Showing posts with label RBL. Show all posts
Showing posts with label RBL. Show all posts

Thursday, August 11, 2022

Peneman si tua.....

 RBL jarang dikunjungi tetamu. Anak anak pula jauh nun di ibukota dan di pantai timur. Jadi yang menghuninya adalah dua warga tua. Suami dan saya . Aha...

Namun selalu saja meriah disini. Dengan makhluk bersayap dan berkaki empat. Dan kami pun taklah berasa sunyi. Bas,kereta,motor lalu lalang dua puluh empat jam sehari. Tak ada cuti.

Nini nini ninoooooo...ambulan berbunyi

Heyyy..covid datang lagi?  Kerap betul ambulans menderu menghantar pesakit melintas rumah kami. 

Janganlah...

Terbaca ,sekarang ni bukan saja covid jadi ancaman, ada lagi virus terkini yg mengancam nyawa mansia. Belum habis covid,monkey pox,dan yg latest virus apakenama dari China. Waspada semua ya.

Nak kenal teman teman setia yg memeriahkan RBL ?

Ni pun mereka.....

Dua sejoli sehati kesana sini



Burung burung selalu datang menjenguk kami. Riang mereka mencari makan dibelakang rumah. Datang mereka berpuak puak. Ralit cikson memerhati lagak mereka.

Ada yang lemah lembut,budi bahasa. Cari makan bersama sama. Namun ada yg berlagak bagai samseng kampung dusun. Kalau puak ini yg datang, semua burung yg lain terpaksa mengalah. Bapa ayam ketuanya. Yg berkumpulan pula burung mynah hitam. Bertempiaran lari cak rumah kena kejar.

sini meriah selalunya.


Ibu beranak tiga ni pula selalu buat muka kesian. Dah manja dgn cikli. Mula mula dtg sendiri,lepas tu diangkutnya tiga anak sekali. Sekarang menumpang dirumah ibu cikli. Namun setiap hari ke sini .




buat muka kesian ya..

Ayam dua sejoli pun dah macam ayam sendiri. Tak ke mana mana dah mereka. Namun yg buat tak berapa berkenan, enapcemar mereka yg mengotorkan lantai porch. Jenuh nak basuh... shushhhh.

atas iriz pulak



Jadilah....antara haiwan haiwan yg dtg menjenguk kami. Ada juga kawan utk ciklicikson berdua dalam menanti anak anak cucu cucu pulang.............



Semalam sang bulan pun dtg bertanya khabar...Entah siapa yg diajaknya bertandang. Buah betik ranum dipokok habis dimakannya..

terang bulan semalam..

Thursday, June 11, 2020

Wahai haiwan atas siling ....

Terkejut cikson tengah malam buta.
Kedebooom! Kedebaaaam !
Bunyi kaki kaki halus di atas kepala.
Berlaga dengan steel framework siling RBL .

Apa tu?
Hey you!
Suara cikson di tengah malam tentu mengejutkan jiran dari lena.
Turun!
Jangan dok main atas sana!

Sudah banyak kali bunyi bunyi itu menghantui malam kami. Setakat ini cikson hanya berdaya bertempik dan bunyi bunyi itu diam seketika.
Malam esok kalau kau datang lagi ,tunggu!
Mau ku lastik kau ,baru tau!
Kata cikli beri amaran.

Banyak malam juga bunyi bunyi begitu tidak berlaku. Tiba2 se malam datang lagi.
Terganggu tidur kami .
Aduhai...
 
Musangkah? Tupaikah? Kucingkah? 
Or maybe orangkah?
Macam2 terbayang dalam fikiran.

Dua tiga hari lepas, ternampak seekor haiwan berwarna seakan coklat merayap atas talian letrik dan telefon RBL.
Nampak macam tupai....
Di belakang rumah pun terserempak dengan haiwan ini.Merayap dari dahan ke dahan.
Mungkinkah ini punca segala bising di atas siling ?

Wahai haiwan atas siling rumah kami, berilah kami ketenangan malam utk melelapkan mata kami.
Kau baik kan?

