Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Wednesday, September 6, 2017

DIY...jom masak bubuq nasi cara cikson.


Sekali sekala bila hilang selera
Nasi dilihat macam tak menambat rasa
Kita ubah menu harian kita
Apakata masak bubuq nasi pula.
Senang pun senang nak menelannya

Kaut,hirup telan saja
Tak perlu kunyah kunyah segala

Oh well...kalau tak merapu bukan mama la,kata anak anak.
So back to the topic...jom masak/
Kali ni kita hidangan masak moi or bubuq kata orang Kedah.

Nindia cara cikson.
Bubur nasi with ayam
Bubur nasi with daging korban...

Bahan bahannya

1 cawan beras...basuh dan tos
1 cawan daging ...hiris nipis dan basuh
Carrot sebatang.. dadukan.
beras... basuh n tos

bahan tumis

carrot

daging korban....yg ni yg tinggal pun

Bahan tumis...
2  bawang merah
3 ulas bawang putih
se besar ibu jari halia..... racik2 semua
2 batang kulit kayu manis dan jintan


Caranya...
tumis bahan tumis sampai naik wangi

Goreng beras hingga sebati

masukkan daging

letakkan air



lepas dah beras hancur masukkan carrot.
Tuang santan sekotak.
Perisakan dgn garam dan kiub ikan bilis sekerat.
Percikkan lada sulah. SIAP!



siap utk dimakan.... nasi bubuq daging

Ikan bilis goreng garing2 dan sambal lada api dgn kicap sebagai add on.
Thats all folks..

Monday, September 4, 2017

JJCM...jenuh jalan cari makan


Selepas selesai uruskan kerja rumah,time utk hantar cikli ke klinik pula.
Se awal jam 10.30 pagi,aku drive iriz belemoihku menuju Seriab.
Turunkan cikli depan pintu klinik dan pandu ke sebuah taman perumahan berdekatan.

Setelah salam dua tiga kali tak berjawab,aku buat u turn balik ke klinik. Park kereta dan masuk kedalamnya. Cikli masih menerima rawatan.
Selesai urusan, urusan perut pula.
Haha.. apalagi cari makan la.

Mula mula ,aku menuju RJ. Dari jalan raya lagi nampak sunyi dan suram. Sebelum tu RK..ie restoran kampung pun balik kampung.
So how? I asked cikli.
Ok lets go to our usual haunt near no 7.
Well.selepas dua tiga kilometre memandu sampai ke tempat di tuju.
Huaaaa.... semua kerusi dok atas meja. Tanda restoran tak dibuka.
Yang beroperasi pula ,tgk macam ada pesta. Ramai manusia.

Perjalana diteruskan.
Belanga Panas tutup . Kak Shon tutup. Yang buka Mak Lang.... eh terlepaslah pula.So aku u turn 2 kali dan sampai balik ke restoran . Ramai juga pelanggan. Tinggal cikli dalam kereta dan tapau makan dan lauk pauk secara berhemah.
Se ekor ikan temenung bakar
Se bekas kecik sambal belacan
Dua ekor ikan temenung masak asam pedas
Perut kerabu 4,5 urat dan nasi 2 bekas.

Tekan pi,tekan mai atas calculator si adik manis sebut 15.50. Hooooih.. boleh tahan mahai nooooo.

Balik kami mengadap nasi terus kerana lapaq hap hap. Mujuq rasa lauk dia ok di telan. Kalau tidak tentu mengkelan.

ni pejeri ekor. Tapi tutuplah pula RJ harini.
Nampaknya kena hadaplah keadaan begini kerana urusan cikli ke klinik kena diberesi hari hari. Tamat rutin masak memasak dari dapur cikli. Mungkin kalau ada anak anak balik lagi, berasaplah kembali dapur ditengah hari.
For the time being... hanya waktu petanglah masa terluang utk masakmemasak kami..
Hmm... ptg ni apa pula boleh jadi sajian. Kena check pantry .
Cucuq udang cicah sambal kacang... apamacam.

Buat sajalah mak hang ooooi...apa apa saja asal tak kebuluran. Haha.

Anak yang naik bas dari Kangar ,pukul 11 lebih baru sampai rumah.
Tu dia aih.... 16 jam dalam bas. Mau kematu.
Yang balik KL...jam 8.30 pagi bertolak,jam 8 malam sampai rumah... kesian..

