Aku sebahagian dari mereka. Begitu juga dua anak anak ku.
Ya kami guru..dan aku bekas guru yg berkhidmat hampir 40 tahun lamanya.
Mendengar cerita dan berita mereka buat aku kelu. Bisu. .
Bisu dan kelu mengikuti cerita guru yang sedang menghadapi cabaran. Salah belum terbukti tetapi sudah diadili . Dijatuh hukuman walau belum dihadapkan ke pengadilan.
Kisah guru ,murid dan handphone.
Kisah murid,guru dan rotan
Kisah guru dan guru guru di bilik mesyuarat
Juga beratus kisah sekolah yang terakam.
Forum, media berebut untuk menyiarkan kisah kisah sekolah. Netizen pula hakimnya.
Maka ...apakah impak pada dunia pendidikan kita?
Looking back..
I was in school in the 60's. Hehe zaman dinasor lagi.
Beragam guru ditemui. Penyayang dan juga yang ranggi. Sedih bila dimarahi ,gembira bila dipuji.
Masa berlalu, aku pun guru.
Setiap perjalanan dihadapi walau kadang kadang rasa tersembam ditengah jalan.
Dan akhirnya dapat aku berada diluar spektra. Jadi pelihat saja...
Aduh... banyak benar cabaran masakini dalam pendidikan ya..
Thats all folks. Coretan saya.
Showing posts with label thru the eyes of an English teacher. Show all posts
Showing posts with label thru the eyes of an English teacher. Show all posts
Monday, January 29, 2018
Thursday, November 23, 2017
Result UPSR nak keluar...terimbau kenangan
Khamis 23... Dua artis ditunggu tunggu kepulangan dari tanah suci untuk merungkai tekatekok kahwin ke idoknya mereka pada pagi 15 hb hari tu.
Khamis 23... result UPSR dah keluaq!
Antara kedua dua tu tak adalah teruja sangat cikson nak tahu hingga tak keruan dibuatnya.
Berlaianan semasa mengajar dulu dalam hal yg kedua.
Bermula dgn guru penolong yakni guru biasa biasa ,kurang sangatlah tahun yg makcik tak diberi kelas periksa. Dari 4A hingga 5A. Mungkin GB2 cikson rasa cikson muka kelas periksa. Maka hiduplah kami dengan suasana guru kelas periksa.
Bagi yg bukan dari dunia pendidikan rendah,kelas periksa ni ada aura ,tekanan yg tersendiri. Bagitulah. Jadi cikgu2 selalunya kena hand picked oleh pentadbir. Kdg2 seronok dapat kepercayaan tapi adalah masa the feeling of burnt out dok stress dgn periksa .
Seorang guru darjah enam akan rasa ok kalau dia sudah mengenali rentak pembelajaran anak didiknya utk menyenangkan dia membimbing mereka kearah kejayaan. Maka bermula dari tahun 4 ,ikut kelas hingga tahun enam menyenangkan guru. Tapi ada masa hanya thn 6 saja berjumpa mereka,maka akan kedengaran keluh kesah cikgu.
Apa ni... simple simple mcm ni pun tak tahu. Grammar rules pun ke laut. Senak senak.
Dan bila results keluar,utk cikgi BI adalah masa paling mendebarkan. Ini killer subject. Kdg2 semua pelajaran melangut kebintang,subjek kita saja yg kuncup kebumi. Mulalah kawan2 ada perli memerli dan pentadbir sakit hati..
Eh... kalau tak BI kita dah ditangga nombor satu. Nombor satu tau!
Itu kisah cikgu penolong BI yg mengajar tahun enam. Or a few years tahun 5 when the result was 4A.
Dan pengalaman cikson sebagai guru BI kelas periksa berbeza beza. Ada naik turunnya.
Disebuah sekolah kampung, berkat mengajar dari tahun 3, murid yg menduduki periksa 4A ditahun 5 berjaya dengan gayanya. Ramai yang dapat kelas berasrama penuh . Syukur Alhamdulilah.
Next year, same teacher but hanya jumpa ditahun 6.... result hanyut kelaut. Sorang saja dapat 4A hingga pegawai KPM pun hairan...entahlah mereka buat kajian or not kerana lepas tu cikson kena pindah sekolah..
Biasanya... biasanyalah..keputusan gempak sesuatu result peperiksaan perlu kerjasama n gembeleng tenaga semua yg terlibat..
Pentadbir dan staf
Semua guru dan PIBG
Ibu bapa
barulah murid...
kalau tidak... kiss gudbye to good results..
Thats all folks my say about result UPSR yg akan keluar satni. AT 10 today dah boleh tau ye.
Saranan tiadakan upacara pengumuman results ada baiknya..Saya sokong sepenuhnya.
Bye...To my dearest darling daughter tentu berdebar debar rasanya. Dia pun cikgu kelas periksa macam ibunya. Baru setahun jagung dah kena macam ibunya masa muda. Periksa,periksa,periksa saja... haha.
Tuesday, August 1, 2017
Kesian dia...
Pagi pagi lagi hujan dah turun. Sejuk menyelbungi RBL. Tepatlah ramalan jab. Metrologi yg meramalkan hujan dikawasan utara. Dengarnya Taiwan juga sdg hadapi ribut apa tah namanya. Dan tempiasnya kita juga terasa..
