Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

Kotiau sup ilham dari fb..


Melayari fb cikson jumpa resepi bihun sup cina. Simple dan senang memasaknya. Tapi bila check petiais bahan yang di guna tak adalah pula. So apa ikhtiar makcik ...hentam sajala. Nak makan kami berdua saja.

So here goes..

Kotiau sup ilham fb . ( utk mkn 2,3 orang)


supnya...
Ayam beberapa ketul. Guna bhg bertulang kalau suka
Sos tiram,lada sulah,garam dan setengah kiub perasa ayam.
Batang sederi atau kalau mau akar saderi.
Halia..1 inci. Potong nipis.

bahan kotiau...
Kotiau setengah kilo.... Celur.
Sawi...4,5 batang. Potong.Asingkan daun dari batang.Celur.
Telor 2 biji rebus. Belah dua
Taukua 2 biji rebus. Dadukan

minyak bawang putih
Bawang putih... satu labu. Dadukan. Masak dalam minyak setengah cawan

Cili padi hiris .. masukkan kicap ABC dan sedikit perahan limau
cili flakes

Cara memasaknya
Mula mula tumis bawang putih dengan minyak setengah cawan hingga garing dalam periuk. Kaupkan minyak dan bawang putih dalam bekas. Tinggal sedikit dalam periuk.

Guna periuk dan lebihan minyak serta bawang putih. Masukkan air secukupnya. Didih hingga mendidih. Masukkan ayam dan halia hiris. Tuang sos tiram dan serbuk lada . Perasakan dengan garam secukupnya dan kiub ayam setengah keping. Kalau suka masukkan akar saderi atau daun saderi.

SIAP!


Cara menghidangnya...

Biar gambar bercerita. Selamat makan.
makan panas panas..

kotiau sup ilham fb
kotiau terlebih celur bersama bahan2 sampingannya
Sup dok ataih periuk . Nak makan kenalah pi ceduk.

Thats all folks. Goodnight. 

Friday, November 10, 2017

Of nuts and bolts...basin wrench


Remember my DIY on : menukar paip sinki  tak perlu panggil plumber . Buat sendiri tak kena GST.
Well...that problem of the faucet of the kitchen been broken is here once again. Bonker.

punat utk memulas dah patah
kalau tak improvise tentu payah
maka garpu dan sudulah jadi tangkainya...sampai bila?
Masa menukar kali pertama, cikson cikli bekerjasama. Sekarang apa nak kata. Cikli masih tak sihat sempurna dan cikson pula tangan pun tak berdaya.

Walaubagaimanapun cikson cuba buat juga. Maka terbongkok bongkoklah dia menjenguk bawah sinki dapurnya.
Hai... macamana nak buang nut yang berwarna tembaga itu ya. Duduknya tersorok dan tersepit antara dua sinki adanya. Nak meniarap tak cukup tempat bawahnya. Lagi pun lutut pun dah sakit sakit .


nut yang atas sekali
terselit antara dua sinki
macamana mudah utk di keluarkan
bersusah payah cari kaedah jalan penyelesaian



Inilah cabaran buat seorang yang dah baya. Tangan ketaq,mata rabun,lutut pun out of service . So apa daya ?
Sebelum give up.cikson layari u tube n website cari jalan penyelesaiannya. Dan antara solusinya adalah mencari tukul yg di lihatnya..
Basinwrench!

Ya basin wrench mungkin boleh menolongnya. Ini dia alat yang disyorkan oleh pakar yg dilihatnya.

basin wrench
cara gunanya...

semoga adalah barang ni di hardware berhampiran


Antara nuts, screws ,bolts ... taukah anda perbezaan nya?

Thursday, November 9, 2017

DIY...asam pedas senangin cara cikson


cooking is an art
ikutlah apa nak buat

walau selalu orang tak buat
coleslaw tu kan makanan barat
kenapa dicampur dihidang bersama lauk darat

macam menysun bunga
Ikut sukalah kau nak buat bagaimana
Yang kau sibuk kenapa?

Haha... apa kau merepek daaa.
Katanya nak cerita bagaimana nak ber DIY asam pedas senangin cara cikson
Ni dah meleret berdepa depa

Masak asam pedas ni banyak tau kenangan buat aku
Mula mula aku kenal belanga sudip dan sudu
Aku cuba masak asam pedas buat jamu
Bapaku naik hantu
Periuk asam pedas dihumban keluar pintu
Sebabnya...masam berdengung kerana aku letak asam keping berkeping keping semau ku

Kedua... ahhh tak payahlah cerita
Buat sedih tau pagi pagi buta.

