Tuesday, September 18, 2018

Whats up Perlis...ribut


Semalam, jam 9 lebih ,ribut melanda bumi Perlis. Takut weiii...
Berdentum dentam bumbung dibadai angin.
Kriuk kriak zinc yg ada diatas pembahagi bumbung rumah.
Kelepup...bunyi sesuatu jatuh ke bumi.

Jam 11 anak telefon dari KL.
How are you mum? Are you all ok?
Rupanya berita angin kuat di Perlis telah masuk socmedia.
Benarlah... agak banyak kemusnahan dengan kehilangan nyawa akibat eksiden dalam suasana kelamkabut itu.

4 nyawa.. unofficial 6 terkorban . Sedihya seorang ibu yg sarat mengandung juga antaranya.
Beratus pokok tumbang... 130 lebih.
40 lebih rumah rosak.

Angin yg membadai itu dikabarkan sekitar 68 kmph. Just imagine Mangkhut yg berkelajuan berlipat kali ganda membadai Luzon dan HongKong serta Taiwan. Florence di Carolina pun .

Pagi ini ,aku survey sekitar rumah dari tingkap RBL.
Haa.. seketul bahagian bumbung terdampar dilaman.
Pokok kelapa tanpa daun nan sebatang itu masih tegak megah ke awan. Berdampingan dengan pokok pinang ,mereka selamat semalam. Namun aku cuak bila mengingatkan mereka berdua.

Tiada matahari menyinari pagi walau jam dah hampir meninggi tanda hujan akan menyinggah lagi. Aduh... kain semesin sedang ku basuh kerana telah menimbun tinggi..

Thats all folks,kabar dari utara.
Semoga hari ini dan hari hari mendatang kita terselamat dari ujian dan cabaran alam .

Gambar gambar mengiringi, pinjam dari fb.

repoh..pintu gerbang yg terhumban

kampung bakau
More pictures from PerlisAktif fb




1 comment:

  1. allahuakhbar.. semalam terjaga nak pegi toilet sempat scroll FB. kawan share gmbr2 disana ya rabbi seramnya. stay safe everyone <3

    ReplyDelete