Tentu masih ramai yang ada balance daging korban. Tak tau dah nak masak apa Sabtu ni. Masak yang simple mimple tapi sedaaaap.
Semalam yakni kelmarin pagi2 lagi cikson buat nasi goreng dan goreng balance cempedak. Angan angan tu tak mau lagi masuk dapur tgh hari nanti. Bolehlah buat kerja mop mengemop rumah.
Namun apakan daya...
Jam 12 cikli balik dari klinik. Bersamanya dia bawa ninasandaq masuk sama.
Cikson masih dalam bilik bila dengar bunyi riuh di luar bilik.
Terkial kial cikli halau nina yg telah terjun dari atas meja makan.
Rupanya cikli hanya tutup mangkuk nasi goreng dgn pinggan selepas dia habis makan.
Geram betul tgk nina. Amboi ..dah pandai selongkar makanan.
Tak termakan nasi bekas jilatan nina,Cikson ambil keputusan masak la la tu juga.
Well....inilah yg disajikan utk tgh hari semalam.
daging goreng berpaste tomyam |
Daging...besar tapak tangan ,hiris nipis 1 inch square.Basuh dan tos.
Perap daging dgn : 2 sudu makan paste tomyam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh kunyit serbuk.
Tumis : bawang merah,bawang putih,halia dan 2 btg serai yg diracik nipis .
Lepas bahan tumis wangi,masukkan daging.
Goreng hingga daging empuk. Masukkan bawang hiris 1 labu ,daun limau purut dan cili merah potong.
Masukkan garam secukup rasa. SIAP!
Rasanya seakan daging paprik restoran Siam....Sedap bagi cikson.
No comments:
Post a Comment