Thursday, June 28, 2018
Sesak nafas
Rasa macam tak boleh bernafas dgn sempurna masa mengikuti siaran langsung ditv astro awani semalam. Jam 11 lebih kurang masa tu. Saya yakin ramai yg menonton pun mungkin begitu juga.
Apa?
1.1 billion?
Harta ismetulamraja dari isketambola kah semua itu?
Nahee,no no... tidak tidak.
Itulah anggaran harta rampasan pemimpin kita . Yg kita beri amanah utk menjaga negara...
Aku terkesima. Mungkin yg taksub tidak sedemikian rupa. Malah ada rasional disebaliknya.
Phitnah.. mungkin itu jadi alasannya.
Membayar bil bil bulanan aku sesak nafas lagi. Aduih... besar rasa batu atas kepala jika belum melangsaikan nya. Duit yg secoet perlu diagihkan utk keselesaan hidup. Bill bill yg bertapuk boleh saja buat tak nampak. Maunya dah menggunung ,bagaimana. Delima seorang pesara . Kena cut down perbelanjaan yg tidak berapa perlu nampaknya.
Itulah masa raya haritu deras sangat keluar duit. Sekarang rasa . Kata hati.
48 hari sebelum next gaji. Mau garu kepala ,buat muka kesian pada yg sudi..hihi.
Coming back to sidang media semalam. Aku masih terkesan.
Seseorang boleh memiliki 12 ribu item brg perhiasan. 12 ribu wei..
2000 lebih cincin.
500 lebih bag berjenama.
Emporium pun rasanya tak dak jumlah sebegini.
Dan value at market price lagilah. Berbillion wei...tarik nafas.
Baru sehari dua berita tentang sekeluarga anak 11 ,makan setin sardin utk sehari.
Kadang2 dunia tak berlaku adil sesama makhluk.Yg kayaraya maha kaya. Yg miskin papa kedana.
Ingatan aku semasa mengajar dulu terimbau. Mengunjungi rumah anak murid yg tidak seperti rumah,hari tersentuh. Apa nasib mereka sekarang. Are they for the better?
Hutang kena bayar,cikgu. Suara seorang murid tahun satu semasa memulangkan kembali seringgit yg aku pinjamkan padanya semalamnya...
Sesak nafas aku memikirkan .
Labels:
as I see it
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mmmm....hadiah tu makcik. Orang nak bagi ambil lah kan.
ReplyDeleteCik Normala,
DeleteJgn ambik sebarang ambik hadiah atau sumbangan dik. Silap silap naik turun bangunan kat jln Duta.Seriau.