Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

ww...serenity




Gambar gambar yg diterima
Cantiknya
Tak terungkai dengan kata kata
Pulau Belitung...tempatnya.

Sunday, November 3, 2019

Bertandang ke Pahang...satu perjalanan


Syukur Alhamdulillah. Majlis bertandang anakanda cikson selamat diadakan pada 26.10.2019. Lebih se bulan selepas majlis nikah di Perlis. Bertempat di tengah Bandar Kuantan. Sepelaung saja dari hotel Zenith dan ECM. Di sebuah taman perumahan yg bernama Datok.apa kebende ntah. Hehe.

A day before ,cicklicikson was ferried across the LPT in a x70. Together with the kids and their aunty,the journey was smooth as silk. Becok mulut si Pohim bercerita,menerangkan ttg keretanya. That kid.

We  put at a taman somewhere in Bukit Rangin. It being olin's new abode. So the end to that apartment in Matrik Pahang. No more climbing up a flight of stairs. No more of that green and grey skyline. So too to the sound of Humphrey chatting with the birds who came to visit. Quite a miss ,that is.

Saturday came and we the bride's entourage consisting of my beloved family members of around 30 strong reached the kenduri kesyukuran venue by 1 pm. The food spread were as delicious as ever. In Pahang, makanan dia sedap selalunya. Rendang kobu as the name implied is uncommon in the north. Or never seen. So too is that dessert ...puding raja.

Actually I was a little worried about cikli's state of health as he had already complained of being unstable . We didnt stay long as most of the entourage need to check in their hotels in Trengganu and Cherating. Most came from KL a 3 hour journey.
We bade goodbye to the newly weds and my new bisan and children. Then someone came with an idea of going to Kemaman.For sata and keropok lekor. So onward bound we went.

pantai di Pahang....

Masuk keluar lebuhraya, through meandering roads and passing that giant of the projek china dgn jambatan peliknya,we finally came to pantai Mak senik....errr betul tah namanya. The sata,keropok lekor, sotong celuk and other delicacies sedapnyaaa.

We came back full.

The next day, the bride and groom took us to Pantai Sepat for a quick getaway at the beach much to the delight of pohim and bro. Seronok depa main pasir dan ayaq laut.

lontong,,sandwich bekalan kami. Buat sendiri lagiii...


We eventually left for KL on the next day amidst heavy thunderstorm and traffic. But a detour at Temerloh brought us to Go Bang Maju. The best patin tempoyak I had ever tasted there. Thank you Faten and hubby for bringing us there.
by sungai Pahang



It was quite late when we reached Zeta Homes. Tired but a happy soul.
The antidote to my depressed mind came in the form of my little angelic boys...my cucus. Ada ada saja keletah mereka especially the elder. Perjalanan yg payah terasa senang dengan cerita cerita nya.
Macam2lah pohim ni.

The next day is hibernation day. Too tired to venture out. And on Wednesday we took the ets home at 6 and reached Perlis at 12. Bye Pahang. Bye Batu Caves and Batu Muda. Bye children.

Lest I forget... deeply feel grateful fot the full entourage to Pahang.
My brothers in law. Hj Salleh and Prof. Hamzah and their children .
My sister in law Datin Rosmiyah,hubby Dato Shamsuri and children,menantus and cucu.
My bisan in Kuala Lumpur and children.
Prof Hamzah's sister and brother.
My menantu Safuan. My children aten and Ina.
and to Nadya,special thanks for making up the bride....foc pulak tu.

And last but not least to my new bisan ...Cik Na and children. Thanks to the hospitality. Thanks for welcoming my girl into your family.
And to my new menantu... syukur semuanya sudah disempurnakan. Cantik majlis kedua2 belah pihak.

To the newly wed.... jaga ikatan perkahwinan ni elok2 . Saling sempurna dan menyempurnakan. Semoga berkekalan dan bahagia hingga jannah.


Thats all folks. Bye.


