Dalam samar2 pagi sekumpulan ayam ayam peninggalan arwah bapa mertua dapat dilihat berkumpul disudut halaman. Dekat pagar tepi jalan.
Oooi cikyam semua,nak pi mana?
Macam mau saja aku bertanya. Tak taukah sekarang ni musim covid. Masih berPKPb seluruh negara. Jang. an suka suka kesini ke sana....haha..
PKPB itulah yang sedang dialami semua kita. Tak kira bangsa,agama,status kerakyatan,samada pendatang atau warganegara. Banyak undeng undeng. Bak kata P.Ramlee..
Tapi ada yang buat aku ghoplah.Risau.
Dalam sehari ,kita rakyat marhaen disogok bermacam2 versi sesuatu perkara. Contoh ,bab sembahyang dimasjid. Setiap negeri ada SOP tersendiri. MKN pula ada statistik lain.
Berapa sebenarnya yang dibenarkan bersembahyang Jumaat, Terawih,Aidil Fitri...
Nombor yang berbeza2 buat ramai yang jadi serba salah.
Hari ini dengarnya wilayah Persekutuan dah benarkan 30 orang utk sembahyang Jumaat. Perlis rasanya masih 12.
Semoga tiada kejadian yang tak diingini berlaku. Dan mereka yang berjemaah hari ini dilindungi dari apa2 kemungkinan. Seram juga memikirkan takut kluster tabligh Sri Petaling berulang.
Hari raya tak berapa hari lagi. Dah kedengaran bunyi meriam dan mercun kat sini. Tapi tak meriahlah macam dulu2.
Sedih bila membaca berita tentang dia. Si ayah muda yang tekad berjalan kaki dari Johor ke Trengganu. Untuk kembali kepada keluarga.Matinya dia ditengah perjalanan sebab covid 19 amat terkesan.
Macam2 kita dapat baca dan lihat dikaca tv. Tentang daifnya kehidupan mereka yang hidup terbiar. Yang punya rumah yang tak seperti rumah.Yang terputus bekalan makanan. Dan ada yang sampai merebus batu supaya anak tidak merengek kerana kelaparan.Allahu. Besar dugaan mereka.
Ha... dalam kita semua risau tentang bahaya covid, timbul lagi perkara yang bikin hati gusar.
Kesetabilan negara. Ada2 saja. Kedah,negeri asal saya pun tak kurang bergundah gulana. Berebut kuasa antara mereka.
Rasanya...sampai bila ya nak macam ni. Sat lagu tu,sat lagu ni?
Hanya Allah yang mengetahui.
Bye... nak kena halau puak ayam2 tu . Dah berkampung di porch kereta pula. Macam orangRohingya. Bebasnya mereka dok teroka kawasan kita. Shoooooh,shooooh.
shooooooh |
No comments:
Post a Comment