Sunday, March 10, 2019

Happy International Women's Day yg sedetik terlewat.


Women's Day dah sehari dua berlalu.
Happy belated International Women's Day kawan kawan sejenis.
Haha...kawan kawan sejenis.
Ya lah... makcik pompuan, so makcik tujukan ucapan ini buat semua pompuan asli. Semulajadi .
Jangan tak tau sejak dulu ada yang tidak asli...transgender dan seangkatan dengannya.

Dalam banyak banyak rancangan tv pada hari itu,makcik tertonton interview TPM kita..Dr Wan Azizah. Selain mengikuti butir butir bicara dia ,makcik tertarik dgn pembawaan dia. Air muka dia..expression dia dan lenggok bahasa dia.
Tenang dan menyenangkan.
Wanita enam puluhan ini yang melalui liku liku kehidupan yang mencabar mengagumkan . Nampak manis sekali raut wajah dia. Walau ditempat yang tinggi dia kini, nampak dia tidak membanggakan diri, mendabik dada atau sifat negatif seorang pembesar yg berkuasa.

Terkesan makcik bila ditanya dari mana kekuatan dia masa menghadapi cabaran maha hebat dulu. Jawapannya...sabar dan ingat anak anak2. Sabar kerana anak. Kuat kerana anak.

Dan aku teringat akan ibu ku.
Dia kuat dan sabar kerana anak anak.
Kesusahan yang dia lalui dia telan kerana anak anak.
Andai dia lari, entah apa akan jadi pada kami.
5 orang anak...4 perempuan satu lelaki.
Bersekolahkah kami? Jadi orangkah kami ?
Dan cucu cucu pula terpelihara kah mereka dengan sempurna andai keluarga susah papa kedana?

On this International Women's Day walau telah berlalu, kenanglah seorang perempuan yg telah berjasa dalam hidup mu. Dan jadilah seorang berjasa pada zuriat mu.Dan bila sudah tiada, kenangan anak cucu terhadap kita positif saja...

Dia seorang wanita yang banyak berkorban untuk familinya
Dia kuat, sabar menempuh cabaran yg dihumban kepadanya.
Dan kerana dia ,aku berjaya jadi manusia...

Thats all folks.
May your day be bright but cool .
Stay safe everybody.

No comments:

Post a Comment