opera snapshot |
Lalu di timeline,terus snapshot.
Isu para guru terbeban dengan tugas bukan isu baru
Sejak cikson jadi cikgu
Sejak dari zaman dulu dulu.
Lebih lebih lagi kalau cikgu tu RAJIN.
Di kategorikan RAJIN adakala bawa bencana buat si penerima.
Kerana dia akan dijadikan tempat longgokan kerja oleh orang yang diamanahkan untuk memberi kerja... siapa lagi penolong penolong kanan dan Guru Besar.
Satu tahun cikson buat senarai semak tugas tugas di terima guru guru.
Tau apa cikson dapat?
Dalam sekolah yang ada 40 orang guru, ada yg terima tugas 27 kali. Tugas setiausaha 6,7 kali. Tugas ketua 5,6 kali. Tugas AJK dan ad hoc jangan kiralah. Semua orang suka dia.Semua orang nakkan dia dalam jawatankuasa.
Ingat si penerima tugas yang bertimbun tu suka? Mau mengamuk dia lebih2 lagi bila lihat ada guru yang dapat sedikit saja tugas yang diberi. Dia kena berhempas pulas tak menang tangan tapi ada kawan yang goyang kaki.
So bila cikson jadi Penolong kanan yang membantu GB untuk merangka jawatankuasa kerja guru, cikson cari jalan untuk lebih berfokus.
Dengan bantuan penolong penolong kanan lain,kami rangka check list.
5 markah utk Guru kelas, thn satu 6 markah,thn 6 7 markah
5 markah untuk tugas2 penting...Ketua Panitia,S/U sukan
4 markah untuk setiasusaha panitia
2 markah utk AJK
begitulah kiranya....
Satu table besar dirangka yang merangkumi semua jurusan..Kurikulum,Ko kurikulum,HEM.
Senarai semua guru.
Ehhh... paham ke mekeme semua apa yang cikson cerita ni.
Ada cikson buat senarai semak ini dalam buku a4 . Tapi dah berkubur entah mana.
Dulu mana ada excel ,words semua ni...
Dari checklist itu dapatlah kita lihat mana guru yg beban tugas dia membebankan dan mana guru yang halimunan dimata si pentadbir.
Kalaulah ada lagi buku2 tu boleh cikson share kan..
Petang petang ni teringat dan bernostalgia pula zaman mengajar dulu dek timeline fb.
Bye..
* Posting ni ditulis kelmarin.
No comments:
Post a Comment