Showing posts with label RBL.. Show all posts
Showing posts with label RBL.. Show all posts

Tuesday, September 25, 2018

RBL in the morning...


Riuh rendah dengar bunyi dan suara dari porch.
Tudung tingkap ku selak,dan ini yang aku ternampak
Nak menangis ke dak
Atau tergelak terbahak bahak...

Ehhh kenapa pulak
Si ekor nan sekor dok bertenggek
Di sisi iriz ku kelabu

Oh baru ku tahu
Yang ayam jantan ni sibuk cari hospital bersalin buat isteri
Baik betul kan...susah oh nak cari

Nah... nampak dia sekejap ke sini sekejap ke sana
Cari  tempat selesa utk makwenya bertelor belum berjumpa

RBL pagi pagi memang meriah
Dengan kucing2 dan ayam ayam yg datang menyinggah
Hanya manusia saja yg payah......


Nindia gambar yg sempat cikson tangkap
Tengok aksi dia macam perenang kebangsaan dok bersedia nak terjun kolam...


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Friday, June 29, 2018

Hujan pagi...

Hujan pagi ini. Pagi Jumaat yang dirahmati.
Turunnya membasuh kotor kotor dan debu debu atas daun dimukabumi.
Turunnya agak lebat, berdentum dentam bunyi zinc dibumbung rumah kami.
Itulah scenario pagi pagi ini.

Niat nak membasuh baju terbantut. Tiada pengering baju dan utk kekedai dobi mengering baju macam masa raya haritu, tak sanggup pula. So biarkan dia dalam mesin basuh bertapa...

Anak anak Ninasandaq sudah dibawa keluar kedalam sangkar. Bising suara mereka memanggil ibu. Mungkin juga mereka terkejut melihat dan mendengar bunyi hujan yg jatuh. Those 3 kittens are nina's latest offsprings. 3 ekor tiga rupa. Satu kelabu,gemok. Satu hitam legam sampai tidak dpt dilihat rupanya. Hitam itu menawan kata orang. Dan yg akhir tu tompok2 hitam putih.

Keputusan muktamad nak ke KL belum diberi kata putus. Cikli teruja betul nak jumpa cucu2 di Kepong dan juga menghadiri rumah terbuka di Bukit Mahkota. Harap2 tu demam cikson bertemu penamatnya. Ubat dah telah dua tiga round.Lama juga tak berjalan 2 naik ETS . Ada saja sakit demam melanda.
Hope jadilah . Dah jadi perpetual hermit di RBL sejak azali.

Hujung langit masih kelam. Walau hujan telah berhenti ,namun ini bermakna hujan mungkin turun lagi. Mujur sampah bertimbun sempena raya dulu telah cikson basmi. Kalau bertagak, mau dia menggunung tinggi. Baunya pasti haroooom sekali.Dan pokok jambu yg cikson curi potong supaya dia rendah sedikit dari dulu telah mula mengeluar tunas tunas yg bercambah.
Heei, tengok tu pokok tu dah keluar banyak tunas,kata cikson pagi pagi.
Hmmm,jangan lah dok cantas lagi. Sambut cikli.
Teringat cikson sehari sebelum raya, laman rumah masih serabut. Mereka yang selalu datang buat kerja2 merumput ,waktu ini tak dapat dihubungi. Yg dapat dicari jual mahal pula. Mujur dua anak muda yg sedang mengusung mesin potong rumput cikli jumpa dikawasan rumah nombor 7.
Tapi upahnya 2 kali ganda. Dan mereka hanya potong dan membiarkan ranting2 dan semak samun berterabur. Cikli pula kesihan pula nak dikejan buat semua itu dengan keupayaannya. Maka makcik inilah yg membersihkan semua. Sehari sebelum raya...dan sekarang tgh merasa akibat nya. Sakit2 sendi dan demam2 semaunya. Haha..

Akibatnya juga ,masa hari raya itu,rumah tidak seperti nak raya. Persiapan ala kadar sekali. Tapi senang hati....Adik2 cikson semua mengunjungi walau duduk jauh di ibu negara. Walau ada yg selalu mengeluh tiada, walau ada yg sibuk dengan segala urusan mereka.Rumah kakak ini dikunjungi jua.
So grateful for that. Begitu juga semua anak anak riang berkumpul sesama mereka. Cikson pula memasak,memasak dari pagi jamu tetamu yg sudi menziarahi.

