Showing posts with label bila...... Show all posts
Showing posts with label bila...... Show all posts

Saturday, December 29, 2018

Janji... dicapati atau dipenuhi.

Kokok ayam memecah kesunyian pagi.
Menggerakkan penghuni sekitar RBL dari tidor lagi.

Koook kooook ooooook...ayam2 dikejauhan macam menyahuti
Sama sama gerak penghuni Behor Gonchiag ,bangun, solat dan buat aktiviti
Dari berlengkar atas katil dan selimut dari badan hingga ke kaki.

Jam 7.24 di laptop ini.
Handphone pula 7.25,seminit saja melebihi.
Jam ikea di dinding 7.24....oklah begini
Cikli tidor kembali lepas bangun tunaikan Subuh tadi.
Biarlah... bila umur begini sakit2 saja yang menghinggapi.

Semalam, hantar anak ke stesen bas untuk naik bas Utama. Entah yg ke seribu kali agaknya kali ini. Perjalanan Kangar - Kuantan petang semalam jam 6.45. Jam 6.35 bas telah tiba dan bertolak 6.40 menuju destinasi. Agaknya semua penumpang telah ada ,maka bas itu bertolak 5 minit lebih awal.
Jadi polemik selalunya bila cikson gesa utk hantar anak lebih awal . Sekurang kurangnya 20 minit . Walau dekat saja  stesen bas dgn rumah, namun perjalanan ke sana kita tidak dapat jangkakan. Betul tak. Road block ke, kemalangan ditengah jalan atau kereta rosak. Mana tahu kan...
To date, both me and hubby would be at any station way earlier that the stipulated time. Biar lama menunggu dari tergesa gesa dan ketinggalan kenderaan. Begitu lah kami. Half an hour to the bus station, 1 hour to ETS,3 -4 hours to the airport.

Punctuality... itu prinsip kami. Sebaik mungkin utk ditepati. Rimas tau kalau tergesa gesa.Mau ada saja yang ketinggalan selalunya.

Lagi satu...berjanji. Janganlah bolak balik ,dolak dalih memungkiri.Janji pukul satu, senja baru nampak muka. Tukar program ikut suka tanpa fikir orang di sebalik sana. Tak sukala...

Macam biasalah... on the way,walhal masih dok berselimut toto..

Hope I could fulfill my janji nak pi KL this few days and ikut pergi bercuti dgn anak2 Januari nanti. Sedih pula kalau dimungkiri.

On another note, sonny bonny cikson ditawar kerja se tahun di India. Beragam fikiran berkecamuk ingat dia yang bila bila masa saja akan terbang tinggalkan kami disini. Bangalore to be exact. Project airport baru syarikatnya. Should he or shouldnt he accept. Apa cabarannya.Risau makcik.

Thats all folks...
2019 just a few days saja.
Have a nice year end.

Friday, December 28, 2018

Jalan jalan Padang Besaq...


Eh mana lagi nak pi kalau di Perlis ni kalau tak Padang Besaq. Especially nak shoppingkan..
So setiap kali anak2 balik kampung halaman, tempat ini pasti dalam must go mereka. Sini tak ada mall yang gempak gempak. Standard Giant saja. Tu pun entah grade ke sepuluh dari sepuluh punya.

Tergerak juga hati nak ajak anak anak melancong ke Haatnyai nun diseberang sempadan. Seronok tgk kaum keluarga lain berposing sakan kat Songkhla,makan makan dan lawat lawat sana sini. Bukan jauh pun.Balik hari pun boleh. Tapi.... booom ! Keluar berita patung tu dah terputus dua kena bom selain 6 lagi tempat bergegar. Terbantut selera nak ke sana.

Zaman dulu2, ada lagi satu tempat iaitu Wang Kelian. Nun jauh merentasi bukit bukau ,kawasan bebas cukai digemari kami disini. Seronok shopping sana. Murah murah dan tak perlu nak buat pas sempadan atau pasport. Tapi itu semua tinggal kenangan.Apa pun dah tak ada ..

Oh welll, semalam cikson pi lagi ke Padang Besaq. Hajat nak beli toto.
Di sana kami terus ke Padang Mart. 2 ringgit parking sekali masuk .
Perut lapar ,so terus ke restoran apa ke namanya dalam kawasan itu. Tapi kurang lah rasa masakan Thainya.Something missing.