Heboh juga ya bila TPM kita mempersoalkan keturunan tun M. Waaaau..ingat anak 2 sekolah saja yang suka buat joke fasal ususl asal seseorang. Masih ku ingat seseorang yang mengata aku ....jawi pekan katanya. Namun tak sedar pula dia pun tak jauh dari rupa datang dengan kapal dari tongsan..haha .Kisah anak anak bergaduh dah jadi ucapan berapi pak pak menteri.
Kesian dia dikutuk . Londeh melondeh asal usul bagai perang . Kita yang tengok pun boleh jadi berang.
Hoooih...sudah sudahlah buat kenyataan gampang!
Kami nak dengar apa wawasan utk negara jadi gemilang
Kami nak tengok negara bebas hutang piutang
Kami nak rasa tenang,senang.
Bukan setiap hari buka tv,baca news,buka fb...maki hamun yg dikumandang.
Sudah. Sudahlah...
Kesian dia...Ninasandaq ku lihat dengan mata yang sayu. Semua anak anak dia mati satu persatu. Mula mula Tam besar yang kaku. Terbujur sekujur tubuhnya masa aku pulang dari KL. Entah kenapa dia jadi macam tu. Tapi yang akan ku kenang adalah renungan matanya kali terakhir aku mendukungnya. Sayu seperti mengatakan sesuatu.
Lepas itu ,si Tam kecil yang menyusu jatuh sakit. Dia pergi . Dan semalam si kelabu yang ku panggil Bu juga sudah tiada. Yang tinggal hanya dia..Ninasandaq.
Sedih nampak dia |
Kesian dia..setiap kali dia mendapat makanan,dia menggonggong makanan itu ke halaman depan. Sayu suaranya memanggil manggil anak2 yang tiada. Diraciknya makanan kecil kecil untuk anaknya makan. Dia menunggu di situ. Makanan tidak disentuhnya. Sedihnya tengok dia begitu.
Nina..mana Baby? Dia macam mengerti. Mengiau dia memanggil manggil
Dah...anak dah tak adalah Nina..aku bersuara..
Kesian dia.
Baru saja meriah dia dengan anak 2 dan suami suami. |
sekarang yang ini telah pergi |
Kedua duanya telah tiada lagi.. |
Monday, April 10, 2017
21 st century ...classroom and teaching. Apa tu?
Going over the blogs that cater for education I came across many times the term 21 st Century . There is the 21 st Century classrooms which were featured. Masa cikson dalam alam pendidikan, tak pun sibuk dengan 21 st century itu ini. Yang paling tersemat difikiran adalah sistem file mengfile. Jenuh cikgu cikgu dikerah buat file,simpan file ,update file. Takat file panatia tu memang sangat dititikberatkan dari dulu lagi tapi masa tu fail setiap budak dalam kelas ,setiap matapelajaran kena up to date. Setiap lawatan nazir dan PPD atau JPN tak lari dari menanya,memeriksa fail fail itu. Ha... sekolah kena siap bilik pula nak letak fail fail itu. Kalau ada 1000 orang murid bayangkan. Dan fail tu bukan paper file tau. Fail hard cover yg tebal. I was telling myself what nonsense was this.
Betul pun tak lama lepas tu keluar lah statement yang kementerian tak minta pun sekolah buat macam tu. In other word sekolahlah yang tergedik gedik nak buat... ambik kau. Kesian cikgu yang bersengkang mata menyiapkan fail fail tu. I dont know now whether sekolah sekolah masih dok sibuk buat fail fail murid tu.
Begitu juga sistem peperiksaan . Sibuk masa tu dok on line , Memasukkan markah murid dalam sistem. Cikson pun terlibat berjaga malam sampai pagi just nak key in markah. La ni tak tau lah apa perkembangan tentang sistem itu. Dah gantung tak bertali atau dah mati.
As a former educator, ada yg baik tapi banyak yg memeningkan sebenarnya dalam sistem pendidikan kita. Oh ya...kat Amerika pun serupa. Baru terbaca rungutan guru disana yg mereka pun terbeban dengan nak sediakan repot itu repot ini.
Going back to the 20 first century classrooms, I applauded the pains that teachers went through setting up their classes. Tapi tu lah. Hehe.. jgn marah tau. Tak berkenan lah sikit bila cikgu decorate classrooms dengan warna terang bendengan menyilau mata. Lebih2 lagi dalam cuaca kita. Warna warna garang tu macam menganggu tau.Tambah tambah yang merelit merelap.
Itu warna... Yang pi sangkut semua toknenek alat mengajar buat apa. Yang dah berbulan habis diajar ada dan yang akan diajar 10 bulan lagi pun ada. Tak peningke kepela budak dok tengok benda tu lama lama. Mana concentration depa. Lagi satu yg bergantung,berpaku didinding semua hasil kerja guru atau yg dibeli. Ingat murid minat sangat ke nak baca .
Through my experience,murid lebih teruja bila hasil tangan mereka yang kita paparkan. Dan melalui lawatan disekolah sekolah luar negara yg cikson berpeluang lawati, mereka menitik berat hasil kerja murid untuk dipamerkan.
For me... in my opinion..21st century classrooms are classrooms spacious enough, dilengkapi dengan peralatan 21st century dan murid2 penuh adab dan sopan . Guru juga bersedia, mampu dan tidak terbeban dengan kerenah birokrasi yang bertukar tukar setiap kali tukar pak menteri. Kewangan dan peruntukan mencukupi.
Dalam mengajar murid murid ada beberapa episod yang kuat terakam dalam ingatan..
Membawa murid keluar darjah, menyelusuri tepi sungai dan menyuruh mereka melihat keliling. Lepas tu suruh mereka describe apa yang mereka lihat.
