Showing posts with label as I see it. Show all posts
Showing posts with label as I see it. Show all posts

Sunday, October 21, 2018

Thoughts


Thoughts that come and go
Like the  colours of the rainbow
Green,blue,magenta and indigo
But black ,white and grey...hey no

Silver linings and gold glitters a welcome sight
Red flaming ,burning ,scorching we usually take flight

Those colours that colour our thoughts
Should be chosen well and well should we begot.

Whoooosh... my try at rhymes and poems
Nothing much that are decorated with pompoms
On the walls they adorned

Ada masa fikiran penuh sepenuhnya
Eh bukan ada masa la
Setiap masa. Ada saja yg singgah dibenak fikiran
Tentang diri,keluarga,saudara mara dan negara
Juga menerewang hingga luar negara.

Kisah politik ditanah air tercinta
Penuh dramatik dan drama
Dula disanjung,dipuja
Kini... terdampar menggelupur untuk menegak kebenarannya.

Kisah Kashoggi juga apa kurangnya
Penuh intrik,misteri dan espionage segala.
New York,Istanbul,Riyadh pun bergelora
Anak Raja mau tak senang duduknya.

Ya... bila fikir banyak sangat
Itu jadi jiwa tak larat.
Semoga penamat segala yang terjadi berakhir dengan selamat
Untuk anak cucu mewarisi tanah air dan dunia dengan hormat yang bukan dibuat buat.

Bye..have a beautiful day.


Monday, October 15, 2018

Bapa ayam


Riuh rendah suaranya.
Memanglah bapa ayam se ekor ni, suara dia mmg kuat pagi pagi lagi.

Tu dok koook koook oooook.

Hari tu,aku tergerak nak tengok apa sebabnya dia dok asyik berbunyi.
Rupanya ibu ayam yg masih muda nak bertelor rupanya.
Sekali nampak dia panjat bumbung iriz,lantas aku bertempik menghalau.
Lepas itu dia panjat meja pula sambil berbunyi .
Yang, ni tempat sesuai utk you berteloq. Macam tu lah kot dia mengajak makwenya naik.

Banyak hari juga lepas tu dia tak kelihatan.
Dan satu hari dia datang berseekoran...hehe berseorangan.
Nampak dia memagut sesuatu. Mungkin makanan whiskies kucing kucing.
Eh..napa dia tak telan saja. Aku hairan pula dia tak makan tetapi seakan menggonggong makanan itu dengan paruhnya.
Dia ku lihat ke belakang rumah.
Riuh suaranya...kok kok kok ...lembut saja.
Macam memanggil seseorang eh seseokr lain utk makan.
Macam dia berkata.
You ,I ada bawa makanan ni. Makanlah.

Seekor ayam betina ibu dia hampiri.
Kok kok kok dia berbunyi
Hehe... sang ibu ayam buat tidak peduli
Terus  kembang kepaknya macam memarahi
Si bapa ayam yg cuba hampiri.

Eh... jangan dekat kami.
Pi lah kat bini muda you.
Biar I dgn anak anak sendiri!!!!.

Ha haha tertawa aku lihat  sibapa ayam itu
Teringat kisah kisah yg terjadi pada manusia seperti mu.
Ada anak bini, dok cari lain lagi
Lepas tu......
sambunglah sendiri..
bapa ayam 

Saturday, October 13, 2018

Apa beritanya ....


Whats in the the news this week ,folks?
Hmm, lets see.

1. PRK PD
2. Oktoberfest
3. Cradle Fund CEO
4. Perlis
5. Palu
6. Michael.

Today 13 October,PD folks will cast their votes once again. As u all know, nobody dies . This morning, I notice on fb, a call to not go out and cast votes. As a form of protest . CCWM is so keen on this. Macam2.
Well...apa pun kita tgk lah keputusannya nanti.

Oktoberfest? Ap tu?
Ni lah festival minum minum yam seng. Ramai yg membantah. Akan diadakan di Mid Valley katanya.
Pengalaman singkat di Edinburgh dulu, masih terbayang. Sana weekend mmg ramailah matsaleh mabuk. Ada yg terbongkang dalam longkang. Ganggu orang naik bas dan macam kerenah lagi.
kalau todi pula, masa kecil kecil dulu mmg selalulah tgk orang hoyong hayang .

Apa ada di Perlis ya?
Penengkapan 7 ke 8 orang foreigners dan empatan berkaitan ekstremism . Mereka berkampung di Bukit Jernih dan ramai yang mengikuti kelas kelas agama mereka. Katanya salah satu ajaran mereka adalah pengharaman memakai seluar. Lelaki dan perempuan.

Palu masih jadi perhatian.
Tengok sengsara mereka rasa tak tertanggung.Kampung bergulung dalam lumpur dan 5000 orang masih belum diketahui selamat atau tidaknya mereka.

Taufan Michael pula mengamuk di US. Lihat pada  kemusnahan yg terjadi , ngeri.

Bursa Saham pun jatuh dgn teruk.