Melayari google utk masaalah musang di atas siling ,ada beberapa tips yg dijumpai...

1. Tanam pandan wangi
Ehhh atas siling mcm mana nak tanam. Tapi bolehlah cuba letak dua tiga perdu atas siling tu.
2. Pasang perangkap
3. Tutup lubang lubang
4. Dahan2 pohon yang merendang ke rumah boleh lah dicantas.
5.Letak bau bauan tengik yg tak disukai sang musang...eg belerang. But is it combustible?
6. Beli ubat kencing harimau..


Tu la haiwan yang cikson nampak dok melata atas dawai letrik hari tu.Bukan main macam sarkas lagak dia.

Thats all folks.
Have a nice day.

Saturday, June 6, 2020

The sanctuary 2...pokok betik cikli.


Seronok tau tengok burung burung yang silih berganti datang hinggap di pelepah daun pokk betik cikli.
Gembira saja. Very chirpy.
Sekejap singgah merehatkan diri dan selepas itu terbang ke awan tinggi.
Leka aku melihat gelagat mereka sambil pinggan,mangkuk ku cuci.

Ni tak boleh jadi
Gambar mesti ambil sebagai bukti
Nanti ada pula yang ingat cikson berhalusinasi...

Lantas hphone Asus pemberian anak ku capai
Gambar2 mereka ku gapai
Nah....ini dia gambar mereka dalam perlbagai perangai.



Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption


Ini antara species burung yang hinggap
Ada lagi yang gambar mereka tak dapat ku tangkap.
Harmoni saja mereka
Tidak pun ada bercakaran, bertelagah walau bangsa berbeza
Tak macam kita..... hoooi macam2 nak sanggah.

Kalaulah pokok betik cikli sebagai sebuah negera
Tentu rakyatnya hidup aman dan sentosa

Semalam tertonton di Awani sidang akhbar seorang pemimpin
Hadoiii.... macam2lah dia ni!

Friday, June 5, 2020

The sanctuary


Washing the plates and dishes, I enjoyed the view behind my house.
Tanah se kangkang kera dibelakang rumah sentiasa meriah.
Lebih lebih lagi se lepas pokok betik tanaman cikli merendang dan membesar.

Besar dan lebar daun2 betik ni dari biasa,I noticed.
Batang kedi, daun rimbun. Tak lama tentu menyembah bumi.
Sayang tau sebab dah ada bunga dan putik muda.
Tak lama lagi tentu dapat rasa nikmat buah ketela.

Cikli menongkah dan menongkat batang pohon yang di khuatiri menyembah rumi.
Kalau tidak mesti rugi.

Namun dipelepah daun itulah banyak aktiviti.
Setiap hari,petang dan pagi
Banyak burung datang ke mari
Hinggap di pelepah daun untuk melepas lelah diri.

Burung burung yang singgah di serenggeti kami
Macam2 kategori.
Ada kecik kecik tapi aktif sekali
Ada ekor panjang dengan tompok hitam atas ekor yang berjurai ke bumi
Ada sepasang seakan merbah... ehh aku kurang arif tentang nama2 burung2 ni.
Tapi tak kelihatan lagi burung cantik warna kuning yang aku kagumi.
Mana dia pergi?

Ramai yang datang berkawan, riang ria patuk sisa makanan
Ada yang datang berpasangan , macam kekasih dua sejoli.
Namun ada yang datang solo, sorang diri.

Pohon betik atau ketela belakang rumah, ralit tau aku melihat semasa membasuh pinggan dan cawan
Pada unggas kecil yang terbang bebas kesana kemari dari bumi ke awan
Walau ada covid, ada pergolakan politik, mereka bebas tanpa ada akta yang menyekat kebebasan
Hidup mereka sentiasa ceria tanpa tanda2 ketakutan
Dari ancaman....

Dah ada putiknya...

Pohon betik cikli
Dalam laman RBL ini.
Di belakang kebun arwah pak mertua yang telah merimbun kini.