Teacher. look a bird.
Teacher...worm
Juga membawa murid keluar darjah hingga kepagar sekolah. Suruh mereka kira bilangan kenderaan yg lalu. Rupanya dari situ,banyak yg boleh diajar. Murid2 pun excited. Cikgu pun happy.
Baca big book bawah pokok. Berlakun adigan adigan dari situ..
Bawa murid keluar untuk cari shapes. Habis kereta cikgu murid buat rujukan.
Teacher tyres round.
Teacher.. this square.
Teaching English is lots of fun. Rindunya aku...
Monday, April 3, 2017
Its sunny Monday today..Good day teachers.
After so many days of gloomy sky,the sun is here again.
I found this blog on fb and would like to share . And here I go again testing my prowress in translating.
The Elephant In The (Staff) Room - Why We Need To Talk About Teacher Well being."Adalah sesuatu yang mustahil utk kita menyokong perkembangan sosial dan emosi pelajar tanpa menghirau kesihatan emosi kita sebagai guru.
googled pic
Sesiapa yang telah bekerja di sekolah atau sesiapa yang mengenali seorang guru ,tahu guru selalu penat,stress dan hala tuju jadi kabur sehingga cuti sekolah yang akan datang.Kajian mendapati kerja yang bertimbun, pemantauan dan akauntabiliti yang tinggi , ragam perangai murid yang berbagai, polisi pendidikan yang sering bertukar tukar , peraturan dan kebudayaan sekolah yang toksid adalah antara rencah yang menyumbang kepada merosotnya kesihatan emosi guru.
Jadi adalah sesuatu yang perlu disegerakan semua mengambil berat akan hal seriousnya kestabilan emosi guru. Perangkaan yang menggusarkan mengaitkan emosi guru dengan kerja mereka dan tentulah menyumbang kepada kehadiran bekerja, staff berhenti atau minta ditukarkan utk sesuatu sekolah khasnya dan profession guru amnya. "
Artikel yang penuh boleh baca kat SINI
Well... setakat tu saja effort cikson kali ni. Mengalih bahasa bukan kerja yang mudah rupanya buat seorang yang dah pencen rupanya. Urat urat medulla oblangata tak berapa nak berhubung dengan aktif akhir akhir ini.
perencah stress
Coming back to my experiences as a teacher, Its suffice to say I started as a reluctant teacher but ended up being as satisfied as I could. It did take me time to savour the sweetness that teaching fraternity could offer. Being a few words personality, I could never imagine myself being a person who could talk in front of others. Huh... I ended being a teacher for teachers, supervisor and leader in my teaching career that spanned nearly 4 decades. And I had to give speeches in front of the king, the mb the teachers,parents etc etc. Teaching teachers young and old as well. Just cant imagine that..a shy personality couldnt be shy anymore.
I love teaching students and kerja kerja berkaitan bilik darjah. Semasa menyambung kembali mengajar lepas bersara,cikson seronok mengajar anak anak . Tapi hambatan tugas tugas lain rasa menghambarkan kesronokan itu. Dengan pemantauan pemantaun yg berbagai arah. Wei.. parah. Terus cikson berhenti dan berkurung di rumah..haha.
Haha tak dapat lupa wajah supervisor dari JPN tu...masa tu tgh menggila fail fail dan kertas sebagai eviden. Juga sistem markah on line juga. Kerja tak apa tapi sistem yg menggila.Juga bila sekolah tak dapat hantar peserta ke pertandingan... cikson kena hantar surat tunjuk sebab. Imagine sekolah yang ada 20 orang murid kena masuk pertandingan yg sama dengan sekolah yg ada 200 murid.
Sekarang gah pula dengan abad 21 punya stuff. Abad 21 itu dan abad 21 ini. Hantar report itu ini . Guru2 jangan marah pentadbir tau kerana dulu masa mesyuarat di jabatan, sekolah yang tak hantar nama naik di screen. Mau sepuloh kali naik,tersipu sipulah malu GB itu. Itu yang bila balik sekolah naik hantu. Semua kena bamboo..Alhamdulilah cikson bukanlah GB itu. Anak buah cikson banyak membantu.
Well... hari ni tak memasak. Cuti dari dapur. Rindu pula kat makcik kantin. Bye. Have a happy teaching day teachers.
no stress nooooooooooooooo.
Tuesday, January 3, 2017
Hari ketiga 2017...depa kena kerja
Menderum deram kenderaan dijalan depan rumah
Walau pagi masih kelam
Itu tandanya... depa dah mula bersekolah!
Selepas sebulan lebih bercuti sakan.
WELCOME BACK TO SCHOOL teachers and students
Have a happy new schooooool year... kata ninasandaq pada mereka
Kami kucing2 tak perlu ke mana mana
Kami tak perlu ke sekolah Disini saja bilik darjah |
Kata ninsandaq pada Tam,anaknya
Ini pokok bukan bunga Kalau dimakan boleh ternganga,kata ibu saya Itulah silibus pendidikan kucing katanya |
Terkenang si Fohim dengan ayah dan emaknya
Tentu schedule dia bertukar juga
Pagi pagi lagi dah kena naik kereta
Pergi rumah tokder yg menjaganya.
Kesian dia. Tentu dia terpinga pinga...cari mama.
Eh,,,mama pi mana? |
Oh...dia pi kerja ya |
Semasa jadi guru penolong,aku biasa biasa
Sedia kelas, terima tugas dengan rela
Ada tahun relaks saja..... tapi selalunya taklah dapat rasa
Sebab sekolah rajin benar bagi kita kelas yg nak periksa.
