Thursday, June 13, 2019

Koyak


Koyak rasa hati bila tonton telemovie semalam. Batik Zakiah tayangan tv3 lakonan Ahmad Tarmimi Serigar dan beberapa artis yg kurang ku kenali, mencuit hati. Terembes juga air mata.
Bukan mustahil perkara begini terjadi di alam nyata. Seorang ibu yg dipisahkan dari anaknya sendiri merana sepanjang hayatnya sedangkan sisuami dan madunya enak2 membesarkan bayi yg diculik dari buaian.
Itu garapan fantasi pengarang cerita dan pengarahnya. Di alam nyata , kisah begini benar terjadi. Anak sanggup dibawa lari, diletak dalam jagaan mak tiri hanya kerana tidak puas hati. Entah apa yg merasuk fikiran si ayah berbuat begini. Semoga episod sedih ini jagnlah berulang lagi.



Menjadi seorang guru mendekatkan aku dengan anak2 kecil. Persengketaan keluarga antara penyebab kemurungan anak2 sekolah ku. Pernah seorang anak murid meluahkan kekecewaan dia pada ayah yang sanggup meninggalkan mereka utk seorang perempuan lain. Dia yg hanya berumur tujuh tahun sudah arif tentang perceraian.Berkaca mataku bila mendengar ceritanya . Koyak hati kami guru2 berhadapan anak2 yg masih mentah tapi terpaksa mengharungi hidup kucar kacir begini.

Koyak juga hati ku bila kisah yg memalukan kaum dan bangsa jadi perbulan ramai. Buka saja fb, forum,blog adalah kes ini. Dulu era 1998, kita ikuti berita sensai lewat berita dan akhbar yg diselak2. Tapi kini dengan hujung jari, semua terpampang penuh terperinci.
Namun... aku yakinkan diri,semua ni mainan kaum iblis yg menggadai maruah utk kepentingan diri.Mohon sangat2 ini bukan realiti.Tak mau aku percaya bulat2 ttg hal ini.

Koyak hati sang ibu bila anak2 bermasam muka kerana bersengketa. Tidak bertegur sapa dan bermaafan di Hari Raya. Di senja senja usia ,melihat anak2 tidak seia sekata memang lara. Gambar Hari Raya ada kelompongan kerana ketiadaan mereka yg bersengketa.

Ni baru koyak...entah2 kehadapan terus rabak.
Semoga keluargaku terhindar dari semua ini.Dijauhi dari mereka yang hati tidak suci.Anak2 ,cucu2 ,menantu2 sentiasa terpelihara kasih sayang antara mereka. Kalau ada yg tak sependapat, bincang dan muafakat.Hindari dari bertelagah secara maya.Tidak ada faedahnya.Bala lagi ada. 

Thats all folks
Bye.

Points to ponder... bila disuakan dgn sesuatu cerita atau berita, jgn mudah mempercayainya. Googlelah deepfakes, Latex makeup, camera tricks dll yg seangkatan dengannya. Jadilah penerima berita yg berhemah.

Look...ni satu contoh make up . Nampak real kan.




1 comment: