Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts
Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts

Wednesday, June 10, 2020

Ragam PKP2....semoga melekat di ingatan


Serius, tak pernah terjangkau oleh fikiran
Yang kita rakyat dunia kena melalui satu pengalaman
Tak kira negara maju, sedang menuju kemajuan atau yang masih dok dalam hutan
Akibat satu virus, punyalah kuat dia punya pukulan
Tersungkur negara kalau acah acah buat endah tak endah  saja dan persetankan segala larangan.
Tu...macam beraku sekarang kat Benua uncle Sam.
Tunggang langgang jadinya bila ingat dia saja yang terpandai dalam segala hal ehwal kehidupan.

Dah dekat 2 juta dijangkiti
Berapa puloh ribu yang mati
Tapi mereka macam tak peduli
Atas jalan mereka beribu2 ke sana ke sini
Berdemonstrasi.

Anyway,tak maulah sentuh kes ini secara mendalam,kerana bersangkut paut dengan hak asasi, diskriminasi dan polisi pak polis mereka sendiri.

Back to our home ground. Malaysia lah apa lagi!

Macam2 PKP kita lalui. Ingat ke lagi?
Kita ada PKP, PKPb... eh eh dah lupa pula yang lain.
And latest is PKPP.

Masa PKP di perkenalkan, rasa risau tak terjangkakan
Habislah kebebasan
Terkurunglah kita seharian
Tengok dindinglah kita kawan kawan
Terputus segala hubungan
Anak isteri, ayah ibu juga kawan taulan
Ngerikan?

Hampir 3 bulan kita terputus hubungan dengan ahli keluarga. Raya Puasa pun tak ada maana. Bila tak boleh kemana mana. sesuka hati semua. Ada larangan,ada sekatannya.
Rindu? Allahu tak terlahir dengan kata kata.

Mulai hari ini ,10 Jun 2020 kita berPKPP.
Dah boleh rentas negeri
Dah boleh ke sana ke sini
Tapi masih tak boleh berkenduri

Semalam anak ada memberitahu. Walau boleh rentas negeri, hajat hati kena hold on dahulu kerana masih bertugas. Cuti Raya Haji baru boleh balik kampung.....
Maka dengan tenang, kita pun akan menunggu tarikh itu..
Semoga hingga tarikh keramat itu dan seterusnya...Malaysia selamat sejahtera.
Semoga anak anak boleh balik beraya!

Kenangan awal awal dulu....

penangan pertama...cari masks





Tuesday, July 3, 2018

Grillled... the experience

Seeing so many  'who you knows' being called to the House of Justice made me wonder. Tak kecut perut ke depa kena grill. Ingat ke depa apa depa sebut ,apa depa chong . Hehe sapa pernah lalui pengalaman di interview oleh pasukan yg digeruni ni,tau lah . Yg tak pernah,usahlah nak sembang.

I had .

Tu pun untuk jadi saksi. Kalau kena tuduh tak taulah macam mana wei...
By the way, I was always on the lookout for the outcome of the pertuduhan of one businessman yg con satu Malaysia . Tapi tak pernah pun jumpa. Dah kena sabit tuduhan ke. Dia punya kes melibatkan sekolah2, yayasan, serta badan2 pentadbiran M'sia.

And one lesson I would like to depart... always refer to the proper channel even when accepting any aids to your organisation. Always follow regulations. Once you put your signature on a legal piece of paper,you are in even when you have been out of the organisation.
Nak sign apa2 ,kena fikir risikonya.

Gerun juga fikir masa dulu2. Jadi head of department bukan senang tau. You must answer for the wrong doings of everybody..
Dah 10 tahun makcikson pencen. Janganlah ada lagi yg mai ketuk pintu maghrib2 nak interview.
Serammmm.

Hari ni SPRM masih jadi tumpuan. Anak tiri pula kena panggil.
Berapa jam pula kena grill.
9 hours for grilling... masak wei.

Monday, March 19, 2018

LTDL lalu kat siniiiii.....cerita semalam


Lepas kemas sikit sikit,tugasan harian ini menunggu. Hantar cikli ke klinik 1M utk rawatan.
So into the dusty gray car we board. Me at the steering apa lagi..