Maka mengajarlah aku dengan dedikasi
Ada tahun result ke langit tinggi...seronok tak terperi
Dan ada tahun,keputusan ke laut. kecut perut. Thn depan mailah semua jenuis manusia menanya,kenapa keputusan melalut. Salah kita ka...
Dan semasa jadi penolong pentadbir,tugas bertukar
Kena rela dengar rungutan cikgu cikgu yang tak puas hati
Dengan senarai tugas yg kita beri
Dengan jadual ganti yang kita beri
Dan jenuh jugalah bersilat nak bagi semua sama
Segala jenis checklist cikson buat .
Ada markah utk setiap tugas. Ada tab untuk setiap relieve chit yang keluar. Ada tick utk cuti yang diambil....haha banyak tau checklist cikson buat.
Jadi bila guru bersungut... ha mai jumpa cikson , tentu mereka gerun.Kerana semua benda dah tersusun . Silap2 kena tambah lagi baru terpegun. Sayangnya semua buku checklist tu tak dapat dicari. Mungkin tenggelam dalam banjir besar tu hari..
Jadi GB, Headmistress lagi haru
Tugas nya dari rumput sampai awan biru
Silap2 orang, boleh kita yang dapat malu
Lebih lebih lagi kalau sekolah haru biru
Sana sini bercelaru.
Teringat satu kisah
Pengetua marah
Kerana salah seorang habis semua kena sesah
Meeting jadi medan perang...
Tempat kerja jadi tak aman.
Well....siapa pun kita,apa pun kita,bersederhanalah.
Carilah jalan terbaik utk selesai masaalah yg tiba
Banyakkan membaca buku2 yg ada
Untuk jadi panduan kita
Sekarang lagi senang...semua dihujung jari
Hanya kita sajalah yg kena rajin mencari.
Satu teguran
Jadi guru...kena ada had had tertentu
Bergurau senda ok
Tapi kena tengok juga kita diperhati
Oleh murid yg kita ajari.
So .... apa apa pun Selamat kembali ke sekolah cikgu cikgu.
Panjang pula celoteh kita pagi ni nooo.
Monday, September 5, 2016
UPSR ? .....
Hujan pagi ini.Basah bumi.
Anak anak ke sekolah tentu basah esp yang berjalan kaki.
Adakala payung or baju hujan pun tak terbeli.
Lebih2 lagi kalau yang nak isi perut pun susah sekali
Lainlah yang berkereta dichauffer pulang dan pergi.
Harini UPSR?
Aduh... sekian lama aku lost connection dengan dunia pendidikan.
Hampir lapan tahun ...dunia itu aku tinggalkan.
Namun ingatan masih terang
Tentang satu,dua atau tiga hari keramat buat sekolah rendah.
Peperiksaan kerajaan yang tak boleh diambil mudah
Macam macam kerenah...
Kehendak ibubapa yang mahu yg terbaik buat anak anak
Juga jabatan dan kementerian yang akan buat analisis tak sudah sudah
Compare sekolah itu dengan sekolah ini.
Ada benchmark lagi.
Kalau sekolah A boleh buat kenapa sekolah Zee corot sekali.
Tahun hadapan akan berkampunglah segala jemaah nazir dari pagi sampai petang.Gali itu gali ini.
Yang kena bambu....tentulah GB.
Teringat aku akan persediaan.
Ada sekolah beri tuition dari siang sampai malam
Dari pekan sampai hutan
Atas nama kecemerlangan.
Dewan disedia bukan calang calang ya
Kena ikut standard operation procedure.
Bukan boleh ikut suka.Kalau tak JPN/KPM/ Lembaga murka.
Bermacam aktiviti dijalankan sebelum murid masuk ke dewan.
Bacaan yasin...sudah
Majlis restu Ilmu... sudah
Tips dan ilmu melimpah ruah.
Hari UPSR tibalah sudah
SELAMAT MENDUDUKI UPSR anak anak
Jawab dengan cermat,jangan gundah gundah.
Buat yang terbaik, yang lain berserah.....
Bye....
# upsr

Sunday, July 17, 2016
Koridor Kenangan
Dah lama benar aku tidak melalui koridor berbumbung itu. Hari itu atas jemputan aku kembali. Kembali menyantuni institusi yang amat dekat dihati ku. Disini aku punya sejarah dalam pendidikan.
Cikgu,GB sebelum cikgu Lan kan. Seorang wanita yang tak ku kenali menyapa.
Bagaimana tahu? Aku bertanya kembali.
Tengok gambar cikgu di office.
Selepas menjamah hidangan, aku ke tempat guru guru sedang melayan anak anak murid. Riang ria segak mereka berpakaian raya. Hidangan disaji pula beraneka rupa. Gembira mereka.
Dalam ramai ramai guru di situ,beberapa orang adalah guru2 semasa aku berkhidmat disana, Sama2 bertungkus lumus menceriakan sekolah. Sama2 menyediakan dokumen untuk Sekolah Kluster. Sama2 mencari jalan supaya anak anak murid mendapat pendedahan terbaik bukan saja dalam PnP tetapi diluar dari skop itu. Jadi tidak hairanlah kalau SK Sena menceburi dan memasuki berbagai pertandingan lokal,kebangsaan atau international.
Masa itu lompat tali SK Sena nombor satu
Tahun itu SK Sena pecah sejarah dapat bilangan terbanyak 5A.