Lepas makan, ke dalam Mart kami tuju. Tak ramai orang. Gerai jualan keropok kerepek kami tuju. Gerai pertama yang hujung sekali. Nampak penjaga wanita macam serius sangat mukanya. Ada masaalah kot. Lain macam saja. Yang geramnya depan depan kita dia nak main silap mata. Nampak terang2. Dah pembeli kata tak hendak dia boleh selit juga botol yang tak terpilih dalam plastik bersama yg lain. Depan2 tu juga makcik suruh tukar dan marah pada dia yg cuba menipu. Lagi masamlah muka dia...So awaslah semua ya. Berhati2 dengan penjual ini.

Tak banyak yang dibeli.. Tapi habislah juga seratus ringgit .

ha macam nilah antara pemandangan di sepanjang jalan..

Sunday, December 23, 2018

When they came a visiting...tt's way.


2018 will just close in a few days time.

kismes tree loli ...kata pohim.
.
As of now, in another 2 days, citizens of Christian faith would be celebrating Christmas. Malls in the big cities at this time would be dressed up to welcome the festivities. And people of all faiths could savour the beauty of the decorations.
In Kangar,nothing much to see.
Yet I do recall an occasion where I walked through MegaMall and Pavillion amidst the wonderful decor. It was during cikten's convo and we had put up at one hotel in the Mall. Cititel to be exact.

Haraam ,jangan ucap Merry Christmas, jangan menyanyi Jingle Bell...some ustazs say. But there are muftis who said otherwise. Tak salah. Sometimes tak tau nak ikut mana. To be on the safe side,jangan berlebih2. Nanti Muslim pula yg seperti merayakan Christmas.
Anyway, watching the happiness on Fohim and Fateh's face among the deco was a delight to my old soul.

seronok pohim dapat hadiah

mana prezen utk fateh....tak aciiii.


My memory of walking the streets of Edinburgh before Christmas was  never forgotten. Christmas was a few weeks away but the decor was already in place. A massive christmas tree was erected in town. Shops and malls were decorated  beautifully. Celebration was in the air days before.

Yesterday,my sister's clan from SP came a visiting after attending their friends' wedding invitation.
After scratching my head for what to jamu them, I came out with beehoon goreng cikson. When we have visitors especially from far, from what late tokton instilled in us, have something to serve them. Especially if their visit is announced. Lainlah kalau tak diketahui. Jamu ayaq kosong pun ok dah dengan apa yang ada. And I could well see that the practice is carried out in our family. Anak2 selalunya tak perlu suruh bila ada tetamu, air kena hidang. Keluarlah roti biskut pun ok . Hihi.

Jangan bagi tetamu balik dengan tekak yang dahaga......

Lagi satu... tokton way of welcoming guests. Tempat tidoq.
She went out of her way to make them sleep comfortably. And I could see all my siblings practising the same. The roomiest room , clean sheets and bed welcome us in SP and KL.

And when its time to return home, tokton would see that they could be something to tapau and bring home. It doesnt have to be big . Teloq ayam pun jadi.
Rasanya orang Kedah begini bila ada tetamu. Our car was never empty when we visited our saudara and friends in Kedah. Ada2 saja yang bekalkan. Ulam2 keliling rumah pun jadi buah tangan.
That is hospitality.

Bye. Enjoy your weekend.
Sis Han,thanks for the visit. Come again.

Wednesday, December 19, 2018

Gloomy skies...yesterday.


The sky was gloomy yesterday. The whole day.
So too were we.
When I received the news I was dumbstruck. The whole night, a terrible feeling of dismay, disgust, despair engulfed my thoughts. Why should this happened? I surfed the net, abandoning my sleep for more news about his untimely demise.
Waking up, there was this austere silence. The hens and the fowls didnt put on their daily crowing and quacking sessions. The cats were no where to be seen. Even the birds stopped flying. And so too was the sun. As if they too were in mourning.

Muhammad Adib meninggalkan kita at 9.41 the night before. Our hero , succumbed to the brutal thrashing of the vicious animal like crowd was gone . That kuil fracas has claimed an innocent life. May the perpetrator be hung! Justice for Adib.

Through social media of the day ,I was able to watch the going ons and the passage of the last rites of Adib. As early as 7, I watched the events unfolding at the Airod where Tun was grim face and Tun Hasmah wiped her tears  as the coffin was uploaded into the heli.

Then to the field of SK Tebengau,Kuala Kedah. Thousands waited patiently for a glimpse of Adib. From there to his family home and then his last stop at The masjid. Tears readily flowed when Adib was laid to rest.