Lampu dah hijau,eh kenapa kereta depan tak jalan? Aku bertanya kehairanan.
Oh ada polis trafik dok arah jalan rupanya.
Maka disimpang jalan Dato Ali aku menanti. Hijau kuning merah silih berganti. Tapi kami tak dilepaskan juga lagi. Yang mengarah ke pekan dia tak tahan.
Jam dah panjang. Ada yang keluar kereta sambil hisap rokok sebatang
Ada yang melencong ke jalan belakang.
Tapi kami masih bertahan. Penuh sabar penuh keimanan.

Gundah gulana kami terjawab!
Ada ocaasion rupanya.
Mula mula menderu abang abang kakak kakak polisi atas superbike mereka. Dibelakang dan didepan kereta pengiring dengan lampu menyala.
Ingat dah habislah.... konvoi mereka. Rupanya panjang lagi rupanya.
Lebih setengah jam...rasanya sejam baru aku clear akan keadaan.
Ada LTDL la!

Aku minta cikli rakamkan video. Hendak ku upload rasa malu. Suara ku... hi hi macam guruh dalam video itu. So  Iscreenshot sajalah dari situ...

Setelah procession itu tamat barulah kami dilepaskan.
Dapatlah aku jadi part of mereka.... sehingga aku belok ke kiri. Ke klinik 1M untuk cikli cuci kaki.

Selepas tamat rawatan, perjalanan aku teruskan. Cari makan dan melawat pesakit stroke ditaman perumahan kami.

Thats all folks... Have a happy holiday yang tengah berholiday sempena cuti sekolah la ni. Bye.
he apakeheinya...ada polisi kat seberang jalan ni

LTDL... lalu jalan ni
tak pula makcik tahu harini ada benda ni..

Selamat mengayuh basikal u all
Selamat berhenti di jalan u all pemandu pemandu utk bagi depa lalu.

Wednesday, April 26, 2017

WW... awan yang berarak

di lebuhraya

di simpang jalan

Di sawah bendang

macam boleh dicapai tangan..
 Indah pada yg tahu menilainya
Punya mula dan akhir pada yang tahu sainsnya
Pemberi ilham bagi yang ingin berkarya

Awan yang berarak.....bagai satu drama dalam hidup


Wednesday, March 1, 2017

Dari Mambau ke Hollywood..apa pasal nak ribut?

Entahlah...
Elok or not cikson tulis post ini.
Umur2 macam kita pun dok layan cerita artist....nanti ada ustaz ustazah tarbiah pula sat lagi. Hihi.

Oh no... bukan layan in agongkan,idolakan tapi ambil pot saja.
Tak adalah sampai pin up gambar kat dinding or bermimpi jumpa artist pujaan walau masa anak dara sekali pun. Setakat suka lakonan,lawak atau nyanyian mereka.Tak ada mereka pun hambar jadinya hidup kita kan...Sekali sekala mau ketawa, rasa nyaman dengar lagu yang syahdu atau bersedih,bergembira tonton lakonan mereka.

Selain seniman agong P.Ramlee , nyanyian merdu Jamal ,cikson suka lawak Nabil.
Yes, I like Nabil semenjak dia mula menapak dalam mencari tapak dalam industri lawak jenaka.
Setiap kali dia muncul melawak dipentas Raja Lawak,mesti ada yang buat aku tergelak. Stand up comediesnya mmg dinanti2. Idea dia mencerminkan dia punya ketajaman fikiran walau pelajaran hanya SPM. Dari mula hingga dia berjaya sekarang, aku salute dia walau kadangkala dia tersasul sini sana dalam mengacara atau membuat lawak dia. Semasa dia bermula menapak dia seorang mat despatch berasal dari Mambau.

So... aku tertarik bila terbaca dalam fb tentang dia dan terbalas komen didalamnya.
Ooops...
Nak baca....nah pi sini

Ada yang mempertikaikan achievement Nabil mendapat peluang ke Oscar menemuramah aktor aktress Hollywood utk HBO Asia.
Dan bagi seorang bekas guru yang selalu melihat potensi dari kelemahan, aku melihat keupayaan Nabil adalah satu penambahbaikan dalam bidang seni dia. Dia gigih berusaha memperbaiki Bahasa Inggeris dia. Berani dan yakin diri. Ingat senang ke nak yakinkan diri yang kita boleh lakukan sesuatu yang baru. Cb dik.