Coming back to masak asam pedas senangin cara cikson walau orang tak buat macam aku. Kisah.

4 keping senangin. Bersih dan toskan.

Cili cikson 3 camca besar..nak lagi pedas tambahlah lagi..no hal
2 camca teh serbuk kunyit
Dua camca besar ketumbar.Tumbuk pecah pecah
Bawang besar selabu...tumbuk dgn belacan sebesar ibu jari. 

Tumis bahan bahan diatas. Wangi masuk air secukupnya
Bring to boil semua bahan .Masukkan asam keping 2 keping. Bunga kantan belah 4

Lepas kuah  menggelegak masukkan ikan serta daun kesom.
Perasa asam garamnya.
SIAP!

asam pedas ikan senangin
Thats all folks...
Bila aku upkan cara memasak
Bukan sebab nak berlagak
Tunjuk pandai tak bertagak
Masak asam pedaih saja pun .....

Bye..Have a happy day. Stay safe babes.

Thursday, October 12, 2017

DIY... sarung kerusi makan atau sarung sofa..yg mana satu nak ku buat ya.



Satu hari,tersampai ke daerah ini
Ada kedai runcit,kedai ikan dan kedai kain sekali

walau kedai tak tersusun,tapi dalamnya banyak harta karun
Kain murah murah harganya sampai hujung bulan ,krpet warna merah tu pun hanya 90 ringgit .


Setelah meninjau ninjau,bawa balik se bag kain
Rasanya macam nak buat sarung kerusi makan . Beli 10 meter .




kainnya tebal coraknya begini
Harganya 5.25 sen selepas di minta potongan harga

Tapi rasanya boleh juga dibuat sarung sofa utk rumah no 7. Kainnya dah berzaman tak berganti.


agaknya sesuai ke idaknya utk sofa ni..

Entah bila agaknya mesin jahit akan mengaum semula. Sekarang rasa tak berdaya... maka kain ini pun akan terus berada dalam bag plastik entah sampai bila..

Thursday, October 5, 2017

DIY... gulai pisang ikan kering. Dried fish curry with green bananas.


Satu hari toksaad ayah cikli hantar pisang se sikat dua ke RBL.
Yang boleh digoreng telah selamat digoreng.

Yang muda dah masuk periuk . Campur ikan kering Kuantan whew.... makan mau berpinggan. Sambal belacan jangan lupa disajikan. Baru bertambah makan.

pisang yang masih hijau
Jom cikson ajar cara cikson buat gulai ikan kering tumis darat. Rasanya dah ditulis sebelum ni. Tapi tak salahkan kalau kita mengulangkaji..hehe.

buang kulitnya... skin the bananas


potong dan rendam...cut n soak

dice the shallots n garlics

pound half the shallots n garlics




cut n soak dried fish 


bring to boil  fish curry powder n mixture of pounded garlics n shallots 

halfway through the gas went dry... so the rice cooker came in handy.

when the curry mixture is done,pour a box of coconut milk,bananas and fish.

close up.. bring to boil.


didnt take a snap of plated currry...so this one also can do lah..
Dont forget to fry in oil the remainder of the shallots n garlics with daun karupulei and throw in the mixtures in the curry.
                                                                        DONE!

Thats all folks my banana curry my way.
Bye...

Thursday, September 28, 2017

DIY...masak asam pedas ikan puyu bersantan.


Hullo beautiful people, here's how to cook ikan puyu asam pedas bersantan cara makcikson.


Dah puas hati ikan puyu itu dicuci bersih , tak hanyir dan berlendir,baru proceed dgn memasaknya. To tell the truth , inilah pertama kali masak ikan puyu. Mula mula tak tau nak masak apa..

Let's proceed...

6 ekor ikan puyu sederhana besar.

 cili paste cikson style 4,5 camca. ( bawang siap di blended dgn bawang merah,minyak dan buah keras ...ada dipost sebelum ni)
kunyit serbuk secamca
Santan sekotak kecil.
Timun potong serong
Bawang holland sebiji potong 4
Daun ketumbar
Daun limau purut 2 helai.
Serai 2 batang titik

Caranya.
Rebus dulu cili dan kunyit serbuk.
Masuk air sedikit. Masuk asam keping dan serai.
Masukkan santan.

Mendidih masuk daun limau purut , ikan dan timun.Masukkan daun ketumbar. Garamkan ikut citarasa.

Simple kan...
Rasanya seakan masakan siam..yum yum.
taraaaa....ikan puyu masak asam pedas bersantan..


