Selepas selesai uruskan kerja rumah,time utk hantar cikli ke klinik pula.
Se awal jam 10.30 pagi,aku drive iriz belemoihku menuju Seriab.
Turunkan cikli depan pintu klinik dan pandu ke sebuah taman perumahan berdekatan.
Setelah salam dua tiga kali tak berjawab,aku buat u turn balik ke klinik. Park kereta dan masuk kedalamnya. Cikli masih menerima rawatan.
Selesai urusan, urusan perut pula.
Haha.. apalagi cari makan la.
Mula mula ,aku menuju RJ. Dari jalan raya lagi nampak sunyi dan suram. Sebelum tu RK..ie restoran kampung pun balik kampung.
So how? I asked cikli.
Ok lets go to our usual haunt near no 7.
Well.selepas dua tiga kilometre memandu sampai ke tempat di tuju.
Huaaaa.... semua kerusi dok atas meja. Tanda restoran tak dibuka.
Yang beroperasi pula ,tgk macam ada pesta. Ramai manusia.
Perjalana diteruskan.
Belanga Panas tutup . Kak Shon tutup. Yang buka Mak Lang.... eh terlepaslah pula.So aku u turn 2 kali dan sampai balik ke restoran . Ramai juga pelanggan. Tinggal cikli dalam kereta dan tapau makan dan lauk pauk secara berhemah.
Se ekor ikan temenung bakar
Se bekas kecik sambal belacan
Dua ekor ikan temenung masak asam pedas
Perut kerabu 4,5 urat dan nasi 2 bekas.
Tekan pi,tekan mai atas calculator si adik manis sebut 15.50. Hooooih.. boleh tahan mahai nooooo.
Balik kami mengadap nasi terus kerana lapaq hap hap. Mujuq rasa lauk dia ok di telan. Kalau tidak tentu mengkelan.
ni pejeri ekor. Tapi tutuplah pula RJ harini. |
For the time being... hanya waktu petanglah masa terluang utk masakmemasak kami..
Hmm... ptg ni apa pula boleh jadi sajian. Kena check pantry .
Cucuq udang cicah sambal kacang... apamacam.
Buat sajalah mak hang ooooi...apa apa saja asal tak kebuluran. Haha.
Anak yang naik bas dari Kangar ,pukul 11 lebih baru sampai rumah.
Tu dia aih.... 16 jam dalam bas. Mau kematu.
Yang balik KL...jam 8.30 pagi bertolak,jam 8 malam sampai rumah... kesian..
Thats all folks. Cerita ceriti dari kami.
No comments:
Post a Comment