Thats all folks. Cerita ceriti dari kami.

Thursday, August 31, 2017

DIY...jom melaksa cara cikson.


Antara favourite cikson adalah laksa.
Tapi laksa kena kena gayanya.
Laksa Kedah jadi pilihan utama
Yang lain...bolehlah takat nak makan saja
Tapi kalau jumpa laksa Penang atau Kedah
Habis ku hirup kuah... hahahah.

Laksa cara ku

Hah mai na ceghita macamana cikson buat kuah laksa.

Beli 1 kilo ikan kembung. Siang n bersihkan.Lebih senang kalau isi ikan difilletkan. Rebus naik.Grind.
Tulang tulang ikan tu jgn buang la pula. Rebus juga. Lepas tu Grind. Lepas tu pula saringkanlah tulang temulang itu ambil pati dan ayaq dia. Yg tulang jgnlah pula hanpa ambik. Mau tecekik jenuh nak usung pi emergency.

OK.... siap ikan ,kita masaklah kuah.
Senang sangat nak oooooi.

Ni cara cikson. Cara mak hampa cikson tak tau.

Cili tumbuk dgn belacan, bawang besaq. Isssh tak ambik pula gambaq . Agak agaklah nooo. Kalau hampa nak rompong cepat hampa boh la belacan besq penumbuq. Cikson boh sikit saja. Tidak jenuh beghesin....Asssssyim.

Dah hilang bau cabai tu,hampa bohlah isi ikan ,ayaq cukup cukup.
Jangan lupa daun kesom, bunga kantan,asam keping 4,5 keping. Jgn dok boh segenggam macam cikson masak asam pedaih anak dara dulu. Masam bedengung wei... Garam juga ikut hampa. Nak masin boleh. Tapi jgn bedengung sudah. Yg lain2 tu ikutlah. Cikson tak akan kata...hei ni bukan cara orghang buat. Ikut sukalah.

Dah masak kuah ...bolehlah makan.
Makanlah dengan apa pun tak pa.

Cara cikson.

Nenas,daun pudina,asam limau
Otak udang
Bawang
Cabai melaka.... dah cukup.
Teloq rebuih  jgn tinggai.

Hari ni hari Merdeka.... Merdeka Merdeka Merdeka.
Tapi cikson kena juga kerja
Kerja memasaklah apa lagi ya....
Dah keluarkan ketam,ikan temenung..

Bye...
Nindia ramuan2 laksa cara cikson

Laksa keping 

Ni otak udang 

Ni pula kuah laksa dok tengah ataih dapoq
Nak makan kena cedoq...

Thursday, August 10, 2017

DIY...Bertemu yang dirindu...suka hatiku. Resepi serunding ayam yg ku cari2.

Suka hati tidak terperi. Bertemu yang ku cari cari. Bertahun lamanya aku tidak menemui dia yang sangat ku sayangi.
buku yang ku cari cari...


Ya...buku diari hitam lagi lusuh tertulis Talasco Insurance...namun dia tidak kena mengena.
Diari pemberian cikli ku jadikan buku utk ku tampalkan resepi resepi yang ku ingin simpan.
Ada dari kertana akhbar dan juga majallah.
Begitulah zaman aku... kita tiada kemudahan dihujung jari. Jadi sebagai pengganti,gunting dan gam sedia berbakti.


siap dengan peta dunia lagi...

resepi dari surat khabar
resepi dari majalah


Kenapa ya buku ini yang ku cari cari? Hebat sangatkah dia hingga dirindui begini?
Ada rahsia kah yang tersembunyi?

Sejak aku mula mengenal cara2 memasak serunding,resepi inilah yang aku guna. Resepi dari margarine planta.

resepi yang ku sayangi
dah bercapuk dan berconteng
Setiap tahun menjadi rutin,ptg raya, anak 2 perempuan mencarik seekor dua daging ayam yang ku rebus . Bersimpuh mereka dengan tertib menceraikan daging dari tulang dan menyiat2 haluskannya. Siap,aku akan memulakan tugas menyerunding. Lama juga masa diambil untuk siap memasaknya. Mau terseliuh urat belikat .
serunding kegemaran kami..

Keenakan serunding ini adalah kerana margarine yg digunakan dan juga biji ketumbar yg menimbulkan satu kelaianan bila dikunyah.

