Showing posts with label bila...... Show all posts
Showing posts with label bila...... Show all posts

Monday, June 15, 2020

Kita Jaga Kita....


Malam semalam punya kisah....
Terkejut dari tidur,jam ku tengok.
Dah hampir 12.00 tgh malam. Its nearly midnight.
Suara suara yang rancak bergelak ketawa dan bergurau senda meriah terdengar dengan jelas.
Sama macam suara suara yang ku dengar masa bulan puasa tempoh hari.
Namun, suara suara itu lebih ramai,lebih galak.

Daun tingkap ku buka.
Jelas ,suara suara itu datang dari sana
Sebelah rumah kampung sebelah.
Ada yang menyanyi ,ada yang menjerit ,ada yang bersembang. Macam pasar borong.

Oiiii....mau aku menjerit sama. Tengah malam sudahhh!
Namun aku sabarkan diri . Ehhh... jangan cari pasal . Kita tak tahu mereka. Akal memberitahu.
Semenjak tuan punya rumah meninggal suami isteri,aku tidak tahu siapa penghuni.

Anak2 rumah sebelah, kita baru saja harungi fasa yang susah. Berkurung kita berhari2. Angkara covid19 yang ngeri. Tak kan semua dah dilupai?
Bimbang aku, dalam seronok berkumpul ramai ramai, ada yang bergejala....Naya!

Galak juga melintasi fb, ramai yang beryong sana yong sini.
Berkonvoi, berreunion,berjalan2 macam apa lagi.
Macam kita sudah lepas dari ancaman covid ini.

Dalam pengumuman semalam, menteri keselamatan kata tiada lagi sidang akhbar hari hari
Begitu juga DG KKM yang kita sayangi
Dua dua akan mengurangkan sidang media sendiri.
Nak tahu apa2 ikutilah mereka punya fb...

Suasana politik negara pun macam main yoyo berputar
Hari ni baik,esok macam2 berita beria benar keluar
Macam2 angka keluar...112,108 , masuk 2 keluar 3. Ada kala buat kita ternganga.
Eh hampa2 semua tak dak kerjakah@ makan gaji buta kah? Lompat sini lompat sana?

Kesian... rakyat Msia
Tapi lebih letih jadi rakyat dibenua yang gah seantero dunia... tiap hari huru hara.
Tiap pagi bila buka channel berita dunia...itulah yang kita jumpa
BLM,antifa, dan berbagai akronim yang ada
Tapi yang jarang kelihatan, Mr P yang banyak auta.... mana pi dia ya?

Ehh..jangan BusyBody ..Kita jaga kita!

Nah lagu Kita Jaga kita....



Monday, June 1, 2020

Dah setengah tahun..

1st of June is here.
dah setengah tahun kita berada ditahun 2020.
Macam macam cerita,macam macam rasa
Kita lalui pancaroba.

Apa ya yang berlaku?
Banyaknya... ada covid, ada pertukaran pemerintahan ada haru biru
Bukan saja di sini. Namun disana ...CCP dan Amerika yang rasa mereka gagah selalu.

Sdeang enak enak kita menjalani kehidupan buat rakyat marhaen dijalanan...man on the street kata bahasa England
Kerajaan bertukar tangan
Akibat Langkah Sheraton.

Maka kita pun terkedu.
Negara sudah tidak berPH tetapi PN.
Sekali fikir, ni haruu
Tapi itulah rakyat Msia, terima seadanya dalam krisis covid sedang menggila.

Then,
Kita berPKP,PKPd dan PKPB.
Kita lalui dengan tenang, tiada yang membantah
Kerana kita akur pada yang memerintah

Syukur Alhamdulillah
Kita berjaya hadapi dengan tabah
Susuk tubuh 3 tokoh yang selalu kita lihat wajah
Buat rakyat Msia tidak gelabah.

Cuba bayangkan kalau yang meneraju negara kita masa sensasi ini macam Trump
Mau cempera semua kita tak ketahuan
Kerana kita selalu mengikut ketua punya tauladan.

Mengikuti siaran CNN,BBC,Aljazeera aku selalu nak tergelak tgk gelagat Presiden negara no 1 dunia kononnya.Macam paklawak pun ada. Ada2 saja kerenahnya. Janganlah ada watak macam itu kat Msia. Parok kita.

1st June is here.
May the rest of the year be full of beauty.



Wednesday, November 6, 2019

WW...engkau laksana bulaaaan


This song been my favourite from time in memorial.
In the far remote corner of a Felda settlement smack in the middle of the hinterland, through a portable record player,this song was played on ends...
The open window of the lodging,
The shadows ,the silhouette of the palm plants...the moon made the setting surreal.

Wan's rendition... sekali dengar rasa pelik.
Dua kali dengar... ok pula.

Tuesday, November 5, 2019

Grandchildren are like....sukanya hati


My grandchildren are hilarious kids.
Somewhat witty.Somewhat cheeky.
The last week long,we got to spend with them was a time full of laughter.
Lupa sat ttg masaalah2 dunia yg membelit minda.
Lupa sat sakit hati kena maki2 percuma.