Saturday, November 2, 2019

On the choo choo train.... er...manada choo choo dah.


Its been quite a while since I ventured out of my safe haven...my RBL. If it wasnt for my daughter's bertandang in Pahang, I would probably be staying in my cave like forever. Habitual hermit,I was.

When olin's wedding on the bridegroom's side was finalised ,the business class ets that was newly launched crossed my mind. Why not give it a try !
Presenting ourselves at the ticketing counter,I was pleasantly surprised that it only cost us 5 ringgit more than the ticket for warga emas on the platinum.
Thus at 200 ++ we secured a return ticket for both of us. Murah berbenau kan!

On the said date we finally found ourselves on the KL bound train . Business class wei!
Befitting the name and category, it was worth the money.
Rasa macam naik kapal terbang business class lah.

Comforatble ambience,comfortable seats , helpful steward stewardess. No creaking sounds from the coaches . All was smooth along the way. Coach serba barulah katakan. Cikli spent the whole journey watching movies from the monitor. While cikson like to watch the scenery along the way.

Meals were served on board . 3 kali pula tu. And I love that nasi ayam hainan Berahim. Sedap betul.

On  the way. in Ipoh we came across EnO train Singapore Bangkok. Waaah...hebat sunggoh train tu. Nak tumpang naik mungkin dalam angan sajalah. Dengarnya tambang dia pun setahun cikson punya pencen.

By and by we reached KL Central around 9. Cikten and the kids were there to whisk us away to Batu Muda. Our home for the next few days before moving on to Pahang.

Coming back to Perlis, we took the usual platinum train. Jauh beza benarnya antara perjalanan dalam business class tau. Dengan uncle auntie kat belakang dok choon chiau tak habis. Dengan passenger buka you tube kuat kuat. Bahan pilihanraya pulak tu. Rimas dengar. Lagi satu, bau kurang enak sekali sekala dari tandas menyengat hidung. So next time no coach D ya..

Thats all folks... Bye.
tea time...waffle 

Dinner...nasi ayam hainan

cofeee and nuts....



charging pun senang...

mmg a class of its own.Hope it stays that way.
Business class ni ada single seat tau..

Thursday, October 3, 2019

Menunggu hari..

Alhamdulillah, got my tics for the ride on the new ets business class successfully yesterday evening.
Tak sabaq nak cuba .....
Terbayang2 mcm dalam kapalterbang...ada economy,ada business ada first class.
Ada duit ada kelas lah kan..
Sebagai warganegara marhaen yg kantungnya kurang berisi, maka ekonomilah lah yg dipilih setiap kali terbang ke KL. Tak pernah merasa naik bisnis. Ist Class jauh sekalilah nak mimpi pun tak gamak.

Semalam selepas berurusan di dobi ,dalam perjalanan ke Arau iriz kelabu ku bawa merentas pekan Kangar. Mujur settle semua hal kat dobi dgn bayaran 104 ringgit utk cuci curtain ,cadar dan dry clean baju. Kopak lah juga.
Haha...Time orang balik ofis, maka jamlah sikit perjalanan kami. Namun tidakalah seperti diKL sana esp Federal Highway atau Cheras.Tapi mau tersangkut sangkut jugalah perjalanan kami ke stesen k.api Arau.

Kaunter tiket kami tuju. Niat nak beli tiket ke KL sorang satu.
Cik,  aku menyapa wanita disebalik cermin kaunter.
Dua tiket utk pergi balik KL central. Business ya.
Selepas ketuk mengetuk kunci komputer dihadapannya ,aku diserahkan 4 keping tiket utk warga emas.
Ada diskaun woooo. For half price aku kena bayar lebih 200 ringgit utk 2 orang tiket pergi balik.
Eh... tak jauh beza pun dgn tiket biasa platinum coach. RM 5 ringgit saja lebihnya.

Tiket dah ada. Tunggu masa saja utk perjalanan ke ibu kota. Terbayang2 riuh rendah dua beradik bersama tok dan wan mereka. Tentu ceriaaaa.