The whole day Malaysia grieved.
The more were his loving family, his tunang Nurul Najihah, his friends.
Alfatihah.May his soul be blessed and placed among the syahids.

Allahu....

I couldnt express more...

Monday, November 12, 2018

Debar semalam dan harini


Semalam, sonny bonny cikson nan sorang selamat sampai ke benua nan seberang Lautan Hindi. Dihantar syarikat , dia ke sana berseorangan. Sangka cikson akan bersama eksekutif lain. Maka debar sunggohlah dada .
Banggalaru @ Bangalore makcik google. Hotel penginapan tajaan syarikat pun sama. Membaca positif remarks berkaitan hotel dan tempat dituju sediki lega.
Namun jam 4, wassapnya berbunyi.
Dah sampai hotel. Manager hotel sombong nak mamps.
Mengetahui dia dah ada tempat penginapan,lega lah sikit kepala memikir.
Come on cikson...tiga anak perempuan pernah keluar negara solo. Apa nak bimbang dgn anak lelaki. Kata hati. Pandailah dia bawa diri...hihi

Itulah.... hati ibu walau lelaki atau perempuan, debar saja yang dilayan.
Semoga abang as he is called at home, selamat menjalankan tugas dengan jaya. Dijauhi masaalah yg tak terduga dan kembali dengan selamat ke tanah air esok lusa...or is it longer. It depends katanya.

haha... siap bertracker..canggih no la ni.


Pagi ni pula debar juga.
Apa ya nak jadi dibangunan dalam pekan sana. Pembesar negeri yang satu hari dihormati,kini berdepan dengan tuduhan maha ngeri. Mencabul anak muda... worst case to be charged. Semasa bertugas dulu, kami anak negeri selalu berurusan dengannya. Selalu di panggil untuk beramai majlis dengannya.
PakDan... jasa mu ada tapi kenapa begini penyudahannya.

Berita tentang ada lagi pertuduhan yang akan dihadapinya keluar tv lagi. Nganga kami. Apalah yg jadi masah kamu menerajui negara ini. Begitulah kalau diri tidak teguh pada prinsip . I have an inkling that most of what he did was because of his weak nature. Mudah dengar cakap orang. Tak firm buat keputusan.
I remembered when I was in office, I was pestered to help buy things from a shop of my close ally. I asked my clerk could it be done and they gave me the consequences. Thus I said NO! Well, there was an uproar and I was accused of too timid and not wanting to use my power...haha. Bergaduh wei. And when there appeared on tv a GB sent to jail for that , I said SEE....

Sat lagi tentu penuh berita tv...
Got to open astro awani...501

Bye... See you.
Buat anak dibenua India, ibu sayang kamu. Jaga diri. Solat jangan lupa.


Sunday, November 11, 2018

Bila berjamu... nasi lemak


Terbaca di fb .
Terfikir sendiri tanpa provokasi
Dari beli beli kenapa tak masak sendiri
Puas hati

Jadi tgh hari
Mama jadi chef syok sendiri
Se periuk nasi lemak dimasak buat keluarga disayangi
Nasi lemak fusion katanya membuat verifikasi

Its nasi lemak alright
Tapi ada unsur unsur nasi minyak terlibat
Mula2 basuh beras 3and half cawan,toskan.

Tumis dgn sedikit minyak
Bahan bahan ini
Bawang merah diracik, kulit kayu manis, halia dan daun pandan

Wangi bau bahan bahan, masukkan beras.
Balik balikkan supaya semua rata.
Masukkan 3 to 4 ( beras basmati 5 cups also can) cups santan from 1.5 box of santan kotak yg kecil.
Add sugar n salt to taste.

Cook as u always cook rice on your rice cooker.
Serve with sambal ayam, teloq rebuih, bilis goreng, timun hiris and acar timun...

This nasi lemak always last like till the next day. Tak basi selalunya.

Ha... bila teringat nak mkn nasi lemak mama way,thats how I make it.
Pada anak yg teringat2 katanya . Tgk 3 kali round jugalah dia mengadap nasi lemak ni..hihi.

ada apa dgn gambarkan...
pinggan beragam,telor pun songsang
Tapi bila dimkn ...ha kekenyangan
Laaa...mana gambar nasinya. Tak adaaaa.

Thats all folks.
Stay fine semua anak 2.
Yang akan ke luar negara, hati hati mkn di sana. Tgk halal haramnya. Juga kebersihannya.
Mum love u all always.

Saturday, October 27, 2018

the visitor



One beautiful morning,bright and sunny.
A knock on the window bring a smile to me.

Hahaaa... someone is here
To visit the old folks and see how they are!

A Sunny Morning everyone
Cock a doooooodle doooo ,maam

Cock a dooole do ,gentleman
Glad to see you,young man.

helllllooooooooooo

Anybody home?
Sometimes
Yes ,sometimes.... the lonely maaam gladly welcomes visitors to her abode.


Monday, September 24, 2018

What's up Perlis...Floating Market dah ada kat sini


Hujan pagi ni.
Berdentum guruh berbunyi

Sejak dua menjak ni begini
Hujan, selang sehari

Namun ada perkembangan baru di sini,
Nun,tak jauh di sini telah berlangsung satu aktiviti
Yg ambil contoh dari negara jiran Thailand atau Siam sebutan kami
Yang orang dok atas perahu sambil berjual beli.

Floating Market dah mai tempat kami
Tapi kami tak pi
Sebab,takut gelap kena cahaya matahari
Lagi pun nak beramai ramai,berhimpit himpit,tak kuasa dah la ni.

Nindia gambaq cikson cilok @ pinjam dari fb.
Tolong halal ya.

floating market Perlis..gambar fb



macam2 jualan..gambar fb

ramai orang semalam di sini...gambar fb



Well...minggu exam datang balik sekali lagi. UPSR dah bermula . Semoga anak2 tabah menghadapi ujian pertama antara ujian yg bakal di duduki.

Got to sign off quickly. Tak betah nak berlama lama dok mengadap laptop la ni. Guruh dok bagi amaran . Takut kami.

Bye.. Have a happy day .

Tak lama lagi akan ada pula khidmat boat utk tour Kuala. Rasa nak cuba la...
Kuala Perlis...gambar googled



Indah pemandangan ...gambae gooogled

Wednesday, September 19, 2018

The lull ....

Yesterday, news abound about the storm in Perlis.
Headlines lagi..

Harini, matahari menampakkan diri awal tadi. Bolehlah keluarkan baju yg nak dikeringkan dibawah mentari. Di hujung langit cahaya terang menyuluh bumi. Tanda akan baik baik saja hari ini.

Namun jangan terpedaya.
Cuaca berubah macam orang juga
Sedang mood elok elok ,dok tak dok naik angin pun ada.
Kaji cuaca pun kata,kita dalam monsun peralihan dan akibat apa entah... tak dpt pula istilahnya, kita terdedah dengan cuaca yg meragam . Bila bila masa boleh menggila. So awas ya penduduk utara. Kalau hujan dan ribut jgn bawa kereta...

Baru ku tahu rupanya kelajuan angin membadai Perlis lebih laju dari Florence di Carolina. Hence the kemusnahan. Lagilah pula sepanjang jalan ,pokok2 yg ditanam bagai bom atom yg tak dijangkakan. Bila angin membadai ,boleh senang tumbang..
Baca sini utk penjelasan.

SINI

Dua hari lalu, kami ke HSB untuk rawatan susulan mata cikli. Appointment jam 10.00 pagi. Jam 9 kami dah sampai ke ruang lobby.
Aduh... ramainya manusia harini.
Nak ke parkir kereta, queue panjang sekali. Dan akhirnya dalam debaran hati ,terparklah kereta cikson dihujung padang yg berlumpur. Berdoa dalam hati agar hari ni matahari cerah dan air yg bertakung habis kering bila masa kami pulang.
Begitu nasib semua kaum marhaen.. ke hospital bagai satu perjuangan. Berjuang utk letak kenderaan.

Menunggu giliran, rabung gebang kami dengan yg senasib kami.
Si isteri yg setia menemani suami
Si isteri yg ditinggalkan suami kerana lama sangat menunggu tadi.
Ceritanya dari asal mana hingga berapa anak,cucu yg dah diperolehi.
Haha... jangan tak tahu, ditempat menunggu begini kadang2 orang yg tidak kita kenali , jadi kawan selepas ini. Silap2 berbesan pula...haha.

Bila tamat dan kami boleh pulang ,jam dah 1 petang. Mujur lagi. Ada masa kami hanya boleh balik bila lampu semua dah nak padam.
Januari 2019 tarikh cikli kena DC
dan September 2019 cikli kena operation utk kanta.

Alhamdulillah..jauh lagi masanya untuk ini semua.
Semoga sihatlah cikli dan saya .Dapat pi Trengganu utk kenduri anak saudara..