Hujan akan turun lagi. Tgh hari ni nak masak apa ya?
Nasi ayam cara cikson pun bolehka hari ini?
Apa2 sajalah cikson ooooi... cikli buat keputusan.

Thats all folks my rambling for today.Bye.Have a nice Friday today.Love u alls.

suram

suram juga sebelah sini

tunas tunas muda mula nampak muka

kenapa dia sentiasa lonely saja
Jarang lihat dia berteman....kesiannnya

Nina dan monkey terlepas dalam rumah bila bila masa.

Tuesday, January 30, 2018

Its play and all play...


Watching the boisterous kittens playing is a teraphy in itself. Little pieces of paper, clothes pins ,bottle caps were toys to them. They could spend endless hours chasing those objects much to the delight of cikson.Hence she has nothing to be delighted of presently.
Watching tv ... nothing much nowaday. With all those news on tv ,its better to have the tv off.
Ada ka gila berita yang entah apa apa jadi berita.
The other day ...berita ttg putih memutih tuttttt pun dimuatkan. Hadoii.
Cerita orang gila dok jaja keburukan ahli keluarga dia pun jadi bahan berita. Itu pun belum tentu ahli keluarga dia berbuat salah. Berhalusinasi betul mamat joyah tu.
Sejak dua menjak nak dekat PRU14 ni lagilah nak termun... tgk berita esp that one channel.
Tapi channel yang kami dok tengok selalu pun akhir2 ni entah macam sasau saja berita yang disajikan.
Dok tgk Aljazeera, CNN, BBC... pun ada yg tak seronok. Kalau tak bom,tak bunuh tak lengkap berita. Not even one single day,these malicious killings in the name of religion doesnt make the news.Why such hatred for mankind. Apa dapat ya habis semua nak diruntuhkan. Habis semua dipadang jarak padang tekukurkan. I cant digest them.

All those rots aside..

Nyet and Bu,those little kittens have grown up . They have a free range in the compound and porch of RBL. Trees are their favourite places to cool under the blazing sun,or exercise their limbs. Now and then,they could be spotted racing up the coconut trees or gingerly balancing themselves gingerly on the branches of the cempaka plant.

And when they sneaked into the house,all havoc let loose. They raced with each other ,banging all the way with the furniture.

Ooooi tak sakit ka kepla tuuu... cikson called out.
Then its scartching time... the bamboo Sarawak mat is their ground.
Scratch,scratch scratch.

Then the ribbons underneath the dining chairs got their attention. Swinging time!

Oooooi... there's a new toy la..

The cupboard box lying idly on the floor soon caught their attention...See how they enjoyed themselves..

If only, we humano sapieno could enjoy the little things,life could be much simpler. Tak dakla dok bom sini sana, dok jaja fitnah seantero dunia...
Ni...hai..entahlah dunia. Senak dada.

Bye folks...
bercahaya mata si BU bila dapat kotak itu..
Hoooray...mainan baru!

Ni hak aku... kata Nyet
BU pi lah cari yang lain buat main

cikli pun campur tangan... mainlah sama sama,buat apa berebut mainan.

ha aaah... kita main sama sama ya
Tak perlu rebut merebut semua macam manusia.

Hi.... aci lut...catch me if you can.

penat dah bermain... jom cari yang lain
Yg penting jangan sambar orang punya ya.

Bye bye kotak
Besok kita main pulak...

Friday, January 26, 2018

Berbakti kepada tanah... kenyang anakcucu se rumah.


Selang sehari ada saja buah tangan FIL buat kami suami isteri.
Duatiga hari lepas pisang abu kalau tak salahku
Semalam sesikat dua pisang kelat raja pula.
Yang muda digulaikan gu dengan udang,atau ikan kering
Yang sedang sedang ku goreng
Dan yang ranum jadi cucur kodoq lonjeng lonjeng...