Selepas itu,ke Pahang utk kenduri sambut menantu sebelah lelaki. Semoga dipermudahkan urusan kami .Selamat pergi dan selamat kembali.

Tak sabar nak keluar dari kawasan ini. Sakit kepala tak habis lagi...


promo rupanya harga ini...

Baru perasan... harga yg cikson bayar tu promo rupanya.
Kalau harga sebenar berapa ya
Nampaknya kalau harga membumbung tinggi, balik ke gold sajalah train yg dinaiki. Sampai juga ke destinasi... kan kan.

Bye.Have a happy day. Loghat oghang jgn dok ambik peduli.



Sunday, January 27, 2019

An escapade 2... cuci mata,telinga dan mulut di puncak gunung Jerai..hai hai hai.


Berada beberapa jam di Jerai Hill Resort kami dihidangkan halwa telinga,mulut dan mata..haha.

Cantik bunga bunga batu di situ . Row after row of them. Ada warna biru dan merah samar. Terpesona mata memandang. Maka kepada penjaga taman kami bertegur sapa. Nak beli benih kalau ada dijual.
 Jangan buang duit,tenaga cik,katanya. Ternganga kami mendengarnya.
Dia yg arif tentang horticulture memberi tahu,tidak berjaya menanam pokok itu di bawah. Cuaca sejuk, tanah sesuai di puncak saja yang membolehkan pokok itu tumbuh .Maka bila berada disana,nikmatilah keindahan itu puas puas.

Bertegur sapa person in charge of the taman dan riadah, banyak cerita yang kami dengar.
Kerenah penghuni yang bermacam2. Macam malam tu,kami terserempak,sebuah rumah yang senang senang saja memperaga barrel minuman keras diluar bilik. Barrel tau bukan botol.
Ada yang buat kemudahan disitu macam harta benda nenek moyang sendiri. Melanggar do's and don't . 

Seorang yg baru sampai berjoging dari bawah ke puncak kami tegur. Umur dah 70an tapi masih mampu mendaki jalan jalan berliku. Juga seorang anak menolak kerusi roda ibu didepan rumah menarik perhatian kami. Masa balik,kami berselisih dia dan ibunya lagi dijalan.Bertuah siiubu. May Allah bless the son and family.

Makan nasi lemak masak sendiri nikmat terasa selepas perjalanan mencabar. Puas dapat menjamu anak2. Yg gelihati tu,bila habis mkn,kami tinggalkan bekalan diluar atas meja. Sedang rehat2,cikson nampak kelibat kepala bulat terhendap2 . Apalagi,sekuat suara cikson bertempik. Terkejut cikli yg sedang lena. Dan begitu juga si penghendap itu pun bungkus lintang pukang. Selamat makan malam kami...hihi.


nasi lemak,ayam pedas,ayam berempah, bilis goreng,telor rebus.
Tertinggal pula acar timun and nenas


Makan pagi di restaurant hotel pun sedap. Tentang mkn disini mudah sebenarnya. Ada cafe dan juga food court. Harga bolehlah tahan.


Add caption


Well... kalau ada rezeki,mau lagi kesini. Tapi rasa nya lebih selesa naik van berbayar. Tak gaduh fikir wear and tear kereta dipaksa naik bukit turun bukit. 

Gambar gambar kenangan anak beranak...

Kemudahan bilik 406...
bilik air ok

ruang bilik ok...cuma kati single comel sangat.

 Posing tangkap muat anak beranak. The image of Mary Poppin kept popping in my head. Adalah teringat aksi2 masa singing session dgn anak2 sekolah dulu.





















And at last...dibawah weeping willow.cikson berdiri...hihi.

Saturday, January 26, 2019

An escapade... melerai sesak ke Gunung Jerai


Cikson anak jati Kedah...Kedahan born and schooled.Namun tak pernah sekali pun menjejak gunung famos amos dinegeri kelahiran tercinta
Akan Gunung Jerai ini,selalu dilihat bila melintasi Gurun. Selalu berfikir...ntah bila lah berpeluang nak ke sana.