Thats all folks. Stay safe.
macam aman saja dekat ruang ini.
Bukan begini diawal tadi
Nak lalu pun jenuh selit diri.

Tuesday, September 18, 2018

Whats up Perlis...ribut


Semalam, jam 9 lebih ,ribut melanda bumi Perlis. Takut weiii...
Berdentum dentam bumbung dibadai angin.
Kriuk kriak zinc yg ada diatas pembahagi bumbung rumah.
Kelepup...bunyi sesuatu jatuh ke bumi.

Jam 11 anak telefon dari KL.
How are you mum? Are you all ok?
Rupanya berita angin kuat di Perlis telah masuk socmedia.
Benarlah... agak banyak kemusnahan dengan kehilangan nyawa akibat eksiden dalam suasana kelamkabut itu.

4 nyawa.. unofficial 6 terkorban . Sedihya seorang ibu yg sarat mengandung juga antaranya.
Beratus pokok tumbang... 130 lebih.
40 lebih rumah rosak.

Angin yg membadai itu dikabarkan sekitar 68 kmph. Just imagine Mangkhut yg berkelajuan berlipat kali ganda membadai Luzon dan HongKong serta Taiwan. Florence di Carolina pun .

Pagi ini ,aku survey sekitar rumah dari tingkap RBL.
Haa.. seketul bahagian bumbung terdampar dilaman.
Pokok kelapa tanpa daun nan sebatang itu masih tegak megah ke awan. Berdampingan dengan pokok pinang ,mereka selamat semalam. Namun aku cuak bila mengingatkan mereka berdua.

Tiada matahari menyinari pagi walau jam dah hampir meninggi tanda hujan akan menyinggah lagi. Aduh... kain semesin sedang ku basuh kerana telah menimbun tinggi..

Thats all folks,kabar dari utara.
Semoga hari ini dan hari hari mendatang kita terselamat dari ujian dan cabaran alam .

Gambar gambar mengiringi, pinjam dari fb.

repoh..pintu gerbang yg terhumban

kampung bakau
More pictures from PerlisAktif fb




Sunday, September 16, 2018

What's up Perlis... a wet weekend it is


Woken up to the sound of the rain pattering on the roof. Heavily.
Warrrrgh... another wet day.
Thoughts go to

the days when our place was inundated with flood and we had to flee our homes back in 2010. What an experience!

Hurricane Mangkhut did make a landfall on Luzon Island of the Philippines. What had happened over there was not so much in the news as Hurricane Florence which battered Carolina. Endless footage of the storm was aired over Breaking News CNN.

I dont know whether the wet weather we are facing here is a result of the storm in this region. And as a result, the well known Gua Kelam is flooded . Its closed to visitors if you had not known.



Gua Kelam kelmarin


The wet days too put a damper on my daily schedule. No washing done and cikli too could not hold his cangkul. Going out to town too had not been done and we had finished our supplies. Yesterday for lunch I cooked kotiau goreng. How it turned bokbek was a mystery. Cikli and I could not eat the soggy kotiau and we went hungry the whole day. To go out and tapau food in the rain was a no no. Too lazy for that.
For dinner, I cooked with whatever was left and ended with cucuq kentang. Bolehlah tahan bila cicah sos cili maggi.
Sometimes, I questioned myself on why I let all my children go . None of them are near us. As a result we have nobody to rely on . So when the knees are weak and the shoulders too, we have no choice but to go on. Pity those who are way older than us. But our time too is not far away as I could feel the pains in my body not going away after that 10 days outing before.

As I was writing this piece of writing, my eyes strayed to the fields across the road. A little ray of sun is seen creeping up . Hope its sunny today as I intended to go out. One of sil's husband is still in hospital and we have yet to visit him. Cikli has not completely recover from his illness as yet and I too have my bout of sickness.

And I have to buy provisions . Lest we go hungry .
Sometimes I do feel penat menguruskan semua sendiri.

Thats all folks. Bye.

Wednesday, September 12, 2018

?????



Terjumpa dalam page fb.
Cikgu BM tentu pening kepala.

Saturday, September 8, 2018

Simple pleasures

Feeling down?
Dont let that rotten feeling get you down.
Be as simple as a baby if you want to enjoy simple pleasures.
How then?

Lets Fateh shows you how....

No 1.
Watch the wipers move. Laugh out.

No 2
Put on your biggest sunnies.
Roam the mall.

tak ada besaq lagi ka adik?
No.3
Strike a chord. Sing a song you know the tune. To hell with the lyrics.
Let Fohim shows you how...


oh no... its not the one.