Namun ,bukan akulah kalau aku mengikut resepi2 seratus peratus. Ringan saja tanganku mengolah masin,manisnya ikut selera aku.

Ha...inilah resepinya. Kalau tak percaya serunding ini sedap...apakata anda cuba. Resepi seperti diatas ya..
Terjumpa pula gambar anak anak meracik daging ayam itu..

rajin mereka meracik dan mencarik..

Thats all folks.
Nanti bila betul betul buat,bolehlah dishare processnya pula.
Till then Bye.
Love dari utara.



Thursday, August 3, 2017

DIY... jom masak masak


Layan saja la ya gambar gambar masakan cikson , Tak adalah apa yg gempak. Masak masak simple mimple saja.

udang temanya...
yang lain penambah meja.

Ayam sambal kesukaan anak anak
Tambah korma bertambah enak

Bila tokwan rajin bertanam
Anak cucu tumpang makan

Udang datang dari Sabah
Makan nasi bertambah tambah

Gulai orang utara kena berlinamg minyaknya
Kalau tidak tak dapat sirim mak mentua

Itulah saja masakan cikson anak beranak...
Thats all folks...Bye.
Tak jumpa pula gambar masakan cikolin. Nanti2 kita add on lain.

Thursday, July 20, 2017

DIY... masak lemak udang cili padi. Yg specialnya.. ada buah cermai lagi


Satu hari tokwansaad hantar buah cermai seplastik ke rumah.
Niat tu nak buat pincuk cermai.
Tapi tak terbuat sampai harini. Buah yg diselamatkan dari yg tidak baik tersimpan dalam peti sejuk. Hinggalah satu hari...

Nak masak apa ya hari ni?
Tergaru garu kepala yg tak gatal ini.
Ikan temenung dah,ikan merah dah...
Tgk udang belum terusik.
So UDANG hari ni jadi bahan utama.

Jadi termasaklah masak lemak udang cili api. Ramuannya karot, tomato dan CERMAI!

Ha ni dia rupanya masakan hasil kreativiti cikson hari tu. Mujuq tak senak perut.

masak lemak cili api udang buah cermai cara cikson

Ni menu hari tu...
Bahan bahan

10 ekor udang sederhana besar..devein

Bahan grind... grind sampai halus.
2  camca teh kunyit
1 labu bawang besar
8 biji cili padi...kalau nak berdesing tambah lagi
Air setengah cawan.

2 batang serai...titik
2 helai daun limau purut
1 atau satu setengah kotak santan
garam secukup rasa
setengah kiub seasoning ayam.

Carrot potong panjang.
Tomato biji belah 4
Buah cermai..10 biji atau lebih.

Caranya
Panaskan periuk. Masak bahan grind dan serai  hingga wangi.Masukkan carrot dan cermai. Tuang santan. Kalau pekat sangat tambah air secukup nya. Tidak terlalu pekat atau cair. Biar sedang sedang saja. Masak atas api sederhana. Jgn biar menggelegak.

Masukkan udang.
Perasakan dengan garam dan kiub ayam.
Hampir masak,carikkan daun limau purut dan masukkan kedalam kuah.

SIAP!

Sapa2 yg ada buah cermai dok bergayut kat pokok bolehlah cuba.
Sedap beritau saya. Tak sedap kesiannn kat hampa.

Bye..love u all.Selamat mencuba....

Thursday, June 22, 2017

DIY..Rendang apa ya nak ku hidangkan....jom masak rendang cicah ketupat.


Year in year out,rendang daging ni tak ketinggalan disajikan. Dah masuk berabad lamanya resepi ini ku buat setiap kali ada ketupat utk dicicahkan. Resepi ini juga telah ku sedekahkan pada kawan kawan. Dan kata kawan yang mencuba... sedaaap juga.
Biasalah aku... resepi resepi juga. Tapi selera sendiri jadi aku olah ikut citarasa.
Hmmm ..usah banyak bicara.
Jom cuba buat resepi ni pula.Dapatnya dari buka sang si purba...

Masa ni ku turunkan saja resepi dari buku tua. Nanti semasa memasak,kalau rajin aku cuba gambarnya pula. Bukan apa... supaya anak anak dapat mewarisinya...haha.


Resepi Rendang daging cikson

1 1/2 kt daging lembu ( potong kecl kecil)
1 1/2 kelapa (parut)….perah santan pekat 1 cawan
                                              perah 4 cawan santan cair
4 Camb minyak
garam secukup rasa
air sebiji limau nipis.