Isssh...kalau boleh nak berlama2 dgn mereka. Tapikan apa daya. Kesian nak ganggu mereka.Lagi pun ibu mereka kena pergi kerja.
Masa di sana sekali saja tok masuk dapur. Masak sup ayam. Suka tgk mereka makan terutama adik yg minta ditambahkan. Sedap lah agaknya  dia makan.
Outings with them was to MM Mall. Niat nak beli baju sehelai dua namun tak berjaya. Last2 2 helai tudung sofearose dan sepasang kasut ciklicikson. Dua kali pergi pula tu. Menantu cadangkan pi Genting ,tapi hari2 hujan takut pula nak ke sana. Mau banjir naya...

Perjalanan ke Pahang juga disulami gelak ketawa. Abang punya lawaklah sepanjang masa. Ada2 saja dia. Kisah nak jual keropok tu sebenarnya tercetus bila kami didatangi penjual keropok di stesen minyak. Or is it Mc D. Lupa pulak. Kerana kesian, sebungkus dua keropok dibeli walau bukan pilihan makanan.

It takes a child to discipline a child.
Si anag lagi tak dijawab soalannya,aku bertanya bertubi tubi walau pun org yg ditanya itu sedang sibuk menjawab talipon.
I forgot the exact speech.But wow....coming from a five year old child to a 4 year old is a WOW.
Jangan ganggu orang tua sedang bercakap....gitulah nasihatnya.

Spending time with them betul2 melupakan aku ttg dunia aku . Dunia orang tua yg serabut. Penuh tanggungjawab.Penuh pura2. Penuh tipu daya.Selama 8 hari itu, langsung hilang dari radar fikiran ku.
Bangun pagi, adik sedia menyapa kami dengan ark arknya. Sambil senyum meleret.
Berita ttg apa2 tidak dapat aku tonton di ruang tamu. Skrin tv sentiasa dgn rayyan toy review atau lagu2 animasi kegemaran dua beradik. Lagak mereka berzumba , menyenangkan.Siap sedia pegang senapang utk lagu Ghost Buster.Kaki dihentak mengikut irama. Meliuk lentik badan digoyang...itulah adik.

So too the days spent in Pahang. By the beach one fine afternoon. Sayangnya Perlis tiada pantai sesuai utk berkelah.

If you were to ask me if I have the pleasure to experience and remember the days with my grannies on both side of the family. Well... I have none. Nope. Both died before I was born. And my tok wan lelaki sibuk dengan family baru.

Thank God. Alhamdulillah.I was given the opportunities to see my grandchildren before I close my eyes and they are the most precious gift ever. Hope there are more to come. Nak cucu perempuan lah pula..hehe.



Sure . Exactly. No doubt

Senyumnya, lenggoknya...mcm ibunya
Maknya pun suka posing mcm ni dulu dulu.

Seronoknya dia...semoga berkekalan berkasih sayang hingga ke jannah.

Surprise bday cake for him
Lambatnya nak cuti sekolah...

Saturday, October 12, 2019

Just another day...



Still ringing in my ears...
Ehhh..awat hitam sangat anak cikson yg ni.
Ehhh..awat rambut dia macam maggi..
Ehhh...awat mata dia sepet saja. Mata yg lain besarrrrr.

Were some of the remarks thrown at my babies.

Hitamke,rambut maggike,sepetke....there were babies after all.

Fast forward... am blessed and happy with them. With their achievements and their capabilities to overcome pitfalls in their journey of their lives. They have seen failures but they rise . They have seen disappointments but were not too dismayed..

When they were growing up, they were encouraged to join activities that they school could offer. So they were in the school choir, the school nasyid,the school sports team,the school prefects. You name it,and one of them would be in it.
And we would be in the audience cheering them up. However small their part in the activities were when we could .
Why did we did what we did.some might ask.
Its to give them confident, boldness,leadership,responsibilities.

They were times when they came back running to us with sob stories. Quarrels with friends, scolded by teachers but we didnt join in the foray. We let them solved their own problems.

And in the grown up world, they faced many casualties. Failing in quite a number of things of which they could have fallen to their feet.
All because,mommy told them,its just another day. Its might be better the next day.

Thursday, October 3, 2019

Menunggu hari..

Alhamdulillah, got my tics for the ride on the new ets business class successfully yesterday evening.
Tak sabaq nak cuba .....
Terbayang2 mcm dalam kapalterbang...ada economy,ada business ada first class.
Ada duit ada kelas lah kan..
Sebagai warganegara marhaen yg kantungnya kurang berisi, maka ekonomilah lah yg dipilih setiap kali terbang ke KL. Tak pernah merasa naik bisnis. Ist Class jauh sekalilah nak mimpi pun tak gamak.