This is


                                         
Life is complicated always,but let it be simple some times. 
Bye... enjoy your long holiday. Waech out for the simple things that may bring joy to you. 
May Allah ease our ways always.

Tuesday, September 4, 2018

Hujan pagi pagi


Hujan pagi ini.
Kain baju kotor masih belum berbasuh lagi
Kalau dibasuh bagaimana nak dikeringkan kerana tiadanya matahari
Lain lah kalau ada mesin pengering kain.. putar putar putar dia berpusing untuk mengering kain baju yg dicuci.

Hari ini hari ketiga cikli di hospital. Demam sejak dari bilik hotel TH Alor Setar tidak berkurangan buat kami meninggalkan majlis tanpa dapat say gudbye to anybody. Zoooom terus ke Kangar menumpang kereta anak buah. Malam itu juga cikli warded. Suspected infection.
Maka berulangaliklah cikson dari RBL ke hospital saban hari. Kaki separuh baya ini tetap memanjat tangga dan melangkah dari hujung ke hujung hospital. Entahlah berapa lama dapat bertahan. Pagi ini pun jalan dah berjengket2 akibat kejang urat. Bau semerbak minyak angin memenuhi ruang rumah...haha.

Hujan pagi pagi..
Banya kerja tak dapat diberesi
Niat hati nak basuh taik ayam yang bertepek tepek di garage kereta.
Aduhai kaum ayam... kenapa disini kau nak buat kerja ya...Dont you understand that I have my hands full. Bila cikli sakit semua kerja diluar rumah tergendala. Laman yg dibersih dah naik rumput semula. Sakit mata.

Hujan pagi pagi
Buat cikson lewatkan pergi ke hospital hari ini
Mau ku harungi hujan ini, sakit demamku apa jadi?
Semalam pun entah kenapa balik dari sana,badan menggigil.
Demamkah aku ,atau kerana terlampau penat ke sana kemari

Hujan.. cepatlah datang dan pergi
Curahkan beban kamu ke bumi
Cucikan segala kotor kotor yg membelengu kami
Agar hidup kami kembali suci dan murni

Lately... banyak sangat berita dan cerita sedih melingkari hidup kami.

Dari tingkap tingkat 2 HTF hari pertama kami di sini.
awan mendung tanda nak hujan tak lama lagi..

banguna baru HTF...

macam boleh dicapai awan yg tinggi...

Tuesday, August 28, 2018

JJCM ...


Di antara tempat menarik yg dikunjungi utk menjamu selera semasa berpergian hari tu antaranya adalah Ikea..
Makan curry puff besar and ice cream berdiri is a new experience. Nak masuk ke ruang tempat duduk malam itu, ada function.

Sambil nikmati angin lewat petang, di esplanade Kuantan icecream durian jadi santapan.

Berjamu di Lilawadi jadi satu kemestian bila keKuantan. Nasi bersama beef shanks jadi santapan. Minuman berpandan sejuk ditelan..

Di Loteng ,makanan enak,service cepat menarik untuk datang lagi. Cikli kata bihun tomyam dia pun enak sekali. Thank you olin belanja kami.

Namun masakan di rumah sendiri, jadi sebutan walau dah balik negeri. Nasi minyak, jelatah dan ayam masak cili menambat hati. Pandai juga masak anak ku ini...puji ayah senang hati.

Dan paling terkesan, layanan baik tuan rumah di Sg Karang. Hebat masakannya. Nasi dan lauk pauk, ketupat goreng dan rendang enak dimakan. Juga nasi briayani yg ditapaukan. Kenyang auntie makan. Terimakasih Alin kawan Olin. Semua tu jadi ingatan.

Tidak ketinggalan,masakan anak bongsu,ibu dua anak ku. Pandai masak rupanya walau paling bongsu. Bihun sup sedaap ,kata aku. Makanan yg didelivery pun menambat hati. Thank you aten, safuan dan cucu cucu.

Satay Taman Melati pemberian bisan sedap dimakan. Begitu juga patin masak tempoyak yg ditapaukan. Cucuq cempedak pun kami makan sampai tak dak kesan...TQ tak terkira pada besan suami isteri .
bersama cucu kesayangan selepas makan

ayam goreng berempah masakan ciklin

ayam masak cili masakan ibu

jelatah 

Nasi minyak resepi alin dimasak olin

sambil menunggu boleh conteng2
Chicken chop se pinggan 14 hinggit dan beberapa puloh sen.
Loteng or LOFT masakannya memuaskan kata cikli

Di sebalik dinding ,curry puff dan icecream
Thats all folks. Bye.

