Semalam, selepas menghantar cikli ke muka pintu bangunan hospital TF ,aku pandu iriz berdebuku ke satu daerah. Daerah yang sekian lama aku huni. Sekarang hanya sekali sekala aku ke sini.
Hmm.. baju utk kenduri belum ku temui. Harap harap dekat sini ada terjual buat ku beli..Fikir ku.
Hijrah ku masuki. Cantik manis tuan punya kedai dan ramah dia dengan slanga seberang.
Antara susunan kain,2 helai kain aku amati.
Dua dua ada ciri ciri tema colour yang aku cari. Tapi sipi sipi.
Dua dua ditawar pada harga yg rasanya mampu milik buat aku yg kena berkira bila berbelanja. Tak boleh tunjuk tunjuk dan bayar sahaja. Entah berapa lama aku buat kira kira. Dan mungkin tuan kedai pun dah hampir bosan melayan aku . Akhirnya aku buat pilihan muktamad:↓↷
Satu pasang baju kurung berserta tudung bawal . Upah jahit tak masuk lagi. Garu kepala aku dan ketar jari aku membayar nya. Sejak akhir akhir ni,duit macam air keluar mengalir buat aku malas nak keluar rumah. Keluar saja rumah,ada saja yg memerlukan wang..alahai.
Berpatah balik ke hospital bila cikli telah selesai urusan. Dan berpatah balik kami ke kawasan tadi kerana perut belum berisi sejak tgh hari. Bihun sup saja yg terjual di warung yg kami singgah..
Eh... kalau aku masak pun taklah manis begini..aku kata dalam hati selepas semangkuk bihun sup diberesi. Complain lagi.
Ehhh ,ikan dah habislah. Di gerai bawah pokok Taman Sena Indah aku berhenti.
All in all 50 ringgit juga la habis di sini.
Dan sebelum balik..sekotak pizza Presto dibawa pulang untuk makan malam nanti. 13 ringgit pula kat sini.
Well... bila kocek tak berapa berisi, hal hal ekonomi kena berhati hati.Memang banyak projek yg ingin aku beresi, tapi semua tu bernanti nanti.
Rumah no 7, perlu diberi perhatian. Dah sekian lama kami tinggalkan. Renovate dulu pun belum selesai , masih terbengkalai...hai hai.
Servis kereta bertagak tagak...duit lagi di memintak.
Nak ke KL pun,bukan zam zam ala kazam. Naik tikar terbang sampai Selayang.
Senak perut aku pagi pagi fikir bab ekonomi. Tapi hidup mesti diterusi....
When you have to take care of everything at this old age and RM kurang dikocek..
kacamata or reading glass pun dah jadi begini.. alahai duit lagi gambar pinjam cik eena |
entah masuk ke tidak tema kaler kenduri nanti tuan kedai kata pattern bunga dia buat sendiri,kain pun lebar cantik utk baju kurung |
tudung pun sulaman sendiri ikut kata tuan kedai yg ramah sekali. Pandai dia ambil hati Duit cikson pun melayang freeeee. |
Terbaca,Thailand sedang bersiap sedia menghadapi banjir..Takut juga takut air dia mengalir ke sini.Macam berlaku dulu. Mau kelam kabut .
Sakit hati terbaca yg wang negara senang dibaziri. Kerana mereka kita yg susah macam ni. Kapal mewah depa beli. Tak bertapi tapi. heeee geramnya.
Thats all folks .Bye..
Sama la dengan 'ekonomi' saya pon....2 hari lepaih baru habehh bayaq sem fee untuk anak sulung....pergh.......rabak....tu yang tak dan nak tukaq moto...pederaihh hat depa dulu! Hoping that they study well...
ReplyDeleteHi uncle,long time no see.Fasa anak mengaji amat mencabar buat saya dulu.Moga anak2 uncle berdua beroleh kejayaan.
DeleteBagi orang bersara ada pencen tu masih sedap lagi cik Son. Macam saya ni pencen tak bergaji ha lagi la robek.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah juga cikson ada pencen walau secoet. Tapi tak bolehlah lagi berbelanja suka hati. Mau berhutang sana sini,tadah tangan minta dikasihi.. tak mau lah . Untuk dua suami isteri kalau berpekin,bolehlah lagi.
DeleteRezeki kita Allah dah tentukan.
ReplyDeleteBersyukur dan berikhtiar tanggungjawab kita.
Betul. Setuju.
DeleteBetul. Setuju.
Delete