cooking is an art ikutlah apa nak buat |
walau selalu orang tak buat coleslaw tu kan makanan barat kenapa dicampur dihidang bersama lauk darat |
macam menysun bunga Ikut sukalah kau nak buat bagaimana Yang kau sibuk kenapa? |
Haha... apa kau merepek daaa.
Katanya nak cerita bagaimana nak ber DIY asam pedas senangin cara cikson
Ni dah meleret berdepa depa
Masak asam pedas ni banyak tau kenangan buat aku
Mula mula aku kenal belanga sudip dan sudu
Aku cuba masak asam pedas buat jamu
Bapaku naik hantu
Periuk asam pedas dihumban keluar pintu
Sebabnya...masam berdengung kerana aku letak asam keping berkeping keping semau ku
Kedua... ahhh tak payahlah cerita
Buat sedih tau pagi pagi buta.
Coming back to masak asam pedas senangin cara cikson walau orang tak buat macam aku. Kisah.
4 keping senangin. Bersih dan toskan.
Cili cikson 3 camca besar..nak lagi pedas tambahlah lagi..no hal
2 camca teh serbuk kunyit
Dua camca besar ketumbar.Tumbuk pecah pecah
Bawang besar selabu...tumbuk dgn belacan sebesar ibu jari.
Tumis bahan bahan diatas. Wangi masuk air secukupnya
Bring to boil semua bahan .Masukkan asam keping 2 keping. Bunga kantan belah 4
Lepas kuah menggelegak masukkan ikan serta daun kesom.
Perasa asam garamnya.
SIAP!
asam pedas ikan senangin |
Bila aku upkan cara memasak
Bukan sebab nak berlagak
Tunjuk pandai tak bertagak
Masak asam pedaih saja pun .....
Bye..Have a happy day. Stay safe babes.
Dah lama saya tak masak asam pedas mahu pun asam rebus. Teringin pula rasanya... :)
ReplyDeleteBest ni....hari tu saya buat asam pedaihh tapi ayam!
ReplyDelete