Monday, August 27, 2018

Eiduladha of 2018...home away

Ini kali kedua dlm tempoh terdekat yg kami beraya away from home.
Se belum ni ke Pulau Langkawi dan kali ini pula ke Gambang Pahang. Gitu jadinya bila pasangan tinggal berdua dan berjauhan dari anak2 cucu.
So if they cannot come to us,why not we go to them, kata cikson.

Apala nak buat dengan beraya diperantauan.
Buat macam biasalah... as if its beraya at your own hometown. Sementelah pula cuti anak yg bekerja hanya satu hari saja. Tengah2 minggu pula tu.

This year cikli tak turun padang ke tempat orang berkorban. Kalau di rumah,awal pagi lepas sembahyang raya,sibuk dia di situ.

Apa apa pun ada juga si anak memasak untuk menjamu ayah ibu. Boleh tahan nasi minyak dan jelatah  hasil tangan dia. Disajikan pula dgn masak ayam cili hasil tangan si ibu . Sempat juga bertutorial masak gulai ikan cara ibu yg diwarisi dari arwah neneknya..

Petang kami ke Sg Karang ke rumah kawan anak . Dijamu nasi ,ketupat goreng dan rendang yg enak. Thank you Alin for your hospitality.

On the way home singgah sebentar ke pantai. Pantai Balok anginnya tersangaaat kuat. Macam nak terbang dibawanya

Tak puas di Balok,singgah lagi di Kuantan Promenade...ehehe ..ntah betul ke tidak namanya. Dekat McD makan icecream durian.

Balik singgah lagi ke DIY... beli drain dredger untuk operasi drain sinki yg tersumbat.

See.... our hari raya is full of activities.

Haha...terimbau kenangan muda muda bila gambar gambar di lattekan..







 Thats all folks... bye. Have a happy Monday.

8 hari di jalanan...

Hi guys,
Its been an absence of 7 days from this platform. Been on a jalan jalan lawat anak cucu time. Tried feeding post from my i phone but to no avail. Once or twice I typed on the phone and tried posting from KL and Pahang...hihi tak memuaskan hati langsung. So since I am back at my own sanctuary, here I am once again.

Ewah macamlah ada orang terasa kehilangan kita...syok sendiri otn.

Oh well..here are some of our on the road time.Ingat dah tak berpeluang jalan jalan dgn keadaan kesihatan yg tak menentu. Alhamdulillah dipermudahkan.

The journey started with a wedding invitation from cikli's uncle. Since its the last wedding of the family, we felt its an obligation to attend. Lagi2 bila kenangkan jasa pak saudara cikli dulu.Tak terbalas rasanya,

On the ets we boarded last Thursday morning. In coach C the window seat that I got was riddled with broken fragments. Gerun tgk 2 tingkap pecah begitu.
my tingkap.
Luckily,no untowards incident and we arrived at KL Central that afternoon safely. Hope KTMB dah rectified the broken window glasses. Tak terbayang wei  kalau dia berderai. Bahaya.

That Friday we spent our time at Zeta Homes. Homes to the boys.Fahim and Fateh. So much entertainment with the two boys around. And I got a new nickname... tok hotdot..haha.

Saturday afternoon saw us attending the wedding

After the wedding to MM as Fahim called it. Konon nak cari baju or tudung. But nothing caught my eyes.

Lupa pula bila ke Ikea Damansara...well on one of those evening. Beli selimut utk perjalanan balik kerana tiket pukul 11.30 malam Saturday night the next week. Anticipated a very cold ride .

all in red..tokwan and fohim


Sunday saw us travelling across the LPT1 to Kuantan. Stayed a night at Cathayana..

view from the hotel window

the hotel... oklah..
The next day Fahim and family returned to KL while we stayed on in Gambang. Raya Haji bersama anakanda until the next Friday... quite a long while.

haha... lihatlah sini kami


And returning to KL,we took the last ets at 11.30 pm on a Saturday and reached home exhausted but contented. Its a time worth spending .

Thats all folks.Bye.

Wednesday, August 8, 2018

Bila RM kurang di kocek ....


Semalam, selepas menghantar cikli ke muka pintu bangunan hospital TF ,aku pandu iriz berdebuku ke satu daerah. Daerah yang sekian lama aku huni. Sekarang hanya sekali sekala aku ke sini.

