Showing posts with label sarung kerusi. Show all posts
Showing posts with label sarung kerusi. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

DIY... sarung kerusi makan atau sarung sofa..yg mana satu nak ku buat ya.



Satu hari,tersampai ke daerah ini
Ada kedai runcit,kedai ikan dan kedai kain sekali

walau kedai tak tersusun,tapi dalamnya banyak harta karun
Kain murah murah harganya sampai hujung bulan ,krpet warna merah tu pun hanya 90 ringgit .


Setelah meninjau ninjau,bawa balik se bag kain
Rasanya macam nak buat sarung kerusi makan . Beli 10 meter .




kainnya tebal coraknya begini
Harganya 5.25 sen selepas di minta potongan harga

Tapi rasanya boleh juga dibuat sarung sofa utk rumah no 7. Kainnya dah berzaman tak berganti.


agaknya sesuai ke idaknya utk sofa ni..

Entah bila agaknya mesin jahit akan mengaum semula. Sekarang rasa tak berdaya... maka kain ini pun akan terus berada dalam bag plastik entah sampai bila..

Monday, June 19, 2017

Akhirnya... baju baru kerusi makan 2017


Akhirnya muktamad . Mesin jahit boleh bertukar jadi meja laptop akhirnya. Dah berhenti bunyi ngauman dia bila kaki dipijak pada motornya.

Dan....jeng jeng inilah edisi 2017.
Cara menjahitnya.....nantiiiii. Bila rajin cikson cuba dokumentasikan supaya tidak hilang dari ingatan.Senang nak refer depan depan kemudian.

Ada riben pengikat ditepi

Tali pengikat bawah kerusi


Riben pengukuh kain dibawah kerusi supaya kain tak lari

badan dan tempat duduk dicantum

bahagian tepi skirt kerusi

Sash diikat begini. Guna kain asal saja.

Rupa tepinya

Rupa muktamad dia
belakang masih ikat getah....nak pi cari apa2 yg boleh guna dikedai kain satu Malaysia..
Kalau bergetah sampai raya... haha


Saturday, June 17, 2017

Teaser... jait menjait kerusi makan


Tunggang terbalik routine dan RBL jadinya 2 hari kebelakangan ni.
Balik dari KL terus cikson lancarkan operasi projek jait menjait yang diingin dari dulu.
Semasa di KL,di Jakel kain langsir bukan langsuir dibeli 13 meter. Maunya hanya 7 - 8meter tapi kerana kain itu dah sampai penggulungnya ,maka tidak maunya si saleman memotong lagi. Maka kembalilah cikson ke Perlis dengan mengheret 15 meter kain naik ETS. Naik turun eskalator KL Central pula tu. ...

Mujur semua lancar semasa menjahit. Mesin vintage Inai Singer laju saja merempit dibawa tuannya. Hanya kali ini cikson tukar sikit style jahitan. Masih mengekalkan riben tapi kali ni dijadikan sash.

Kalau interested nak tau macam mana cikson buat step by step.... nanti2kan posting DIYnya.
Buat masa ni,ha...ni dia gambar2 kejadian.

tempat duduk nya 

bersama tempat sandar

kain selendang atau sasahnya

acah acah dulu  ...ikat getah

Depannya begini mulanya

Di gayakan begini pula


Nah.... dah siap semuanya
Tunggu raya nak bergaya

Friday, July 3, 2015

DIY...jahit sarung kerusi easy breezy 2

Hari ni hari limabelas kita dibulan Ramadhan.
Selamat berpuasa semua yg dikasihi dan disayangi
Semoga kita sama sama beroleh keberkatan.

Dah lama nak mula kerja menjahit sarung kerusi dek yg dahulu rosak dan koyah rabak penangan si Pong.
Jadi pagi tadi lepas sahur cikson mulakan dgn mengeluarkan mesin jahit yg dah lama membisu.Try sekali.OK...
Keluarkan kain ,gunting dan jahit sepasang.
Cara caranya sama macam Tutorial dahulu.


Dan selepas beberapa jam antara jadi kerani cikli dan tukang basuh pinggan sahur,siaplah sepasang sarung kerusi yang pertama.
Inilah rupanya......perlu pembaikan dalam pembikinan yg seterusnya.

operasi menyemak rumah bermula

tempat duduk kita jahit dulu

tempat duduk...dari depan

di sarung tempat bersandar

attempt pertama...besar gedebeh

selepas dibetulkan

di kenakan pengikat....perlu 4.5 in lebar riben setelah berjahit .Yg ini kecil sedikit.

mencuba riben....

hasil prototype.

masih perlu dibetulkan
tapi mata dah nak pejam
ptg nanti kita sambungkan

Lauk pauk  cari PARAM
Tuan rumah RBL...berkenan dak?
Nak apa2 perubahan tolong Wassapp cepat!