Apalagi ya?
Oh ya, scammer sekarang pun ligat bukan main. Pengguna CIMB clicks dan Maybank to you pun terkena. Beberapa hari lalu, ada saudara yg kena. Bukan main berlagak jadi polis. Siap nak mai rumah dengan waran tangkap dan seal rumah . Nak selesai kena bagi 2500.

Thats all folks.
Berhati hati ya semua.

Friday, October 5, 2018

Yang menyedihkan


Tak tergambar dengan kata kata
Tak terungkai kesedihan yg bersarang di dada
Melihat kejadian itu walau hanya melalui social media.
Aku rasa macam kejadian itu merentap nyawa kita bersama.

Anak kecil itu tak mengerti keadaan sebenarnya
Yang ayah,babah ,bapa kesayangan sudah tiada
Tiada lagi susuk tubuh yang boleh ditunggunya
Setiap kali abah kesayangan balik dari kerja.

Teringat cucuku...Muhammad Fahim di ibu kota
Dengan ayahnya tak boleh beranggang lama
Akan keluar kata kata...nak ayah,nak ayah saja
Walau tok,wan,emak2 saudara ada didepan mata.

Masih sebak aku hingga pagi ini, rasa tidak ceria mengingat semua itu.
Mereka berenam pergi masa pergi membantu
Menyelamat remaja lemas dalam kolam yg dikatakan berhantu
Sedih,tak sanggup aku menonton video saat cemas dan akhir mereka di situ.

Ya Allah, Limpahkanlah rahmatmu atas mereka yg telah menemui mu
Masukkanlah mereka dalam Syurgamu.

Sedih, membelengu hati bila melihat kerosakan berskala magnitud di Palu
Minggu ini banyak kejadian kejadian menyedihkan berlaku
Melihat dia di heret ke pengadilan juga buat hati jadi sebu
Rasa harga diri aku seorang Melayu juga diheret bersama mu.

Teringat peristiwa di negara sejuk dulu
Pensyarah yg sengaja membawa isu tentang orang Melayu yg layu.
Kami penuntut rasa malu , kenapa saja buat begitu
Banyak lagi isu isu,buku buku yg bolek dikaji dalam pengajian itu
Namun, kalau saat ini aku di sana, tentu seronok dia tambah lagi tentang bangsaku...
Malas, tak ada kemahuan mahu maju sudah tentu
Sekarang penipu,pencuri pula rasaku....jadi topik dalam kelas yang sejuk beku.

Sedih sedih....


Wednesday, September 26, 2018

unggas itu mcm aku


Add caption


Dalam kelamkabut hari nak hujan,mata aku terpandang ke awan.
Nun, di kejauhan susuk tubuh kecil kelihatan.
Selalunya hanya diatas bumbung hingapnya dia
Kadang kadang berteman tapi selalunya tanpa siapa siapa.

She's a loner
Aku rasa aku pun macam dia...suka menyendiri
Rasa tak kuat utk menghadapi kerenah manusia yg tak bertepi.

end.




Friday, September 21, 2018

integriti, humaniti... semua yg bertiti.

Semalam,berita yg mendominasi tv sudah tentu yg berlaku di Jln Duta.
Aku tak lepas dari mengikuti... antara betul betul tercegat depan tv atau semasa sibuk mengurus kerja rumah RBL ini.

20++ pertuduhan baru
Yg dah sedia ada pun tentu memenatkan
3 juta wang jaminan... 28hb ni perlu dilangsaikan.

Macam baru sangat melihat kelibat dia disanjung, dapat air time seluas luasnya sehingga saban hari dia saja yg mendominasi.
Sekarang sebaliknya yg terjadi.
Mana kemegahan yg di megahmegahkan. Mana pengikut yg berjutaan keliling pinggang semasa berkuasa.
Kelibat isteri yg berjalan mendahului pun dah tak kelihatan .

Ini satu pengajaran
Yang diatas tak semestinya diatas selalu.
Lebihkanlah tanya pada diri... Adakah aku berintegriti
Adakah aku bertindak menjalankan tugas dengan mengenepikan humaniti. Membelakangkan undang undang, sombong dan bongkak diri.

Tak perlu kita jadi Perdana Menteri. Menjadi pekerja biasa pun harus ada semua sifat2 yg baik . Andai ditakdirkan ada sedikit peluang mengemudi institusi, jalankanlah dengan penuh berintegriti.

I like what Tun M tried to put into us... jadi orang yg tahu malu. Malu jika buat salah. Malu bila gagal. Malu jadi pencuri!
Jangan fikir curi duit saja patut malu.
Curi masa,curi tulang pun curi...

Talking about humaniti, integriti...moga moga satu hari Malaysia berjaya keluar dari segala yg membelenggu ini.
TB... sepanjang hidup ini,beragam isu yg ribut mengkucarkacirkan ,aku ditakdirkan melihat dan mengikuti

Komunis
13 May
Anwar saga 1
Anwar saga 2
Najib....

entah apa lagi yg akan mendatangi...

Anyway.lets leave it to the court to decide. Selagi orang itu tidak dibuktikan bersalah,dari segi undang undang dia tak bersalah. Lagi2 kalau dia mengaku tak bersalah.