Semalam selepas berurusan di dobi ,dalam perjalanan ke Arau iriz kelabu ku bawa merentas pekan Kangar. Mujur settle semua hal kat dobi dgn bayaran 104 ringgit utk cuci curtain ,cadar dan dry clean baju. Kopak lah juga.
Haha...Time orang balik ofis, maka jamlah sikit perjalanan kami. Namun tidakalah seperti diKL sana esp Federal Highway atau Cheras.Tapi mau tersangkut sangkut jugalah perjalanan kami ke stesen k.api Arau.

Kaunter tiket kami tuju. Niat nak beli tiket ke KL sorang satu.
Cik,  aku menyapa wanita disebalik cermin kaunter.
Dua tiket utk pergi balik KL central. Business ya.
Selepas ketuk mengetuk kunci komputer dihadapannya ,aku diserahkan 4 keping tiket utk warga emas.
Ada diskaun woooo. For half price aku kena bayar lebih 200 ringgit utk 2 orang tiket pergi balik.
Eh... tak jauh beza pun dgn tiket biasa platinum coach. RM 5 ringgit saja lebihnya.

Tiket dah ada. Tunggu masa saja utk perjalanan ke ibu kota. Terbayang2 riuh rendah dua beradik bersama tok dan wan mereka. Tentu ceriaaaa.

Selepas itu,ke Pahang utk kenduri sambut menantu sebelah lelaki. Semoga dipermudahkan urusan kami .Selamat pergi dan selamat kembali.

Tak sabar nak keluar dari kawasan ini. Sakit kepala tak habis lagi...


promo rupanya harga ini...

Baru perasan... harga yg cikson bayar tu promo rupanya.
Kalau harga sebenar berapa ya
Nampaknya kalau harga membumbung tinggi, balik ke gold sajalah train yg dinaiki. Sampai juga ke destinasi... kan kan.

Bye.Have a happy day. Loghat oghang jgn dok ambik peduli.



Friday, September 13, 2019

Taking your wash to the laundry, beware!


Ingat tak ada la cerita apa apa ttg kisah ke laundry
Haha... nak gelak,nak marah  ada ja.
Macam2 la.

Well,well....

Lawak ke idak, cikson cuba diffuse the tension when cikli was angry by the remarks made by the worker of the laundry we frequented.
When asked by another worker, if the sheets used for the katil pengantin needed dry cleaning or normal was,this was his reply. Nonchalantly.
 Ni buruk...perlu basuh saja.
What? Cadar pengantin ku buruk? What a remark. And he dared say that to the customer's face.
Cikli was offended and answered back
Buruk pun,a wak jgn cakap macam tu!
I just gave a laugh to diffuse the situation.
And explained itu cadar lama bukan buruk. Beli dkt 15 tahun dah. Guna dua tiga kali saja. Jadi heirloom keluarga.
Kalau saya pun otak singkat, mau terjerit2..Apa kata aku punya cadar buruk? Cekak pinggang and storm out after giving a punch on his face.
But tokton taught me to be tolerant. Masa kena jerit2 tempoh hari pun aku tak jerit balik. Kalau aku pun jerit2, mau aku semboq semua bobrok keluarganya. I just answered Alhamdulillah. Betul ni. Sumpah tak bohong. But to the punca, I gave my piece of mind la.

Well back to the story at the dhoby.
Entering the car, as I was starting the engine, the workers rushed towards us.
Oooi nak gaduh lagi kah? Tak puas hati kot...I assumed.

Cik2, cadar yg cik bagi taksat tu customer lain punya.
Hah? Customer lain? How come.
Ni ada mix up ni. Nama yg tag kat cadar tu nama org lain.
Weey...Ni salah u all kalau jadi macam tu. Saya tak perati pun tag2 tu. Masa diguna, orang lain yang hampar.
The cadar in question was a comforter. About the same hue as mine...cream.

To be exact, my cadar was bought in 2007 in Nilai for quite a handsome price.
Its used just once,and I let a family used part of it once too.
After using,send it to be cleaned and didnt open the plastic for years. Foregt whats the composition of the bed linens.
Then came lin's wedding....used the whole item fully for the second time.

When the mystery of the mix up came..I too couldnt recount what it was originally consisted.
I did keep a piece of the picture of the bedding,but that didnt help much.

If that piece of comforter belongs to another customer, then return it to her.
But I was perplexed where another piece of my cadar went to...
Kena kena bahagian mine dah selamat pi kat orang lain.

So for future visit to the laundry...have this in mind.
Take a shot of the receipt.
Count the number of pieces you take there.
When you get your wash back, check the full content. Jgn terus simpan tanpa was was.
Tapikan... itulah yg kita buat, Nak mengecheck tu habislah terburai semuakan. Kan?