Bahan giling /tumbuk/blendered
10 batang lada kering
1 camt lada hitam
halia sebesar separuh ibu jari
kunyit hidup …same size
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 btg serai
4 biji buah keras
1 cawan kerisik

methods
  • atas api kecil,pijar minyak.Tumis bahan giling sampai wangi
  • masukkan daging ,garam.Goreng selama 3 minit lagi
  • masukkan santan cair sedikit2.tunggu hingga santannya mesra baru tambah lagi.Masak sampai daging empuk.
  • masuk pati santan.Biar mendidih perlahan2 atas api kecil.Jangan bagi  menggelegak.Biar sampai kering.
  • tuang air limau nipis.Biar selama 2,3 minit lagi
  • angkat.
  • Syor.... makan dengan ketupat 



  • illustration 

Monday, June 5, 2017

Masak apa kita harini ya?


Dah hari kesebelas ya puasa kita kali ni. Terasa cepat sunggoh. Dan bila dah banyak hari berpuasa mulalah siibu dan isteri kerut dahi memikirkan apa lagi yang boleh dijamu pada keluarga utk berbuka.

Macam cikson,walau dua mulut saja nak jamah masakan ,tapi utk memasak kdg2 kekeringan idea dah. Nak beli di PARAM....hmm dah berapa kali tak kena citarasa . Satu hari cikli beli sup daging..Adoi daging keras,garam tak rasa. Cucur keria yang dibeli juga keras kejung dan tidak rasa ubinya.
Untuk mencari idea,posting lama2 cikson belek. Mencari mana2 masakan yang belum dibuat.
Ini kot rasanya yang boleh dicuba.
qasidah

bubur pulut hitam

rebus asam ikan.



 Bangun pagi tadi cikson hairan kenapa kurang kenderaan di jalan depan rumah. Rupanya sekolah masih bercuti pertengahan penggal. Itulah bila dah pencen, takwim sekolah pun dah tak ambil peduli. Rasa rugi juga .Ingat cuti sekolah seminggu. Rupanya dua. Kalau tidak boleh juga ber ets ke KL jumpa Pohim.

Semalam cikson masak gulai udang tumis darat berikan kering. Resepi ilham dari buku masakan vintage yg selalu jadi rujukan masa muda muda dulu. Gu dengan kentang dan kacang sepat? ( tak kenal pula kacang apa tapi datangnya dari Cameron. Bolehlah tahan juga rasanya. Habis seperiuk .

gulai udang cikson style.

Petang ni apa pula nak dimasak belum di fikir lagi. Rasa rasa macam nak tutup dapur dan pergi kat Kuala berbuka dengan ikan bakar pula...

dah lama tak makan niiii. Jomm.
Thats all folks. Selamat berpuasa.

Saturday, June 3, 2017

Antara lauk berbuka dan bersahur...


Semalam cikson masak asam pedas cara cikson.
Segenggam kurang sikit cili yg telah dipotong serong,direbuas dan digrind bersama setengah labu bawang besar ,sedikit belacan dan kunyit. Grengggggg....SIAP.

Rebus dalam periuk. Masuk daun kesom dan bunga kantan,garam n gula. Juga asam keping tiga .SIAP asam pedas seperiuk bak hang. Lega....

Hmmm,then an idea struck me. LAKSA!

So tiga ekor ikan temenung direbus . Dibuang tulang dan digring halus. Kuah asam pedas setengah periuk ditransfer kedalam periuk lain. Isi ikan yang digrind tadi dimasukkan kedalam kuah . Maka jadilah kuah laksa!

So you see... dari satu periuk dapat dua masakan. Asam pedas dimakan dengan nasi putih bersambal belacan berisi buah mempelam dan ulam raja. Its an awesome combination.

Kuah laksa dimakan bersama sekeping laksa yg dicelur,nenas hiris, bunga kantan hiris,bawang dan cili melaka. Telor rebus juga tidak ketinggalan punya.

Puas makan masa bersahur dan berbuka puasa. Especially ulam raja dan sambal belacan. Kick dia ..hmm lepas angkasa.
Cuma... asam pedas dan kuah laksa kurang perisa. Kurang garam dan asam sebabnya. Maklumlah bulan bulan puasa nak merasa macam selalu tak boleh pula.