As a citizen of this country,the later development would be followed closely.

Thats all folks.





Thursday, September 20, 2018

Yang didengar dan dilihat

Pagi ini cerah. Matahari bangun awal pagi. Sudah nampak cahayanya di celah celah pohon2 di luar tingkap. Ada macam macam warna la pula. Merah,kuning dan jingga dilangit yg biru. Cantik pemandangan dipantai waktu2 begini,kata hati.Tentu gembira melihat suasana pagi begini.

Namun berita pagi buat kegembiraan sedikit tercalar. Pagi ini mantan PM kita sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah atas beberapa tuduhan. 2.973 billion case kali ini. Berapa pula wang jaminan diri kali ini. Sejuta ,dua juta atau berjuta juta.

Jika sehari dua Mangkhut dan Florence mendominasi ,semalam aku dengar pula tentang typhoon Ali yg membadai Wales dan Scotland. Ada pula ribut diberi nama Islamik. Mungkin Ali bukan khas utk Islam seperti kita sedia maklum. Teringat Ali McGraw...Love Story.

Semalam cikson tonton youtube berkaitan taufan Mangkhut di Hongkong. Menakutkan sekali. Melayang orang diterbangkan. Menjunam jatuh kren dan forklift dari bangunan2 yg sedang dibina. Pecah pecah tingkap bangunan kondo. Angin berkelajuan 240 kph itu memang menakutkan. Kemusnahan yang terjadi menggerunkan sekali.

Climate change ... itu kata pengkaji.
Yg mengakibatkannya terjadi,kitalah sendiri

Semasa aku di Pahang, jelas kemusnahan hutan yg ku lihat. Dahulu disekeliling kolej matrikulasi hutan hijau menyenangkan pandangan. Namun sekarang, atas nama pembangunan,segalanya diboegelkan. Luas tanah diambil utk projek solar di Gambang sejauh mata memandang. Sudah tentu efek pada bumi dan cuaca di sana. Panas dan rimas . Yg hairan, tanah ini dulu diura urakan untuk pembangunan pendidikan kerana disekeliling tempat itu sudah banyak institusi pendidikan didirikan. Dan aku risau akan side effect projek solar itu pada penduduk disekeliling yg kebanyakan penuntut universiti dan kolej.

Gambar2 sendiri..
macam kurang segar pohon2 disini
luasnya kawasan yg di buat begini hanya disebelah pagar kolej


masjid 

dewan pun nampak kurang berseri

ke adaan ditepi jalan berhampiran kolej dan institusi

Entahlah... apa akan jadi pada bumi,kalau semua pembangunan dikejari tanpa melihat risiko yg bakal terjadi.

Thats all folks... bila manusia rakus cari kesengan diri,tanpa jauh memikir apa bakal terjadi, jgn menangis tak berlagu kalau keadaan hura hara nanti.
Sana ribut dan taufan,sini naik court keluar court jadi bahan perbualan dan kecaman.

bye.


Saturday, September 15, 2018

Angin menderu laju..antara Florence dan Mangkhut. Mana lebih takut.


Bangun subuh tadi dengan rintik rintik hujan membasahi bumi.
Jam 6 siaran tv aku ikuti.
Apa dah jadi dengan Florence dan Mangkhut yg membadai bumi?

Semalam cikli mendengus sebab aku conquer tv tengok CNN beram jam . Tak berpeluang dia tonton HBO yg dia suka.
Breaking News, Breaking News.... apa yg pecah ? sindirnya. Aku buat2 tak dengar dan terus tonton tv.

Hurricane Florence dah dikategorikan sebagai tropical storm berita terkini. Tetapi kerana lembabnya pergerakan dia, kerosakan yg dibawa luas dan memusnahkan. Dah 5 nyawa terkorban. Walau mandatory evacuation di jalankan,masih ada yg degil.Ada yg terperangkap dibumbung dan diattic . Satu pengajaran yg boleh kita pelajari. Amaran banjir dan arahan pihak keselamatan perlu kita ikuti. Jgn pandai sendiri dan berani tak bertepi.

Tak berapa banyak liputan ttg taufan Mangkut dlm berita tv. Namun dia lebih mengganas dari Florence. Kategori 5 dia ditakrifkan. Lebih menakutkan . Itu taraf pemberitaan disini berbandingkan disana. Macam antara dua darjat.

Rupanya cuaca lembab yg kita hadapi kebelakangan ini tempias taufan Mangkhut rupanya.

Two hurricanes world apart...aku dengar pembaca berita baca berita.
Satu didunia serba maju dan satu melanda negara daif . Cara bertindak dan cara pelaporan pun ada perbezaan.

Meninjau dari tingkap . awan kelabu berat di ufuk selatan. Tanda hujan akan datang kembali bertandang.
Di sini sekalisekala bas pelancong menderu laju menuju kuala. Agaknya nak keLangkawi gamaknya.Baru teringat cuti 3 hari pula time orang Malaysia bersuka ria... bagi mereka yg sihat dan berada.