Then, anak buat cadangan berpergian sehari dua semasa dia masih bercuti sementara kembali bekerja.
Pulau Pinang, Langkawi dalam cadangan.
Namun kataputus dibuat ke Gunung Jerai akhirnya perjalanan.

So that day saw us anak beranak melalui liku liku jalan penuh debaran menuju puncak. Berdegup jantung bila kena buat lipat patah. Hon dibunyikan bila signal horn kelihatan sepanjang jalan. Mujurlah hanya sekali kami bertembung dengan lori dan terpaksa himpit ke tepi...

Selepas hampir 13 km dan 30 minit ,selamat sampai ke Jerai Hill Resort PKNK. Bilik dibook terus melalui talipon dan bayaran dibuat online..Bilik 406 punya 2 katil single yg comel lote. Bersih dan lengkap kemudahnnya. Tapi view dia hanya taman dan swimming pool.

Lunch ,nasi lemak masak sendiri. Begitu juga malamnya. Breakfast di restaurant dan additional 29 ringgit per pax.

Aktiviti terhad buat kami sbb faktor kesihatan. So bye to flying fox ,absailing, jungle trekking dan seumpamanya.
Namun pemandangan berbaloi. Nyaman sungguh. Pokok pokok bunga segar bugar terutama gardenia. Puas menikmati panorama sekeliling.

Besoknya jam 11 lebih kami bergegas turun. Harapan tu tak adalah orang naik masa tu. Alhamdulillah benar tekaan kami. Semasa turun hanya sekali saja kami berselisih dgn kereta lain.
Jalan turun bukit agak mendebarkan. Laju saja memanjang. Guna gear rendah atau L dan sesekali brake. Hangit juga tayar. Lagi satu jangan guna aircon.

By and by ,nafas lega kami hela bila selamat sampai ke tanah rata..Syukur yaamat.


haha... layan je la gambar gambar semasa disana ya..diabadikan buat kenangan dihari muka.Gambar flora dan fauna nya yang marvelous. Ni  musim kering , kalau sejuk lagilah menawan khabarnya.

Sana sini bunga batu menghias laman

segar bugar dan besar 


Pokok tanah tinggi

Ni bunga tongkeng kan..





antara fern yg tumbuh

padang permainan

dari beranda rumah tumpangan

Thats all folks..bye.

Wednesday, January 23, 2019

The days I went missing


Its been a few days since I last penned my writing on this site. Been missing in action gitu.
Been to KL and back.
And its  because of tender loving care despite having medical problems,that mom and dad braved the journey. 1k kilometres approximately . Quite an achievement for the two ailing folks of RBL.

Sonny bonny cikson dihantar syarikat utk tugasan di India utk satu tempoh yang agak panjang. Selepas berhempas pulas nego itu,ini, maka dalam tempoh singkat tarikh penerbangan dikata putuskan. Maka bergegaslah kami tanpa fikir dua kali ke KL utk berjumpa dgnnya. Gila apa,bila badan masih terdaya,nak biar anak merantau tanpa send off. Tak gitu? Entah tahun bila pula baru jumpa.


dari tingkap Malindo

Gemar lihat kepulan kepulan awam berarak....

one for the album...



So Friday itu, terbanglah ciksoncikli naik Malindo ke ibu kota. Bermalam di Batu Muda yg bertentang dgn Batu Caves. Dari tingkap kondo, dapat dilihat cahaya terang benderang walau pun agak jauh. Juga bunyi suara dan paluan gendang sayup sayup didengari.

The next day, we went shopping at a mall in Wangsa Maju. Bought some necessities for the lone ranger. Lunch was at a restaurant ...aduhai masin yaamat kuah laksa Johor yg disaji..After that to OUG to meet uncle wen as Pohim called him.

