Tuesday, September 4, 2018

Hujan pagi pagi


Hujan pagi ini.
Kain baju kotor masih belum berbasuh lagi
Kalau dibasuh bagaimana nak dikeringkan kerana tiadanya matahari
Lain lah kalau ada mesin pengering kain.. putar putar putar dia berpusing untuk mengering kain baju yg dicuci.

Hari ini hari ketiga cikli di hospital. Demam sejak dari bilik hotel TH Alor Setar tidak berkurangan buat kami meninggalkan majlis tanpa dapat say gudbye to anybody. Zoooom terus ke Kangar menumpang kereta anak buah. Malam itu juga cikli warded. Suspected infection.
Maka berulangaliklah cikson dari RBL ke hospital saban hari. Kaki separuh baya ini tetap memanjat tangga dan melangkah dari hujung ke hujung hospital. Entahlah berapa lama dapat bertahan. Pagi ini pun jalan dah berjengket2 akibat kejang urat. Bau semerbak minyak angin memenuhi ruang rumah...haha.

Hujan pagi pagi..
Banya kerja tak dapat diberesi
Niat hati nak basuh taik ayam yang bertepek tepek di garage kereta.
Aduhai kaum ayam... kenapa disini kau nak buat kerja ya...Dont you understand that I have my hands full. Bila cikli sakit semua kerja diluar rumah tergendala. Laman yg dibersih dah naik rumput semula. Sakit mata.

Hujan pagi pagi
Buat cikson lewatkan pergi ke hospital hari ini
Mau ku harungi hujan ini, sakit demamku apa jadi?
Semalam pun entah kenapa balik dari sana,badan menggigil.
Demamkah aku ,atau kerana terlampau penat ke sana kemari

Hujan.. cepatlah datang dan pergi
Curahkan beban kamu ke bumi
Cucikan segala kotor kotor yg membelengu kami
Agar hidup kami kembali suci dan murni

Lately... banyak sangat berita dan cerita sedih melingkari hidup kami.

Dari tingkap tingkat 2 HTF hari pertama kami di sini.
awan mendung tanda nak hujan tak lama lagi..

banguna baru HTF...

macam boleh dicapai awan yg tinggi...

4 comments:

  1. Salam kenal..
    Hujan turut membasahi bumi Seremban mujur berhenti ketika ingin memulakan perjalanan ke pejabat.. Alhamdulillah syukur hujan rahmat di pagi hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali LZ. Tkasih sudi bertandang. Dah lama kering rasa nikmat bila hujan.

      Delete
  2. Semoga Cik Li cepat sembuh.
    Sini pun hujan tak henti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni mendung saja . Tkasih. Cikli masih di hospital entah sampai bila .

      Delete