Adooi... poning memikirnya.
Betul ke my cadar got mix up.
Betulka composition cadar ku begitu

Ntahlah....hari ni genap seminggu. Kisah seram menakutkan terjadi pada ku.

jangan lagi beulang

Sunday, September 8, 2019

Di sini aku bertapa


Di sini tempatnya aku bertapa
Sambil jelajah dunia
Berita semasa aku teroka
Yg musykil aku bertanya

Di sini tempatnya aku berkarya
Supaya segar ingatan dan minda
Segala pengalaman aku lalui tak kira gembira sedih atau bertemu puaka
Supaya satu hari nanti aku boleh bukukan buat cerita.Insha Allah.
Atau bila aku mati, anak cucuku boleh tahu apa yg aku lalui di dunia yg sementara
Buat kenangan atau cari pengajaran buat mereka.
Juga Pesan nenek yang tua.

Andai langsir ku kuak
Pemandangan hijau ,berselang seli kelabu dan kelam
Dari sini aku dapat memandang alam
Juga ragam manusia yang terkejar2 dalam kenderaan

Di sini juga aku tontoni berbagai cerita
Kisah gembira, sedih,takut dan juga dosa
Biarkan... aku kata
Selagi tak mengancam keselamatan kita juga harta benda
Namun ,bila kepentingan tergugat, jangan ingat aku diam membisu saja

Mesin jahit singer...
Atas mu sebuah laptop
Tempat aku mencurah rasa, baca berita,berhubung dengan dunia dan juga cari ilmu agama.
Tkasih....tanpa mu...aku tiada apa2.

Friday, August 16, 2019

Semak

Sometimes,
You wonder and you ponder
Thousand times

Things that are easy become full blown .
Things that are simple become complicated
Things that dont matter much become of utmost important.

Sometimes
You ponder and wonder
Thousand times

What thou art become
The simplest form of answer with yes or no
Become a lengthy confrontation
The simple acknowledgement becomes a heated argument.

Sometimes, you wonder
Are you losing your sanity
Or are they losing theirs.

Semak.











Tuesday, August 6, 2019

Its all in the mind?...ribut dalam cawan

Penat semalam belum reda, bertandang pula yg lain membuat aku sakit kepala....hehhe awak lihat saya ada masa nak sakit kepala?
Not that I know of.
Syukur, aku tak pernah la kena migraine walau adakala masaalah yg ku hadapi sepanjang jln hidup dan berkerjaya boleh buat aku sakit tak boleh panggung kepala.Rahmat tuhan pada hambanya yg ini. Tak dapat aku ingkari

Hihi....merapu kelaut dah cikson ni..
To tell you,I have one harrowing experience yesterday evening.

Tidak boleh tidak,cikli cikson nak kena ada sesuatu utk makan malam. As evening approached cikson menuju dapur. Routine .
Switched on the knob pf the gas stove. Isssh ada terbau gas. Berdegup jantung.
Api tidak berada atas ring dapur, tapi dibelakang dapur. Menyambar kabinet .
Cepat kilat , stove dipadamkan. Tong gas ditutup. Tarik kabinet ke luar dan nampak ada bahagian kabinet kayu itu dah disambar api. Cepat,tangkas tanpa suara sepatah pun, aku siram air bhg yg sedang disambar api. Mujur tak melarat.

Kabinet kayu lusuh itu aku tarik dan humban ke luar rumah. Tak mau dia aku guna. Papan penutup bahagian belakang dia dah kembang semangkuk. Mungkin sebab terkena air semasa menjerang air dulu. Besok boleh cikli buat unggun api.

Alhamdulillah,syukur teramat kerana terhindar dari bahaya.Allahu tak tau nak cakap dan habaq. Berdegup jantung masa kejadian.

Went to sleep and by one, terjaga dari tidur. Dapur ku masuki kerana rasa dahaga. Aduuuh... ada pula cik lipas anak beranak dok merayap. Shelltoxkan mereka, habis cerita. Agaknya mereka keluar kerana kehilangan tempat tinggal yg ku humban ke luar pintu.

An afterthought. Eh depa ni mai mana...kena 2 mereka pelarian dari seberang.

The morning before saw me turning the vono bed all by myself. Akibat terbaca satu artikel yg divan tu kena alih alih selalu. 

Bangun pagi ni awat tak herot nak jalan...Hadoooi.
Tu lah mama..buat kerja tak ingat dunia. Terngiang2 kata anak2. Balik nanti kami tolonglah...

Seribu satu tugasan nak dibereskan. Badan tua ,otak pun sama. Dulu boleh terbang sini sana, sekarang merangkak saja..ahha...Dilemma org pencen nak buat majlis.Anak2 pula sorang pun tak ada dekat2...alahai.

Issssh... semua tu all in the mind saja . 
Kalau hendak, gunung pun boleh ku daki. Entah2 sampai ke atas terus mati. Hihi.

Bye...thanks for reading my ngomelan yg tak ketahuan.Tak ada apa2 actually. Cuma ribut dalam cawan.

cantikkan...terimaksasih in advance
sayang kamu.




Sunday, July 21, 2019

Sometimes....

Sometimes the mind is cloudier than the cloudy sky.
Sometimes the brain is more stupid than the stupid mule

Hahha...not implying to anybody on earth,exactly,
Its me....so no worry.

