Friday, September 21, 2018

integriti, humaniti... semua yg bertiti.

Semalam,berita yg mendominasi tv sudah tentu yg berlaku di Jln Duta.
Aku tak lepas dari mengikuti... antara betul betul tercegat depan tv atau semasa sibuk mengurus kerja rumah RBL ini.

20++ pertuduhan baru
Yg dah sedia ada pun tentu memenatkan
3 juta wang jaminan... 28hb ni perlu dilangsaikan.

Macam baru sangat melihat kelibat dia disanjung, dapat air time seluas luasnya sehingga saban hari dia saja yg mendominasi.
Sekarang sebaliknya yg terjadi.
Mana kemegahan yg di megahmegahkan. Mana pengikut yg berjutaan keliling pinggang semasa berkuasa.
Kelibat isteri yg berjalan mendahului pun dah tak kelihatan .

Ini satu pengajaran
Yang diatas tak semestinya diatas selalu.
Lebihkanlah tanya pada diri... Adakah aku berintegriti
Adakah aku bertindak menjalankan tugas dengan mengenepikan humaniti. Membelakangkan undang undang, sombong dan bongkak diri.

Tak perlu kita jadi Perdana Menteri. Menjadi pekerja biasa pun harus ada semua sifat2 yg baik . Andai ditakdirkan ada sedikit peluang mengemudi institusi, jalankanlah dengan penuh berintegriti.

I like what Tun M tried to put into us... jadi orang yg tahu malu. Malu jika buat salah. Malu bila gagal. Malu jadi pencuri!
Jangan fikir curi duit saja patut malu.
Curi masa,curi tulang pun curi...

Talking about humaniti, integriti...moga moga satu hari Malaysia berjaya keluar dari segala yg membelenggu ini.
TB... sepanjang hidup ini,beragam isu yg ribut mengkucarkacirkan ,aku ditakdirkan melihat dan mengikuti

Komunis
13 May
Anwar saga 1
Anwar saga 2
Najib....

entah apa lagi yg akan mendatangi...

Anyway.lets leave it to the court to decide. Selagi orang itu tidak dibuktikan bersalah,dari segi undang undang dia tak bersalah. Lagi2 kalau dia mengaku tak bersalah.

As a citizen of this country,the later development would be followed closely.

Thats all folks.





No comments:

Post a Comment