Kokok ayam memecah kesunyian pagi.
Menggerakkan penghuni sekitar RBL dari tidor lagi.
Koook kooook ooooook...ayam2 dikejauhan macam menyahuti
Sama sama gerak penghuni Behor Gonchiag ,bangun, solat dan buat aktiviti
Dari berlengkar atas katil dan selimut dari badan hingga ke kaki.
Jam 7.24 di laptop ini.
Handphone pula 7.25,seminit saja melebihi.
Jam ikea di dinding 7.24....oklah begini
Cikli tidor kembali lepas bangun tunaikan Subuh tadi.
Biarlah... bila umur begini sakit2 saja yang menghinggapi.
Semalam, hantar anak ke stesen bas untuk naik bas Utama. Entah yg ke seribu kali agaknya kali ini. Perjalanan Kangar - Kuantan petang semalam jam 6.45. Jam 6.35 bas telah tiba dan bertolak 6.40 menuju destinasi. Agaknya semua penumpang telah ada ,maka bas itu bertolak 5 minit lebih awal.
Jadi polemik selalunya bila cikson gesa utk hantar anak lebih awal . Sekurang kurangnya 20 minit . Walau dekat saja stesen bas dgn rumah, namun perjalanan ke sana kita tidak dapat jangkakan. Betul tak. Road block ke, kemalangan ditengah jalan atau kereta rosak. Mana tahu kan...
To date, both me and hubby would be at any station way earlier that the stipulated time. Biar lama menunggu dari tergesa gesa dan ketinggalan kenderaan. Begitu lah kami. Half an hour to the bus station, 1 hour to ETS,3 -4 hours to the airport.
Punctuality... itu prinsip kami. Sebaik mungkin utk ditepati. Rimas tau kalau tergesa gesa.Mau ada saja yang ketinggalan selalunya.
Lagi satu...berjanji. Janganlah bolak balik ,dolak dalih memungkiri.Janji pukul satu, senja baru nampak muka. Tukar program ikut suka tanpa fikir orang di sebalik sana. Tak sukala...
Macam biasalah... on the way,walhal masih dok berselimut toto..
Hope I could fulfill my janji nak pi KL this few days and ikut pergi bercuti dgn anak2 Januari nanti. Sedih pula kalau dimungkiri.
On another note, sonny bonny cikson ditawar kerja se tahun di India. Beragam fikiran berkecamuk ingat dia yang bila bila masa saja akan terbang tinggalkan kami disini. Bangalore to be exact. Project airport baru syarikatnya. Should he or shouldnt he accept. Apa cabarannya.Risau makcik.
Thats all folks...
2019 just a few days saja.
Have a nice year end.
No comments:
Post a Comment