Monday, July 1, 2019

Bertamu di hujung2 Syawal


Kelmarin 30 hb June ,RBL dikunjungi tamu. Datangnya nun jauh dari sebalik banjaran Titi Wangsa. Jenuh tegha nak sampai. Berbelas jam kalau berkereta dan 2 kali naik kapai terbang kalau fly....Tu pun kena continue di darat sejam baru sampai.

Mendengar kabar ada tetamu akan berkunjung, rasa penat cikson di spital evaporates into thin air. Ligat tangan,kaki dan ninda. Betulkan apa yg patut,cukupkan apa yg kurang dan keluarkan dari simpanan apa yang perlu diguna. Basuh lap semua pinggan mangkuk, rangka apa menu, susun atur perabot diluar dan dalam rumah. Hihi...kuat juga dua orang warga emas melakukan semua itu.
Semangat betul...

Jam 10,tetamu yg ditunggu pun tiba. Selepas berbincang sikit sebanyak,majlis disudahi doa selamat dari warga ultra tua...my fil. yang dikasihi.
Semoga perjalanan kami sekeluarga menuju majlis dipermudahkan Dijauhi dari halangan dan rintangan.
Kepada keluarga dari Kuantan Pahang, ikhwah yang terjalain ini segar merimbun dan berbunga,seterusnya berbuah . Rendang pohonnya memberi naugan hujan dan panas, manis buahnya menyihat badan.

Sekarang derap langkah perlu diperkemas utk langkah seterusnya.

Terimakasih tak terhingga pada tetamu yg sudi berkunjung ,juga adik beradik yg sama2 meraikan.Silap dan salah .harap dimaafi...

Jaga diri anak anak yg dikasihi.
Ujian dan dugaan memang gemar menghampiri di waktu2 begini.
Doa dari ibu ....semoga kekal abadi.


No comments:

Post a Comment