Teringat aku anak anak murid yang galus masa aku jadi cikgu dulu. Bukan semua berakhir dengan jadi galus selamanya. Berkat dorongan dan keupayaan mereka merubah hidup mereka. Yang failures adalah yang tampan lawa cerdik tapi berakhir dengan masuk pusat serenti...Itu pun kalau dapat merubah mereka kejalan yang benar dan diredhai adalah satu kejayaan yang dicari.

Well...panjang lebar dah makcikson bermain dilaptop ini.. Masa nak sidai kain dah mari. Mesin basuh dah jerit tadi..
Teeeeeteeeetteeett.

Bye. Hingga jumpa lagi.

Saturday, February 18, 2017

Menunggu BRIM


Semalam dia terima pesanan....
Duit tinggal 90 sen. Ingat dapat BRIM hari ni.

Entah entah bukan dia seorang saja yang begitu
ntah ntah dia antara yang beribu ribu.
Terputus belanja akibat menunggu BRIM.
Semalam kata 16 hb dapat.
Hari ni pm announced 18 akan dapat
Dan pagi ni katanya 22 baru betul betul dapat.

Antara dapat,akan dapat ,betul betul dapat ,maka akan ada yang mengikat perut ketat ketat.

Dalam forum yang cikson layari,BRIM lah antara topik sensasi selain kisah pembunuhan abang tiri.

sketsa lawak yg mungkin itu kebenaran


Terbayang kisah sebulan dua yang tertonton ditv
Tentang Greece .
Harap2 kita tidak jadi macam mereka
Walau jalan ke arah itu sentiasa menganga menunggu kita

Kadang2 ,melihat ,mendengar kesusahan orang sudah buat kita hilang selera makan ala gegar vaganza. Kita sajikan keseronokan kita menikmati makanan yang melimpah ruah sedangkan ada yang tinggal sembilan puloh sen dalam poket .
Apa boleh dibeli dengan duit sebanyak itu?
Semalam kami bermakan malam dengan mee maggi perasa kari
Rasanya harga dia lebih dari jumlah sen yang ada dalam poket penerima BRIM yang belum terima BRIM.
Berbekalkan udang dan sebutir telor ayam serta sayur, mee maggi itu aku masak utk makan malam.
Rasanya yang penuh dgn seasoning buat aku hanya dapat menyuap dua tiga mulut sahaja.
Tgh malam perut meragam.
Eh... ada apa yang boleh di makan?
Hanya sebelah buah jambu batu melenyapkan bunyi perut yang minta diisi.

Itu cerita kami,yang cuci habis petiais kerana pergi berjalan hari tu.....

Monday, February 13, 2017

Sekali sekala .... PD lexis hibiscus


Terasa penat hap hap kata cikson
Tapi puas dapat jumpa anak 2,menantu dan cucu.
Rasa terubat segala rindu.

Rabu lepas,ciklicikson berlepas ke ibukota M'sia naik ETS. Jam 5.15 dengan Platinum . Perjalanan smooth,cepat dan kurang kerenah. Jam 10 dah sampai KL Central dan terus disambut ke pv KL East.

Pagi2 esoknya berlepas ke PD dari pv bersama cikten's family . Mengambil jalan lebuhraya PD, jalan rasa lama kerana kirikanan jalan hanyalah tumbuhan2 menghijau. Mau gerun juga kalau bawa sorang2 malam2 hari.
Di sini kami 3d2n sekali tu la agaknya.

080 villa tumpangan kami...executive pool villas nama diberi
oklah tu ...mmg executive dgn sewanya.
Dapatkan potongan harga di Agoda, murah sikit harganya


Destinasi holiday kali ini adalah Lexis Hibiscus, Port Dickson. Dulu pernah ke Grand Lexis .
Memasuki kawasan resort, rasa macam duduk di PRC . Lantern2 CNY masih bergantungan dan replika ayam masih menghiasi lobby. Tulisan Gong Xi Fa Chai masih menyambut kedatangan tetamu. Tak perlu pergi Shanghai untuk merasa ambience negara China.

rasa tak macam di prc

post win cikli

malam di sinari lampu 


Selepas urusan check in kami berbuggy ke bilik hotel. Angin yang menampar muka rasa menyejukkan.
Dan bila bilik di buka, kami disambut dengan 2 katil king dan 2 daybed/ sofa yang boleh menampung kami berenam tidur utk 2 malam. Check in disini jam 4 .

