Saturday, September 15, 2018

Angin menderu laju..antara Florence dan Mangkhut. Mana lebih takut.


Bangun subuh tadi dengan rintik rintik hujan membasahi bumi.
Jam 6 siaran tv aku ikuti.
Apa dah jadi dengan Florence dan Mangkhut yg membadai bumi?

Semalam cikli mendengus sebab aku conquer tv tengok CNN beram jam . Tak berpeluang dia tonton HBO yg dia suka.
Breaking News, Breaking News.... apa yg pecah ? sindirnya. Aku buat2 tak dengar dan terus tonton tv.

Hurricane Florence dah dikategorikan sebagai tropical storm berita terkini. Tetapi kerana lembabnya pergerakan dia, kerosakan yg dibawa luas dan memusnahkan. Dah 5 nyawa terkorban. Walau mandatory evacuation di jalankan,masih ada yg degil.Ada yg terperangkap dibumbung dan diattic . Satu pengajaran yg boleh kita pelajari. Amaran banjir dan arahan pihak keselamatan perlu kita ikuti. Jgn pandai sendiri dan berani tak bertepi.

Tak berapa banyak liputan ttg taufan Mangkut dlm berita tv. Namun dia lebih mengganas dari Florence. Kategori 5 dia ditakrifkan. Lebih menakutkan . Itu taraf pemberitaan disini berbandingkan disana. Macam antara dua darjat.

Rupanya cuaca lembab yg kita hadapi kebelakangan ini tempias taufan Mangkhut rupanya.

Two hurricanes world apart...aku dengar pembaca berita baca berita.
Satu didunia serba maju dan satu melanda negara daif . Cara bertindak dan cara pelaporan pun ada perbezaan.

Meninjau dari tingkap . awan kelabu berat di ufuk selatan. Tanda hujan akan datang kembali bertandang.
Di sini sekalisekala bas pelancong menderu laju menuju kuala. Agaknya nak keLangkawi gamaknya.Baru teringat cuti 3 hari pula time orang Malaysia bersuka ria... bagi mereka yg sihat dan berada.

Thats all folks... tak semua kita ingini boleh kita perolehi. Namunjangandengki. Lihat orang bahagia kita irihati.

Have to end here... bye. Have a safe weekend dearies.


1 comment:

  1. Salam kenal mokja...

    Terimakaseh dtg teratak maklang...

    Maklang lost touch dgn dunia bbrp hari ni.. sibuk kat bilik jahit..

    Selamat bercuti utk kita yg tak keje ni!

    ReplyDelete