Wednesday, June 3, 2020

Sebaik2 ibu si Tanggang ,sejahat jahat Nyonya Mansur.....


Dua personna diatas berstatus ibu.
Satu katanya hidup di zaman dewa dewa,dan yang lagi satu hidup di dunia sekarang walau dekad berbeza.
Dan cerita kedua mereka sangat diketahui oleh rakyat Msia. Jadi folks lore. Jadi legend.

Ibu si Tanggang sangat baik. Sangat menyayangi anaknya. Sanggup melakukan apa saja buat anak jantan seorang. Biar maruah dipijak pijak bila dia membuka mulut meminang anak orang kaya yang dicintai si Tanggang. Dia sanggup. Dia rela.
Namun bila hatinya dirobek oleh sianak yang sangat dirinduinya,dia sanggup memohon supaya anaknya ditimpa musibah. Sanggup menyumpah menjadi batu.Itu dia.Sanggup dia.Tegarnya dia.

Rasanya Nyonya Mansur tak seperti ibunya Tanggang. Walau hatinya marah, sakit, dia tidak menyumpah anaknya.Dia hanya halau anak menantunya dari rumah dan beri mereka wang secukupnya utk mereka memulakan hidup baru. Dia mencabar mereka berdua berdikari. Apa yang terjadi pada mereka berdua bukan salah Nyonya Mansur. Kassim Selamat Yang bodoh.
Bila ada duit dia berjoli sakan. Bila isteri dia hilang, dia menangis sampai buta. Bila dah disembuhkan dia sendiri jolok mata dgn garpu sampai buta kembali.
Ya... aku baru terbaca ttg persepsi ini dalam posting seseorang. Betul juga kan...
Kalaulah Kassim Selamat pandai guna duit dari pemberian Nyonya Mansur tentu dia selamat. Tentu dia dengan Sabariah sabar menjalani hidup mereka.

Dan dunia sekarang pun ada lagi ibu seperti ibu si Tanggang. Marah anak terus tak mengaku anak. Marah menantu langsung diberi gelaran bukan bukan yang melekat dalam ingatan.
Harapnya aku bukan begitu. Walau  dicuit perasaan ,memohon yang bukan bukan ,bukan aku.Jauhkan dari ku perasaan begitu.Perbuatan begitu.
Semasa menghadiri satu jamuan, dalam soksek kaum wanita, aku terdengar keluhan si ibu.
Dia dah empat tahun tak dengar berita tentang anak lelakinya. Entah apa jadi. Rindunya tak terperi.

Kak doa saja yang terbaik buat dia. Setiap kali sembahyang itulah yang didakan. Semoga dia sihat, terpelihara dari pancaroba. Bahagia dia dimana mana. Kalau ada rezeki,satu hari dia kembali.
Kata si ibu sambil menyeka air mata. Ingin aku bertanya lanjut ,namun aku masih baru di sini. Namun cerita dia amat dekat di hati ini.

Pagi semasa subuh,doa ku panjatkan pada Ilahi semoga mereka yang dekat dihati ku dirahmati, dilindungi . Dijauhi dari pancaroba dunia. Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.
Semoga anak anak ku bukan si Tanggang atau si Kassim Selamat.

Bye. Thats all folks. Have a good day.
Doakan selalu yang baik baik buat anak anak ya.

Di sini aku perturunkan link utk bacaan para ibu. Semoga bermanafaat.
Doa ibu

2 comments:

  1. Benar makcik. Anak-anak bila sudah dewasa apatah lagi berkeluarga, ada yang berubah terus. Kita mak-mak ni, redha dan mampu doa dari jauh jer lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tapi jgnlah lupa teruskan. Setakat hello pun dah happy hati org tua kat kampung.

      Delete