Murid Sena guna Bahasa Arab dan Inggeris dalam acara2
Bertuah aku dapat berkhidmat dengan mereka yang gigih. Walau adakala pedih dan sedih.Semangat kami mendidih untuk melonjakkan nama dan prestasi SK Sena.
Aku tinggalkan Sena dengan Sekolah Sena mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dan penggantiku guru Penolong Kanan Satu ...cikgu yang membawa Sena banyak kecemerlangan. Roslan Yatim.
Menyelusuri koridor sekolah ,aku kagum banyak pembaharuan yang telah berlaku. Dewan Gimnasium tersergam indah. Kawasan sekolah diperindah.....seronok tengok.
Jam 11 lebih. Aku bergegas keluar dari kawasan sekolah kerana bimbang tersangkut dalam ratusan kenderaan. Mau pula hari itu hari Jumaat. Kereta sesak dan padat.
Bye Sena. Lain kali kita jumpa lagi......
koridor kenangan |

meriah |
segak dan lawa berbaju raya |
celah celah pohon |
merimbun pohon2 |
laman sekolah ...ada wajah wajah |
Monday, May 9, 2016
Anak anak sekolah kita..........anak2 sekolah depa
Baru tadi tertonton video yg menunjukkan anak anak di sebuah sekolah mendapat peralatan belajar.
Buka saja kotak yang diterima,terpampang kegembiraan yg sangat besar diwajah masing masing. Riuh rendah kelas .
Bilik darjah,murid yg menerima hadiah itu bukan dari negara kita sudah pasti.Dan cikson percaya gambaran kegembiraan yg begitu tak akan terjadi di negara kita, Kalau ada pun setakat senyum simpul sahaja.
Tahun tahun yang cikson lalui sebagai guru banyak yang cikson rasa, Tentang ragam anak anak kita.
Setiap hari ada saja pensel,pemadam, pewarna yang bertabur di atas lantai. Bila tanya siapa pun tak mengaku. Kertas dikoyakkan dari buku utk dibuat contengan lepas itu dibiarkan berterbangan. Bila musim main wau,bertaburan sana sini kapalterbang kertas di penjuru kelas.
Menerapkan kpd murid,melakukan itu adalah amalan pembaziran, barang 2 yg tercicir tanpa tuan dikumpul dan di agihkan kepada yg memerlukan.
Itu masa cikson mengajar . Sekarang entahlah. Mungkin kekangan kewangan sekarang yang melanda negara kita,murid 2 pun dah berubah sikap. Dah tak dapat membeli pensel setiap hari.Dah berjimat cermat seperti yg ibubapa dan guru asuhi.
Ini dulu buat tatapan n renungan hari ini.
Murid 2 dah disekolah waktu ini
Kalau ada pensel,ruler yang jatuh,pick up sendiri
Well,I too rememebered vividly those hard times when I was in school.
Too far different from what it used to be for my children,u see.

Monday, September 29, 2014
bila...the sky is falling down.Not
Dah Isnin harini....29 hb September.Sehari lagi masuk Oktober.Phew.How time flies.
Besok 30 haribulan.Anak anak sekolah thn 6 terpaksa melalui emotional turmoil sekali lagi.Why do I said so,so you ask.Manalah emotional tak tertungging kalau terpaksa menduduki dewan periksa sekali lagi.Terpaksa memerah otak mencari jawapan yang benar .Which we could relate very well....well almost all of us did .
Terimabau kenangan aku masa masih dalam perkhidmatan.Menjadi guru subjek teras ,menjadi guru thn peperiksaan memang satu satu jawatan yang jarang sekali tak dipegang.Selagi keputusan tak keluar selagi itulah jiwa raga kacau bilau.Dan ada juga tahun aku jaga dewan periksa.Jadi penolong selalunya.Satu tahun aku kena jadi ketua....KETUA. Lagilah parah degup jantung ku selagi belum selesai urusan peperiksaan sehingga noktah terakhir.Tak terbilang banyaknya soalan dalam kepala mengalahkan soalan soaln dalam kertas periksa.What if selalu berlingkar,berligar membelit belit.
What if the parcel of test papers didnt reach their destination?
What if ........jawapan murid semua sama dalam dewan itu...
We are answerable tau kalau apa apa discrepancies terjadi.
Dan aku tertanya tanya bagaimana mereka yang tertuduh dapat membuka,menangkap gambar soalan.So eager to know how they did that.Yang ku tahu prosedur or SOP periksa tu agak ketat.
Untuk anak anak yg akan menduduki UPSR kali kedua,just do your best.Tawakkal padaNya.
As the sky is not falling down as yet.
Berkarya dgn netbook comellote ni mmg mencabar jari jemariku.Apatahlagi nak ku sertakan gambar.

Monday, September 1, 2014
Merdeka! Kenangan di daerah situ
Itulah laungan yang bergema memenuhi segenap ruang dewan kecil itu.
Fahamkah mereka apa kata keramat yang mereka laungkan itu.Aku tertanya tanya.Anak anak kecil dari 6 tahun hingga 12 tahun riang sunggoh mengibar bendera kecil.Tambah lagi bangunan dan kawasan sekolah juga dihiasi ratusan bendera bendera segenap penjuru.
Itu apa yang cikson lalui saban tahun selama 36 tahun .Sekolah dan Hari Merdeka tidak pernah berenggang.Malah seiring jalan dengan tema tema hari Kemerdekaan.
MERDEKA! facebook |
Tahun ini rasanya serupa sambutan merdeka.Ada ikrar,pertandingan kelas,pakaian beragam which on another note I would like to caution.