By 8 ,bersiap dan terus keluar ke pekan. Nak makan malam dimana ya?
At one Mesra outlet ,kami berdinner persis di Kuala Perlis. Ada ikan bakar,sotong gtt, tomyam dll.
Bolehlah.... tapi tak boleh challenge tempat kita, kami berpendapat. Perlis tetap utuh diatas dalam sajian mkanan begitu.

3D 2 N... apa u all buat kat situ.

Di luar bilik ada kolam ..dipping pool. So most of the activities tentulah disitu. Berbumbungkan awan, berlatarbelakangkan laut ,gives us something to do.

Cuba juga ke tempat2 lain of attractions. Rumah Terbalik cuba dijenguk. Tapi bila lihat ongkos yg perlu dikorban buat kami berlalu pergi walau dah sampai dimuka pintu. RM 20 utk seorang dan sikecil pula 15 membantutkan selera.

sejenak di Teluk Kemang

Posing tak jadi kami..

Cari makan di foodcourt hotel..
bolehlah .. RM 10 sepinggan ckt...char kotiaw
Banding 35 sepinggan kalau dibilik..

pantai di Lexis Hibiscus.

senangkan hati..mari ke sini
Tapi kena bawa duit seguni..hihi.

So... off to Pantai Telok Kemang we went for a while. Air kelapa RM 5.00 sebiji menghilang haus dipetang hari. Orang tak ramai kerana bukan holiday.

BY Saturday kami balik pv. Menunggu hari esoknya naik ETS lagi balik negeri.
5,18 ETS pun mari.... hihi ingat dia pecut macam masa datang dulu. Rupanya dia macam bas berhenti henti. Segala stesen ada yg turun dan ada yg naik. Tapah Road, Taiping,Kola Kangsaq pun . Sekali sekala bau tandas mewangi koc yg kami naiki. Pening weeei....

Eh...napa koc ni berhenti banyak sangat.
So ticket cikson telti... oh rupanya dia kelas ekonomi. RM 41 utk orang pencen macam kami.

By 10.30 Arau Train Stesen kami sampai. Mujur ada Pakya siap menunggu. Tidak haru !
And by 10.40,late dinner at the usual haunt... terpandang kelapa2 yang bersusun.
Berapa dik buah nyok ...3.50 came the reply.

Well... itu saja a little bit of our long awaited holiday sponsored by anak2 . Thank you so much aten and safuan. Juga buat abang and kakina. Kesian kaklin tak dapat bersama kerana bertugas. Lain kali kita organise lagi.
And the best of all was meeting my dearest cucu... Mohd Fahim Zaidan.
Fohimmmm.

Writing this post for remembrance sake. Nothing else yo.

Tuesday, January 10, 2017

The gloomy days are over,the sun is here. Faiz won Puskas! ( updated and rectified)


(Posting ni ku buat dan terus publish. Tak kisah salah nahu dan vocab yg berterabur. Harini aku perbetulkan salah salah yg ku buat sendiri. Haha... malu pula cikgu BI pun tak semenggah mana BInya. Nanti ada yg fikir....eh,patutlah hancur BI murid,cikgu BI pun teruk ...)

The sun is bright and shining strongly in the east overwhelming RBL with her lights.It is warm even at 8 am in contrast with a few days of intermittent  rains lately. Fear crept into my mind should Perlis be flooded with the like of what happened in the east coast.

Last night,after isya' I crept into bed and slept. It was an early to bed early to rise plan of mine. But at 1.40 I woke up to the sound of tv being on. Saw cikli in the dim light watching tv.
Oh no... Its Puskas night. And its Faiz in the limelight.!
Joined cikli watching the prize and award giving ceremony being aired on tv Arena,Astro from faraway Zurich.
It was 2 but the award is far from being over. Dropping to sleep on the couch when they announced the voting is over.
Drumroll....
Faiz and his acceptance speech


At last..anxiety over. Muhd. Faiz Subri was the winner of the prestigious Puskas Award for the best goal in 2016. His physic defying shot shot him to stardom and made us Malaysians grinning to the ears.
Literally,cikli and I jumped from our seat and clapped our hands. Proud of him we were.
Resplendent in his suit and bow tie,Faiz made his way to the stage. All eyes on him.We  waited with bated breath when Faiz was seen flicking his gadget. Searching for his winning text no doubt.
At last with tremor in his voice,Faiz read out his prepared text to the world.Stumbling here and there.

Takpalah Faiz... your English might no be polished but you made us proud!
Aku pun kalau disuruh cakap on that stage mau lintang pukang BI ku yg mmg sedia berkarat dah.That experience I had one day during a course was  a lesson in itself. How I stammered and gulped to finish my presentation...haha.