Ayah cikli
Mertua cikson
Rajin berkebun

ini isinya.... tadaaaaa

Semalam.aku lihat kelibatnya di kebun belakang rumah
Sihat agaknya dia dapat melihat pokok pokok tanamannya.
Harumanis sedang mengeluarkan bunganya
Buah kelapa jenuh kutip ditanah,namun tiada siapa siapa yg mengambilnya. Anak menantu memilih santan beli saja.Nak kukur ,nak perah...alahai cerewetnya.
Buah cermai saja yang ku lihat belum berbuah dengan gayanya
Kalau tidak jenuh berpincuk kita.

Ha ni la ... pemberiaan toksaad ptg semalam
Satgi cikson nak gorengkan..

goreng pisang or is it pisang goreng?
Lepas pekena goreng pisang boleh berdang duit pula.......macam anak kecil ini..hihi
ehhh... jangan.


Thursday, September 7, 2017

DIY... jom mewongi


Sementara bahan2 masak di defrost,rumah di kemas sudah, cikson ke laman pula. Kais sini kais sana. Cucuh api sampah yang terbuang. Mata pula pandang memandang.

Isssh sayangnya...buah mempelam taiwan yg sedang membesar dah buruk ditangkai. Tak dapatlah kami merasa hasil tangan cikli yg ini. Begitu juga buah jambu.Terbusy dengan urusan hospital cikson tidak memerhati buah yg dah boleh dipetik itu. Akhirnya dia busuk sendiri.Rugi.

Rimbun pula pokok pandan. Cikson capai pencakar dan goyangkannya. Tak berani nak hampiri sebelum buat begini. Mana tau ada apa apa dicelah celah daun.
Everything ok. Se perdu daun pandan itu cikson cantas.

Hmmm boleh buat agar agar pandan atau masak nasi lemak daun pandan ni...aku berbisik pada diri.

Dan bila masuk ke rumah kembali, ini yg aku lakukan.
Jadi jambangan ruang tamu di hadapan.
Biarlah dia mewangi sampai belakang..

Sometimes rumah ada macam macam bau yang terperangkap walau ada usaha utk mewangi.
Cikson guna pewangi fabrik,air dan cuka utk menyembur di dinding dan curtain supaya rumah taklah tengik sangat.

Oh well...the pandan leaves are now safely in the vase for a purpose.
Biar dia mewongi selagi boleh.
Bila dah kering,ciksonakan racik racik dia dan buat bunga rampai kering ala potpourri.

Itu saja DIY cikson kali ni.... hihi.
selamat dah dia dalam botol ini

jadi hiasan buat hati yg walang 

Yg aritificial pun ada fungsi
Sanggup keluar duit utk yg ini.

Saturday, August 19, 2017

entah... tak tau dah apa nak tulis.


The house smells of Dettol since I mopped the whole house with the substance. Better be cautious,I told myself. Even though still groggy from the lack of sleep last night, I couldnt help but tidy up the house.

The taik ayam bertempek tempek di porch hadapan sudah ku basuhkan.
Aduhai cikyam,cikyam...tolonglah jangan tambahkan beban kerja ku.
The floor too needs mopping. So Dettol was used instead of the usual Ajax Fabulosu. Now the house smells like the ward of the hospital!

Yesterday,when my sister from SP entered the house ,the sweet smell of Comfort Ultra and vinegar greeted them. Haaa..if they were here today.dettol pula akan mereka hidu.

Making the house clean and crisp is my utmost pleasure. Suka tengok bilik air nyah lendir dan kulat. The bowl given a clean facade. The sawang taken down and the floor clean and dry.

The bedroom too needs attention. The bedspread taut and well spread. The pillows fluffed and placed ceremoniously on the bed.

Well... its tt's trait. Rumah spick and span inside out. And all tt girls like to follow her. So you could see well groomed home in SP and Bangi although all of us are working ladies. Bukan nak angkat diri.. tapi itulah hakiki. Sifat ibu yang meticulous bab rumah sedikit sebanyak akan diikuti anak anak.

Rumah cikson tak boleh lah dikatakan bersih 100 peratus. Ada kala terpeleot juga. Lebih lebih lagi laman depan. Selalu cikson biar cikli saja uruskan. Jadi luar rumah,ikut selera dialah. Kalau bersih, dialah bersihkan. Kalau tidak,makna cikli tak buatlah. Gitu percaturan kami.
Hihi... Dan bila cikli dah begini,makna nya ciksonlah kena urus. Adoooi...