Rasa tak berapa masuklah bendera dijadikan pakaian.Bukankah bendera satu keping kain yang kita letak dia ditempat tinggi.Di hargai dan dimuliakan.Lebih lebih lagi bendera negara.Namu apa jadinya bila bendera jadi seluar dan duduknya tentu lah anda sedia maklum...hehe.
Kecintaan kepada negara adakala taken for granted.Dan bila kita berada diwilayah asing beribu batu dari tanahair baru kita dapat mendalami erti kecintaan pada tanahair.Felt that when I was several thousands kilommetres away from home for sometime....dengar lagu negeraku pun dah meremang bulu roma.Gugur air mata.
During my teaching years,it was during merdeka that I could garner lots of pictures and posters which I would then used as TA or stapled them up around the school.And this year from STAR I think teachers could probably use these pictures ...sayang Utusan dan BH tak dibeli pula semalam.
makna tersirat....tapi yang tersurat tu buat tak nampak sudahlah |
digunting jadi ABM |
boleh jadi alat bantu mengajar yang berguna |
How did I celebrate Merdeka Day from RBL ..you guess.
Cikli pagi pagi lagi dah segak berpakaian untuk perbarisan.Jam 12.00 dia call bagi tahu berita perginya doktor kesayangan dia .Bukan orang lain pun.Suami sepupunya juga.Dr.Amir.Innalilahhiwainna hirojion.
Cikson pula ke KL...walau hanya di ruang tamu RBL.Tapi miss banyak acara.Ruginya.
disini aku sambut MERDEKA |
hero Lahad Datu yang gagah perkasa |
meriahnya....kita |
Dan tengah hari itu ke rumah pengantin pula.Kenduri kahwin kawan cikten..
Hari ni cikten balik dan kepala cikson pula berdenyut denyut....
Dalam banyak banyak iklan,sales pun banyak juga.Saja saja nak tanya....bila jumpa satu page iklan berwarna macam ni cikgu cikgu buat apa?Kalau saya ABM jawabnya.Macam macam tau boleh ajar darinya..
Salam Merdeka !
iklan sales semuka juga boleh diguna |
Monday, August 18, 2014
orang lidi pun boleh
Hi people...Time flies too fast.Its a working Monday once again...
Years and years of teaching saw me through many phases.And talking about teaching you cant run away from TA....Teaching aids.Kalau nak masak perlu periok,sudip,pisau gitu juga utk mengajar.
Serius...cikson rasa bogey....kalau masuk lenggang kangkung utk ajar pelajar.Esp pelajaran baru.Tak taulah orang lain....
So ....in my early years masa belum ada TA canggih manggih ,guru guru dulu kena buat sendiri.Kertas manila dibawa ke sana kemari.Bila mengajar alat ini dirujuk supaya murid senang memahami.
Masa dudlu dulu mana ada computer muter ni semua.Tak terfikir pun masa tu yang hidup ini semua dihujung jari.Duduk ,godek godek,bahan mengajar mai sendiri.
Teringat cikson ,lukisan paling senang adalah orang lidi.Lidi? Whats that.
Inilah contohnya....
Senang saja...garis garis dah jadi.Pakaikan seluar jadi lelaki .Pakai gaun mem lah itu..
Alhamdullilah,jari jari cikson boleh lah sikit sikit melukis.Orang,binatang dan awan....hehe pemandangan .Tapi bila warna entah kenapa jadi tak ketahuan..
Jadi dalam masa mengajar,gambar gambar begini jadi alatnya.Bila cikson tunjuk gambar anak murid dah tahu siapa mereka...
Dan semasa berkursus...kadang kadang muka muka begini memenuhi nota bila penceramah asyik dok sebut.......ya ya ya....
Years and years of teaching saw me through many phases.And talking about teaching you cant run away from TA....Teaching aids.Kalau nak masak perlu periok,sudip,pisau gitu juga utk mengajar.
Serius...cikson rasa bogey....kalau masuk lenggang kangkung utk ajar pelajar.Esp pelajaran baru.Tak taulah orang lain....
buku nota jadi bahan conteng |
So ....in my early years masa belum ada TA canggih manggih ,guru guru dulu kena buat sendiri.Kertas manila dibawa ke sana kemari.Bila mengajar alat ini dirujuk supaya murid senang memahami.
Masa dudlu dulu mana ada computer muter ni semua.Tak terfikir pun masa tu yang hidup ini semua dihujung jari.Duduk ,godek godek,bahan mengajar mai sendiri.
Teringat cikson ,lukisan paling senang adalah orang lidi.Lidi? Whats that.
Inilah contohnya....
orang lidi |
Senang saja...garis garis dah jadi.Pakaikan seluar jadi lelaki .Pakai gaun mem lah itu..
kucing gemok |
Jadi dalam masa mengajar,gambar gambar begini jadi alatnya.Bila cikson tunjuk gambar anak murid dah tahu siapa mereka...
cuba cuba lukis balik.... |
Dan semasa berkursus...kadang kadang muka muka begini memenuhi nota bila penceramah asyik dok sebut.......ya ya ya....
Monday, March 18, 2013
cikgu lah ajar saya.
Aduhai...Tak seronok sunggoh kalau terdengar rungutan ini
Ala...kat rumah bukan mak bapa ambil tahu pun .Selalunya mengaitkan kenakalan anak murid dalam kelas.
Dah la tak buat kerja sekolah.Lupa buku.Cakap banyak....Letak tepi sajalah..Senang kerja.