Friday, February 22, 2019

Musim bunga di RBL


Galak sunggoh pokok pokok dan tmbuh tumbuhan sekeliling RBL berbunga.
Dan ada yang juga sedang berbuah
Musim kemarau panjang katakan

Seronok betul cikli bila pokok jambu air yg disangka mandul dah mula berisi...eh berbunga.
Setiap ptg gigih cikli membelek bunga bunga yang sedang mula mengembang.
And ..kalau cuaca baik n sesuai,Insha Allah dapatlah kami merasa hasil titik peluh cikli bercucuk tanam.

Di  laman RBL yg sekangkera....

Thursday, July 19, 2018

DIY... jari jari ku kejung semua


Dah lama benar cikson tak upkan posting berkaitan DIY.
Malas, jemu dan rasa tak up to standard semua ada.
Nak ditulis tentang masakan, hmm tak ada yg gempak atau penemuan baru. Asyik itu ,itu saja. Gulai, masak cili dan lain2 yg selalu.
Nak diceritakan bab DIY .. tak ada apa pun yg baru diterokai.

Hari Raya Puasa itu , rumah cikson pun macam tak semenggah masa bertetamu. Sibuk ke sini kesana menguruskan bab sakit demam saja. Mujur ciklin ada beli sarung cushion baru berwarna hijau kosong dan yg berbunga bunga. Ada la sikit kelainannya. Bunga fresh yg dibelinya cantik dimata tapi kurang menyenangkan baunya..Eh.. bunga apa ke namanya. Jenuh pening dibuatnya.

Kuih2 seperi biasa tidak dibuat atau dibeli . Semua anak anak . Hingga sekarang masih berbaki. Yang puas makan tentu cikli. Berbotol2 kuih habis dikunyah ,ditelan masa tgk tv.

Kerusi meja makan pun tak dapat sarung baru. Kain ada dibeli tempoh hari tapi mesin jahit macam dah expired rasanya. Ada gadget dia terjatuh hari tu. Belum check lagi sama ada dah betul2 KO atau masih OK..nanti2 lah ya cik inai.

Lepas semua balik rumah yg sedikit kucar kacir .cikson overhaul balik. Tapikan..tahun ini kain biru tidak lagi diselimut pada almari2 semasa ahim balik. Dia dah tak minat semua tu. Hanya kusyen saja dijadikan halangan iron man dia.

Nak tahu,selempang hijau yg dikerusi pun dah ditanggalkan. Dah selamat jadi riben pengikat langsir . Hehe..bijakkan.

Inilah suasana masakininya..haha.

Alamak.. tudung khazanah bawah tabletop dikitchen tak dapat dilekat balik dgn kukuh seperti awalnya. Dah tiga empat kali cuba,asyik tertanggal. Geram betul tgk. Bertagak saja nak ke hardware lagi.

Apa apa pun... hati masih teringat pada rumah no.7. Bilalah nak siapkannya. Banyak ongkos perlu utk itu..

Suasana sebelum raya RBL. Begini adanya.....
dua insan tua saja yg ada biasa biasanya

daging salai dari Pahang sajian satu hari 

sambal belacan wajib ada
Kalau terabsent,mau patah selera 

pemidang masih dengan barang barangnya

cushion2 masih ditempatnya

Alas kerusi dan tablecloth serta bunga masih menghiasi meja

Itu suasana bulan puasa. Hari raya haritu tak ada pula gambar yg cikson tangkap.Busy sangat pun ia.

Dan selepas raya sampai la ini pula gaya rumah ciklin anak saya yg kamu jaga..Haha.

curtain di ribenkan

sarung kusyen dari Kuantan

bunga2 dah naik ke awan

sarung kerusi jadi lagu ni
Sash hijau dah tiada kini

entah bila agaknya warna curtain akan berubah
Asyik warna gelap  dari 4 tahun yg sudah
Nak sponsor pun..garu kepala ...

Saturday, March 3, 2018

like the bird on the hot tin roof....not

Today I spied a bird. Lonely as before on the hot tin roof.
Tersesat dari manakah dia?
Its been a few days since I last saw her.
Birdie...I called out.
Tweeet tweeet tweetooooooo.
She made no respond.
Up on the hot tin roof she stood still for a few minutes before she spread her wings and flew away.

kesian dia... lonely birdie just like me.