Dah jam 12.00 . Perut mula minta nasi..
Jam  begini selalunya,aku sudah siap masak utk mkn tgh hari. Sejak Ahad dulu semua dah jadi serabut serba serbi.

Tadi selepas keluar hospital,aku ke restoran kampung. Nak tapau mkn tgh hari. Tak bukalah pula. So instead I ventured into another shop and bought things for kotiau goreng..
Mungkin tgh hari ni berkotiau lah pula..

Bye...Have a happy Saturday.




Thursday, May 18, 2017

DIY .... hasil tanaman RBL.

Sejak brpindah masuk ke RBL , somewhat three years ago,cikli rajin bercucuk tanam ditanah sejemput surrounding the house.
Lebih lebih lagi setelah  tanah kawasan rumah ditambun setahun yang alu. Sebenarnya tanah lapang tepi rumah tu penuh dengan batu batu dan buangan sisa renovation rumah adiknya ditaman yg lain. Sakit juga mata tgk . Marah pun ada bila tepi rumah dah seakan tempat pelupusan.

harumanis nan sebiji
belum masanya untuk jadi rezeki
Mungkin ... lain kali.

So... cikson pun membeli tanah top soil tiga lori kecil. Dan tertambunlah kawasan dengan tanah yg boleh ditanam tumbuhan tumbuhan.
Maka gigihlah cikli membeli dan menanam berbagai jenis pokok pokok. Dianataranya:

Mempelam 2 jenis
Rambutan
Jambu batu
Jambu Air 2 jenis

Juga sayur sayuran ... cili,terung,pandan ,karipulei

So sekarang bila nak menggulai, hanya perlu ke poko dan petik setangkai. Nak memasak nasi lemak, nak menggulai dah tak perlu beli pandan dan terung.Save belanja.
walau tak besar mana
ada usaha dia utk berbunga

Semalam cikson perasan pokok comel lote mempelam jenis Taiwan tu dah keluar bunga...Harap harap tu bolehlah rasa . Nak tau.. mempelam harumanis yg hanya sebiji tu dah luruh buahnya sebelum sampai masanya. Tak ada rezeki rupanya.

Hehe.... nak share satu lagi..
Rupanya ahli keluarga cikson nak tambah zuriat rupanya..Syukur Alhamdulilah. Tak sabar tunggu tahun depan...

Bye ... sorry la nooo sbb kali ni tak dak DIY . Tgh dok himpun resepi utk sahur minggu depan .


Dah meninggi si pokok kari

Banyak baktinya sipokok pandan
Wangi dia...hooo semacam.


Alahai.... nak juga kau berbunga
lawan harumanis yg famous seluruh benua


Aha... tanah sekangkang kera
Tapi kalau tak jaga
Jadi hutan belantara

Tuesday, March 28, 2017

Nina says it all...

Hi people,
Relax sat atas bangku ni sementara Luna tgh lena.
Its Nina's turn to pen a few words in this blog of mamason's @cikson @ mokjadeandell.



Its been hot lit lit kata oghang utagha. The heat dah full volume even when still early in the morning. Imagine at 9,nina and tam dah kena berlari lari semasa memijak simen luar RBL. Kadang kadang sedih benar nina anak beranak bila penat dan sakit berlari menuju pintu gelongsor ,tiba tiba cikson tak benarkan kami ke dalam. Kejam!

Jadi terpaksalah kami berdua lepak bawah daun daun pokok petola dan terung cikli. Nak lepak bawah pokok kelapak takut buah kelapa menghempap kepala. Nak ke bawah porch ada Luna yang cenge tak terperi. Nyampah! 

Hari minggu haritu, si Fahim and his dad n mom balik kampung. Nakalnya dia. Tak takut dengan Nina atau Tam. Di tariknya ekor kita.Dicubitnya badan kita ..eeeew sakit tau. Nakalnya!

Harini RBL dah kembali sunyi. Hanya tinggal ciksoncikli. Faten and her family dah balik KL bawa Fahim sekali. Dan bila begini cikson buka radio hiburkan hati. Selain mengaji dia dengar Gegar Pantai Timur dan India Beat. Lagu omputih kurang digemari . Filem2 pun dia tak berapa suka selain Discovery atau channel channel yang berinformasi. Berbeza dengan cikli yang suka sangat tonton wayang. Satu hari dalam kereta mereka berbicara...