Wednesday, September 27, 2017

DIY ..ikan puyu...masak lah apa mau mu

Satu senja,anak saudara bersama isteri tiba dimuka pintu.
Seplastik ikan darat jadi habuan kami.
Tak pernah pula aku siang dan masak ikan ini. Makan pernah. Masak dan siang belum.

Next morning baru dapat di proses ikan ikan itu.
Berlendirnya....
Aku capai tepung gandum dan gaul ikan ikan itu dengan harapan lendir lendir itu dapat dihapuskan. Sekor sekor ikan ku buang lendir lendir sebelum aku mula menyiang. Siang pun guna gunting dapur.
Siap siang menyiang.
Selepas sisik dibuang aku rendamkan ikan2 itu dengan garam dan asam jawa juga asam keping. Tengok ada daun serai,aku racik racik dan rendam bersama. Semua ni ku buat agar ikan2 tu tak hanyir

ikan sebesen

lumur tepung

Add caption

rendam asam garam
 Inilah hasil dari dayacipta aku hari tu.
Asam pedas tapi bersantan.
Siap dengan daun ketumbar.

Cikli kata ok...tapi dia tak boleh makan banyak sbb kena pantang.
asam pedas bersantan... ada daun limau purut dan daun ketumbar..

serai ketuk ketuk.
Itulah kali pertama aku cuba masak ikan puyu.

Thursday, September 14, 2017

DIY...bila bil air melambung ke awan, mesti ada tempat yg kebocoran


Sedang aku memandu iriz ,aku terpandang ayah cikli aka my FIL mengambil surat dari peti surat.
Aku turunkan tingkap dan ayah menghulurkan bil air bulan ini.

Aku mencapai kacamata dan merenung angka angka dibil tersebut.
Betullah bil air rumah kami.
Tapi... eh kenapa jadi sampai beratus ni.
Mustahil!
Selalu hanya dalam anggaran 20 hingga 30 saja.
Cheee Sin..

Aku teruskan juga perjalanan tapi otak mula ligat menerawang.
Eh .. apa hal bil air naik bulan ni.
Mulalah buat assumptions..
Lupa tutup air kot.
Air tandas tak berhenti keluar ni.
Paip pecah kot.....adalah antara andaian andaian itu.

meter air ku buka penutupnya...

Balik dari klinik,pump air di tutup.Operasi basuh membasuh di put on hold.

Hari kedua,balik dari klinik,cikli ternampak air membusar keluar dari bawah tayar kereta nya. Dah sebulan lebih kereta tu tak kemana mana. Berkabung seperti tuannya.

Pak din tukang paip dipanggil. At five dia dtg betulkan paip yang bocor. Cikson tak ada kepakaran nak betulkan paip bocor tapi bila lihat dia lakukan macam boleh sendiri saja. Tapi kena ada kelengkapanlah. Forget it... cikdin hanya kenakan 20 utk baiki 2 tempat yg bocor.

Baru lega...
laju saja dia ....

Hmmm ni lah bil bil air RBL utk dijadikan bandingan...
Mau ribu ribuan jadinya kalau aku tak ambil tindakan
Hadooi....bukan orang sakit saja yang perlu perhatian
Segala makneka tokneka hal perlu aku lakukan....
bacaan selalu

lihat.... brapa ratus persen dia meningkat.. penat penat..
Peringatan utk diri..
Bila lihat air dipaip bercampur lumpur,itu tanda ada tanah dah masuk dalam paip air. Tanda adanya kebocoran dimana mana.
Kalau ada tempat kering bertukar jadi danau tasik ..cepat cepat ambil tindakan. Jangan dok berlengah lengah.
Dah menggunung bil begini,baru sedar diri.
Bil bil air dan api boleh saja bayar on line..

Hai... entahlah labu.
Thats all folks. Bye. Pengalaman jadikan pelajaran.

Saturday, September 9, 2017

DIY..goreng daging tomyam express oooooo


Tentu masih ramai yang ada balance daging korban. Tak tau dah nak masak apa Sabtu ni. Masak yang simple mimple tapi sedaaaap.

Semalam yakni kelmarin pagi2 lagi cikson buat nasi goreng dan goreng balance cempedak. Angan angan tu tak mau lagi masuk dapur tgh hari nanti. Bolehlah buat kerja mop mengemop rumah.

Namun apakan daya...
Jam 12 cikli balik dari klinik. Bersamanya dia bawa ninasandaq masuk sama.
Cikson masih dalam bilik bila dengar bunyi riuh di luar bilik.
Terkial kial cikli halau nina yg telah terjun dari atas meja makan.
Rupanya cikli hanya tutup mangkuk nasi goreng dgn pinggan selepas dia habis makan.

Geram betul tgk nina. Amboi ..dah pandai selongkar makanan.