Hari sebelumnya nasi lemak pandan berlaukkan sambal tumis udang jadi sajian.
Dan sebelumnya gulai kepala ikan .

Haha... itu saja nak cerita..
gulai ikan
asam pedas tak bergambar la pula.

Serawa ubikayu hasil tanaman tokwan

amboi...besarnya bekas dari tuan.

Thursday, May 25, 2017

DIY.. prepping for sahor


Antara aktiviti dapur yang terpaksa dilalui ibu ibu,isteri isteri menjelang puasa tentulah penyediaan bersahur.
Come 27 5 nanti akan bermulalah aktiviti kita bersengkang mata utk menyediakan sahur buat keluarga setiap malam hingga selesai puasa.
Dan bagi ibu ibu yg kreatif ,innovatif tentu akan membuat beberapa persiapan supaya bila bangun ditengah malam utk menyediakan sahor, just Chiaaaauw saja.

Apa ye kita boleh buat.?

Pertama.... sediakan bahan bahan masak

Beberapa laman web yg cikson baca ada memberi idea apa kita boleh lakukan.
1. Sediakan CILI
Ni cili cikson buat sendiri
Caranya boleh di dapati dari blogpost
Type cili...

Cili kicap azie style..
makan dengan bihun sup ,soto
Boleh dicari di blog ini.


Cili jeruk..
2. Sediakan bahan hiris

Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai

Hiris dan simpan dalam bekas berasingan.

3. Asam jawa ... beli yang siap sedia digunakan. Contoh adabi dalam bekas. Simpan petiais sbb dia senang berkulat.



4. Sediakan bahan tumbuk
Campuran bawang putih dan bawang putih

5. Sediakan bahan2 masak ikut saiz yg diperlukan.
Contoh... bekukan daging/ikan/udang/ dll ikut kegunaan. Bersihkan terlebih dahulu.

Itu antara yang difikirkan. Kalau ada lagi nanti cikson tambahkan. Dan kalau akawan kawan ada lain lain cadangan, silalah tulis dalam komen. Buah fikiran anda dialu alukan. Sharing is caring kan.

Thats all folks. Bye

Thursday, May 11, 2017

DIY.....Kotiau goreng expressssso. Suuuup saaaap SIAP!


Menjelang malam, tergaru garu kepala memikirkan apa yang nak dimakan utk dua dua warga emas ini. Nak keluar malas,nak minta delivery tak ada yg sessuai dihati.


nampak macam tak meyakinkan
actually ....sedaaap juga
ala ala kotiau kerang


So apa usaha cikson ?
Reccee petiais....

Ayam 2 keping ...potong nipis
Udang... buang urat 5 ekor
Kotiau... basuh dan tos
Gobis... potong memanjang
Sawi..potong2
Tomato... hiris nipis

Bahan yang masuk gu  boleh disatukan dalam belanga untuk dimakan bersama kami berdua.

Bahan2 sos
antara sos2 yg diadunkan

Sos tiram
Sos cili maggi
Garam
Gula
Cuka
Kicap manis
Cili flakes
cili flakes sbb malas nak buat cili blended sendiri


Bawang besar dan putih blended
Telor sebiji di pukul light light.

Bawang putih dan merah di racik. Tumis hingga kuning. Masukkan cili flakes dan air.Mendidih,masukkan ayam. Pukul telor dan masukkan dalam ramuan tumis. Season dengan sos tiram dan sos cili,garam dan gula. Masukkan udang.Masukkan tomato hiris.

Masukkan kotiau dan sayur. Balik balikkan hingga sebati dan masak.

Hmmm nak tau rasanya ada lah mirip2 kotiau kerang tanpa kerang.. bertambah cikli makan.

Kenapa cikson namakan expresso....sebabnya express saja cara buatnya. Shortcut saja. Malas nak blend cili,cikson substitute dengan cili flakes. Save masa dan tenaga.

Sekian....itu cara cikson buat kerja. Kalau dapat  cari jalan mudah,itu yg suka. Tapi maintain rasa.

ni cili serbuk



berbagai rupa cili
Dalam memasak tidak ada yang salah bagi cikson. Buatlah macamana pun asal hasilnya terjamin bersih ,halal dan menyelerakan tekak si pemakan.Dan tidak menjadikan  perut meragam.Sekian.

Thats my DIY for today . Khamis depan kita jumpa lagiii.Bye.