HIM.. kat sini akan buka cineplex. Senang la nak tonton wayang.
HER: Eh malulah tua tua nak masuk panggung
Anak: Dulu tak ada pun semua ni. Boleh aja hidup.
HER: Ya la... panggung wayang pun dah masuk rumah .Bila tgk film ada pula cctv terakamlah kita punya aksi. Ternganga ka,terlopongkah . Ya la bila tgk movie tentu kita beremosi. Tak maulah kami..

See... cikli cikson rajin berdebat..Ada ada saja yang jadi topik perbualan.

Disekitar RBL sekarang ni, buah kuini masih ada lagi. Buah cermai pun dekat nak habis dikenduri. Buah kabu saja masih lebat dipokok . Tapi semua tu pokok pokok jiran sebelah. Rumah cikli masih kecil pokok pokok yang ditanam.Diseberang jalan,kawasan belukar dah ada perubahan. Dalam proses nak diclearkan. Katanya nak naik taman perumahan. Tak lama lagi hilanglah hijau dari pandangan atas nama pembangunan....KESIAN!
seberang sana begitulah keadaanya

Musim menanam belum mula


Hijau diseberang bila sawah ditanam semula
Buah buah kabu pun dah bertukar warna
Dari hijau ke coklat pula
Tanda musim buat bantal dah tiba

Thats all folks celoteh Nina utk kali ni. Lain Selasa kita jumpa lagi.



Ni kawan sebelah rumah
Bertampung macam Pong yg arwah
Tak boleh tengok orang senang
Mula lah nak mai menumpang




Being lonely is my choice dari beramai tapi penuh dengan ragam yang tak
menyenangkan... mungkin itu kata nina...




Tuesday, January 17, 2017

Sambung cerita...sudah jatuh ditimpa tangga.


Hi people,. Nina's back again.
Nak sambung cerita tadi...

Walau nampak letih hap hap,akhirnya mamson aka cikson berjaya naikkan ke semua tudung tirai yang berat berat tu.Sorang sorang dia panjat,turun,panjat turun tangga aluminium tu. Sekali masa dia nak turun,entah apa dia fikir, terjelepuk dia jatuh dari 3 anak tangga. Mujur lagi dia sempat seimbangkan badan. Kalau tidak mungkin tersembam.

tangga yg diceritakan
Sakit juga badan yang hampir se tan tu cuba nak jadi acrobat terjerelus. Mujuq juga tak ada apa apa. Kalau tidak naya. Tau benar dia kalau dia sakit ,semua kerja tergendala.

Dan selepas rehat seketika ,mamason sambung kerja. Kali ni tingkap living room pula. Sini curtain dia lagi berat. Mujur. Mujur dia berjaya menyudahkan kerja yang sebenarnya kena guna tenaga orang muda.
semua tudung tingkap berjaya dinaikkan
Barulah redup rumah kelihatan
Tudung kerusi pun dah kusam
Sedap cikli tidur bila aircon dipasangkan
eh..kipas pun di onkan.
Jenuh la karan.

Dan disinilah tragedi buah apel berlaku kali kedua.
Setelah melipat tangga,cikson kena buka pintu gelongsor pula. Semasa meletakkan tangga seketika,di hempasnya tangga. Dia ingat lantai yang kena. Haha..kaki dia yang jadi mangsa. Awat tak kecepoh terjengkit menahan sengsara. Luka kaki dia.

Ha... itulah ila dah tua. Nak buat kerja macam orang muda. Sakit2 pun nak gagahi juga.
Cepat2 dia sapu listerin. Pedih tapi cepat lega.

Folks..that the story of my human mama...mamason.

Bye..

Ninasandaq





Monday, October 17, 2016

Jangan diharap rimbunannya orang, ditebang tuan gersanglah kita


That shady tree was on the other side of the fence. The small wee tree grew so fast that in no time its branches grew over the fence into RBL's ground. The leaves occasionally fell to the ground and cikly religiously swept them away. Though it wasnt our's but we welcome its presence . The shady tree gave cikli's ciktam protection against the morning and afternoon scorching sun.