I was like the lonely bird today.
Cikli was away on his first fishing escapade after such a long abstinence.
He was so excited to join the fishing competition along the kuala perlis beach . What more the prize is a whopping 50K!
Mau menang kaya kita!
Lepaslah  sapa sapa nak buat kenuri.kata dia.


cikli and bro... having a time off



So what did I do all this time.
Thought of taking the commuter to SP didnt materialise. Sorang sorang jalan tak seronok la. Nak masak pun dah kehabisan bahan bahan mentah. Nak keluar beli pun malas. So cikson fried nasi goreng ajalah.

After that, she stripped off all the covers from the chairs and tossed them into the washing machine.
Eh... takkan nak biar togel begini. Seronoklah nina and her gang dok cakar.
So she put on fresh covers on her dining chairs.
Dah tukar covers,why not change the table cloth too.
Oh ya... the turquoise polyester cloth was spread over the table.
Hehe... biar tukar colour scheme semua sekali.
So the table runners and covers were given a treatment... all blue.


So thats how cikson spent her day while her hubby was away fishing.
Like the bird on the hot tin roof...not.She didnt dok melangut saja. Dok pikiaq sat lagu ni sat lagu tu. Baik kemaih rumah .Dari dok ghoplah..ahah.


Inilah deko meko cikson yang  tak sepertinya bila kena tinggal.
tukar tema.... gray and turquoise

saja saja tukaq mai tukaq pi

haha... konon konon 

baru nampak ada warna nooooo.



ha hah.... nak tukaq lebih2 kena tunggu approval tuan ampunya.



Thats all folks . Bye. have a pleasant weekend.

Sunday, January 28, 2018

Cantikkkk.... dimata dihati


Beauty lies in the eyes of the beholder.
Cantik itu dimata pelihatnya....iyeke?
Benar... ada betulnya.

Cantik pemandangan didepan rumah...kata cikson.
Sawah nan sekangkang monyet nampak hijau dan kuning.
Belukar yang merimbun nampak menghijau
Burung yang bertenggek dipohon nampak gagah dan santun
Matahari yang kian menyinar nampak riang tersenyum..iyeke?


seberang jalan seberang pagar....

kelibat si burung berekor panjang dapat ku lihat
kegemaran mereka berkaki empat panjat memanjat

rimbun buluh tempat si bulu bulu berehat

disebalik pagar jiran
rimbunan pohon yang masih bertahan..


Mungkin lain kata orang lain yang menonton
Sawah nan sekangkang kera hanya rumput yang merimbun
Belukar yang merimbun mungkin sarang ular sawa yang tembun
Burung yang bertenggek dipohon ,tak beri apa2 untung
Matahari? Lagilah... panas dan rimas bila cahayanya menyuluh terang.
beberapa lama dulu...suasana begitu

satu ketika dulu...juga begitu
tapi adakah dia akan begini selalu..

Gitulah... beauty itu terletak pada hati
Hati yang merasa
Bukan sekadar mata...
Yang selalu ditutup oleh pura pura..

Tuesday, January 23, 2018

Ninasandaq... story told n untold.


Few must have wondered why she was named so..Ninasandaq!
She was named Nina by the children after that bottle of perfume that I brought back from Edinburgh..Ninaricci.
Another cat was named Ricci ,but she was long gone.
And how did Sandaq appeared after her name.
Oh ya... sandaq was sandar... recline. She likes to sandar all the times. Thus we nicknamed her ninasandaq.

Berapa umur dia? Someone asked.
Quite a veteran,she is.
Anak dia pun dah tak terbilang ramainya.
And none live to see old age.
At present she was left with 2 kids. Bu and Nyet. Teh was knocked down by a car and lay motionless on the ground when we found her. Suka sangat duduk bersantai bawah kereta ,tu la akibatnya.

The other day, Nyet was found limping. Cikli nursed him and he was back to normal.

