Friday, July 20, 2018
cerita kasut..putih ke hitam?
Baru terbaca ,tahun depan semua pelajar akan berkasut hitam. No more whites. No more .
Selalunya di sekolah sekolah kasut hitam satu privilege. Hanya yg terpilih saja yang boleh pakai. Maka ternaiklah sedikit aura si pemakainya. Mungkin dia pengawas atau pelajar yg diberi tanggungjawab untuk menjadi ahli sesuatu organisasi. Yg tidak terpilih,berkasut putihlah kamu hingga habis sekolah.
Oh well.in retro,masa cikson belajar dulu2,kasut putih kasut hitam belum ada lagi fenomena itu. Kalau tidak cikson pun boleh pakailah kasut hitam sebab cikson pengawas perpustakaan. Setiausha lagi hihi. Dan jawatan ini membolehkan cikson bawa balik 5 buah buku sekali pinjam..haha.
Tu yg buat kakak aku mengamuk kerana aku selalu sembunyi bawah katil baca novel.
Talking about white school shoes,teringat makcik zaman sekolah dulu..
Satu peristiwa, cikson akan ke atas pentas. Semasa beratur , kawan mengusik.
Ni rambut tentu mak dia potong.
Kasut tak dak yg lain ka..
Well..if they know ,skirt yg cikson pakai itu pun hasil tangan sendiri yg mengalih sendiri luar ke dalam dan dalam ke luar. You get what I mean. I tetas kainnya dan jahit sendiri haha.
Satu hari ayah yg melihat ibu jari kaki ku keluar dari kasut yg koyak,dgn sedihnya berjanji akan membeli kasut baru. Satu janji yg susah ditepati zaman itu.
Dan aku rasa adik2 aku kurang merasa semua ini. Setelah aku berkerja, urusan keluarga rasanya sedikit senang sbb aku dan kakak menyumbang sebahagian gaji utk kelangsungan mereka.
Syukur .Alhamdulillah. Adik2 boleh bersekolah tanpa ibu jari keluar dari kasut dan yg bongsu sekarang Professor Madya di UKM. Aku dan adik bersara dengan mengetuai bahagian yg kami ceburi . Semua anak2 ayah lepasan Sc/MCE/SPM. Dan anak2 cucu ayah atau ba ramai lulusan U dalam dan luar negara.
Alahai.. panjang aku terthrowback . Kasut aje puuun.
Bijak Dr.. Mazlee . Kasut adakala penyebab pelajar rendah diri. Ada kasta yg tidak dihalusi.
Labels:
as I see it
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment