear
On what to cook for lunch for her and hubby dear.

She found out that she had these with her

3 pieces of ikan talang fresh not salted
Tomatoes,serai,halia, white bawang and red bawang and cili padi
A packet of santan and kunyit.
Cili paste blended cikson style.

Chop up serai,halia, bawangs,cili padi
Pour some oil and fry the chop ingredients with some turmeric and cili paste.
Put in fish.
Pour santan. Throw in some asam keping.
Put in tomatoes when fish is nearly cooked. Do not over boil.
Serve with nasi panas panas.

Senang kan.
Tapi selera orang utara lebih dgn gulai
Masak lemak2 ni hanyalah selingan .
cili padi kicap, goreng buncis ,masak lemak ikan talang,ikan goreng
served with white rice and ubat...

rutin harian cikli
Makan ubat dgn nasi

masak lemak ikan talang dgn terung

buncis goreng... alahai minyaknya terlebih pula


Thats all folks..
Hari ni nak  masak apa ya.
Yg tinggal dalam fridge... ayam seketul, taukua @ tauhu.

Wednesday, October 24, 2018

... cukup2 saja

mulai dengan begini

Penamatnya begini..


1 untuk siang hari
1 untuk malam nanti....
 Cuba utk meminimakan pembaziran
cara masak begini di praktikkan
untuk 2 mulut nak makan
2 mug saiz sederhana digunakan.

Mug dibeli dari Giant Supermarket
harganya... tak mahal cuma 6 ringgit.

Kalau ada lebihan, diperhangat .
Rasanya masih lembut macam baru dilengat.

Sajian lauknya serta pauknya untuk orang utara
Sekurang2 4 kata mak mertua.
Main dish .... gulai, asam pedas, sambal tumis atau seangkatannya
Ikan goreng jgn lupa
Sayur satu mata juga sambal belacan serta ulam cukuplah sempurna .
Tapi bila makan disisih utk malam nanti juga
Tidaklah diperhabis sekali harung saja.

Cara berjamu selera rupanya ada perbezaannya antara kita
Ada yg masak satu mata, jamu semua lepas tu malam lain kira
Tapi bagi pendduduk utara,sekali masak,makan dua kali itu cara diajar mak2 kita.

You all bagaimana?
Sekali masak sekali makan
Atau sekali masak sampai ke malam..

Have a nice day..Bye.

sayur bayam kegemaran cikli




sambal tumis udang kegemaran siapa?

Thursday, August 9, 2018

DIY...nasi tanpa kerak.


Apakehenya periuk nasi ni...bila masak nasi keraknya menjadi jadi.
Jenuhlah kalau begini kata cikson dalam hati
Harga 5 kilo beras ni pun dah ketaq jari
Basmati... bas hidup ka ,kalau begini selalu tentu rugi..

Dulu cikson hanya pilih beras biasa..cap rambutan
Peristiwa bola melantun lantun buat cikson ragu ragu. Itu yang tukar brand dan jenis. Ambik kau harga yang dibayar melantun lantun. Macam bola pingpong.

Setiap hari,bila tgk kerak yg terbuang ,cikson rasa rugi sangat. Tapi apa nak buat? Hinggalah terjumpa artikel cara masak nasi tanpa kerak...

Ni lah caranya...

jamuan utk satu tgh hari


nasi dimasak cara begini
Lighting suram buat air nampak kuning..hihi

haha.... jadi begini

elok kejadiannya.. tanpa kerak yg tak diingini

Thursday, April 19, 2018

DIY.... masak apa harini..kotiau sup mudahnye nak buat.

Lama ye makcikson tak upkan ttg masak memasak ya.
Well...to be honest,semenjak dua menjak ni aktiviti pendaporan agak berkurangan. Ada saja hal yang perlu diberesi. Ke kenduri,ke spital dan yang paling benar kemalasan...

These few days selera makan pun ke laut. Merajuk.
So,the other day makcik jenguk dapur and came out with...kotiau kuah cikson style.

Simple mimple aja caranya.

Bahan A
1 bungkus kotiau ( direbus,siram air dan sejat. Set aside)
Se genggam tauge... celur air panas sekejap saja
Daun bawang...potong pendek
Daun saderi ..potong pendek ..racik la tu.
Cili merah... mayang nipis
Tomato..potong nipis

Bahan B
Taukua 2 keping... potong dadu sederhana besar
Fish balls...belah dua

Bahan C
Halia...1 inci...racik nipis
Bawang merah...3 biji...racik
Bawang putih... racik
Perkakas sup

Bahan D
Tomato 1 biji
Halia sekeping 1 inci
Bawang besar..setengah biji
Bawang putih 2 ulas....semua bahan grind halus

Cili kisar 3,4 camca
Sos Tiram..ikut rasa
Garam
Gula

Ayam... atau daging
Udang 5,6 ekor

Caranya...
Tumis bahan C sampai wangi. Masukkan ayam . Balik balikkan ayam. Masukkan Air secukupnya.
Masukkan bahan D. Masukkan udang dan bahan B. Masukkan akar sederi . Rasa asam garamnya.

Nota... sediakan minyak bawang putih dan cili padi kicap

Sedap dimakan dengan minyak bawang putih dan cili padi berkicap ( caranya ada dlm blog). Untuk 2 orang lepas sehari . Makan sampai kembong..hehe.

Ooops..lupa ambik gambaq
Kita ulang tayang yg lama ok la noooo.

ni sajian entah bila tak tau..

Thats all folks... bye. See you soon.

Thursday, March 8, 2018

DIY... masak lemak cili padi daging salai my way...


Phew... lama benar cikson tak masuk dapur.
Bila tinggal berdua dan asyik kena keluar rumah untuk itu dan ini, maka malas pun mengetuk rasa hati. Malas nak masak ,malas nak beli barang basah and seribu satu alasan malas lagi. So ,in the end its tapau, makan kat restoran, panggil delivery is the answer.

Tapi itulah... bila makan kat luar ,bukan ikut kita punya citarasa selalunya.

The other day,ciklin balik dari Pahang. Seperti selalu ada saja buah tangan dari kawan baiknya utk kami. Ikan kering Pahang , baju kelawar pahang, rendang hitam Pahang antara pemberiannya. Dan yg last sebungkus daging salai.
Dan daging salai Pahang itu makcik dah selamat masuk perut pakcikli dan makcikson. Thank you so much lin kawan olin.

Hari ni cikson perturunkan masak lemak cili api my way ...banyak bahan tak ada actually but who cares kan...

Inilah caranya
rebus... bahan bahan tumbuk
segenggam cili padi ,Sebiji bawang besar,kunyit serbuk,dan dua tiga batang serai dititik

basuh dan tos daging salai setengah pek

masukkan dalam bahan tadi,balik balikkan hingga sebati

Add caption

Masukkan santan se kotak kecil

kacau selalu jgn sampai menggelegak
Masukkan tomato dan cili padi 4,5 biji.Asam keping 2 keping

Siap seperiuk.

Daging salai dari Pahang
Nak pi cari lah kot kot ada kat Perlis..

Daging salai masak lemak cili padi
Kalau ada daun kunyit tentu best lagi

Side dish

sambal pelam terlebih masak.

Combo tgh hari itu....
Orang utara renyah sikit ,masakan nak penuh meja.
At least ada 4 masakannya
Main dish
Ikan goreng
Sayur
Sambal dan ulaman... baru makmentua senyum sedia bila anaknya  dijamu menantu bagai raja.... haha
Thats all folks