Thats all folks... tak semua kita ingini boleh kita perolehi. Namunjangandengki. Lihat orang bahagia kita irihati.

Have to end here... bye. Have a safe weekend dearies.


Tuesday, August 14, 2018

WW... kata kata




dari fb
tapi itulah kata hati

Kesakitan melihat anak anak melalui kesusahan adalah lebih sakit dari melalui sakit itu sendiri. Lebih lebih lagi bila tidak berdaya untuk buat apa apa. Atau telah berusaha sedaya upaya namun tak kemana jua...

Kepada yang sedang melalui saat saat ini, bertabahlah. Doa yang baik baik semoga semuanya jadi baik baik.

Thats all folks. Hang on to all who are facing all the hardships watching the loved ones facing their demons. And you are not the warrior in shining armour.

Bye...

Saturday, August 11, 2018

what a shame ....

I read with apprehension on an piece of socmedia news. Body shaming! Its not right whats more done by some one entrusted with educating young hearts.
Buta perut. I heard myself cursing beneath my breath.
Gemok ke,hodohke, juling ke..its not our making. Itu kurniaan Allah tau tak.
Dan datangnya dari seseorang yang sepatutnya mendidik akhlak akhlak mulia ,tak dapat lah di nilai kerosakan yg dibuat.

Sejak akhir akhir ni terlondeh pula segala macam keburukan,pecah amanah ,salahguna kuasa sampai tak menang tangan  MACC,PDRM dan Tommy Thomas. Selang sehari ada sajalah. Dan setiap keburukan yang terdedah merisaukan. Inikah yg telah dijadikan amalan kebanyakan kita.
Lepa saja ada lah yg akan ambil peluang.
Menonton 13 orang pengawal keselamatan memakai baju oren jalan tunduk2 meruntun hati makcik. How worse could we become.
Dan terhairan sejenak, bank telah tidak dipercayai ke. Duit million2 boleh pula tersimpan dalam suitcase dipejabat.

Semoga tiada lagi kontraktor2 sombong yang menggunakan kuasa politik untuk mendapat tender. Pernah berurusan dengan mereka yang sedemikian. Cukup bulan paksa sign claim sedang kerja tak semenggah. Repot ke pihak berwajib, pun tak jalan.
Eh I kenal orang ni. I ada adik beradik kerabat saka orang politik lah.
Maka makan hatilah si pemegang jawatan kerana mendapat malu rumput panjang masa menguruskan perlawanan...kena perli .

Dan bukan tak ada juga pihak berkuasa menggunakan kuasa menekan kontraktor. Minta yg bukan bukan. Yang tak termetri dalam perjanjian.
Agaknya orang yg sama nama dengan zalim tapi huruf awal saja yg berlainan pencen dgn aman. He has given a hell of a time to us during RCS tenure there. Of which I had wrote a number of accounts..

Hope that with the new govt,new aspiration we are heading  a better direction.
Berita kehilangan revenue berbillion hanya fantasi bukan realiti.
Kapal ekuanomiti  tu pun hanya misteri...tak ada kong kalikong yg menyelibungi.

Thats all folks..
Have a fruitful and peaceful weekend.
Body shaming tu jgn jadi amalan hidup ya...
Nampak orang pelik saja,laju saja nak buat ulasan selari..

Bye...


Sunday, July 29, 2018

Terimbau kenangan... foto lama lama



The year 1969.
Masih sihat sihat ke semuanya..

I was asked for photos of me when the committee in charge was preparing for my bersara .
Tak ada,aku kata
Masa kanak2 ka,bayi ka.
None...whatsoeva.

Then I saw this picture somewhere.
Ada pun terselit.
Dok kelas science rupanya aku.
Maths ke laut macamana boleh masuk. Haha..
Aku patut masuk sastera.
Mungkin akhirnya boleh jadi loya..( lawyer)

Itulah perjalanan hidup
Ramai kawan2 jadi orang terbilang. Kita saja jadi belalang. Tapi syukur juga lah , boleh juga terbang walau tak tinggi ke awan.

It was thus I put into me that if I have children,they must be a step or steps ahead of me.
Syukur,tercapai juga impian.
Semoga cucu cucuku akan lebih terbilang.menjadi insan yg gemilang. Insha Allah.




Friday, July 27, 2018

If we live by the emoticons,this is yesterday...

Yesterday,nearly half the day was spent on the road.
I was driver to cikli for his appointment at HTF at ten.Thus by 9.55 ,I drove my dusty iriz to the hospital and deposited cikli at the lounge of  klinik pakar. Lots of people there,and finding a spot to park the car was a futile effort.
Out of the hospital, I drove back to where I came. Halfway,stopping at the day market held at FAMA. With a 50 dollar note, I managed to buy quite a handful
Garlics,onions,ginger,sotong,udang .ikan temenung and daging that will see us through for a few days,I hope.
A three ringgit worth of putu mayong was also in the catch.

Home I went and after sometime,I went out again. This time to the bengkel cuci kereta . Iriz needs a bath badly. Soon, she got her bath and I was a happy driver again.