Thursday, January 8, 2015

DIY...kerusi cover...tutorial

Pejam celik pejam celik dah Khamis.
Dan hari Khamis is Do it Yourself Day......Hari Buat Sendiri  utk blog THRU ups n DOWNS ini.
Buat Sendiri dari beli.
Otak jadi cergas duit pun boleh ditabungi...
Hati pun senang berkali kali.

Dalam sibuk mengurus hal hal kenduri tempoh hari cikson sempat jahit sarung kerusi plastik.Ada la dalam 8 keping.Lepas tu give up.Niat tu nak jahit 20....

Puas cari dalam internet pattern and how to.Malangnya tak jumpa yang betul betul sesuai dgn kerusi tu.Akhirnya selepas beberapa kali trial and error cikson cuba cara ini.Tu pun perlu banyak lagi alterations.Penambaikan.Alangkah bahagianya kalau cikson dapat cari pattern yang lebih sesuai.

Inilah cara hentam sajalah cikson....

Step 1....pilih kain.
               Pilih kain yang kuat .That black thread material is a no no.Sekali pakai dah terburai.               .Recomemmended is jenis kain jersey yg tebai.Kedai 1 M ada depa juai.

kainnya

Step2...buat pattern.
                Cikson guna SKL...surat kabar lama buat pattern.Lebih cantik kertas surih or
                kertas  minyak macam dalam kelas Home Science.Tertungging terbalik kerusi cikson         
                buatkan.


patternnya....bhg skirt


bhg tempat duduk


Step 3....potong kain.
         
               Dari satu youtube cikson lihat bagaimana dia potong kain.So cikson ikut.Dia tak potong                 satu satu tapi sekali gus.Contoh kalau template B dia potong ikut saiz.Kemudian
              baru potong ikut design.

Step 4....jahit dan cantum.
          
             Jahit bahagian belakang dan depan kerusi bersama tempat duduk
             Cantum kikik kiri kanan.
             Jahit gown dia.....Kemaskan.


Haha...nilah hasil herot petot jadinya
trial pertama....

Masa kenduri dia tak diguna
Harini cikson guna buat kerusi dalam bilik tidur utama...
           
kerusi palastik sebelum ini
dlm bilik ini tempatnya

inilah hasil yang tak seperti....
Itulah saja anak anak kali ini...
Bye.

Sssh....kalau ada siapa2 punya idea yg lebih baik bolehlah kongsi....TQ.
Cikson sampai harini dok cari cari..

Thursday, September 11, 2014

Tutorial....jahit sarung kerusi easy breezy



DIY...Sarung kerusi step by step.My easy way.

     Sebelum tu ukur bahagian kerusi dahulu,
    

kerusi


a      1.    Ukur lebar dan panjang tempat duduk.




tempat duduk


b)      Ukur lebar dan tinggi tempat bersandar.


tempat bersandar...dari tepi


belakang

2.Potong kain
a) bahagian tempat duduk                     b) bahagian tempat bersandar               c) pengikat


kain utk bhg sandar....lipat 2

kain pengikat

temapt duduk


3.Jahit
a) bahagian tempat duduk.....jahit kelililing
b) bahagian tempat bersandar...cantum 2.Jahit bhg bawah.
c)pengikat...cantum.



4.Cantum.
Tengok sajalah gambar sbg panduan.Nak elaborate tak berapa ada kepandaian...hehe..

a)bahagian kain utk tempat sandar

hujung sebelah dalam sarung tempat sandar

dari luar
hasilnya...



 b) bahagian tempat duduk

hampar kain atas kerusi


kelim jadi begini

lekatkan pengikat begini

jahit di kedua belah kain


sudahkan begini...ikut suka hati

 Tadaaaaa....hasil kerastangan tua ini.


perlu ada yang dibaiki....letak getah bagi kemas baru rapi.



Ni cara cikson .Pakai redah asal jadi.Ninasandaq pun dah tak boleh cakar lagi kerusi kerusi.
Sapa nak belajar mai cikson nak ajar.Ilmu tak payah lokek.Tapi kalau nak upah boleh juga cari rezeki...hihi.

Bye.Salam.