We could grunt. We could frown for having some people branches into our yard. But we embrace to take only the positive. So we were quite ok with the tree terjuih terjulur over our fence.Daun jatuh kita sapu. Ulat datang kita sapu.
pokok kesayangan cikli
walau tahu itu bukan kepunyaan sendiri.

pokok pokok milik orang
jika ditebang tuan, tentu dah tak indah mata memandang

semak di laman orang
biarkan..kata Pong kpd tuannya sebelum dia pergi selamanya.

But one afternoon,a young man was seen sawing the branches off the tree on the other side..
Maka bermulalah gersangnya RBL tanpa lindungan dahan dahan itu. Kesian ciktam cikli. Panas dia sehari hari.

La...hantarlah lori vintage you tu ke no 7. Space tu boleh park kereta u.Cikson beri cadangan.
Dah berbuih mulut cikson minta cikli uruskan lori buruk bawah porch.
Kereta ratus ribu dok berpanas,lori sekupang dua u dok simpan..bebel cikson satu petang.
haha...nindia lori tua yang tamat tempoh khidmatnya
Hantarlah ke rumah orang tua tua..
Kadang2 rasa macam sakit mata sakit hati tengok lori tua itu bertenggek dalam porch. Dah tak berdaya dia nak kemana. Dah tamat tempoh khidmat dia. Nak simpan buat apa. Sekarang lori tua itu jadi tempat kucing beranak dan ayam tok saad bertelor.Kalau ada tetamu datang melawat, itulah yang mereka jumpa dan hidu dulu. Angan2 cikson nak hias laman rumah pun terhapus dengan adanya dia di situ.


Hehe... buat apalah cikson luahkan cerita ni disini. Cikli bukan baca pun blog ni..Dan kalau dia baca pun apa dia peduli.

Ala...pokok tu boleh beri perlindungan buat ciktam ,kata cikli.
La ni bila dahan pohon tu ditebang,berpanaslah kereta kesayangan dia.
tunggul ini RBL yang punya
Lagi tak buang,di situ tempat tenggeknya.
Tunggul pun ada baktinya
Itu cerita lori tua cikli. Hidup kita pun . Janganlah dok harap sangat dengan tali atau dedak atau tangan yang memberi. Usaha sendiri lebih manis kalau berjaya akhir nanti.Hidup kita,kena kita urus sendiri. Jangan terlalu mengharap kesiannya orang,beralih hati kita kesusahan.

Semalam,tidur ku terganggu. Teringat2 tentang mereka yang sebahagian dari hidupku...tiada lain doaku.
Semoga mereka dipelihara Allah,dipermudahkan urusan. Sayang mereka.




Saturday, October 15, 2016

Minggu sunyi

Selesai asar,tengok tengok cikli dah melepasi pintu nak keluar.
Nak ke mana you?
Dewan..tak sempat sambung ayat dia dah hidupkan kereta dan berlalu pergi.

Hmm...Buka fb.. seorang ke Sepang seorang ke Pahang
Seorang lagi tak tahu pula hala tujuan.
Dan cikson tinggal keseorangan.
Di.RBL gua ciptaan .
Dengan ninasandaq dan Tam sebagai peneman.


Gulai udang berkacang parpu sama kundur
Combination haru biru


Periuk dibuka
Lauk dicedok
Makan lagi nasi kali kedua
Bukan pajeri tapi kundur jadi rezeki.
Digulai udang berserta parpu...saja2 tak ada ilham nak masak lantas merapu.
Oklah ...bolehlah ditelan kata cikli suamiku.
Lunch tgh hari utk berdua
sambal belacan kena ada
Kalau tak terbalik dunia

Terung bakaq cicahnya.
Semalam,tokwansaad dan tokma buat kenduri anak beranak
Tiga ekor ayam ternakan toksaad jadi gulai berserta ubi
Dimasak oleh adik hubby.
Lain rasanya tau,ayam kampung bela sendiri bebas ke sana sini
Ditambah pula ada sambal belacan cicah timun dan pucuk ubi.
Tambah nasi berkali kali.
Lunch kelmarin

Ada ayam, ada ikan
Pilih saja mana nak makan

Toksaad dan tetamu
Sapa lagi kalau bukan anak menantu dan cucu

Tapi malamnya
Nak masak tak ada ilham yg mendatang
Akhirnya...berdinner kami roti benggali cicah kopi.