Hmm.. call cikli to know his progress at the clinic. A sombre note...he has not been attended yet.
Why not I visit my beloved no 7.
And again I drove across Kangar town to where I call home 4 years ago. Dust has fallen on her once again.And cikli has brought back barangtakguna to store. Gerrrrram nye. I have called and hired cleaners to clean the house a few months back and now its an eyesore once again.
NAP pest ..I need your help. As for the paint, I need a few hundred bucks which I need to save.
And cikli has to learn that his wife is against clutter .
Dah berlori buang,dia bawa balik lagiiii. Adoii.

Where did I go from here?
Oh yeah... asam jawa dah habis. So to FRShop I stopped. Well hey,its the other shop where I got a few things. Asam jawa dia cantik . Got out from there with a few supplies. Duit lagiii.

Cikli, are you done?
Yes, I dok tgh jumpa doktor. Mai la. Satgi selesai la.

Vrrrroooomed,off I went to HSF once again. Waited patiently at the door. Saw cikli walking into the klinik pakar section.
Huiiih..awat tak keluaq lagi .Jumpa kawan ka?
Its been quite a while and the traffic is getting thicker. So decided to move my car from there. But where?
Menggila wey lagu ni.
Got to find a nice shade so that I could wait in comfort. So into the hsopital compound I went in, drove till the parking spot at the morque. No shade ...
To the main road and soon I found a spot. Parked my car and waited.
No call from cikli. Its nearly two.
Took out my phone and saw that a message.

Into the hospital once again and there cikli was on the bench,waiting.

Haaa lapaaaaq. He said.
Suri or RJ. I asked.
Ikutlah.
At the traffic lights,I corner kiri which took me to RJ.
Lengang saja kedai. I noticed.
Lengang lagi tray tray lauk yg tersusun atas para.
Lapaq punya hal,cedok juga nasi ke pinggan. Satu ketul kecik kedemit ekor lembu masak pajeri,satu keping sayur lobak panjang yg dah layu,sambal belacan and tiga ulas petai,sikit masak apa ntah I took my seat at the table. Cikli joined soon. Nasi and a piece of chicken with some gravy.
Tu pun puas mundar mandir cari lauk berbaki.
Haha.. nak terkejut tgk harga yg dikira. ...... Termasuk air . Gulp.
Issh.. kalau I , I kira lebih kurang saja bila lauk dah habis. Kira sedekah sajalah. Pelanggan pun kikih talam masa tu..

Balik dari RJ,ke FAMA lagi
Cikli nak beli buah la pula...
Bila sampai rumah, terkelepek dua dua warga RBL...

And if we live by emoticons.this is yesterday




letih sampai terjuloq lidah,
kata orang Kedah....hah hah.



Friday, July 20, 2018

cerita kasut..putih ke hitam?


Baru terbaca ,tahun depan semua pelajar akan berkasut hitam. No more whites. No more .
Selalunya di sekolah sekolah kasut hitam satu privilege. Hanya yg terpilih saja yang boleh pakai. Maka ternaiklah sedikit aura si pemakainya. Mungkin dia pengawas atau pelajar yg diberi tanggungjawab untuk menjadi ahli sesuatu organisasi. Yg tidak terpilih,berkasut putihlah kamu hingga habis sekolah.
Oh well.in retro,masa cikson belajar dulu2,kasut putih kasut hitam belum ada lagi fenomena itu. Kalau tidak cikson pun boleh pakailah kasut hitam sebab cikson pengawas perpustakaan. Setiausha lagi hihi. Dan jawatan ini membolehkan cikson bawa balik 5 buah buku sekali pinjam..haha.
Tu yg buat kakak aku mengamuk kerana aku selalu sembunyi bawah katil baca novel.

Talking about white school shoes,teringat makcik zaman sekolah dulu..

Satu peristiwa, cikson akan ke atas pentas. Semasa beratur , kawan mengusik.
Ni rambut tentu mak dia potong.
Kasut tak dak yg lain ka..
Well..if they know ,skirt yg cikson pakai itu pun hasil tangan sendiri yg mengalih sendiri luar ke dalam dan dalam ke luar. You get what I mean. I tetas kainnya dan jahit sendiri haha.

Satu hari ayah yg melihat ibu jari kaki ku keluar dari kasut yg koyak,dgn sedihnya berjanji akan membeli kasut baru. Satu janji yg susah ditepati zaman itu.

Dan aku rasa adik2 aku kurang merasa semua ini. Setelah aku berkerja, urusan keluarga rasanya sedikit senang sbb aku dan kakak menyumbang sebahagian gaji utk kelangsungan mereka.

Syukur .Alhamdulillah. Adik2 boleh bersekolah tanpa ibu jari keluar dari kasut dan yg bongsu sekarang Professor Madya di UKM. Aku dan adik bersara dengan mengetuai bahagian yg kami ceburi . Semua anak2 ayah lepasan Sc/MCE/SPM. Dan anak2 cucu ayah atau ba ramai lulusan U dalam dan luar negara.