Tak termakan nasi bekas jilatan nina,Cikson ambil keputusan masak la la tu juga.

Well....inilah yg disajikan utk tgh hari semalam.
daging goreng berpaste tomyam
Daging goreng tomyam express  ooooo.

Daging...besar tapak tangan ,hiris nipis 1 inch square.Basuh dan tos.

Perap daging dgn : 2 sudu makan paste tomyam
                                2 sudu makan sos tiram
                                2 sudu makan sos cili
                                1 sudu teh kunyit serbuk.

Tumis : bawang merah,bawang putih,halia dan 2 btg serai yg diracik nipis .

Lepas bahan tumis wangi,masukkan daging.
Goreng hingga daging empuk. Masukkan bawang hiris 1 labu ,daun limau purut dan cili merah potong.
Masukkan garam secukup rasa. SIAP!

Rasanya seakan daging paprik restoran Siam....Sedap bagi cikson.

Ni kerabu mempelam .
Buah mempelam taiwan pokok cikli didnt go to waste.
Mujuq lagi... rupanya sedap pula buah tu walau masih muda.

Racik buah pelam..julienne..kot kat masterchef
Udang kering tumbuk sikit2
Sos nampla
Cili padi,sikit gula,ikan bilis goreng rangup
Campur semua...voila!

Thursday, September 7, 2017

DIY... jom mewongi


Sementara bahan2 masak di defrost,rumah di kemas sudah, cikson ke laman pula. Kais sini kais sana. Cucuh api sampah yang terbuang. Mata pula pandang memandang.

Isssh sayangnya...buah mempelam taiwan yg sedang membesar dah buruk ditangkai. Tak dapatlah kami merasa hasil tangan cikli yg ini. Begitu juga buah jambu.Terbusy dengan urusan hospital cikson tidak memerhati buah yg dah boleh dipetik itu. Akhirnya dia busuk sendiri.Rugi.

Rimbun pula pokok pandan. Cikson capai pencakar dan goyangkannya. Tak berani nak hampiri sebelum buat begini. Mana tau ada apa apa dicelah celah daun.
Everything ok. Se perdu daun pandan itu cikson cantas.

Hmmm boleh buat agar agar pandan atau masak nasi lemak daun pandan ni...aku berbisik pada diri.

Dan bila masuk ke rumah kembali, ini yg aku lakukan.
Jadi jambangan ruang tamu di hadapan.
Biarlah dia mewangi sampai belakang..

Sometimes rumah ada macam macam bau yang terperangkap walau ada usaha utk mewangi.
Cikson guna pewangi fabrik,air dan cuka utk menyembur di dinding dan curtain supaya rumah taklah tengik sangat.

Oh well...the pandan leaves are now safely in the vase for a purpose.
Biar dia mewongi selagi boleh.
Bila dah kering,ciksonakan racik racik dia dan buat bunga rampai kering ala potpourri.

Itu saja DIY cikson kali ni.... hihi.
selamat dah dia dalam botol ini

jadi hiasan buat hati yg walang 

Yg aritificial pun ada fungsi
Sanggup keluar duit utk yg ini.

Wednesday, September 6, 2017

DIY...jom masak bubuq nasi cara cikson.


Sekali sekala bila hilang selera
Nasi dilihat macam tak menambat rasa
Kita ubah menu harian kita
Apakata masak bubuq nasi pula.
Senang pun senang nak menelannya

Kaut,hirup telan saja
Tak perlu kunyah kunyah segala

Oh well...kalau tak merapu bukan mama la,kata anak anak.
So back to the topic...jom masak/
Kali ni kita hidangan masak moi or bubuq kata orang Kedah.

Nindia cara cikson.
Bubur nasi with ayam
Bubur nasi with daging korban...

Bahan bahannya

1 cawan beras...basuh dan tos
1 cawan daging ...hiris nipis dan basuh
Carrot sebatang.. dadukan.
beras... basuh n tos

bahan tumis

carrot

daging korban....yg ni yg tinggal pun

Bahan tumis...
2  bawang merah
3 ulas bawang putih
se besar ibu jari halia..... racik2 semua
2 batang kulit kayu manis dan jintan


Caranya...
tumis bahan tumis sampai naik wangi

Goreng beras hingga sebati

masukkan daging

letakkan air



lepas dah beras hancur masukkan carrot.
Tuang santan sekotak.
Perisakan dgn garam dan kiub ikan bilis sekerat.
Percikkan lada sulah. SIAP!



siap utk dimakan.... nasi bubuq daging

Ikan bilis goreng garing2 dan sambal lada api dgn kicap sebagai add on.
Thats all folks..