Having a bout of sleepless night is no joke
It seems floodgates of worries, sad episodes like to make an entry when the body needs to switch off.The consequences of which, in the day, the body lacks soul,energy and motivation. It comes and goes. On and off.
Gulping cups of the normal milo seems of no help anymore. Its my working antidote for my insomniac nights. But now...its not working.

Jom pi Langkawi... tidoq semalam dua kat Cenang. Tengok laut. I put forward the idea to cikli.
Then something snapped.
Oooi makcikson,banyak det no nak pi jalan. At this time of all.
Jerked out of my fantasy, into reality I started to add up the budget.Pi Langkawi saja utk dua mau burn seribu.
Haha... boleh dilupakan saja idea tu cikson oooi.
Berlambak duit nak kena guna. Jangan nak bergaya jadi papa kedana. Meminta sini sana....tak mau tak mau .
Kalau tt or tokton my mak masih ada, tentu ingatan ini yang dia bagi padanya.
Buat sederhana sudahlah.
Jimat
Cermat...
Jangan hutang sini sana.
Nanti tak dapat bayaq ,jadi musuh kalau tak kena gaya.
Thats what she always said to me.

Thats all folks. My rant for today.
Hope I stand strong , healthy and cheerful for that big day.
Its just 40 days away.

Bye. Enjoy your weekend guys.



Monday, July 15, 2019

Hilang tempo....

The weather been gloomy these few days up north.
This morning, seeing the sun shining, I took out the toto to be dried.
Lo ho behold, no sooner had I turned my back, there came a heavy shower.
Tergopoh gapah cikson tarik balik toto dalam rumah.

Matahari bersinar jgn sangka tak dak hujan.
Sekali dia menyiram, lari makhluk bertempiaran.
Si Bu yang bersenang diri di tangga pun sama. Mencicit lari menuju porch

Why not send the toto to the dhoby, you might ask.
Basuh sikit sikit, boleh saja ditampung oleh mesin basuh di rumah walau telah lanjut usia umurnya. Mau dekat 10 tahun dia berkhidmat.
I read about the danger posed by dobi layan diri . Its a time bomb as those franchisers use gas for home use. Boleh meletup tup tup. Ngeri.

I surfed the net about the weather for the coming months. Huhu... according to accu weather, it doesnt seem too sunny. Expect a soggy July you alls.

A bit of gossip though... berita yg dibaca about our ex YDP . Tiga sekali . Apa hal.
Kalaulah betul...kesian juga. Macam institusi perkahwinan tu main main saja. alahai.Hope its just a gossip.
Actually, marrying and staying in marriage requires a lot . Sabaq, Setia, Usaha dan Agama kena ada. Not just ringgit and sen. Nor only cinta cintun .

Thats all folks.
Kenapa ntah hari ni, otak yg berjalan tidak serancak jari yg menekan huruf2 di keyboard. Old age is catching up.Huhu.

Hope I stay fit for the majlis. Mentally and physically. Jangan hilang tempo.Insha Allah.

Saturday, July 6, 2019

Light and easy moments...lovable Jack


Saw on British Got Talent.
This video of a father and son duo rendering their own song.
Fell for it just like Simon.
Not just their lovely melodious rendition but the relationship as well.
Jack the 12 year old son and his 43 year old father were seen so loving of each other.
That relationship....some were not that lucky.

Hope Fohim and Fateh too have this kind of relationship with ayah. I saw that . I feel they are lucky boys .Fahim always wants no one to console him except his ayah .Ayah is his world.
Moga selamanya mereka di asuh, dididik oleh ayah yang penyabar . Di baja kasih sayang antara mereka hingga dewasa.
Seen so much of displaced family when something happened.
Anak jadi pendiam, membisu ,reclusive ,memberontak bila tiang keluarga beralih tempat dan arah.

Bapa Jack,stay at home dad raising his own four children.
And I read somewhere, children raised and taught by their dad are more intelligent.
Yes, my own 4 children have their father to be thankful for.
Masa sekolah rendah dulu , every night, abah mengajar mereka.
Jadi guru tuisyen mereka.
Alhamdulillah.... berjaya mereka. Dapat berdikari mencari rezeki sendiri.

One moment stood out firmly. Cikli tgh sakit. Hari hujan lebat. Anak yg ditunggu tak balik lagi. Seminggu lagi nak UPSR. So ciksoncikli drive ke taman permainan di perumahan seberang jalan.
Haaa...betul bagai jangkaan. Ada pun dia sdg menendang bola. Dalam hujan. Serta merta diajak balik ,disuruh mandi . Mujur tak demam.
Malam tu si anak kena tazkirah panjang....

Well...I have my dad too to be thankful for what I have became. Academically I mean. Boleh jadi orang dan sara my own family.Hihi.

Fathers... be lovable, responsible to your children like Jack's father did.
Jack... I agree you are a lucky boy. Love your dad and cherish him in his old time.

Comel benar Jack ni...

Thursday, July 4, 2019

Di lorong sesak itu...some light and easy moments.