Managed to take a few shots from the episode . Went to fb and uploaded . Congrats Faiz.
So...who said we Malaysians and bangsa Melayu hanya layak menghiasi berita tak senonoh saja.
Anak2 Melayu... kamu ada kekuatan kalau ada kesungguhan. Anak muda yg sedang menyiapkan PHD salah seorang saintis yg menemui lubang apakenentah dlm system universe. Hebat kan!
Hope Yuna won the globe award ( betul ke namanya) yang dia telah dicalonkan.

Anak anak yang memanjat Ipoh,crane dan menara telekomunikasi itu harapnya dapat melakar sejarah menang apa2 award.
Iron Man ke
atau menang dalm satu pertandingan yg aku selalu tonton dlm tv...eh lupa pula namanya.

Malaysia boleh!

Didnt know the lady was Eva longaria..

Ronaldo kan ni..announcing the winner of the Fifa Puskas Award
The winner is ..Moods Subri


nampak getar diwajahnya
Nampak handsome di penampilannya

Yang diimpikan ...bersalam dgn Ronaldo.

Masing masing menunggu...

Apa yang kau cari... Faiz

Lega....

Stadium...di Zurich
Filem Sangam shoot kat sana
Cantik sunggoh negaranya

Monday, January 9, 2017

Well done,guys

Pagi ini matahari menampakkan wajah seawal pagi selepas 3,4 hari bersembunyi diri.
Eh.. dah hari Isnin minggu kedua sejak sekolah dibuka.
Pagi pagi terdengar enjin kereta dan deruman dijalanraya menandakan hari bekerja buat yang belum capai umur bersara.

Pagi pagi ni terimbau kembali suasana assembly . Perhimpunan pagi Isnin yang kalau tak hujan mesti kadang kadang lebih panjang dari masa yang diberi.
Semasajadi guru penolong, tugas mengendali perhimpunan termasuk dalam takwim . Jadi mau tak mau,ketar tak ketar, ke depanlah kita membuat hebahan dan menjemput yg lain buat ucapan.
Dan bila jadi Penolong Kanan,berucap diperhimpunan jadi lebih kerap. Dan bila menyandang jawatan ketua yakni GB atau headmistress ,berucaplah kita setiap minggu without fail.Tak kiralah hari tu suara semput atau pening kepala.

Dan satu yang sangat suka cikson buat adalah mengumumkan kejayaan sekolah kita. Kita rasa bangga tak terkira kalau sekolah beroleh kejayaan walau pun dalam bidang apa saja.

Sekolah akhir cikson, SK Sena memang banyak kejayaan yang ditempa masa cikson bertugas disana. Memang dah jadi tradisi sekolah mencebur dalam bidang yang mendatangkan faedah pada warga Sena. Jadi,walau sekolah lain tak ambil bahagian,kami di Sena peka dengan pertandingan pertandingan yang ada  . Jadi tak hairanlah, kami jadi juara lompat tali hingga ke peringkat kebangsaan. Ada lain lain pertandingan lain yg cikson lupa namanya. Kami berjaya jadi juara. Dan yang jadi tulang belakang adalah seorang ustazah yang sangat berdedikasi. Usatazah Muainah. Terbayang cikson susah payah cikgu2 menyediakan murid2 utk pertandingan2 itu. Dan cikgu2 semua banyak membantu.Tidak kira cikgu BI atau Bahasa Melayu.
Aduh... sweetnya memories di situ. Ada juga bertanya macam mana cikson dapat tackle cikgu supaya mendapat kejayaan kejayaan itu.
Dan akhirnya... satu kejayaan paling sweet adalah pengurniaan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Hari Bersara cikson.... sempat merasa sweetnya dan indahnya rasa menjadi sekolah kluster pertama sekolah rendah Perlis. Dan paling sweet bila Tuan Pengarah sendiri memberi penghargaan..juga MB ketika itu.

Semoga SK Sena, SKTTB dan SK Kayang yang pernah cikson terajui mengungguli kecemerlangan 2 ini. Teruskan usaha adik adik .

Dalam banyak2 berita yang mewarnai media adalah kejayaan kejayaan anak Malaysia. Well done guys.
tahniah ...

tahniah and good luck Faiz

Tahniah

Tahniah..


