Tak sabaq nak cuba .....
Terbayang2 mcm dalam kapalterbang...ada economy,ada business ada first class.
Ada duit ada kelas lah kan..
Sebagai warganegara marhaen yg kantungnya kurang berisi, maka ekonomilah lah yg dipilih setiap kali terbang ke KL. Tak pernah merasa naik bisnis. Ist Class jauh sekalilah nak mimpi pun tak gamak.
Semalam selepas berurusan di dobi ,dalam perjalanan ke Arau iriz kelabu ku bawa merentas pekan Kangar. Mujur settle semua hal kat dobi dgn bayaran 104 ringgit utk cuci curtain ,cadar dan dry clean baju. Kopak lah juga.
Haha...Time orang balik ofis, maka jamlah sikit perjalanan kami. Namun tidakalah seperti diKL sana esp Federal Highway atau Cheras.Tapi mau tersangkut sangkut jugalah perjalanan kami ke stesen k.api Arau.
Kaunter tiket kami tuju. Niat nak beli tiket ke KL sorang satu.
Cik, aku menyapa wanita disebalik cermin kaunter.
Dua tiket utk pergi balik KL central. Business ya.
Selepas ketuk mengetuk kunci komputer dihadapannya ,aku diserahkan 4 keping tiket utk warga emas.
Ada diskaun woooo. For half price aku kena bayar lebih 200 ringgit utk 2 orang tiket pergi balik.
Eh... tak jauh beza pun dgn tiket biasa platinum coach. RM 5 ringgit saja lebihnya.
Tiket dah ada. Tunggu masa saja utk perjalanan ke ibu kota. Terbayang2 riuh rendah dua beradik bersama tok dan wan mereka. Tentu ceriaaaa.
Selepas itu,ke Pahang utk kenduri sambut menantu sebelah lelaki. Semoga dipermudahkan urusan kami .Selamat pergi dan selamat kembali.
Tak sabar nak keluar dari kawasan ini. Sakit kepala tak habis lagi...
promo rupanya harga ini... |
Baru perasan... harga yg cikson bayar tu promo rupanya.
Kalau harga sebenar berapa ya
Nampaknya kalau harga membumbung tinggi, balik ke gold sajalah train yg dinaiki. Sampai juga ke destinasi... kan kan.
Bye.Have a happy day. Loghat oghang jgn dok ambik peduli.
Wah! nampak cozy je tidur pun best nih!
ReplyDelete