Flight to Bangaluru was at 8.00 as per filght ticket. So by 12 ,we made our way to OUG to fetch the traveller and proceeded to KLIA by 1.00 pm. And by 3 we were already at the said airport. Wah..ramai juga orang. Mostly jemaah umrah.

We soon came to know that the flight was rescheduled to 9. So ample time to spend. Then an idea to go to KLIA2 was mooted. Why not....?
Haha... peghak jugalah bila kali pertama naik tren ke sana. 


ke KLIA2 lak kita


By 6 , sonny bonny waved goodbye to us 
By wen, safe journey.

We took MaraLiner for our journey home the very next day. I nearly raged at one heartless old man....mungkin muda sikit kot dari makcikson. Ada ke dari KL sampai Butterworth dok pasang u tube tepi telinga kita dgn kuat. Mungkin penggunaan earpiece tak ada dlm pengetahuannya.Kalau lagu merdu halua telinga dapatlah juga. Ni tidak, semua bahasa dia borong. Dari Melayu, Cina,India,Siam, Mexico dia borong dan tala handphone dia ke depan. By the way my seat was just infront of him. So practically, I could hear the sound screaming into my ears. Sakit wei...Mau tension. In the end I jumped to the seat in front. 
Hope pihak bas tolonglah letak peringatan kepada puak2 begini. Tulis besar besar. DILARANG BISING! 

Lega bila dia turun kat Penang. Muka pun macam tak betul saja. Itu yang cikli larang cikson dari sound kat dia.Orang tak betul bukan boleh kita jangkakan tindakan dia .
By the way, ada satu kali cikson sound an Indian couple yang bersembang at the top of their voice atas bas. 

Reached Kangar exhausted like anything Monday evening. A journey of 8 hours.
Lapar ,terus ke Kola pekena ikan bakar.

And yesterday, Tuesday, the whole day was spent at Hospital Sultanah Bahiyah ,accompanying cikli for his doctor appointment. Mau sekerat hari ke sana.

Thats all folks . For a 67 yr old woman to do all these,I salute myself....hihi.Alhamdulillah masih berupaya berbakti buat anak2. To do my best . Harap tidak disalahertikan sebagai memilih kasih. 

Bye.


Friday, December 28, 2018

Jalan jalan Padang Besaq...


Eh mana lagi nak pi kalau di Perlis ni kalau tak Padang Besaq. Especially nak shoppingkan..
So setiap kali anak2 balik kampung halaman, tempat ini pasti dalam must go mereka. Sini tak ada mall yang gempak gempak. Standard Giant saja. Tu pun entah grade ke sepuluh dari sepuluh punya.

Tergerak juga hati nak ajak anak anak melancong ke Haatnyai nun diseberang sempadan. Seronok tgk kaum keluarga lain berposing sakan kat Songkhla,makan makan dan lawat lawat sana sini. Bukan jauh pun.Balik hari pun boleh. Tapi.... booom ! Keluar berita patung tu dah terputus dua kena bom selain 6 lagi tempat bergegar. Terbantut selera nak ke sana.

Zaman dulu2, ada lagi satu tempat iaitu Wang Kelian. Nun jauh merentasi bukit bukau ,kawasan bebas cukai digemari kami disini. Seronok shopping sana. Murah murah dan tak perlu nak buat pas sempadan atau pasport. Tapi itu semua tinggal kenangan.Apa pun dah tak ada ..

Oh welll, semalam cikson pi lagi ke Padang Besaq. Hajat nak beli toto.
Di sana kami terus ke Padang Mart. 2 ringgit parking sekali masuk .
Perut lapar ,so terus ke restoran apa ke namanya dalam kawasan itu. Tapi kurang lah rasa masakan Thainya.Something missing.