Alahai.. panjang aku terthrowback . Kasut aje puuun.
Bijak Dr.. Mazlee . Kasut adakala penyebab pelajar rendah diri. Ada kasta yg tidak dihalusi.

Sunday, July 15, 2018

Timeline feed adakala merimaskan

Semalam gagahkan diri menghadiri Open House disebuah taman dipekan.Makanan sedap dan kami pulang dgn perut yg penuh dan paling afdal dapat berjumpa orang. Haha..

Dah berdekad tak jumpa cikgu. Apa kabar sekarang. Aku menyapa seseorang. Dia guru satu sekolah semasa aku masih anak dara dan dia teruna trang tang tang. SKSI 1975 kita mengajar sama dan bila bertemu semula dua2 dah tua. Bercucu pun kita.

Itu kisah semalam.

Pagi ni lepas subuh, aku baca newsfeed :

England kalah eh...
Hero hero dlm saga Gua di Thailand serta anak anak yg di selamatkan
Eksiden eksiden dilebuhraya dan sini sana yg menggerunkan

dan yg tak boleh belah...

Ttg perkembangan politik masakini. Ada saja yg tak puas hati,sakit hati . Aku yg membaca pun rasa semacam. . Betulkah? Logikkah? Dan aku takut berita2 begini boleh buat negara tak aman . Seronokkah kita? Mau jadinya macam Afghanistan,Pakistan ,Syria baru ketahuan.

Namun bila menatap 4 wajah yg berada nun di sebalik Banjaran Titiwangsa buat hati berbunga bunga..


wajah2 kesayangan namun jauh di mata
Dengar berita dan cerita pun dah jadi penglipur duka


Friday, July 13, 2018

Facebook no no..


Handphone dah sampai limit penggunaan data. So banyak lah yg tak boleh dibuat dan dicapai. Kalau boleh baca info,gambar mengiringi tak boleh diakses.
Message yg dibaca rasa menarik di share ditimeline sendiri. Maka lajulah tangan mengclick SHARE. Mana tahu boleh jadi pedoman dihari muka utk diri sendiri atau insan2 yg dikasihi.

Beberapa lama berlalu...

Laptop dibuka . Lebih laju capaian di sini. Huaaaa..cerita yang dishare dgn handphone rupanya punya illustrasi berahi..18 apa tah..
Mau ustajah ustajah lihat berkerut dahi. Apa ni . Tua 2 begini pun masih share hal hal begini. Tgk illustrasi tentu ceritanya pun sama sekali.Lebih2 lagi dalam BI. Mana ada censor censor lagi.

So ,Hide the story I did. Sayang message yg disampaikan rasanya berguna utk semua.Tak apalah . Nanti senang akan alih bahasakan tanpa illustrasi memberahikan.

Sharing on fb kena hati hati. Kadang2 kecuaian boleh membangkitkan ketidakpuasan hati yg mengikuti.Begitu juga on other social media...wasaap,ig ,blog dan macam2 lagi.

Dulu dulu,watak pembawa mulut,makcik pakcik bawang yg siap bertenggek ditangga orang pagi pagi buta dengan mulut muncung sedepa. Sekarang... tak perlu in person lagi untuk bawa cerita sensasi. Status difb pun dah boleh jadi senjata memakan diri.

Saw so wrongs and did so many wrongs too.
Ada masa mau saja hilang dari alam mayapada. Pergi bertapa kat gua...hahaha.



Tuesday, July 10, 2018

Braving the weather


Its been sombre since the other day. No sun shines bright. Intermittent rain with cloudy sky made the day.
Oh ye.. there's a load of wash to be hung. Without the sun nor the dryer, hmmm drying clothes would be a pain in the neck.

My heart sank watching the going ons in Chaingrai. Motherly instinct set in when flashes of the teens faces been aired on tv. Hope all of them reach safety soon.It must be a traumatic and horrifying experience for them and the family. Kudos to the rescue team from all over the world. Alas,none from the country of the same faith as us.

Japan too is facing a calamity of magnitude. And China too is expected to be in the path of one stormy storm. Hurricane Maria is coming her way.
On the other hand, many nations are having extreme hot weather. 44 for Riyadh. And there's one with a 48..oh no.

Been asked,wasnt I proud to be a Malay. Cakap Melayulah..Tulis Melayu lah. Well, I am proud of my bahasa. It has such beautiful tone to it. Not so screeching like some. Somewhat nearly as sweet as Hindi...hihi.
Considered myself lucky for being able to write,read and speak English. It opens a spectrum of venues for me to understand subjects being discussed more than being able to speak a single language.
And I agree with Rafizi Ramli's view that giving books as a present or memento. Remembered my very first book acquired. Forgotten on what basis I got it but it was given to me on a very special school speech day. Wrapped and tied with a ribbon. I got to practice how to curtsy in front of a distinguished guest. The late DYMM Agong himself.
WHAT KATY DID ... was that book. And it sets and spurred my interest and hobby in reading.