Enak bersantai melepaskan lelah berkemas rumah selepas majlis tempoh hari ,aku terkedu bila cikli bersuara.
Laaaaa,besok ada lah date dgn HSB..ni ada catat 2 bln 7 .Katanya sambil membelek kad orange di tangan.
Nak pi tak pi,nak pi tak pi bermain difikiran. Baru sangat jumpa doktor sana. Bln 8 pun ada lagi sat date .

Besok pagi2 cikli buat keputusan pergi HSB. Last2 aku jugalah jadi driver tak berbayarnya.....walau badan rasa tak bermaya.

Melalui jln seratus trafik lights aku gagahi memandu pagi itu . Dengan terputus bekalan ubat harian ku, rasa was was juga. Mau aku pitammm. Naya.

Alhamdulillah,selamat sampai. Parking seberang jalan, Bayar RM2.

Selepas bersarapan pasemboq sepinggan, aku susuri cikli. Masih memegang nombor giliran yg belum dipanggil.
Mendapat kerusi kosong nun dibelakang lorong sempit, aku cuba merehatkan badan . Namun hiruk pikuk suara suara bersembang menambah pening kepala.
Laaa..kad saya depa boh tang mana tak tau.Nombor lain dah kena panggil. Ni saya berjam dah dok tang ni.
Kuat suara mereka dapat didengari seluruh bilik.

Mix up card orange berlaku lagi. Kali ini orang lain punya kad orang lain yg pi ambil bila nama dipanggil. Sudahnya puas nurse merujuk sana sini. Akhirnya kad baru terpaksa dibuat sebab org yg mengambil tak dapat di kesan. Mungkin dah selamat sampai rumah.

Tamat appointment,kami menuju kereta.
Namun...ternampak teksi aku buat keputusan .
Cik,boleh hantar kami ke seberang jalan kat parking berbayar tu.
Haaa... terpinga2 sebentar si pemandu.
Situ?
Ya...saya bayar RM 10. Haha...aku yg letak farenya.
Tak sampai se minit driver tu hantar kami ke sana. Seberang jalan saja. Haha.
Sebenarnya aku seriau nak berjalan dgn cikli melepasi jln sibuk itu berdasarkan pengalaman lalu.
Cikli, selepas rawatan, ketepi ketengah jalannya. Silau matanya. Mau terlanggar batu dan tunggul.

Tentu dia ingat you orang berada bayar RM 10 utk 200 meter. Ha ha.Kata cikli pada memnya.
Biarlah...janji you tak teraba2 seberang jalan nyaris kena langgar kereta. Si isteri berkata.

Thats all folks...my day yesterday.
Orang ke sana sini , aku hanya di sini. Selang se hari..literally.

Bye.

Monday, July 1, 2019

Bertamu di hujung2 Syawal


Kelmarin 30 hb June ,RBL dikunjungi tamu. Datangnya nun jauh dari sebalik banjaran Titi Wangsa. Jenuh tegha nak sampai. Berbelas jam kalau berkereta dan 2 kali naik kapai terbang kalau fly....Tu pun kena continue di darat sejam baru sampai.

Mendengar kabar ada tetamu akan berkunjung, rasa penat cikson di spital evaporates into thin air. Ligat tangan,kaki dan ninda. Betulkan apa yg patut,cukupkan apa yg kurang dan keluarkan dari simpanan apa yang perlu diguna. Basuh lap semua pinggan mangkuk, rangka apa menu, susun atur perabot diluar dan dalam rumah. Hihi...kuat juga dua orang warga emas melakukan semua itu.
Semangat betul...

Jam 10,tetamu yg ditunggu pun tiba. Selepas berbincang sikit sebanyak,majlis disudahi doa selamat dari warga ultra tua...my fil. yang dikasihi.
Semoga perjalanan kami sekeluarga menuju majlis dipermudahkan Dijauhi dari halangan dan rintangan.
Kepada keluarga dari Kuantan Pahang, ikhwah yang terjalain ini segar merimbun dan berbunga,seterusnya berbuah . Rendang pohonnya memberi naugan hujan dan panas, manis buahnya menyihat badan.

Sekarang derap langkah perlu diperkemas utk langkah seterusnya.

Terimakasih tak terhingga pada tetamu yg sudi berkunjung ,juga adik beradik yg sama2 meraikan.Silap dan salah .harap dimaafi...

Jaga diri anak anak yg dikasihi.
Ujian dan dugaan memang gemar menghampiri di waktu2 begini.
Doa dari ibu ....semoga kekal abadi.


Thursday, June 27, 2019

If your day sucks....


Yesterday...
Climbing  up the flight of stairs to the 2nd floor of Klinik Pakar HSB, I was dumbstruck by the sheer number of people there. Oh wow!...Its filled to the brim and people got to queue up till the stairs.
Bergenuak oghang!...macam ulat teik,oh my.