Lepas makan, ke dalam Mart kami tuju. Tak ramai orang. Gerai jualan keropok kerepek kami tuju. Gerai pertama yang hujung sekali. Nampak penjaga wanita macam serius sangat mukanya. Ada masaalah kot. Lain macam saja. Yang geramnya depan depan kita dia nak main silap mata. Nampak terang2. Dah pembeli kata tak hendak dia boleh selit juga botol yang tak terpilih dalam plastik bersama yg lain. Depan2 tu juga makcik suruh tukar dan marah pada dia yg cuba menipu. Lagi masamlah muka dia...So awaslah semua ya. Berhati2 dengan penjual ini.

Tak banyak yang dibeli.. Tapi habislah juga seratus ringgit .

ha macam nilah antara pemandangan di sepanjang jalan..

Wednesday, August 29, 2018

Sepanjang perjalanan...naik ets waktu tgh malam.


Serik rasanya naik ets waktu malam. Tak sepicing boleh lena. Rasanya lebih selesa berbas bila perjalanan malam sebab: Dalam perjalanan malam itu,

  • Bunyi bising dari kriuk kriak tren
  • Bau busuk dari toilet di koc D semerbak sampai koc C
  • Goyangan koc mcm naik bot dialun ombak sekali sekala
  • Tv masih dionkan walau jam lebih dua pagi. Gambar kartun pula tu...

Tiket tinggal 4 sahaja. Jadi yg dapat itulah yg kena terima. Maka tak boleh kata apa2 bila kami berpisah tempat duduk. Cikson di seat 6B dan cikli di seat 10C. Untuk pengetahuan kalau seat 10 ke atas dikoc C adalah seat face to face leg to leg... hehe..Mujur ada hamba Allah yg sukarela nak switch seat . So cikson diseat 11 mengadap seat cikli. Ruang utk kaki sedikit padat. Tak boleh senang hati berlunjur gitu.
Ni la seat face to face tu...
Sesuai utk famili

bila mengadap cafe... macam2 aksi dapat diperhati..

Terimbau kenangan masa zaman muda belia cikson merantau ke Selangor. Masa itu belum ada express bus semua. So by trainlah selalunya. Di stesen BM atau Butterworth , perjalanan adakala sendat dgn penumpang. Dan bila tren berhenti seketika di Tg Malim, rasa peristiwa itu baru kelmarin.Dulu2 ada bunk utk tidur dan koc tren berkelas kelas gitu. Kalau first class selesalah dari third class dengan perbezaan yg ketara

gambar google...sapa pernah naik tren malam gini..nostalgic betul


For info,tren malam ni berhenti entah berapa puluh station. Tapah Road, Tasik Gelugur antaranya.
Dan schedule dia tak ada selalu. Hanya hujung minggu.

Perjalanan 5 jam dari KL Central jauh beza dari masa dulu dulu. Dulu more exciting and happening. Sekarang masing masing bawa hal masing. Dengan gadget ditelinga,mata tertumpu di screen, perbualan tak kemana...Dan tiada lagi hiruk pikuk orang berjaja diatas tren.Sementelah terpampang no outside food allowed.

seat 10 dan 11 face to face dgn penumpang lain di koc C
Screen masih tunjuk gambar kartun walau sudah dinihari.
Rasanya kanak2 pun dah tak minat nak tonton tv waktu begini.

Sebenarnya banyak kemudahan bila ber ets bila berjalanan..


  • Boleh letak minuman dan brg2 ringan depan kerusi,tapi pohon jgnlah letak kaki

pull out mini table


  •  boleh pilih seat kalau rajin bertanya pada kaunter atau bila buat on line purchasing.

Ha... tgk betul betul seat dan koc yg sesuai
Yg ada toilet atau dkt toilet kalau boleh elakkan
Kalau tidak terhidulah bau yg semacam...masem

  •  Boleh tahu kat mana dah ets sampai atau sedang menuju

tren mlm rupanya banyak stesen dia singgah
  • Boleh charge phone 
    gambar pinjam google... buka flap ada three pin plug
    Tapi cikson tak pernah cuba


    All in all travelling at night memenatkan. Seminggu bermata panda...haha