Sebenarnya anak Melayu tak kurang genius dan hebatnya. Well done guys.

Semoga anak ini juga membesar jadi rakyat yang berjasa pada ibubapa,negara dan agama.
cucu yang sedang lincah belajar berjalan dan bercakap.






Friday, January 6, 2017

Eh... mana resit ?

Menghantar cikli ke klinik selepas sejam di Proton Service,aku terus ke rumah adik ipar di taman berdekatan
Beberapa kali panggilan dilaung,namun tiada respon. Sahlah mereka tiada di rumah.

Hmm.. apa nak buat dalam waktu terluang ni, aku bercongak congak langkah yg akan ku ambil.

Kedai stationery menarik perhatian. Cari colourful stick on divider,namun tidak kedapatan. So sebatang pen dibeli walau keperluan kurang mendesak untuk ini.No resit given.. oklah sebatang pen saja yg harganya 1,50 sen.

Keluar dari situ,kedai hardware aku tuju. Wire mesh yang nak ku beli tidak terjual. Yg ada 11.50 se meter. Aku mencari yg murah. 4.5 ringgit semeter pun ok dah. Entah bagaimana aku tertarik nak melihat dagangan didalam kedai. Melangkaui rak2, aku capai berus bilik air, kertas pasir,cat sembur, sprinkler head . Jumlah 46.00 _+. No resit diberi...

Ambil cikli dan ke kedai diseberang jalan kami gagahi. Niat nak cari wire mesh lagi. Tapi tak terjual lagi. Di sebelah kedai barang plastik kami tuju. Round kedai,barangan ini kami capai. Periuk kecil, plastik sampah,pengepit baju, pemerah buah serta dua tiga barangan lagi. Note 50 ku hulur. Lebihan diterima. Namun resit juga tiada.

Kenapa ya... kenapa kedai2 hari ini tak issuekan resit untuk belian. Aku jadi hairan. Adakah itu peraturan baru yang tak ku tahu. Atau aku yg dah jadi lembu. Membisu. Bagaimana kalau barang yg ku beli ni ada defect. Macamana nak tukar.

Balik ke rumah,aku masih tertanya tanya... adakah ini satu cara elak GST?
Lain kali aku kena pasti. Mana resit utk belian2 yg dibuat .
Berapa keping papan ya utk buat sebuah rumah.
Bata2 pula berapa GST
Paku,tiles...tentu kena lagi
Setiap bayaran... kena tanya
Eh..mana resit?

Di masa ekonomi tak bagus begini,kita sebagai pelanggan kena hati hati.
Ke pasar besar hanya sesekali.
Itu pun berbelanja yg betul2 perlu saja.
Tiada lagi branded and overseas mari goods menarik hati.
Yang promosi,clearance, atau home brand saja yang kami beli.

Tertonton Hassan Ali. YB.
Haaa...saya tak kata,depa yang kata. Itu pembuka kata. KSN yg dituduh rasuah punya angkara. Macam2 imbuhan dia terima. Keluar negara buta buta org belanja. Seronok nooo depa.Hidup mewah macam duduk dalam sorga. Kita?  Nak makan pun tgk harga.

Semalam,or dua tiga malam dah. Tangki air buat kerenah. Hai ada ada saja . Cikli ke kedai hardware beli papan. Sekeping harganya 43.00. Dengan GST 46.00. See sekeping papan cukai 3.00. Sebuah rumah ,Banyak mana GST yang kena.
Aduhai...perit no hidup kita.

Secebis luahan hati...yg makan hati. Harga barang yg meninggi.Silap2 kena tifoooooo lagi.

Friday, December 16, 2016

Bones of contention...ni lah dia

Semalam cikson tulis tentang dia. Tapi tidak bersama gambarnya.
Nindia....dia yang jadi penjeruk rasa buat masa kini.
Lori tua yang dah tamat tempoh perkhidmatan tetapi masih dapat layanan lebih baik dari kereta X-trail tuannya.Lebih baik dari Ford Fiesta kakaknya. Hanya Iriz cikson saja dapat menumpang teduhnya porch selain dia. Yang lain,berembun berpanaslah kamu bila balik kampung.