Getting a parking spot too was an ordeal. Got to go in and out of the parking lots before I made my mind to gamble and park at the far corner of the field. Braving the mudded path, I inched my way to the near end of the space.
Mau hujan, geno nak keluaq...mau sangkut dlm lumpoq ni..I told myself and walked the distance to the hospital building.
Nak buat macamano makcik nooo,said one driver to me as we walked passed the row of cars on the dry tarmac.
Tawakkal sajalah. Minta2 tu matahari lah hari ni. I smiled and prayed too the same.

Finding a seat ,I took a breather from the madding crowd. Sounds of numbers being called and the chatter chitter of the conversations were deafening indeed.
Then a young girl caught my eyes. She smiled and I smiled back. Soon I overheard the family discussing about having the girl fro cataract operation.Poor girl. She's so young.
The family soon helped themselves to some kuih and the poor girl was seen coughing. Choking from the kuih,I presumed and there was no sign of drinks between them. I offered the family a packet of drinks purchased from the canteen earlier.
Boleh adik ni minum ayaq ni? I asked.
Boleh. Said the mum. Learning from past experience ,Its better to be careful when offering food to people. We do not know what allergies they have.
And when the wanted to make a move, the girl salam and kissed my cheeks on both sides. Anak gadis itu special. I fell for her.
Selamat operate ya dik.
A light feeling came over me amidst those maddening noise.
My day sucks. I was tired,hot and sleepy from that sleepless night. But the girl lifted my spirit. Those kisses on my cheeks from seorang anak syurga really made me wanna cry.

Today...I was again behind the wheels. After sending cikli to Kangar Hospital, I stopped at what seems like a mini carnival. I found those pants that I had hunted far and near. Keluar masuk kedai cari seluar gitu. Yang ada getah kelililing and tapered cut. Tak mau flare or too tight. Today I found it. Apalagi 2 helai sekali borong. Murah aje.RM 20.Pi kedai mau mark up sampai 50...

Yes, when you are down and tired ,small things matter.
Like a kiss on the cheek from a young handicapped stranger or getting that slack!
May Allah bless us always.
Bye. have a nice day folks.

Saturday, April 6, 2019

Rezeqi...


Rezeki
Dapat menghidu bau semerbak bunga kemuning sebaik pintu ku buka
Rezeki
Dapat merasa enaknya jambu freshly plucked from the tree.
And in a few weeks, kalau ada rezeki, buah harum manis dapat dirasa dari pokok sendiri.

Sudah lama pokok ini tidak berbunga selebat ini...rezeki kami

Wangi semerbak sepanjang hari
Terhindarlah bau yg tidak diingini

Jambu bertih ni kecil kecil saja
Tapi rasa... sedap juga

Inilah kali pertama berbuah selebat ini..terkejut kami




Rezeki juga,
Dapat bersendaloka dengan dua pasangan itik angsa milik jiran sebelah rumah.
Suka benar aku mengajuk mereka dan lebih seronok bila mereka membalas ajukan aku.

Rezeki usah dikira yang besar besar saja
Yang kecil, yang biasa biasa juga ada rahmatnya.
Rezeki aku, hingga kini, aku dapat menghadapi liku liku hidup yang berlekuk dan berlikuk.Jatuh bangun dalam kehidupan dan bangun kembali sambil mengibas debu debu jalanan . Walau patah, walau riuk ,namun menyerah kalah bukan keputusan.


Tapi adakala aku hilang akal juga .......kalau bertimbun timbun kena laharan.

Rezeki....usah dengki mendengki. Bila hati suci,rezeki mudah mendekati.

Thats all folks..
Bye. Have a fruitful and sweet weekend.

Thursday, March 28, 2019

Di kampung halamennn


Haritu,on the way balik dari Alor Setar, tergamam makcik bila Pohim,at three year old , correctly showed us the way back to Kangar.
When his pa asked him which turn to take...Left or right.
Left was his reply and that was the correct choice.
And all along the way to Hospital Sultanah Bahiyah he was soaked in the scenery. Mountains for hills and birds for storks. The brown padi fields in Perlis were flooded with white birds in some places. A sight to behold.
Kat Keyel mana nak cari kan pemandangan ni.

I asked him if I could follow them back to their home in KL.
His answer was NO.
And when question why,his reply made me laugh in glee.
KL tu jauh sangaaaat la.
Pi MM tak pa la. MM tu Melawati Mall .

Besides playing with the cats,the fowls, the two boys found time to soak in the plastic swimming pool. And the younger brother took to swimming style instantly. What a fun it was for them.

The trip to Padang Besar as usual when the children of no 7 were home was not to be missed. Except for tidbits, nothing much was bought.

The two Safuan's  were not in the pink of health. Coughing and fever caught them . And giving Pohim his medicine was a tactical warfare. Last night when the were back to KL, tok wonder how they were. Thankfully, both were ok.

Having the two boys and their parents back home even though for a short while brought some cheeers to my sombre life.
Haa.. the best surprise was when auntie Ina was home too!
How I was caught by surprise and gave her a slap on her face...jokingly laa.
Maaa ni. Tampaq oghang pula...

