Turunnya membasuh kotor kotor dan debu debu atas daun dimukabumi.
Turunnya agak lebat, berdentum dentam bunyi zinc dibumbung rumah kami.
Itulah scenario pagi pagi ini.
Niat nak membasuh baju terbantut. Tiada pengering baju dan utk kekedai dobi mengering baju macam masa raya haritu, tak sanggup pula. So biarkan dia dalam mesin basuh bertapa...
Anak anak Ninasandaq sudah dibawa keluar kedalam sangkar. Bising suara mereka memanggil ibu. Mungkin juga mereka terkejut melihat dan mendengar bunyi hujan yg jatuh. Those 3 kittens are nina's latest offsprings. 3 ekor tiga rupa. Satu kelabu,gemok. Satu hitam legam sampai tidak dpt dilihat rupanya. Hitam itu menawan kata orang. Dan yg akhir tu tompok2 hitam putih.
Keputusan muktamad nak ke KL belum diberi kata putus. Cikli teruja betul nak jumpa cucu2 di Kepong dan juga menghadiri rumah terbuka di Bukit Mahkota. Harap2 tu demam cikson bertemu penamatnya. Ubat dah telah dua tiga round.Lama juga tak berjalan 2 naik ETS . Ada saja sakit demam melanda.
Hope jadilah . Dah jadi perpetual hermit di RBL sejak azali.
Hujung langit masih kelam. Walau hujan telah berhenti ,namun ini bermakna hujan mungkin turun lagi. Mujur sampah bertimbun sempena raya dulu telah cikson basmi. Kalau bertagak, mau dia menggunung tinggi. Baunya pasti haroooom sekali.Dan pokok jambu yg cikson curi potong supaya dia rendah sedikit dari dulu telah mula mengeluar tunas tunas yg bercambah.
Heei, tengok tu pokok tu dah keluar banyak tunas,kata cikson pagi pagi.
Hmmm,jangan lah dok cantas lagi. Sambut cikli.
Teringat cikson sehari sebelum raya, laman rumah masih serabut. Mereka yang selalu datang buat kerja2 merumput ,waktu ini tak dapat dihubungi. Yg dapat dicari jual mahal pula. Mujur dua anak muda yg sedang mengusung mesin potong rumput cikli jumpa dikawasan rumah nombor 7.
Tapi upahnya 2 kali ganda. Dan mereka hanya potong dan membiarkan ranting2 dan semak samun berterabur. Cikli pula kesihan pula nak dikejan buat semua itu dengan keupayaannya. Maka makcik inilah yg membersihkan semua. Sehari sebelum raya...dan sekarang tgh merasa akibat nya. Sakit2 sendi dan demam2 semaunya. Haha..
Akibatnya juga ,masa hari raya itu,rumah tidak seperti nak raya. Persiapan ala kadar sekali. Tapi senang hati....Adik2 cikson semua mengunjungi walau duduk jauh di ibu negara. Walau ada yg selalu mengeluh tiada, walau ada yg sibuk dengan segala urusan mereka.Rumah kakak ini dikunjungi jua.
So grateful for that. Begitu juga semua anak anak riang berkumpul sesama mereka. Cikson pula memasak,memasak dari pagi jamu tetamu yg sudi menziarahi.
Hujan akan turun lagi. Tgh hari ni nak masak apa ya?
Nasi ayam cara cikson pun bolehka hari ini?
Apa2 sajalah cikson ooooi... cikli buat keputusan.
Thats all folks my rambling for today.Bye.Have a nice Friday today.Love u alls.
suram |
suram juga sebelah sini |
tunas tunas muda mula nampak muka |
kenapa dia sentiasa lonely saja Jarang lihat dia berteman....kesiannnya |
Nina dan monkey terlepas dalam rumah bila bila masa. |
Makan tom yam panas masa hujan.. fuhh sedapnya.
ReplyDeleteSetuju. Sejuk betul hari ni sbb hujan turun dari pagi.
DeleteSini pun hujan tak henti cik Son.
ReplyDeleteHari ni hujan lagi. Tak terbayangkan ordeal yg dilalui anak2 yg tersekat dlm gua di Chiang Rai sekarang ni. My heart goes with them.
Delete