Hmm.. baju utk kenduri belum ku temui. Harap harap dekat sini ada terjual buat ku beli..Fikir ku.

Hijrah ku masuki. Cantik manis tuan punya kedai dan ramah dia dengan slanga seberang.
Antara susunan kain,2 helai kain aku amati.
Dua dua ada ciri ciri tema colour yang aku cari. Tapi sipi sipi.
Dua dua ditawar pada harga yg rasanya mampu milik buat aku yg kena berkira bila berbelanja. Tak boleh tunjuk tunjuk dan bayar sahaja. Entah berapa lama aku buat kira kira. Dan mungkin tuan kedai pun dah hampir bosan melayan aku . Akhirnya aku buat pilihan muktamad:↓↷

Satu pasang baju kurung berserta tudung bawal . Upah jahit tak masuk lagi. Garu kepala aku dan ketar jari aku membayar nya. Sejak akhir akhir ni,duit macam air keluar mengalir buat aku malas nak keluar rumah. Keluar saja rumah,ada saja yg memerlukan wang..alahai.

Berpatah balik ke hospital bila cikli telah selesai urusan. Dan berpatah balik kami ke kawasan tadi kerana perut belum berisi sejak tgh hari. Bihun sup saja yg terjual di warung yg kami singgah..
Eh... kalau aku masak pun taklah manis begini..aku kata dalam hati selepas semangkuk bihun sup diberesi. Complain lagi.

Ehhh ,ikan dah habislah. Di gerai bawah pokok Taman Sena Indah aku berhenti.
All in all 50 ringgit juga la habis di sini.
Dan sebelum balik..sekotak pizza Presto dibawa pulang untuk makan malam nanti. 13 ringgit pula kat sini.

Well... bila kocek tak berapa berisi, hal hal ekonomi kena berhati hati.Memang banyak projek yg ingin aku beresi, tapi semua tu bernanti nanti.

Rumah no 7, perlu diberi perhatian. Dah sekian lama kami tinggalkan. Renovate dulu pun belum selesai , masih terbengkalai...hai hai.
Servis kereta bertagak tagak...duit lagi di memintak.
Nak ke KL pun,bukan zam zam ala kazam. Naik tikar terbang sampai Selayang.

Senak perut aku pagi pagi fikir bab ekonomi. Tapi hidup mesti diterusi....

When you have to take care of everything at this old age and RM kurang dikocek..
kacamata or reading glass pun dah jadi begini.. alahai duit lagi
gambar pinjam cik eena

entah masuk ke tidak tema kaler kenduri nanti
tuan kedai kata pattern bunga dia buat sendiri,kain pun lebar cantik utk baju kurung

tudung pun sulaman sendiri
ikut kata tuan kedai yg ramah sekali.
Pandai dia ambil hati
Duit cikson pun melayang freeeee.

Terbaca,Thailand sedang bersiap sedia menghadapi banjir..Takut juga takut air dia mengalir ke sini.Macam berlaku dulu. Mau kelam kabut .
Sakit hati terbaca yg wang negara senang dibaziri. Kerana mereka kita yg susah macam ni. Kapal mewah depa beli. Tak bertapi tapi. heeee geramnya.
Thats all folks .Bye..


Sunday, August 5, 2018

that wandering heart...


Dia sudah balik ,nun jauh di pantai timur letaknya negeri.
Hanya 4 hari saja dia di sini
Tak puas bersama dia telah kembali.
Ke tempat dia mencari rezeki.

Bersamanya,kami
Boleh bercerita sampai pagi
Ke mall, kedai makan dan mana saja tergerak hati
Terhibur juga hati yang sekian lama menyendiri

Teringin aku mengunjungi dia di sana.
Tapi teragak agak saja
Kesihatan cikli antara penyebabnya
Harap2 tu tgh bulan ini ,aku dapat juga jejak tangga

Nak makan sata, keropok lekor tepi pantai
Nak masuk restoran Sara Thai atau yg jual kek kegemaran...eh lupa pula namanya
Nak jumpa Humphrey,kucing Parsi yg gemuk tapi pemalu
Tapi..nak memanjat tangga sayup sayup itu yg berat hati.

lemonade..penawar dahaga

gerobok lama bawa nostalgia lama

Koffee Kitchen dibawanya kami ke sana

anak yang selalu ceria..

rasa macam tahun2 enam puluhan pun ada.

Masa bercuti tempoh hari ke cafe ini kami dibawanya. Makanan sedap ..esp that burger. Tapi mahallah kata cikson ,our taste but not our purse..hihi