Thanks Ina, Aten ,Safuan ,Pohim and adik for coming home to Kampung Halamenn. As Pohim puts it.

seronok nya dia dapat berendam air.

adik and abang


Menunggu ikan bakaq
Alahai Lizamat....
Kalau dulu lazat yang amat
Sekarang masa cuti sekolah lain pula jadinya.....
Dah lah mahal, rasa pun ke laut




Saturday, March 23, 2019

Bila cucu2 nak balik kampung halamannnn..


Setiap cuti sekolah, cucu2 dibawa pulang ke kampung halaman
Nun,jauh diutara, dah nak dekat sempadan
7,8 jam berkereta di jalanan

Seronok, excited, tak sabaq
Tok,wan nak berjumpa kerana selama tu hanya bertanya habaq
Wah.... tentu kagum dengan keletah dua beradik yang sedang membesaq

Wait!
Sebelum mereka tiba
Rumah kena di child proof ,utk keselesaan dan keselamatan mereka
Maka ,dari semalam lagi dan pagi ini
Tok single handedly, cuba sedaya upaya dan sehabis tenaga mengubah, menyimpan,mengikat apa apa yang difikir bahaya atau mengganggu mereka.

Haha... lihatlah dunia
Interior deco RBL utk menyambut kepulangan 2 beradik berubah segala
Demi memastikan ada ruang buat adik merangkak dan abang beraktiviti dengan selesa
Tidak perlulah tok memekik JANGAN!

Ni dia child proofing the house in progress...

in progress of child proofing

in progress....
Lihat tu, ada yang berbungkus
Ada yang diubah
Ada yang disimpan.

Ada orang yang bagi ulasan
Kenapa perlu bersimpan simpan ,berubah ubah
Anak cucu dia tak kacau apa apa pun. Sentuh pun tidak....

Alahai... budak budak
Kalau tak menyentuh, meneroka bukan budak budak
Buat apa menjerit JANGAN kalau boleh dihindar
Buat apa mata kena jegil sentiasa kalau anak cucu hanya balik buat seketika
Berilah mereka selesa dan ada ruang utk bersuka

Haha  nindia sebelum suasana cucu nak balik kampung...Ala deco cara saya. Tak ada apa apa yg megah segala. Hanya selesa buat 2 orang tua.
Tiba2... teringat rumah no.7 di pekan sana...Huaaaaaaaaaaaa.

deco hari biasa biasa
Thats all folks.
Utk old timers... enjoy your days with the anak cucus, anak2 and menantus. Love them all.

Friday, March 22, 2019

Nostalgia zaman dulu.... tugas guru.

opera snapshot

Lalu di timeline,terus snapshot.

Isu para guru terbeban dengan tugas bukan isu baru
Sejak cikson jadi cikgu
Sejak dari zaman dulu dulu.

Lebih lebih lagi kalau cikgu tu RAJIN.
Di kategorikan RAJIN adakala bawa bencana buat si penerima.
Kerana dia akan dijadikan tempat longgokan kerja oleh orang yang diamanahkan untuk memberi kerja... siapa lagi penolong penolong kanan dan Guru Besar.

Satu tahun cikson buat senarai semak tugas tugas di terima guru guru.
Tau apa cikson dapat?
Dalam sekolah  yang ada 40 orang guru, ada yg terima tugas 27 kali. Tugas setiausaha 6,7 kali. Tugas ketua 5,6 kali. Tugas AJK dan ad hoc jangan kiralah. Semua orang suka dia.Semua orang nakkan dia dalam jawatankuasa.
Ingat si penerima tugas yang bertimbun tu suka? Mau mengamuk dia lebih2 lagi bila lihat ada guru yang dapat sedikit saja tugas yang diberi. Dia kena berhempas pulas tak menang tangan tapi ada kawan yang goyang kaki.

So bila cikson jadi Penolong kanan yang membantu GB untuk merangka jawatankuasa kerja guru, cikson cari jalan untuk lebih berfokus.
Dengan bantuan penolong penolong kanan lain,kami rangka check list.

5 markah utk Guru kelas, thn satu 6 markah,thn 6 7 markah
5 markah untuk tugas2 penting...Ketua Panitia,S/U sukan
4 markah untuk setiasusaha panitia
2 markah utk AJK
begitulah kiranya....

Satu table besar dirangka yang merangkumi semua jurusan..Kurikulum,Ko kurikulum,HEM.

Senarai semua guru.

Ehhh... paham ke mekeme semua apa yang cikson cerita ni.
Ada cikson buat senarai semak ini dalam buku a4 . Tapi dah berkubur entah mana.
Dulu mana ada excel ,words semua ni...

Dari checklist itu dapatlah kita lihat mana guru yg beban tugas dia membebankan dan mana guru yang halimunan dimata si pentadbir.

Kalaulah ada lagi buku2 tu boleh cikson share kan..
Petang petang ni teringat dan bernostalgia pula zaman mengajar dulu dek timeline fb.

Bye..
* Posting ni ditulis kelmarin.