I remembered the girl on the swing
Sekolah Tengku Abdul Malik,Kulim...the school where I got the book


Had a good laugh when two year old Fohim remarked that a potrait of someone looks like Halloween. Guess you know her.
Glad that he has accumulated quite a vast number of vocab in English .
Yucky,be careful, ghost,witch  were some. Thanks to story telling session with mum and cousins.

When the weather isnt good, take a book instead. It does you wonders. You learn, you visualise and it takes your pain away.Engrossed in a book is my antidote to depression . You dont need to travel,yet you know how a place is. You do not need to take drugs ,yet you know the consequences are..

My my... I have wondered from my topic... braving the weather.
Stay safe folks. Bye.

Thursday, July 5, 2018

Suram.

Berdentum dentam bunyi guruh dihujung langit. Membuang pandang melalui tingkap dihadapanku,langit nampak suram. Tanda hujan akan menjengah datang.

Feeling down as down as could be. Reading so much stuff on the media and watching news made me feel a tad sad.
Why all these happenings around us?
The case of baby Adam . Yesterday,when I first clicked on to fb,his happy face greeted me. I thought at one glance it was my cucu Fateh's pic uploaded by my daughter. Such a semblance. As I scrolled down,I was gripped with aghast. No.. how could such demonic act be done on a five months old baby. Oh No!

Baby Adam,as you all knew, was bundled up and squeezed into a freezer. Ya Allah,apa punya manusia ni!
The picture of his lifeless body being cradled by his mom brought back the memory of our former MB's son.Datin Shamsiah too carried her son in her arms all through the journey from KL to Perlis. I was among the crowd who visited her house to wait for their arrival. It was a scene that I would ever forget.

Semoga roh little baby Adam tenang disana. Dan kematiaanya disusuli dengan keadilan keatas pelakunya. Juga ibubapa Adam dapat mengharungi keadaan ini dengan tabah.

Another incident too grabbed my notice. And yours too I am sure.
Followed Astro Awani as early as 8 until late in the evening. Awani gave extensive reports on the ongoing at Jalan Duta Mahkamah KL . Hehe.. I had an experience being called there. Witness la .bukan apa2. Just once and I was dropped off the script. Kesian ada kawan2 yg kena berulang alik berkali2 mengadap kes itu. Itu pun dah cukup la...seraam.

Well..lets wait till next year..Whatever will be will be. Semoga keadilan ditegakkan.

Langit yg suram bertambah kelam. Got to sign off. Takut juga dalam cuaca ni dok bertik tok atas laptop ni. Mau sekali dia pranggggg....pengsan!

Bye. See you again.
Happy bday Eeena. Love you.

Tuesday, July 3, 2018

Grillled... the experience

Seeing so many  'who you knows' being called to the House of Justice made me wonder. Tak kecut perut ke depa kena grill. Ingat ke depa apa depa sebut ,apa depa chong . Hehe sapa pernah lalui pengalaman di interview oleh pasukan yg digeruni ni,tau lah . Yg tak pernah,usahlah nak sembang.

I had .

Tu pun untuk jadi saksi. Kalau kena tuduh tak taulah macam mana wei...
By the way, I was always on the lookout for the outcome of the pertuduhan of one businessman yg con satu Malaysia . Tapi tak pernah pun jumpa. Dah kena sabit tuduhan ke. Dia punya kes melibatkan sekolah2, yayasan, serta badan2 pentadbiran M'sia.

And one lesson I would like to depart... always refer to the proper channel even when accepting any aids to your organisation. Always follow regulations. Once you put your signature on a legal piece of paper,you are in even when you have been out of the organisation.
Nak sign apa2 ,kena fikir risikonya.

Gerun juga fikir masa dulu2. Jadi head of department bukan senang tau. You must answer for the wrong doings of everybody..
Dah 10 tahun makcikson pencen. Janganlah ada lagi yg mai ketuk pintu maghrib2 nak interview.
Serammmm.

Hari ni SPRM masih jadi tumpuan. Anak tiri pula kena panggil.
Berapa jam pula kena grill.
9 hours for grilling... masak wei.

Friday, June 29, 2018

Hujan pagi...

Hujan pagi ini. Pagi Jumaat yang dirahmati.
Turunnya membasuh kotor kotor dan debu debu atas daun dimukabumi.
Turunnya agak lebat, berdentum dentam bunyi zinc dibumbung rumah kami.
Itulah scenario pagi pagi ini.

Niat nak membasuh baju terbantut. Tiada pengering baju dan utk kekedai dobi mengering baju macam masa raya haritu, tak sanggup pula. So biarkan dia dalam mesin basuh bertapa...

Anak anak Ninasandaq sudah dibawa keluar kedalam sangkar. Bising suara mereka memanggil ibu. Mungkin juga mereka terkejut melihat dan mendengar bunyi hujan yg jatuh. Those 3 kittens are nina's latest offsprings. 3 ekor tiga rupa. Satu kelabu,gemok. Satu hitam legam sampai tidak dpt dilihat rupanya. Hitam itu menawan kata orang. Dan yg akhir tu tompok2 hitam putih.

