Thursday, October 12, 2017

DIY... sarung kerusi makan atau sarung sofa..yg mana satu nak ku buat ya.



Satu hari,tersampai ke daerah ini
Ada kedai runcit,kedai ikan dan kedai kain sekali

walau kedai tak tersusun,tapi dalamnya banyak harta karun
Kain murah murah harganya sampai hujung bulan ,krpet warna merah tu pun hanya 90 ringgit .


Setelah meninjau ninjau,bawa balik se bag kain
Rasanya macam nak buat sarung kerusi makan . Beli 10 meter .




kainnya tebal coraknya begini
Harganya 5.25 sen selepas di minta potongan harga

Tapi rasanya boleh juga dibuat sarung sofa utk rumah no 7. Kainnya dah berzaman tak berganti.


agaknya sesuai ke idaknya utk sofa ni..

Entah bila agaknya mesin jahit akan mengaum semula. Sekarang rasa tak berdaya... maka kain ini pun akan terus berada dalam bag plastik entah sampai bila..

1 comment:

  1. Sama macam makchaq.. bila nampak kain..teringat nak buat apa2 beli....
    Tapi nak mola tu kadang makan berbulan.... pasai x dak andrenaline rush kot..

    Swlalu lagi 2, 3 hari nak raya nak bukak sekolah baru gelut semangat nak jait baju la apa...
    Awai2 dok relax, dok betagak.. nak bok kluaq mesin tu segan sungguh..

    ReplyDelete