Ya,makcik sedih bila guru disekolah pun mengambil sikap tahu tak tahu yang sudah tentu ibubapa kat rumah tak ambil tahu.Lantas anak kecil itu rugi dua kali..sekali dirumah dan sekali disekolah.
Satu hari makcik terpanggil untuk memberi kata dua hati makcik.
Biarlah ibubapa tak ambil tahu.Biarlah kat rumah apa sekalipun.Kita makan gaji untuk mengajar.Mengapa nak heret ibubapa.Buatlah kerja yang kita diamanahkan.Cubalah sedaya upaya cikgu untuk mengupayakan anak didik cikgu.
Saya lebih berbangga andai anak yang mula liar,memberontak , menunjukkan peningkatan. Markah 100/100 dari anak yang dari awalnya tersedia pandai tidak menunjukkan apa apa Tapi rasa gembira bila anak nakal malas tak pandai tadi dapat 30/100 kalau awalnya markah yang dia pungut bermula 5/100.Rasa macam dapat anugerah cemerlang peringkat melintang.
Dalam beribu murid yang makcik sentuh,beberapa murid masih kuat melekat dalam ingatan.Antaranya:
Anak kecil gagap dan cacat tapi makcik berikan kepercayaan untuk mengetuai projek peringkat daerah.
Anak nakal yang kena ikat dimeja tapi mahu berlakon jadi waiter siap hafal dialog dan aksi.
Anak pemulihan tapi bersusah payah menulis semula karangan berserta ilustrasi utk ditampal dipapan kenyataan.
Anak anak ini kalau mereka berjaya,bukankah kerana hasil didikan kita,sebab dirumah mereka tidak ada siapa .
Adalah satu hadiah yang tak ternilai bila mereka berkata : Cikgu lah ajar saya!
Ala...kat rumah bukan mak bapa ambil tahu pun .Selalunya mengaitkan kenakalan anak murid dalam kelas.
Dah la tak buat kerja sekolah.Lupa buku.Cakap banyak....Letak tepi sajalah..Senang kerja.
Ya,makcik sedih bila guru disekolah pun mengambil sikap tahu tak tahu yang sudah tentu ibubapa kat rumah tak ambil tahu.Lantas anak kecil itu rugi dua kali..sekali dirumah dan sekali disekolah.
Satu hari makcik terpanggil untuk memberi kata dua hati makcik.
Biarlah ibubapa tak ambil tahu.Biarlah kat rumah apa sekalipun.Kita makan gaji untuk mengajar.Mengapa nak heret ibubapa.Buatlah kerja yang kita diamanahkan.Cubalah sedaya upaya cikgu untuk mengupayakan anak didik cikgu.
anak murid adalah bakul cikgu.Apa yang cikgu isi itulah yang dia dapat.Right? |
Dalam beribu murid yang makcik sentuh,beberapa murid masih kuat melekat dalam ingatan.Antaranya:
Anak kecil gagap dan cacat tapi makcik berikan kepercayaan untuk mengetuai projek peringkat daerah.
Anak nakal yang kena ikat dimeja tapi mahu berlakon jadi waiter siap hafal dialog dan aksi.
Anak pemulihan tapi bersusah payah menulis semula karangan berserta ilustrasi utk ditampal dipapan kenyataan.
Anak anak ini kalau mereka berjaya,bukankah kerana hasil didikan kita,sebab dirumah mereka tidak ada siapa .
Adalah satu hadiah yang tak ternilai bila mereka berkata : Cikgu lah ajar saya!
Wednesday, March 13, 2013
your class tells all
Your class tells all.
Betul.Tak bohong aiiih.
I am one for a clean organised attentive classroom.
Yes,it must be clean before I would start my lesson.
It must be clean during my lesson and before I leave the room.So its a common sight for me and my children to organise the classrooms before maam starts her lesson.I hate rubbish and disorderly classrooms.And also to leave a dump site classroom to the next teacher is very much an ill consideration.
Children should be orderly.That means all students have to pay attention...I could come up with many rules and regulations as well as punishments for those who dare.Usually its no trace,no outside the classroom punishment.But the children know they are being punished for their mischieves..Heran saya bagaimana cikgu boleh mengajar kalau anak murid dok main kejar kejar.
And putting up all the year round teaching aids all at once is not my way either.I think its better if its the work of the students that should be put on board than commercially produced or teacher made materials.You can see their pride when their work is given its due recognition.See how they hover over the dispaly.
I am for bulletin boards where most work are by children.Teachers could have neverending ideas from this website:
elementary school bulletin boards
Go check out...
Nampak susah ...tapi sebenarnya mudah.Petik jari siaplah dia.hehe
Mamason buat beberapa theme mcm:
My village
Life Under the Sea
Haunted
In the Jungle.
The Universe. and a few others.Semuanya murid lukis.Cikgu just ktik ktik ktik saja.
Monday, March 11, 2013
Looking back
Good afternoon,
Browsing the Photo Gallery,I came across pictures which brought me back to my teaching days.Me as a teacher ,a teacher and nothing else but a teacher.Confusing?
FYI ....A teacher plays many roles if you have not known.A policeman,a magistrate,a nurse,a cleaner,a jaga and even a witch!
Long ago,even during my formative years,I believe that teachers should go into class with ammunition like a soldier with his artillery...And to be exact ,teachers should be go into the class with ....teaching aids!Not lenggang kangkung.Ala makyong.
Matilah bosan kalau asyik asyik kapur dan papan hitam sepanjang hayat. Asyik air liur saja sepanjang masa.Asyik buka muka surat ...bla bla bla.