Keputusan muktamad nak ke KL belum diberi kata putus. Cikli teruja betul nak jumpa cucu2 di Kepong dan juga menghadiri rumah terbuka di Bukit Mahkota. Harap2 tu demam cikson bertemu penamatnya. Ubat dah telah dua tiga round.Lama juga tak berjalan 2 naik ETS . Ada saja sakit demam melanda.
Hope jadilah . Dah jadi perpetual hermit di RBL sejak azali.

Hujung langit masih kelam. Walau hujan telah berhenti ,namun ini bermakna hujan mungkin turun lagi. Mujur sampah bertimbun sempena raya dulu telah cikson basmi. Kalau bertagak, mau dia menggunung tinggi. Baunya pasti haroooom sekali.Dan pokok jambu yg cikson curi potong supaya dia rendah sedikit dari dulu telah mula mengeluar tunas tunas yg bercambah.
Heei, tengok tu pokok tu dah keluar banyak tunas,kata cikson pagi pagi.
Hmmm,jangan lah dok cantas lagi. Sambut cikli.
Teringat cikson sehari sebelum raya, laman rumah masih serabut. Mereka yang selalu datang buat kerja2 merumput ,waktu ini tak dapat dihubungi. Yg dapat dicari jual mahal pula. Mujur dua anak muda yg sedang mengusung mesin potong rumput cikli jumpa dikawasan rumah nombor 7.
Tapi upahnya 2 kali ganda. Dan mereka hanya potong dan membiarkan ranting2 dan semak samun berterabur. Cikli pula kesihan pula nak dikejan buat semua itu dengan keupayaannya. Maka makcik inilah yg membersihkan semua. Sehari sebelum raya...dan sekarang tgh merasa akibat nya. Sakit2 sendi dan demam2 semaunya. Haha..

Akibatnya juga ,masa hari raya itu,rumah tidak seperti nak raya. Persiapan ala kadar sekali. Tapi senang hati....Adik2 cikson semua mengunjungi walau duduk jauh di ibu negara. Walau ada yg selalu mengeluh tiada, walau ada yg sibuk dengan segala urusan mereka.Rumah kakak ini dikunjungi jua.
So grateful for that. Begitu juga semua anak anak riang berkumpul sesama mereka. Cikson pula memasak,memasak dari pagi jamu tetamu yg sudi menziarahi.

Hujan akan turun lagi. Tgh hari ni nak masak apa ya?
Nasi ayam cara cikson pun bolehka hari ini?
Apa2 sajalah cikson ooooi... cikli buat keputusan.

Thats all folks my rambling for today.Bye.Have a nice Friday today.Love u alls.

suram

suram juga sebelah sini

tunas tunas muda mula nampak muka

kenapa dia sentiasa lonely saja
Jarang lihat dia berteman....kesiannnya

Nina dan monkey terlepas dalam rumah bila bila masa.

Thursday, June 28, 2018

Sesak nafas


Rasa macam tak boleh bernafas dgn sempurna masa mengikuti siaran langsung ditv astro awani semalam. Jam 11 lebih kurang masa tu. Saya yakin ramai yg menonton pun mungkin begitu juga.
Apa?
1.1 billion?
Harta ismetulamraja dari isketambola kah semua itu?
Nahee,no no... tidak tidak.
Itulah anggaran harta rampasan pemimpin kita . Yg kita beri amanah utk menjaga negara...

Aku terkesima. Mungkin yg taksub tidak sedemikian rupa. Malah ada rasional disebaliknya.
Phitnah.. mungkin itu jadi alasannya.

Membayar bil bil bulanan aku sesak nafas lagi. Aduih... besar rasa batu atas kepala jika belum melangsaikan nya. Duit yg secoet perlu diagihkan utk keselesaan hidup. Bill bill yg bertapuk boleh saja buat tak nampak. Maunya dah menggunung ,bagaimana. Delima seorang pesara . Kena cut down perbelanjaan yg tidak berapa perlu nampaknya.

Itulah masa raya haritu deras sangat keluar duit. Sekarang rasa . Kata hati.
48 hari sebelum next gaji. Mau garu kepala ,buat muka kesian pada yg sudi..hihi.

Coming back to sidang media semalam. Aku masih terkesan.
Seseorang boleh memiliki 12 ribu item brg perhiasan. 12 ribu wei..
2000 lebih cincin.
500 lebih bag berjenama.
Emporium pun rasanya tak dak jumlah sebegini.
Dan value at market price lagilah. Berbillion wei...tarik nafas.

Baru sehari dua berita tentang sekeluarga anak 11 ,makan setin sardin utk sehari.

Kadang2 dunia tak berlaku adil sesama makhluk.Yg kayaraya maha kaya. Yg miskin papa kedana.
Ingatan aku semasa mengajar dulu terimbau. Mengunjungi rumah anak murid yg tidak seperti rumah,hari tersentuh. Apa nasib mereka sekarang. Are they for the better?

Hutang kena bayar,cikgu. Suara seorang murid tahun satu semasa memulangkan kembali seringgit yg aku pinjamkan padanya semalamnya...

Sesak nafas aku memikirkan .