Dah berdekad tak jumpa cikgu. Apa kabar sekarang. Aku menyapa seseorang. Dia guru satu sekolah semasa aku masih anak dara dan dia teruna trang tang tang. SKSI 1975 kita mengajar sama dan bila bertemu semula dua2 dah tua. Bercucu pun kita.
Itu kisah semalam.
Pagi ni lepas subuh, aku baca newsfeed :
England kalah eh...
Hero hero dlm saga Gua di Thailand serta anak anak yg di selamatkan
Eksiden eksiden dilebuhraya dan sini sana yg menggerunkan
dan yg tak boleh belah...
Ttg perkembangan politik masakini. Ada saja yg tak puas hati,sakit hati . Aku yg membaca pun rasa semacam. . Betulkah? Logikkah? Dan aku takut berita2 begini boleh buat negara tak aman . Seronokkah kita? Mau jadinya macam Afghanistan,Pakistan ,Syria baru ketahuan.
Namun bila menatap 4 wajah yg berada nun di sebalik Banjaran Titiwangsa buat hati berbunga bunga..
wajah2 kesayangan namun jauh di mata Dengar berita dan cerita pun dah jadi penglipur duka |
Memang sangat membahagiakan kalau dapat menatap wajah2 kesayangan terutamanya wajah Cucu-cucu yabg comel.
ReplyDeleteSetuju sangat2. Antidote for depression. Tak suram rumah kalau ada depa. Baru tau rasa sayang tok pada cucu cucu.
Delete