Ni lah dia lori kesayangan cikli
Kereta dia bawah pokok kelapa
Kipas berdebu dah tak berguna adanya.....masih tersimpan jua


Sibuk tengok berita/cerita orang beratur panjang dibank bank seluruh Malaysia. Gamat nampaknya. Makcik,pakcik ,nenek tua berpapah berpimpin hanya untuk menukar kad bank mereka. Takut tak dapat 'jolok' duit kata mereka come 2017 nantinya.
Cikson pun belum lagi. Haritu masa anak balik ,kesihatan kurang baik. Sampai sekarang cikson rasa kurang selesa keluar rumah lebih2 lagi memandu kereta. Apalagi kalau kena beratur panjang berjela.Hai ,lambat pula demam ini nak sembuh sepenuhnya.
Jadi cikson layari internet dan buka website bank yg dilanggani.
Dari situ,lega hati.....sebenarnya debit card yg dimaksudkan .Cikson tak punya debit cuma ATM...masih sahlaku sampai akhir 2107 katanya. Apa pun bila dah reda semua ni,akan diusahakan juga pertukaran itu . Tak mau lagi tunggu2.

dah beratur panjang walau bank belum buka
gambar...fb perlis aktif.

Sejak dua menjak ni,cikson perati dlm stat blog ini,pengunjung/visitors berduyun2 dari Russia. Ada masa berganda2 dari Malaysia. Rupanya blog kakcik pun serupa. Tertanya2 kita...Hai,orang Russia fahamkah apa depa baca dlm blog2 kita. Cikson hanya sekali sekala saja menulis dlm BI. Kalau Russia niet. Nahi,non.

Terpikir juga...entah2
KGB yg dok teropong kita blogger M'sia...


Monday, November 14, 2016

Supermoon...dari tingkap RBL

Sekilas buang pandang
Ke luar rumah yang kelam

SUPERMOON !
Cepat cepat handphone dihalakan ke awan
Celah celah bumbung rumah jiran

Inilah antara gambar supermoon
Untuk tatapan
Hari kemudian.

Dari handphone cokia..
Datangnya sekejap cuma...
Lepas itu dia hilang dilindung awan





Supermoon menjenguk kami
Penghuni bumi pada tarikh ini..


Dari wassap kawan kawan


JADAM

Bohonglah kalau tak terkesan dengan segala apa yang berlaku disekeliling. Lainlah kalau hidup dalam tempurung, ditengah tengah pulau tanpa wayar. No newspaper atau peti yang boleh berkata2.
Jadi lone ranger .

These few days ,the idiot box of the tv blurted out news about the Americas who went to vote. Pung pang ,pung pang,Donald Trump menang itu kenyataan. Bukan ramalan atau khayalan. Jadamlah tembolok mereka yang tak suka pada dia. Rhetoric atau betul betul apa yang dia manifestokan itu akan diikuti dengan debaran.
Dia anti Islam,LGBT,Korupsi dan banyak lagi.
Dia nak jadikan Amerika the Great..tertonton akan kewujudan pekan pekan sunyi dan kosong di bumi Uncle Sam yang menaruh harapan bawah uncle Trump,pekerjaan akan kembali ke Amerika.
Ah...tak tersenarai . Dan apa implikasi atas kita ,we have to wait and see.
Yuna pun dikatakan nak punggah barang balik kampung...betul ke. Maybe,because Trump sees pendatang sebagai satu halangan.

Dan on our shores,banyak jadam yang disogok kepada kita. Terpaksa ditelan walau pahit .
Dan satu2 manusia yg boleh mendatangkan kebeborokan kpd Malaysia adalah pemimpin2 yang ada macam hilang arah tujuan utk memimpin kita bila diri sendiri penuh dengan masaalah yg berbelit belit.

Adik J kena tumbuk semalam....
Berdarah hidung.

Sometimes ,melayari facebook to satisfy our curiousity about others who once came into our life is like swallowing a piece of jadam.

JADAM?
Whats that?

Google kan ada!

Wednesday, November 2, 2016

Minyak naik ,kita makan KFC


Pagi ni matahari terbit meriah cerah.

Cahaya panas menerobos ruang rumah RBL pagi pagi
Tapi panas lagi hati dengar ulasan ulasan, temuramah umat umat manusia di tv.



tak lama lagi, kuah saja agaknya yang kita mampu sajikan

bawal gemok macam ni hanya makanan dalam mimpi
reserved utk vvvvvvip.
putera dan puteri
anak cucu cicit pak menteri
dan mereka yg tak amanah makan suap hari hari
kita..tengok saja lah dan telan air liur sendiri.
Apa topiknya ya Awani hari ni
Berita yang diulang ulang macam si murai yang mencabut ekornya sendiri
Ulang,ulang dan ulang lagi...

