Di antara tempat menarik yg dikunjungi utk menjamu selera semasa berpergian hari tu antaranya adalah Ikea..
Makan curry puff besar and ice cream berdiri is a new experience. Nak masuk ke ruang tempat duduk malam itu, ada function.
Sambil nikmati angin lewat petang, di esplanade Kuantan icecream durian jadi santapan.
Berjamu di Lilawadi jadi satu kemestian bila keKuantan. Nasi bersama beef shanks jadi santapan. Minuman berpandan sejuk ditelan..
Di Loteng ,makanan enak,service cepat menarik untuk datang lagi. Cikli kata bihun tomyam dia pun enak sekali. Thank you olin belanja kami.
Namun masakan di rumah sendiri, jadi sebutan walau dah balik negeri. Nasi minyak, jelatah dan ayam masak cili menambat hati. Pandai juga masak anak ku ini...puji ayah senang hati.
Dan paling terkesan, layanan baik tuan rumah di Sg Karang. Hebat masakannya. Nasi dan lauk pauk, ketupat goreng dan rendang enak dimakan. Juga nasi briayani yg ditapaukan. Kenyang auntie makan. Terimakasih Alin kawan Olin. Semua tu jadi ingatan.
Tidak ketinggalan,masakan anak bongsu,ibu dua anak ku. Pandai masak rupanya walau paling bongsu. Bihun sup sedaap ,kata aku. Makanan yg didelivery pun menambat hati. Thank you aten, safuan dan cucu cucu.
Satay Taman Melati pemberian bisan sedap dimakan. Begitu juga patin masak tempoyak yg ditapaukan. Cucuq cempedak pun kami makan sampai tak dak kesan...TQ tak terkira pada besan suami isteri .
bersama cucu kesayangan selepas makan |
ayam goreng berempah masakan ciklin |
ayam masak cili masakan ibu |
jelatah |
Nasi minyak resepi alin dimasak olin |
sambil menunggu boleh conteng2 Chicken chop se pinggan 14 hinggit dan beberapa puloh sen. Loteng or LOFT masakannya memuaskan kata cikli |
Di sebalik dinding ,curry puff dan icecream Thats all folks. Bye. |
Kita ni kalau bercuti atau berjalan acara makan la yang paling seronok.
ReplyDeleteBetul tu cik Mala. Jauh berjalan banyak makan...sata,satey, keropok lekor, nasi dagang,meat ball,ikan celup tepung ada tempatnya tersendiri.
Delete