Setiap cuti sekolah, cucu2 dibawa pulang ke kampung halaman
Nun,jauh diutara, dah nak dekat sempadan
7,8 jam berkereta di jalanan
Seronok, excited, tak sabaq
Tok,wan nak berjumpa kerana selama tu hanya bertanya habaq
Wah.... tentu kagum dengan keletah dua beradik yang sedang membesaq
Wait!
Sebelum mereka tiba
Rumah kena di child proof ,utk keselesaan dan keselamatan mereka
Maka ,dari semalam lagi dan pagi ini
Tok single handedly, cuba sedaya upaya dan sehabis tenaga mengubah, menyimpan,mengikat apa apa yang difikir bahaya atau mengganggu mereka.
Haha... lihatlah dunia
Interior deco RBL utk menyambut kepulangan 2 beradik berubah segala
Demi memastikan ada ruang buat adik merangkak dan abang beraktiviti dengan selesa
Tidak perlulah tok memekik JANGAN!
Ni dia child proofing the house in progress...
in progress of child proofing |
in progress.... |
Ada yang diubah
Ada yang disimpan.
Ada orang yang bagi ulasan
Kenapa perlu bersimpan simpan ,berubah ubah
Anak cucu dia tak kacau apa apa pun. Sentuh pun tidak....
Alahai... budak budak
Kalau tak menyentuh, meneroka bukan budak budak
Buat apa menjerit JANGAN kalau boleh dihindar
Buat apa mata kena jegil sentiasa kalau anak cucu hanya balik buat seketika
Berilah mereka selesa dan ada ruang utk bersuka
Haha nindia sebelum suasana cucu nak balik kampung...Ala deco cara saya. Tak ada apa apa yg megah segala. Hanya selesa buat 2 orang tua.
Tiba2... teringat rumah no.7 di pekan sana...Huaaaaaaaaaaaa.
deco hari biasa biasa |
Utk old timers... enjoy your days with the anak cucus, anak2 and menantus. Love them all.
Memang kalau ada cucu yang tengah membesar segala benda yang boleh mendatangkan bahaya pada mereka perlu diubah dan dimpan. Tambah saya setiap hari datang. Pintu bilik air mesti dikunci. Makanan kucing pun kena ubah. Tidak habis dia kecar.
ReplyDeleteSeronoknya bila cucu2 balik kampung.
ReplyDelete