Apalagi kalau tak tentang minyak masak yang naik tinggi.
Setinggi KLCC
Ada ke patut dari 13 naik sampai 21 ringgit
Dah berapa peratus tu..hangit!

Marah berapi seorang makcik yang ditemuramah
Bab ketirisan, penyeludupan , pihak berkuasalah yang berkuasa mengatasi
Bukan rakyat marhaen macam kami
Kalau naik harga minyak,alasan itu yang diberi
Kami mau kerajaan membela nasib kami
Bukan tarik subsidi!

Yang bingai pun ada memberi pendapat
Sokong bulat bulat
Konon rakyat boleh beli mineral water yang mahal setiap hari
Kenapa tak larat nak beli minyak yang hanya seorang sebotol setahun sekali.
Cukup dengan statistik diberi dan contoh sekali
Keluar dari otak dan mulut seorang menteri!

ha...nindia
dah ada berita.


Sakit hati
Sakit jiwa
Melihat apa yang melanda negara
Hari hari ada ada saja
Bila nak berakhir semua ini ya?

Dulu,gaji ku 5 ,enam ratus
Rumah boleh ku beli lepas keluar maktab,Adik adik boleh ku bantu belajar.
Sekarang?

Lihat anak anak
Risau aku....

Remembered one lesson in history
While Rome was burning, someone in authority played the violin
When the men in the street had nothing to put in their mouth,some princess ask them to eat cakes!
Hopes....no one in authority ask our rakyat to eat KFC bucket bila minyak naik!

By the way,bawal gemok tu beli  di Kangar. Harga dia 10 rial satu set. Tak tahulah harga berapa la ni..

# minyaknaik




Sunday, October 23, 2016

Sunday nitty gritty


Woke up...awat sunyi saja jalan depan rumah
Mana pergi kereta yang bervroom vraaam
Mana perginya motor yang kuat mengerang...prangggg,praaaang.( Gitulah bunyi motorsikal sapa entah setiap pagi hari)
Oh...hari ni Sunday...cuti.

Ke dapur cikson
Se sikat pisang meranum nampak enak
Pemberian toksaad
Boleh digoreng untuk breakfast anak beranak...

breakfast harini
Adui....ubat sebiji pun tak tertinggal
Mahu kepala rasa janggal
Apalagi..mohon cikli ke klinik dekat pekan
Kesian pula cikli...pagi pagi dah kena kerah isteri.

Dengar berita
Minyak masak pula dah tinggal para
Jenuh kita
Nak masak takkan guna petrol pula
Alamat tak lama la komoditi ni nak naik harga
Bersedialah rakyat jelata
Harga barang akan berjangkit semua
Makanan tentulah naik harga
Kesian ...tapi pak menteri masih kata...rakyat jelata hidup aman sentosa. Kena syukur sentiasa.Mujur kita tak jadi Afrika.

Ok ok ...cukuplah setakat ni coretan hamba
Nak kena masak tengah hari pula..
Eh..apa ya ..menu tengah hari kita?

Bye...have a pleasant weekend dearies.

Saturday, October 15, 2016

Dalam debar..

Hati rasa berdebar bila dapat kabar. Fenomena air pasang besar akan melanda pesisir pantai. Perlis juga tidak ketinggalan.
Hari hari ada saja kabar berita,pengumuman dan cerita. Disini tidak selamat,kena berjaga jaga. Pusat pemindahan pun dah tau dimana.
tak pasti samada gambar terkini atau tidak..

Perlis katanya akan menerima kesan pada hari Selasa. Banyak cikson layari website dan fb untuk tahu kenapa. Sebab kawasan lain seperti Perak dan Selangor,kesannya lebih awal melanda . Ha..jenuh juga nak hadham keran otak cikson dah tua.Semua ni ada kaitan dengan bulan rupanya..

Semalam sebelum tidur,cikson berteka
Besok,entah bangun pagi air dah ada
Terapung apunglah kami  semua.

Ternampak gambar tentang belangkas belangkas beratus ratus terdampar di pantai.Air yang banyak masuk ke daratan. Kesian.

Hari tu..ada berita remaja lemas di Cenang.Tengok tv, rasanya tempat itulah cikson sefamili pergi bersantai beberapa minggu dulu.

gambar googled
gambar googled