Thursday, September 20, 2018

Yang didengar dan dilihat

Pagi ini cerah. Matahari bangun awal pagi. Sudah nampak cahayanya di celah celah pohon2 di luar tingkap. Ada macam macam warna la pula. Merah,kuning dan jingga dilangit yg biru. Cantik pemandangan dipantai waktu2 begini,kata hati.Tentu gembira melihat suasana pagi begini.

Namun berita pagi buat kegembiraan sedikit tercalar. Pagi ini mantan PM kita sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah atas beberapa tuduhan. 2.973 billion case kali ini. Berapa pula wang jaminan diri kali ini. Sejuta ,dua juta atau berjuta juta.

Jika sehari dua Mangkhut dan Florence mendominasi ,semalam aku dengar pula tentang typhoon Ali yg membadai Wales dan Scotland. Ada pula ribut diberi nama Islamik. Mungkin Ali bukan khas utk Islam seperti kita sedia maklum. Teringat Ali McGraw...Love Story.

Semalam cikson tonton youtube berkaitan taufan Mangkhut di Hongkong. Menakutkan sekali. Melayang orang diterbangkan. Menjunam jatuh kren dan forklift dari bangunan2 yg sedang dibina. Pecah pecah tingkap bangunan kondo. Angin berkelajuan 240 kph itu memang menakutkan. Kemusnahan yang terjadi menggerunkan sekali.

Climate change ... itu kata pengkaji.
Yg mengakibatkannya terjadi,kitalah sendiri

Semasa aku di Pahang, jelas kemusnahan hutan yg ku lihat. Dahulu disekeliling kolej matrikulasi hutan hijau menyenangkan pandangan. Namun sekarang, atas nama pembangunan,segalanya diboegelkan. Luas tanah diambil utk projek solar di Gambang sejauh mata memandang. Sudah tentu efek pada bumi dan cuaca di sana. Panas dan rimas . Yg hairan, tanah ini dulu diura urakan untuk pembangunan pendidikan kerana disekeliling tempat itu sudah banyak institusi pendidikan didirikan. Dan aku risau akan side effect projek solar itu pada penduduk disekeliling yg kebanyakan penuntut universiti dan kolej.

Gambar2 sendiri..
macam kurang segar pohon2 disini
luasnya kawasan yg di buat begini hanya disebelah pagar kolej


masjid 

dewan pun nampak kurang berseri

ke adaan ditepi jalan berhampiran kolej dan institusi

Entahlah... apa akan jadi pada bumi,kalau semua pembangunan dikejari tanpa melihat risiko yg bakal terjadi.

Thats all folks... bila manusia rakus cari kesengan diri,tanpa jauh memikir apa bakal terjadi, jgn menangis tak berlagu kalau keadaan hura hara nanti.
Sana ribut dan taufan,sini naik court keluar court jadi bahan perbualan dan kecaman.

bye.


2 comments:

  1. Kerakusan manusia atas nama pembangunan akhirnya membawa kemusnahan yang merugikan...namun apalah yang mampu diperkatakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita insan marhaen hanya boleh lihat dan mengeluh. Tapi mereka yg melakukan kena ingat, bersatu,insan marhaen pun boleh menumbangkan sesuatu instutusi...sejarah kan banyak terbukti.

      Delete