Nina has one peculiar behaviour previously. She grrrrrred when we teased her children.
She even rushed to ciklin with a menacing look when she called her favourite child's name.
I tried to test her once again.
I called out baby baby baby loudly to her small children.
Nina raised her head and stared at me!
Marah la tu.
Oh..tak boleh panggil main main tau baby baby  gitu.
Nina nina....

Nina is still full of kasih sayang. I could see it when feeding them. She stood still to let her two children have their feed first. Thats her... always a loving and caring mother.

samseng kampung dusun...pakwe ninasandaq terkini.


Bu, namanya diberi kerana warna bulunya..kelabu

mengawasi pak tam yang datang bertandang..

hebat dua beradik ni... walau pokok tu tinggi,
seronok sangat mereka panjat memanjat pagi pagi.


Thats all folks. Bye.

Monday, January 22, 2018

Of hospital visits and traumas.... at the eye specialist centre HSB


Anak kecil itu meraung raung. Raungannya memenuhi segenap ruang menunggu sempit klinik pakar mata.
Kenapalah agaknya dia...bisik hati
Well... the child was one of the patient needing specialist care for his eyes.
I was a few chairs away from the family trying to calm down the wailing child.

Then I came to know why..

Gam 2 second rupanya
Gam 2 seconds ? Apa dia?

I recollected browsing DIY that day and bought one . It was super glue and it takes a second to glue. Ans its super fast. Got to taste its fastness on the skin when I was trying to fix a hook onto the wall. It takes troubles to clear it away and its painful.

So just imagine it if its in the hand of a child!
Super seriuos ,I tell you.
Especially so even if a tiny drop of it enters the eyes. Gila!

So parents be wary. Keep away those gum out of reach of your children or anybody's children for that matter.

Accompanying cikli for his scheduled visits to the eye specialist centre brought me face to face with aneka ragam penyakit mata.Ada buatan manusia .Ada yang dah ditakdir hendaknya.

There were many cases of eyes being swollen because of allergics. So were cases of contact lenses.
But mostly because of diabetes.. Yes majority of case are diabetes.

There was one case of splinters from  grass cutting.

Tapi case dari gum uhu,gam gajah dan gam super glue itu dan terkena anak anak sangat kesian. Pada anak lah. Pada ibubapa yang lalai ...hai entahlah...Mau ku tembak saja dengan senapang gajah!

Thats all folks. My bebel for today
Hope everything fine . Please,please keep your home safe for children.

On that note.... abam Fahim and lil babe will be coming shortly. Have to make RBL safe for them..
Bye jambangan bunga atas meja. Bye to pinggan mangkuk atas divider...

Good Monday to all..bye.

Some examples of superglue...berguna tapi awas bahaya.
googled picture

googled picture

Saturday, January 6, 2018

Se petang di RBL.


Walau tiada tamu yang berkunjung datang
Walau bukan masanya anak anak pulang
Namun RBL tetap dengan kegiatan kegiatan mereka yang adakala kita boleh jatuh sayang.
Melihat gelagat mereka yang riang
Pokok kelapa jadi tempat mereka jadi sutntman
Ranting kemboja tempat mereka bergayutan
Bawah daun jambu yang rendang kadangkala mereka baring melepas kepenatan

Harmoni jelas ada
Si ayam cuba menjamu selera
Bersama ninsandaq dan anak anaknya

Sekali sekala jiran sebelah pun bertandang sama
Ada kelabu,hitam pekat yg tak nampak apa kecuali mata
Atau si tampung yang manja.
ada kenduri di sini

ramai ahli keluarga si bapa ayam datang walau tanpa diundang
amboi... kot nak ajak kami sama kata si ayam
betullah... makan tak ingat orang ,kata sitampung yg berjiran.


Tak apalah mak ayam oooi
Walau lebihan itu pun dah rezeki

Tengok tu... dah puas makan kenduri
Semua kroooooh krooooh di petang hari

Bawah poko jambu air yang tak berbuah lagi...


Thats all folks. Have a pleasant weekend
Bye.