buku yang ku cari cari... |
Ya...buku diari hitam lagi lusuh tertulis Talasco Insurance...namun dia tidak kena mengena.
Diari pemberian cikli ku jadikan buku utk ku tampalkan resepi resepi yang ku ingin simpan.
Ada dari kertana akhbar dan juga majallah.
Begitulah zaman aku... kita tiada kemudahan dihujung jari. Jadi sebagai pengganti,gunting dan gam sedia berbakti.
siap dengan peta dunia lagi... |
resepi dari surat khabar |
resepi dari majalah |
Kenapa ya buku ini yang ku cari cari? Hebat sangatkah dia hingga dirindui begini?
Ada rahsia kah yang tersembunyi?
Sejak aku mula mengenal cara2 memasak serunding,resepi inilah yang aku guna. Resepi dari margarine planta.
resepi yang ku sayangi |
dah bercapuk dan berconteng |
serunding kegemaran kami.. |
Keenakan serunding ini adalah kerana margarine yg digunakan dan juga biji ketumbar yg menimbulkan satu kelaianan bila dikunyah.
Namun ,bukan akulah kalau aku mengikut resepi2 seratus peratus. Ringan saja tanganku mengolah masin,manisnya ikut selera aku.
Ha...inilah resepinya. Kalau tak percaya serunding ini sedap...apakata anda cuba. Resepi seperti diatas ya..
Terjumpa pula gambar anak anak meracik daging ayam itu..
rajin mereka meracik dan mencarik.. |
Thats all folks.
Nanti bila betul betul buat,bolehlah dishare processnya pula.
Till then Bye.
Love dari utara.
Lejen...mak saya pun cut n paste resepi dlm diari...gud enuf to know masak serunding dgn margerin...ilmu baru bg saya.
ReplyDeleteOrg dulu2 cut n paste . Cubala try resepi ni . Disukai ramai serunding ni.
Delete