I still remembered those early 70's when I started teaching...so very basic.Mana ada semua gadget gadget ni.So teachers would draw on manila cards...and if you are bestowed with artistic fingers..hmm good for you.
So entering the class would be armed with self drawn pictures and illustrations.
Only when in the 80's.with the advent of computers ,our pictures or illustrations be a bit advanced.Still recall that first ever computer in SK Stella.
Wee... today,there's an explosion of gadgets to be employed when teaching...But are teachers using them ?Are they at the petik of a suis in every classrooom.
I wonder.
Kalau sekolah masih boleh gunakan alatan PPSMI yang berbilion harga dulu... Syabas I say you.
Some of my teaching aids
So teachers if you find yourself at a loss on how to conduct your lesson....look around!
Browsing the Photo Gallery,I came across pictures which brought me back to my teaching days.Me as a teacher ,a teacher and nothing else but a teacher.Confusing?
FYI ....A teacher plays many roles if you have not known.A policeman,a magistrate,a nurse,a cleaner,a jaga and even a witch!
Matilah bosan kalau asyik asyik kapur dan papan hitam sepanjang hayat. Asyik air liur saja sepanjang masa.Asyik buka muka surat ...bla bla bla.
I still remembered those early 70's when I started teaching...so very basic.Mana ada semua gadget gadget ni.So teachers would draw on manila cards...and if you are bestowed with artistic fingers..hmm good for you.
So entering the class would be armed with self drawn pictures and illustrations.
Only when in the 80's.with the advent of computers ,our pictures or illustrations be a bit advanced.Still recall that first ever computer in SK Stella.
Wee... today,there's an explosion of gadgets to be employed when teaching...But are teachers using them ?Are they at the petik of a suis in every classrooom.
I wonder.
Kalau sekolah masih boleh gunakan alatan PPSMI yang berbilion harga dulu... Syabas I say you.
Some of my teaching aids
cutout from newspaper |
displayed after a lesson |
books and pamphlets ...some from hotel stays |
this once thorny plants |
the school ground...teaching aids plentiful |
ready for a lesson outside and fresh oxygen |
So teachers if you find yourself at a loss on how to conduct your lesson....look around!
Tuesday, February 26, 2013
remembering them...the room.
My English Room
It was a hot and stuffy room one could be
But never a moment we could see
A boring place in SKRPB
The teacher is a lady
Who is in her sixty
Stern ,she was and no hanky panky.
The children were Year 1,2 and 3
Excited they were as the bees
Came running to learn abc
Lots of fun in the room
As children learn vehicles go vrooooom
And pirates were doomed.
A is not aye
But eh
c is not see
But kah
So you could hear
the children spell
kah eh teh is cat
Yes that's the best part of my teaching spree
In which I could sing,dance for free
And KSSR is what it should be.
Learning English is nothing but fun
Thats what I can tell my friend.
mentor mentee |
childrens' masterpieces. |
one to one at the teacher's table |
feel free to lie on the floor |
Tuesday, February 19, 2013
Di situ aku lalu.
SKRPB ...satu antara banyak sekolah yang aku dihantar mencurah bakti....lebih baik mengaku...mencari fulusi beli berasi...haha.
Waduh...waduh..
Benaar...itu kenyataan bukan khayalan.
Setelah 36 thn mengajar,2 thn pencen ...aku menyahut cabaran mengajar kembali semasa umur hampir 60.Semasa kaki mula longgar sekeru sana sini.Semasa mata mula kelabu dan minda jadi sebu.
Maka tercatatlah sejarah dalam liku hidup ini,seorang yang sepatutnya jadi nenek ,jadi guru baru ditempat baru.Seorang yang sedikit masa lalu duduknya di saf depan...or di atas pentas didepan dewan.Jadi teraju main kungfu .
Hari itu aku pergi sebagai guru biasa yang tak punya apa apa.
Rupanya susah juga nak biasakan diri bila terbiasa birokrasi dalam organisasi.Mau rasa sedikit janggal pada mulanya.
Mula ada juga kurang senang dengan keadaan.Mereka muda muda bergurau senda mesti beza.Aku nenek mereka pria dara muda ganteng tangkas segala....jauh beza.
Maktok,nenek itu gelaran tepat buat seorang aku yang dah lanjut usia.Rasa janggal kerana aku belum ada generasi kedua...
MBMMBI,KSSR,PBS,SAP....benda baru buat telinga tua ku.Mau ambil masa untuk ku kunyah ku telan untuk dihadam.Kalau gpoh gpah mau tersekat dikerongkong alamat padam.
Lagi satu perkara baru....sikap anak anak murid cabaran besar buat ku.Tahun 1 ...ahaha..aku memang tak pernah mengajar kelas kelas itu.Walau satu jam sehari aku bersama mereka,penatnya,lelahnya macam 10 jam lari marathon dunia.
2 tahun di kawasan sawah padi ,pokok pisang,lembu dan lori kayu panjang juga simpang 4 susah lintas itu,aku mengaku kalah.Tak sanggup lagi aku berpenat lelah.Lebih lagi tahun 2013 semua akan berpindah....nun atas sana dekat awan mencelah.
Ya aku mengaku kalah.Duit,fulus aku tak endah!
Jadinya...akhirnya ....di gua batu 4 penjuru aku bertapa hingga tak tahu apa berlaku diluar sana.
tangga ke tingkat 4,rasanya jadi halangan |
aaron aziz jadi peneman. |
suka duka jadi kenangan |
Subscribe to:
Posts (Atom)