Eh mana lagi nak pi kalau di Perlis ni kalau tak Padang Besaq. Especially nak shoppingkan..
So setiap kali anak2 balik kampung halaman, tempat ini pasti dalam must go mereka. Sini tak ada mall yang gempak gempak. Standard Giant saja. Tu pun entah grade ke sepuluh dari sepuluh punya.
Tergerak juga hati nak ajak anak anak melancong ke Haatnyai nun diseberang sempadan. Seronok tgk kaum keluarga lain berposing sakan kat Songkhla,makan makan dan lawat lawat sana sini. Bukan jauh pun.Balik hari pun boleh. Tapi.... booom ! Keluar berita patung tu dah terputus dua kena bom selain 6 lagi tempat bergegar. Terbantut selera nak ke sana.
Zaman dulu2, ada lagi satu tempat iaitu Wang Kelian. Nun jauh merentasi bukit bukau ,kawasan bebas cukai digemari kami disini. Seronok shopping sana. Murah murah dan tak perlu nak buat pas sempadan atau pasport. Tapi itu semua tinggal kenangan.Apa pun dah tak ada ..
Oh welll, semalam cikson pi lagi ke Padang Besaq. Hajat nak beli toto.
Di sana kami terus ke Padang Mart. 2 ringgit parking sekali masuk .
Perut lapar ,so terus ke restoran apa ke namanya dalam kawasan itu. Tapi kurang lah rasa masakan Thainya.Something missing.
Lepas makan, ke dalam Mart kami tuju. Tak ramai orang. Gerai jualan keropok kerepek kami tuju. Gerai pertama yang hujung sekali. Nampak penjaga wanita macam serius sangat mukanya. Ada masaalah kot. Lain macam saja. Yang geramnya depan depan kita dia nak main silap mata. Nampak terang2. Dah pembeli kata tak hendak dia boleh selit juga botol yang tak terpilih dalam plastik bersama yg lain. Depan2 tu juga makcik suruh tukar dan marah pada dia yg cuba menipu. Lagi masamlah muka dia...So awaslah semua ya. Berhati2 dengan penjual ini.
Tak banyak yang dibeli.. Tapi habislah juga seratus ringgit .
ha macam nilah antara pemandangan di sepanjang jalan.. |
No comments:
Post a Comment