Thursday, July 4, 2019

Di lorong sesak itu...some light and easy moments.


Enak bersantai melepaskan lelah berkemas rumah selepas majlis tempoh hari ,aku terkedu bila cikli bersuara.
Laaaaa,besok ada lah date dgn HSB..ni ada catat 2 bln 7 .Katanya sambil membelek kad orange di tangan.
Nak pi tak pi,nak pi tak pi bermain difikiran. Baru sangat jumpa doktor sana. Bln 8 pun ada lagi sat date .

Besok pagi2 cikli buat keputusan pergi HSB. Last2 aku jugalah jadi driver tak berbayarnya.....walau badan rasa tak bermaya.

Melalui jln seratus trafik lights aku gagahi memandu pagi itu . Dengan terputus bekalan ubat harian ku, rasa was was juga. Mau aku pitammm. Naya.

Alhamdulillah,selamat sampai. Parking seberang jalan, Bayar RM2.

Selepas bersarapan pasemboq sepinggan, aku susuri cikli. Masih memegang nombor giliran yg belum dipanggil.
Mendapat kerusi kosong nun dibelakang lorong sempit, aku cuba merehatkan badan . Namun hiruk pikuk suara suara bersembang menambah pening kepala.
Laaa..kad saya depa boh tang mana tak tau.Nombor lain dah kena panggil. Ni saya berjam dah dok tang ni.
Kuat suara mereka dapat didengari seluruh bilik.

Mix up card orange berlaku lagi. Kali ini orang lain punya kad orang lain yg pi ambil bila nama dipanggil. Sudahnya puas nurse merujuk sana sini. Akhirnya kad baru terpaksa dibuat sebab org yg mengambil tak dapat di kesan. Mungkin dah selamat sampai rumah.

Tamat appointment,kami menuju kereta.
Namun...ternampak teksi aku buat keputusan .
Cik,boleh hantar kami ke seberang jalan kat parking berbayar tu.
Haaa... terpinga2 sebentar si pemandu.
Situ?
Ya...saya bayar RM 10. Haha...aku yg letak farenya.
Tak sampai se minit driver tu hantar kami ke sana. Seberang jalan saja. Haha.
Sebenarnya aku seriau nak berjalan dgn cikli melepasi jln sibuk itu berdasarkan pengalaman lalu.
Cikli, selepas rawatan, ketepi ketengah jalannya. Silau matanya. Mau terlanggar batu dan tunggul.

Tentu dia ingat you orang berada bayar RM 10 utk 200 meter. Ha ha.Kata cikli pada memnya.
Biarlah...janji you tak teraba2 seberang jalan nyaris kena langgar kereta. Si isteri berkata.

Thats all folks...my day yesterday.
Orang ke sana sini , aku hanya di sini. Selang se hari..literally.

Bye.

No comments:

Post a Comment